TERATAK BUKU KECIL.
“Assalammualaikum Kak Thirah...” Panggil Adam,
sebaik sahaja menapak masuk ke dalam perpustakaan kecil yang di beri nama
‘Teratak Buku Kecil’. Terkedek-kedek ,dia masuk dengan mengimbangi kotak buku
dermaan.
“Walaikummusalam..hah, Dam…banyak buku hari ni?” Soal Athirah, matanya masih
melekat di buku pendftaran buku-buku baru, sambil menekan-nekan pen di tapak
tangannya.
“Banyak
jugalah Kak, tu, kat dalam kereta tu ada lagi tiga kotak.” Apabila mendengar
jumlah kotak buku yang di beritahu oleh Adam tadi, barulah Athirah mengangkat
muka memandang muka Adam, lalu tersenyum lebar, menampakkan lesung pipitnya
yang dalam.
“Rezeki
Dam, AlhamduliLLAH…” Balas Athirah dan menutup buku pendaftaran itu. Selepas
sahaja, dia menamatkan diplomanya UiTM, dia terus membuat keputusan untuk
menjaga perpustakaan kecil arwah ibunya ini. Semasa, masih lagi hidup, buku
merupakan kawan baik ibunya, dan dia tidak akan biarkan perpustakaan kecil ini,
terkubur bersama jasad ibunya. Walaupun perpustakaan ini, kecil, tetapi
disinilah kebanyakan kenangan ibunya bersemi. Kenangan ibu, bapa dan juga
dirinya.
“Hah...letak
kat situ...” Arah Athirah sambil menunjukkan meja yang kosong. Adam pun, meletakkan
kotak buku itu di tempat yang di arahkan oleh Athirah tadi.
“Lepas ni, bolehlah Adam tolong
akak, masukkkan buku-buku ni, dalam rekod.” Ujar Athirah lalu tersenyum.
Walaupun, kecil, tetapi menjaga perpustakaan bukan kerja yang senang. Banyak benda
yang perlu di uruskan, dengan nombor pendaftaran, dengan urusan dengan Lembaga
perpustakaan Malaysia lagi, dan banyak lagilah. Kadang-kadang, sampai tak cukup
tangan nak uruskan. Terutama Athirah, masih lagi muda dan baru sahaja mendapat
pekerjaan sebagai pengilustrasi buku cerita kanak-kanak. Mana nak fikir,
perpustakaan ni lagi, mana nak fikir kerja lagi. Mujurlah Adam ada. Junior dia
masa di sekolah menengah dulu. Bolehlah, tolong-tolong dia sementara tunggu
keputusan UPU.
Setelah selesai mengalihkan
kotak-kotak buku dari dalam kereta ke dalam perpustakaan, mereka berdua, duduk
di satu tempat, memunggah buku-buku itu. Nak letak cop, nak letak ‘sticker’
nombor panggilan, nak daftar dalam rekod. Memang banyak kerja lah.
Kadang-kadang, macam rasa tak mampu, bagi gadis sepertinya, yang masih lagi
muda.
“Nasib
baiklah Adam ada, kalau tidak akak tak tau nak buat macam mana.” Tutur Athirah
lega.
“Akak,
kenapa tak upah pekerja je? Iklankan lah ada jawatan kosong.” Cadang Adam.
“Akak, memang nak cadang
nak buat, tapi Dam...akak agak sibuk, baru-baru ni, terutama dengan kerja baru
yang akak dapat ni. Ada date line tau. Tu yang akak terlupa tu.” Ujar Athirah.
Lagi pun, dia agak bimbang, kalau-kalau yang meminta kerja dengan dengan dia
nanti, lebih tua, lebih berpengalaman, dari dia. Nanti, mahu ke mereka
mendengar arahannya. Dia dah tahu, semasa bergaduh dengan ayah dia dulu, banyak
masalah akan timbul kalau dia cakap dia nak jaga perpustakaan ini sendiri,
tetapi dia degil. Dia harus berdegil, kerana dia tak mahu, ayahnya menutup dan
menjual perpustakaan ni. Ayahnya nak berbuat begitu, kerana ada banyak kenangan
bersama ibu dalam perpustakaan ni, dan ayah terlalu menyayangi ibu, untuk tidak
menangis jika melihat dan masuk ke dalam perpustakaan ini. Tetapi, lain dengan
dia, dia harus memelihara perpustakaan ni, supaya dia tidak akan melupakan
segala kenangan manis di dalam perpustakaan ini.
“Adam,
mintak course apa UPU?” Soal Athirah, sambil
tangannya ligat memeriksa buku-buku yang banyak.
“Akak,
Adam rasa, Adam macam tak nak sambung je. Adam nak tolong Akak jaga
perpustakaan ni.” Ujar Adam, tidak henti-henti membuka satu persatu buku.
Terbeliak mata Athirah, bila mendengar omelan Adam tu.
“Ehh..kau
jangan cari pasal anak muda oi! Adam kan muda lagi, masa depan Adam, lebih dari
hanya duduk kat perpustakaan ni, jadi pembantu. Kang, Mak Cik Maimun marah akak
kang, sebab ajar anak dia bukan-bukan.” Marah Athirah.
“Ala...macam dia tu, dah tua je. Akak, akak ni, cakap macam orang tua tau,
padahal baru umur 21..” Bebel Adam. Athirah memandang Adam Tajam, lantas dia
memukul bahu Adam dengan gulungan pembalut buku.
“Adoi!”
“Tua,
ke, muda ke...janji, janganlah buat benda bodoh macam tu Dam. Tak makan anak
bini Adam, kalau kerja kat perpustakaan ni je.” Seloroh Athirah.
“Apa pulak. Jauh tu akak
fikir.Okeylah..Adam tak buat. Adam mintak Computer
Science” Balas Adam pulak. Athirah mengangguk faham. Sedang dia sibuk
membelek-belek buku, tiba-tiba dia ternampak satu buku nota yang comel, lebih
kepada diari sebenarnya, dalam timbunan buku-buku cerita dan novel-novel yang
di kerjakan tadi.
“Eh? Ni, bukan diari
ke?” Soal Athirah pelik. Athirah kemudian membelek diari itu dan entah dari
mana sepucuk surat jatuh dari antara kertas-kertas Diari itu.. Adam yang sedang
khusyuk membuat kerja memandang ke arah Athirah dan diari itu.
“Ha’ahlah kak, asal sesat kat sini? Surat apa tu?” Soal Adam pulak.
“Manalah akak tau. Ni,
nampak macam penting je ni.” Ujar Athirah, sambil membelek-belek diari comel
yang bercorak riben dan bunga ros itu. Dia tak tahu, kenapa hatinya merasakan
diari itu tersangat penting. ‘i’ll leave something important in that diary so
that...my loves one know, how much I love them’. Entah kenapa dia
tiba-tiba teringat ayat itu. Seseorang pernah katakan ayat itu, tetapi, dia
tidak ingat siapa. Nak kata ibunya, bukan...Dhia dan Lysa? Sudah tentulah
bukan. Athirah kemudian membuka sepucuk surat itu dan isinya hanyalah sebuah
peta ringkas, yang susah hendak di fahami.
“Peta lah
Dam...comel petanya.” Ujar Athirah sambil membelek surat berisi peta dan
tersenyum.
“Surat harta
karun ke?” Seloroh Adam.
“Eh,
bukanlah...kot...” Balas Athirah, sambil matanya masih lagi meneliti lukisan
peta itu
“Cuba akak baca?”
Cadang Adam.
“Eh...boleh ke?
Macam tak baik je...” Ujar Athirah. Takut-takut.
“Ala...akak, nak tau kan...Baca je
lah. Macam mana kalau betul-betul penting dan penerangan pasal peta tu, ada kat
dalam diari tu...” Ujar Adam. Athirah memandang Adam dan mengangguk. Dia
kemudian, menarik nafas panjang dan mula membuka diari itu.
21 Mac 2006
Wahai, Diari...
I’m going to die
soon. Haha..macam lawak kan? Macam tak caya je, aku di diagnosis, oleh penyakit
leukimia. Tahap, kedua...yang tahap akhir tahap ketiga. Jadi, maksudnya..aku
dah tak banyak masa lagilah kan? Hahaha...Funny, i’m going to die
soon...patut ke, aku buat list, what to do, sebelum mati? Sempat ke, aku ambik
SPM tahun depan? Sempat ke, aku bagitau Syah yang aku suka kat dia? Dah berapa
lama dah eh, aku suka kat dia? Herm, start dia pindah dekat depan rumah? Masa
tu, aku darjah 4, dia tingkatan 5...Okey, pembetulan, aku bukan suka dia start
darjah 4...terlalu, muda, masa tu, aku budak lagi..Aku start suka dia, masa aku
tingkatan 2, masa tu, aku baru lepas baligh..Hahaha..kantoi. Tak sempat kot.
Sekarang, umur aku 16 tahun, dia 23 tahun. Beza kan umur aku dengan dia? Can’t
help it...Aku suka lelaki matang.Though...it doesn’t make any changes, if aku
bagitau aku suka dia..aku terlalu muda dan dia mungkin, dah ada makwe. Lelaki
baik macam dia kan...tapi, hati aku tak pernah berubah...Kalau aku bagitau semua
ni pun tak guna...I’m gonna die soon....Aku rasa, aku nak masuk tidur awal hari
ni...Jadi...Oyasumi, diari...
Athirah mengusap bekas air mata
tuan punya diari yang masih lagi tertinggal di atas kertas. Dia turut merasa
simpati dengan tuan punya diari ni.
“Akak
jumpa apa-apa tak?” Soal Adam tidak sabar.
“Not
at the moment...akak rasa kena baca sampai habis, baru tau kenapa peta ni
kat sini...”
“Rasa,
tuan punya diari ni, ada lagi tak?” Soal Adam tiba-tiba.
“Harap-harap, dia ada lagilah...”
Ujar Athirah. Dia kemudian menutup diari tersebut dan sambung membuat kerjanya
yang tertangguh.
“Eh, dah habis baca
dah?” Soal Adam agak terkejut. Athirah hanya menggeleng kepala.
“Kerja, sayang,
kerja. Nanti, bila akak free akak baca balik.” Ujar Athirah tegas. Lalu, dia
dan Adam pun, sambung membuat kerja. Sepanjang hari tu, kerja mereka, kena
letak nombor panggilan, kena cop kena daftar kat buku pendaftaran dan yang
paling rumit...kira stok buku.
SEBAIK SAHAJA ATHIRAH pulang ke rumah, dia terus sahaja merebahkan
dirinya ke atas katil, penat..sangat. Kemudian dia teringat tentang diari yang
dia jumpa, dia kemudian bangun dari baringannya yang sekejap, lantas mencapai
beg sandangnya dan mula mencari diari tadi. Setelah dapat, dia mula dengan
membelek peta yang ringkas yang datang sekali dengan diari itu, apabila dia
melihat bahagian belakang, barulah dia perasan bahawa ada perkataan yang
tertulis...
‘Hadiah Terakhir’
“Hadiah
terakhir? Herm...” Athirah menelengkan kepalanya, berfikir, sambil membuka
semula diari tadi.
Sepanjang tahun 2006 sehingga
tahun 2007, pemilik diari menulis tentang macam mana dia mengharungi hidup
sebagai penghidap penyakit leukimia. Ada yang menyentuh hati, ada yang kelakar.
Daripada pembacaannya, Athirah seolah-olah dapat melihat, bagaimana orangnya
pemilik diari ni. Seorang yang positif dan agak kelakar, lebih kurang macam
Lysa, salah seorang kawan baiknya. Dia membaca dengan penuh minat,dan apabila
membaca satu catatan, hatinya melonjak teruja, kalau boleh dia nak
menjerit...Catatan pada tahun 2009..
27 Februari 2009
Tak sangka, dia
datang masuk meminang....dan aku baru je, lepas SPM..tak adalah baru
sangat....tapi, semua kawan-kawan aku dah sambung belajar, ada yang sambung
dekat UTM, ada yang kat UITM, ada yang sampai pergi ke luar negara pun ada, Aku
tumpang gembira untuk dia orang...Aku pun ada dapat tawaran ke luar negara dan
tawaran sambung belajar, tapi...kita tak tahu kan, berapa lama lagi aku
hidup..daripada membazir duit, lebih baik aku duduk rumah atau hospital je
terima rawatan kemoterapi....Ibu dan Ayah nampak sangat sedih, masa aku cakap
macam tu. Nak buat macam mana, aku terpaksalah kecewakan dia orang....maafkan
Sarah ibu, maafkan Sarah ayah...alamak..sudah-sudahlah bersedih tu...berbalik
pada ‘dia masuk meminang’ tadi, .Nampaknya, ibu dan ayah pun macam tak ada
bantahan...Aku? dah tentulah aku terima...haha..malunye!!.......Mestila..orang
yang selama ni, aku suka, aku sayang, datang masuk meminang....aku just terus
setuju je.... nampak macam tak malu kan, excited tak tentu pasal...but, who
cares, no one gonna read this except me anyway....Aku akan bertunang pada bulan
depan...Oh, penyakit, tolonglah aku bertahan sampai aku dah diijab kabulkan
dengan dia...Ya AllaH tolonglah kuatkan diriku, untuk sekejap lagi, Ya
Allah..Aku merayu padamu..dengarlah doa hambamu yang hina ini Ya
Allah...Agak-agak dia tahu tak yang aku ni, dah tak banyak masa? patut ke aku
bagitau dia?Diari, aku rasa lemah sangat hari ni, lepas ni...aku kena tidur
cepat....kanser aku dah nak sampai tahap ketiga dah, dah nak sampai, tapi belum
lagi....Ya Allah, kuatkan umatmu ni untuk mengharungi semua ni Ya Allah...Aku
patut masuk tidur sekarang, Selamat Malam diari..
23 September 2010
“IBU DENGAN AYAH yang
suruh abang kahwin dengan Sarah, sebab Sarah dah tak ada banyak masa, macam tu?
Jadi selama ni, abang just kesiankan Sarah, sebab tu, abang nak kahwin dengan
Sarah? Simpati? ‘kesian dia, dah lah muda, nak mati pulak tu..’?!” Marah Sarah
kepada Syahrul. Semuanya bermula, apabila Sarah mula bercakap benar mengenai
penyakit yang dialami. Dan dia patutnya tidak payah cakap yang dia tahu. Bodoh
aku ni...
“Sarah,
kenapa cakap macam tu? Abang kahwin dengan Sarah, ikhlas tau tak, abang
betul-betul sayangkan Sarah..” Balas Syahrul, dia bodoh...sepatutnya, pada hari
yang berbahagia ini, pada malam pertama mereka sebagai pengantin, dia tidak
patut, bercakap secara membuta tuli.
“Sarah..aba...” Syah baru sahaja hendak menggenggam tangan Sarah, apabila dia
tiba-tiba menarik tangannya kasar.
“Sudahlah bang...Sarah tak nak dengar. To
you, you might be doing charity for orang
yang dah nak mati...but to me...I’ve loved you all this time...Sarah dah
lama sayangkan abang...” Ujar Sarah tegas, lantas berlari keluar dari rumah...
“Sarah!
Sarah!”
September 2013
“SYAH, SYAH...WEI!” Lamunannya terhenti apabila merasakan badannya di goyang oleh Farish,
majikan dan juga kawannya yang paling baik. Jam menunjukkan pukul 12 tengah
hari, waktu makan tengahari, Farish mengajak Syah melepak di sebuah kedai
mamak.
“Are
you still with me?” Soal Farish, lalu tersenyum lega apabila melihat
Syahrul dah kembali dari planet mana entah...
“Yeah...Still
here...” Jawab Syahrul lalu tersenyum juga, lantas meminum baki kopi yang
masih lagi ada dalam cawan.
“Kau
teringat arwah isteri kau ke?” Soal Farish, bimbang. Syahrul hanya tersenyum
segaris. Bibirnya tersenyum, tetap hatinya masih belum lagi baik dari kesakitannya.
Isterinya baru sahaja meninggal tahun lepas, disebabkan kanser leukimia. Mana
tidak dia bersedih.
“Aku
rindu dia Rish...” Jawab Syahrul mendatar.
“Aku tau...Doa je lah yang
terbaik untuk dia Syah..dia lebih tenang disisi ALLAH dan orang-orang yang
beriman. Jangan lupa, doa untuk dia.” Nasihat Farish. Syahrul hanya
mengangguk-angguk.
23 SEPTEMBER 2010
Syah, bodoh! Aku
bodoh...Kenapa aku marah Syah, sedangkan apa yang dia cakap tu, betul? Kenapa
aku tak nak terima, kenapa aku tak percaya yang dia memang sayangkan aku? Aku
dah janji yang aku tak akan menyerah pada penyakit ni. Tapi, sebab penyakit ni
aku lepaskan geram pada lelaki yang baru sahaja diijab kabulkan dengan aku
tadi. Kesian Syah. Aku tau, sebenarnya yang apa yang Syah, ibu dan ayah buat,
semuanya adalah untuk kebahagiaan aku sendiri, tapi aku refuse nak terima
perhatian mereka, sedangkan aku tau...mereka cuma nak yang terbaik untuk
aku...Patut ke, aku balik rumah Syah balik? Dear diari...buat mas sekarang
ni, sampai sini sahajalah aku tulis...aku akan sambung lain kali..Oyasumi
diari...
Selepas, catatan, itu, Athirah mengalih pulak
ke muka surat lain. Kali ni, catatan bertarikh 24 September 2010...
24 September 2010
Aku bodoh...Syah,
layan aku sangat baik, sampai aku rasa aku tak layak untuk dia. Selepas
pertengkaran kami semalam...aku balik rumah Syah, nak mintak maaf...Masa aku
sampai rumah Syah, dia buat something yang aku rasa, sangat sweet, walaupun tak
romantik...tapi, tulah dia...dia tak pandai nak bermadah...tapi, perbuatan dia,
cukup untuk aku tahu yang dia sayang aku. Pada pintu rumah di lekatkan post it
note dan dalam post it note tu, dia tulis... ‘Abang mintak maaf’. Bila aku
masuk je rumah...kat atas meja, ada campuran semua perisa ais-krim yang aku
suka dalam satu mangkuk...(dah cair, by the way), dan tersusun banyak gila
buku-buku diari kosong yang comel-comel dan cantik, sebab dia tahu, aku pantang
tengok benda yang macam tu..dan di sebalik mangkuk dan timbunan diari-diari
baru tu, kat situlah dia, tertidur kat atas tangan sendiri...Bila aku kejutkan
dia. Dia terdiam sekejap. Dia nampak sangat serba salah. Dan, bila dia tengok
ais-krim dah cair, terus dia terkejut...dia cakap.. ‘Maaflah, abang tak tahu, macam
mana nak jadi romantik...hanya ni je yang abang dapat dalam masa yang
lewat-lewat macam ni...nasib baik kedai buku ada yang buka...dan maaf, aiskrim
cair’ Apabila dengar dia cakap macam tu, aku pun ketawa lah, dan aku terus
mintak maaf. Dan terkejutnya aku, bila dia tiba-tiba capai tangan aku dan
memakaikan rantai tangan yang bermotifkan buku dan teddy bear...dia cakap,
rantai tangan tu, dia dah lama beli nak a bagi kat aku...tapi tak ada
kesempatan...aku pun, apa lagi, tersenyum dan menagis jugalah sikit...dan macam
tu je, kami dah berbaik semula...
Athirah teruskan membaca dan catatan tuan punya
diari berhenti menulis selepas 1 Disember 2012...Athirah, kemudian menutup
diari tu, dan mencapai telefon bimbitnya. Setelah dapat nombor yang di cari,
dia menyentuh butang ‘call’
“Assalammualaikum, Dhia?” Tutur Athirah, setelah dia dengar, taliannya
bersambut..
“Walaikummussalam...Hah..kenapa Ira?” Soal Dhia dari talian sebelah, suaranya
mamai.
“Kau
tidur ke? Eh..dah nak senja ni. Tak senonoh punya anak dara.” Marah Athirah.
“ABC lah
kalau dah ABC, apa lagi, tidurlah...” Balas Dhia.
“Betul juga...Eh...Dhia, jom ajak Lysa pergi
Langakawi jom...kau orang tengah cuti kan?”
“Hah?
Apsal tiba-tiba?”
“Adalah...nanti aku cerita...jangan lupa mintak izin Arl dulu...Okeylah..dah
nak masuk maghrib ni, aku nak mandi...bila time kita pergi sana nanti, aku cerita
semua kat kau...”
“Okey,
okey...Bye..Assalammualaikum...”
“Walaikummussalam...”
“KENAPA KAU pun sibuk
nak ikut ni Arl? Kau orang pun sama...aku cuma ajak Lysa dengan Dhia je tau.”
Soal Athirah apabila nampak Arl dan kawan-kawannya yang lain, sudah bersedia
dengan beg dan kereta, di hadapan Teratak Buku Kecil. Semua termasuklah Payan,
Ois, Yuki, dan Key. Kawan-kawannya semasa sekolah-sekolah dulu.
“Sebagai, suami yang bertanggungjawab...aku kenalah jaga isteri aku...” Ujar
Arl. Dhia dan Arl, baru sahaja berkahwin bulan lepas. Memang cepat,
tetapi...Ketika itu, adalah keputusan yang terbaik, kerana pada akhir tahun
ini, Arl dan Dhia akan memulakan pembelajaran di luar negara. Jadi, keluarga
mereka rasa lebih elok kalau mereka berdua pergi bersama sebagai suami
isteri...Lagi pun, suka sama suka..
“Alaa..tahulah baru kahwin..” Athirah mencebik.
“Yang
kau orang ni, kenapa pulak?” Soal Athirah kepada Payan, Ois, Yuki dan
Key...Mereka hanya tersenyum seperti kerang busuk.
“Dia
orang cakap, tak lama lagi, Dhia dengan Arl nak pergi dah...lepas dia orang,
Key pulak yang nak pergi, jadi, sementara mereka masih lagi ada ni, lebih baik
kita sama-sama bercuti, sebab lepas ni dah tak tahu bila lagi kita boleh lepak
sama-sama...Arl dengan Dhia nak pergi 4 tahun, Key pun 4 tahun...Jadi...ni je
lah masa kita nak lepak...” Terang Lysa panjang lebar lalu tersenyum. Athirah
mengangguk.
“Okey, kalau macam
tu, Barang-barang kau orang semua cukup tak? Duit...tak apa, habis, aku mintak
ayah aku...” Tanya Athirah lalu tersenyum penuh makna.
“Amboi, cakap macam nak
pergi lama je...” Ujar Ois terperanjat.
“Tak lama...tapi, banyak
tempat...” Balas Athirah memandang semua kawan-kawannya penuh agenda.
“Huh????” Sekali semua serentak menuturkan ayat
itu. Kecuali Dhia, dia hanya memandang Athirah tanpa reaksi.
MEREKA BERTOLAK dari Teratak buku kecil tadi, pada pukul 10 pagi. Lama perjalanan mereka
naik kereta. Memang penatlah memandu hari ni. Mereka pergi 2 kereta. Lysa
dengan Athirah naik kereta bersama Ois dan Yuki. Arl dan Dhia, naik kereta
bersama Payan dengan Key. Untuk makan tengah hari dan solat dzuhur, mereka
berhenti di Kawasan Rehat. Selepas masing-masing selesai menunaikan zuhur,
mereka bersedia untuk makan tengah hari pulak. Dan. Semasa makan tu lah Athirah
menceritakan semuanya.
29 Mac 2011
Kami dah sampai
Langkawi...Yay! Syah cakap nak pergi banyak tempat. Dan ini adalah tempat
kedua, dalam perjalanan kami, sebelum ni pergi berkhemah.....It’s like a
journey lah...Oh..lupa pulak,
aku ada buat to do list
before...you know...before i run out of time...This is
what I want to do..
Mengelilingi
Malaysia
Belajar Menjahit
Belajar Masak
Belajar Bahasa
Jepun
Mendaki Gunung
Kinabalu
Menjadi Isteri yang
baik
Tak tinggal Solat
(Sedang cuba)
Banyak beribadat
dengan ALLAH (sedang buat)
Derma pada
anak-anak yatim, orang-orang tua dan OKU
Pergi Umrah
Cakap kat Ayah dan
Ibu yang aku sayang mereka (selalu buat)
Beli anak patung
teddy bear yang besar
Makan
Banyak-banyak.
Mungkin, tu je lah
kot setakat ni. Syah cakap lepas kami berbulan madu mengelilingi Malaysia, dia
akan bawa aku pergi Umrah...Hah! Tulah bestnya ada suami
ni. Tapi, kita orang akan selesaikan Malaysia dulu. Perjalanan panjang tadi
diari. Sekarang ni, aku nak tidur...penat...Lepas ni, aku tak tulis banyak kot,
sebab kita orang sibuk mengeksplore..but...each places kita orang pergi..aku
akan catat, sebelum aku terlupa, aku ada sembunyikan sesuatu dalam bilik
ni...hehe..biar dia nampak, kalau dia nak datang sini lagi...aku letak
somewhere in the laci, where no ona prasan....so Oyasumi for now...
P/s ingat rumah Pak
Imam nombor 026 Kampung Tok senik, Langkawi... :)
“Hah, dah habis baca dah?” Soal Athirah, apabila
kawan-kawannya sibuk membaca diari tinggalan Sarah itu.
“Okay...let me
get this straight...So, kau nak cari barang tu, dan mana tau barang
tu adalah petunjuk untuk peta ni? Lepas dah dapat barang dalam peta tu, then what?” Soal Key,
bertubi-tubi. Untuk pengetahuan umum, Ois, Key dan Yuki adalah seratus peratus
melayu...Nama-nama tu, saja nak bagi glamour..maklumlah
taiko sekolah dulu-dulu, dan melekatlah nama tu sampai sekarang
“Ha’ah...” Balas Athirah yakin.
“Kenapa?” Soal Yuki pulak.
“Aku tak tau...just thought that
maybe it’s important...and i need to sampaikan benda ni, pada
suami dia.” Athirah menjawab.
“Kau
sanggup susahkan diri, kenapa?” Kali ni Ois pulak yang bertanya.
“Well...doesn’t it seem exciting?”
Ujar Athirah lalu tersenyum. Dari dulu lagi dia memang minat benda-benda yang
macam ni.
“Mungkin...” Ujar Lysa..dan yang
lain juga macam dah setuju dengan dia. Untuk Dhia pulak...well..dia
memang dari dulu tak banyak cerita...Setelah selesai makan tengah hari, mereka
meneruskan perjalanan.
Sesampai sahaja di Kedah, mereka kena
naik feri pulak untuk ke Langkawi. Memang perjalanan yang sangat
memenatkan...Setelah sampai Langkawi dan Kampung Tok senik mereka check in di Kampung Tok Senik. Untuk bilik,
mereka tak perlu risau, kerana Athirah dah terlebih dahulu membuat reservation Athirah membuat reservation, khusus di bilik
026 Rumah Pak Imam. Tapi untuk perempuan sahaja. Dia tak expect yang lelaki nak
ikut jugak..Jadi, mereka terpaksa membuat tempahan bilik sendiri.
“KESIAN KAU DHIA, tak boleh tidur dengan Arl...” Masa
mula-mula menempah bilik itu, gaduh jugaklah Dhia dengan Arl, sebab Dhia nak
tidur satu bilik dengan Lysa dan Athirah, dan Arl pulak, hendak tidur dengan
Diah. Last-last mereka capai kata sepakat, lebih
senang kalau lelaki dengan lelaki, dan perempuan dengan perempuan. Susah
jugaklah Arl nak lepaskan Dhia. Tak biasa tidur tanpa Diah la kot tu...dan
akhirnya disinilah mereka. Dah siap mandi dah legakan diri.
“Tak apa.
Bukannya tak pernah tidur seorang-seorang...” Jawab Dhia.
“Untunglah
orang dah nikah.” Ujar Lysa pulak. Dhia pulak hanya tersenyum sedikit. Selama
dia kenal dengan Dhia, Dhia memang susah sikit nak senyum. Bukan sebab dia
sombong ke apa, dia cuma...malas...Kelakarkan alasan tu? Tapi, Diah memang
begitu. Dia tak suka buat benda yang dia rasa susah. Dan dia memang susah nak
tunjukan apa-apa reaksi di mukanya. Senang cerita...Diah ni, orang yang tak ada
perasaan. Tapi..dia akan terbuka sikit, kalau dengan Arl dan Lysa.
Yelah...mereka bertiga kan dah kawan sejak darjah 5. Athirah dan lain-lain,
mula berkawan dan kenal dengan mereka ketika sekolah menengah. Athirah,
kemudian tiba-tiba bangun dari kerusi.
“Eh...kau nak pergi mana tu?”
Soal Lysa. Athirah pulak masih mencari-cari dan masih lagi menyelongkar seluruh
bilik.
“Aku nak
cari lah benda yang Kak Sarah tinggalkan.” Athirah mengetahui umur Sarah ketika
dia membaca diari itu, jadi sejak dia tau umur Sarah, dia mula memanggil tuan
punya diari itu Kak Sarah.
“Ada
lagi ke?” Soal Lysa. Dhia pulak, tanpa banyak cerita, sudah sedia bangun turut
mnyelongkar segala laci dan almari di seluruh bilik itu.
“InsyALLAH ada...bukannya berpuluh tahun...baru 3 tahun lepas.” Jawab Athirah
dengan positif. Dan tidak lama selepas itu, Lysa bangun membantu. Lama jugaklah
mereka mencari sehinggalah Dhia memanggil...
“Kau orang...aku dah
jumpa...” Tutur Dhia, mendatar. Mata Athirah bersinar dan Lysa pulak tersenyum
besar.
“Mana?” Soal Athirah lalu pergi mendapatkan Dhia. Dhia pulak menujukkan jari
telunjuknya ke laci kecil meja solek..
“Kat
bahagian atas dalam laci tu, macam ada terlekat sesuatu.” Sambung Dhia lagi.
Athirah pun membelek laci itu dan apabila tangannya sampai di bahagian atas
dalam laci itu, dia merasakan sesuatu. Lalu, dia mengambil benda itu. Ia sebiji
botol kecil yang berisi pasir berwarna biru dan di tutup dengan gabus. Kecil
botol kaca itu, hanyalah sebesar peluru. Di dalamnya terdapat kertas yang
bergulung. Athirah kemudian membuka botol kecil itu dan mengeluarkan kertas dan
membuka gulungannya.
“Apa
tu?” Soal Lysa. Dhia pun mula menujuk minat.
“Macam cebisan
lukisan.” Cebisan kertas itu mengandungi kertas dan di permukaan kertas itu,
seperti sebahagian dari rambut orang dan tarikh...27 Februari 2009...Tarikh
Syah datang merisik Kak Sarah.
“Jadi, kita kena pergi
lagi tiga tempat, Cameron, Bukit Fraser dan Melaka..to retrieve all the
missing pieces?” Soal Lysa. Athirah mengangguk-angguk. Tempat-tempat yang
di katakan oleh Lysa, adalah tempat-tempat yang tercatat dalam diari Kak Sarah.
Sebenarnya, banyak lagi tempat, tapi...tiga tempat inilah yang ada
cebisan-cebisan kertas yang disembunyikan oleh Kak Sarah.
“Wow...this is
getting interesting.” Ujar Lysa dan tersenyum.
“Jadi, lepas ni ke
Cameron lah kita..” Tutur Athirah bersemangat, lalu tersenyum.
SETELAH 2 minggu pergi satu tempat ke satu tempat berterusan..Cebisan-cebisan itu
dapat di sambungkan semula. Cebisan-cebisan kertas itu, merupakan potret Syah
yang Kak Sarah lukis dengan pensil. Dalam lukisan itu, nampaklah rupa Syah,
yang kak Sarah selalu cerita dalam diari dia. Seorang lelaki yang rupanya
hanyalah biasa-biasa sahaja. Tetapi matanya tersirat macam-macam benda. Mata
yang kuyu dan hitam, pekat. Well...at least, tu lah yang Athirah rasa. Tetapi,
dapat melihat wajah lelaki yang selama ni, dia rasa ingin tahu, membuatkan
jantungnya berdebar-debar dan seolah-olah bila-bila masa sahaja terkeluar akan
terkeluar dari paksinya. Di belakang Potret itu tertulis besar-besar ‘TAMAN
KOMANWEL SELANGOR’...dan, disinilah mereka berlapan sekarang. Mereka siap membawa
barang-barang untuk berkhemah.
Oleh
kerana sesampainya mereka di hutan rekreasi itu, dah nak malam, mereka mencari
tapak berkhemah dan kemudian, menyediakan barang-barang untuk memasak. Kali ni,
Arl, dapatlah tidur satu khemah dengan Dhia. Mujurlah mereka dapat tempat
berdekatan dengan sungai, senanglah kalau nak basuh atau mencari air. Setelah
malam menjelma, dan dah selesai isyak. Mereka berlapan duduk mengelilingi
unggun api. Berborak, sambil membakar marshmallow. Mereka berborak dan bergelak
ketawa.
“Aku ada
pengakuan nak buat...” Kata Athirah tiba-tiba. Lantas semua mata memandang
Athirah dengan tekun dan menanti. Athirah kemudian menarik nafas panjang dan
mula bercakap...
“Kau orang mungkin kata
aku gila..Tapi...” Athirah terhenti sekejap, mengambil nafas lagi, dan anehnya,
wajahnya mula merona merah.
“Aku
rasa, aku dah jatuh cinta dengan Syah...” Tutur Athirah laju-laju. Kemudian dia
menutup muka dengan dua-dua belah tangan. Malu...tidak lama selepas itu dia
mengalihkan tangannya dan melihat kawan-kawannya ternganga dan
memandangnya. Merasakan situasi itu, kelakar dia tergelak.
“Tak
payahlah nak pandang aku sampai macam tu, okey...” Ujar Athirah dan ketawanya
masih lagi bersisa. Memang dia dah jatuh hati dengan Syah, dengan hanya membaca
catatan yang Kak Sarah tulis. Kak Sarah banyak cerita pasal Syah dalam diari
dia. Setiap perkataan yang Kak Sarah tulis, pasal Syah, membuatkannya menangis
ketawa, dan tiba-tiba entah kenapa, dia mula jatuh hati.
“Ada
juga kan, orang jatuh hati, tanpa tengok muka orang tu...” Tutur Key,
sarkastik, kemudian dia tersenyum. Athirah sudah tertunduk malu.
“Yela, siapa tak
jatuh hati...tengok entry terakhir kak Sarah ni...” Ujar Lysa, sambil menunjukkan
catatan terakhir Kak Sarah. Ois, mengambil diari dari tangan Lysa, kemudian
menyuluh ke arah muka surat diari itu. Berhimpit-himpit yang lelaki nak baca.
Yang perempuan, sudah terlebih dahulu membaca.
1 Disember 2012
Sakit, sakit, sakit sangat! Rawatan kemoterapi ni
sangat sakit, bukan itu sahaja...aku asyik muntah-muntah, dan selalu kena
injection, ubat yang tah hape-hape. Rambut aku mula gugur, dah botak dah pun
kat tengah ni. Sangatlah buruk rupa aku ni. Aku malu sangat nak jumpa dengan
Syah. Aku tak nak Syah tengok keadaan aku yang macam ni. Aku bukan lagi Sarah
dulu yang lincah dan periang, aku adalah Sarah yang hodoh, dan hanya tunggu
masa untuk mati. Aku tak nak Syah tengok aku. Tapi, Syah degil. Setiap kali aku
halang dia dari berjumpa dengan aku, dia buat tak kisah, dia datang, datang dan
datang lagi. Hari ni, aku geram. Aku menjerit, cakap aku tak nak tengok muka
dia. And I also said some mean things to him. Lepas aku dah menjerit-jerit tu,
dia tinggalkan aku. Aku ingat dia dah give up dan tak nak tengok aku lagi.
Tapi...petang tu, dia datang. Sekali lagi dengan buku-buku diari baru yang
penuh di tangan nak bagi kat aku. Dan at that moment...aku tersenyum. Aku lega
dia tak tinggalkan aku. Kemudian, dia menangis-nangis, mintak maaf, aku pun
turut menangis dengan dia. Lepas tu, dia datang sebelah aku dan baring dengan
aku dekat atas katil hospital yang kecil ni. Dia peluk aku kuat-kuat. Tak nak
aku pergi dan bisik ‘Abang sayang sangat kat Sarah’. Lepas tu, dia kucup bibir
aku...Bertapa terharunya aku masa tu. Walaupun aku hodoh, aku menyakitkan hati,
dia tetap bersabar dengan aku dan kerenah aku. Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku
bersyukur KAU tetapkan Syah sebagai jodoh aku. Dialah jodoh terbaik bagi aku Ya
ALLAH...terima kasih Ya ALLAH...Abang, Sarah sayang sangat dengan Abang. Terima
kasih kerana stay di sisi Sarah selama ni...Diari, aku rasa penat nak
menulis lagi...Aku ngantuk, besok ada rawatan terapi bodoh tu lagi...jadi,
Oyasumi for now....Aku akan sambung menulis besok...
Itulah
catatan terakhir Kak Sarah. Dia tak sambung pun catatan untuk besoknya,
walaupun dia ada cakap nak sambung. Setelah selesai membaca catatan itu, semua
lelaki terdiam. Ois, pulak macam nak menangis.
“Baiknya, abang Syah ni. Kalau aku perempuan, dah lama dah aku jatuh hati
dengan dia.” Seloroh Payan. Yang lain mengangguk dengan penuh semangat. Ada
yang ketawa.
“Tapi,
kenapa taman hutan ni ye?” Soal Key, ingin tahu. Kenapa kat potret tertulis
nama tempat ni. Apa yang ada kat tempat ni.
“Aku pun
tak tahu..eh...kejap...” Athirah teringat peta yang di lukis comel sebelum ni.
Dia kemudian masuk ke dalam khemahnya dan menyelongkar beg sandangnya. Mujurlah
dia bawa peta tu. Kemudian dia kembali bersama dengan kawan-kawannya dan menujukan
peta.
“Cuba
kau tengok ni. Aku rasa, peta ni, peta untuk hutan ni lah...tengoklah, kan kat
sini, ada lukis sungai.” Ujar Athirah sambil menunjukkan peta lukisan tangan
itu.
“So dari sungai...eh..maksudnya dari
sungai ni lah ye?” Soal Lysa. Athirah dan Dhia mengangguk-angguk.
“Okay,
besok...kita cari tempat ni...” Arah Arl, penuh semangat, yang lain mengangguk.
Tidak lama- selepas itu, mereka masuk ke khemah masing-masing dan tertidur.
SETELAH HAMPIR satu jam, meneroka sesat dan kembali di hutan ini, mereka akhirnya
ternampak satu batang pokok yang terukir nama Sarah dan Syah dengan menggunakan
peta yang di lukis sempurna. Cuma mereka sahaja lah yang tak reti jalan. Peta
tu memang menunjukkan arah yang betul pun.
“Kau
orang, kita dah jumpa!” Ujar Athirah gembira dan lega. Yang lain pun turut
tersenyum dan mengangguk-angguk. Athirah, kemudian mengusap batang pokok yang
terukir nama Kak Sarah dan Syah. Akhirnya, pencarian dia sudah hampir ke
penghujung. Sedang dia perhatikan batang pokok itu, dia ternampak ukiran anak
panah kecil yang menghala ke bawah. Dia pun melihat arah yang ditujukan oleh
anak panah kecil itu. Dia kemudian mengusap tanah yang di tujukan oleh anak
panah itu dan tersenyum. Dia kemudian, kembali memandang kawan-kawannya.
“Kau
orang, aku rasa kat sini.” Tutur Athirah yakin. Yang lain seperti biasa
,menganggguk dan kemudian memulakan misi menggali tanah. Setelah agak lama
menggali, akhirnya mereka dapat merasakan sesuatu dalam tanah. Untuk ‘last
touch’ Athirah menggali tanah itu dengan tangan dan akhirnya sebuah kotak besi
yang comel kelihatan Athirah menngeluarkan kotak besi dari dalam tanah dan
kemudian menepuk-nepuk baki tanah.
“Kotak
besi? Kau ada kunci?” Soal Yuki. Athirah menggeleng-geleng.
“Serius
tak ada? Habis macam mana?” Tutur Ois hampa.
“Mesti ada. Dia tak kan
letak kunci tu, jauh-jauh...cuba kau tengok kat diari tu..” Cadang Dhia.
Athirah mengangguk. Kotak besi yang dipegang di beri kepada Yuki yang
berdekatan denganya, supaya senang dia hendak membelek diari itu.
Athirah kemudian membelek-belek diari
Kak Sarah, tapi tak jumpa apa-apa. Kemudian dia menggoncangkan pulak diari tu.
Apabila dia menggoncang diari itu kedengaran bunyi besi berlaga. Athirah
terkejut. Setelah memeriksa bunyi itu dari bahagian mana, lantas dia dapat
tangkap. Bunyi itu, datangnya dari kulit buku, bahagian belakang. Athirah
mengeluarkan pisau kecil dan memotong kertas putih yang yang terlekat atas
kulit buku tu. Rupanya, diari tu, ada ruang kecil yang boleh meletak benda
kecil. Dan kertas putih itu, ada di situ untuk melindungi apa yang ada di
sebalik kulit buku tu sebenarnya. Dalam ruang kecil itu, ada dua buah kunci di
jadikan sebagai loket rantai. Athirah ambil rantai itu dan membelek.
“Kau dah dapat
kunci tu Ira! Apa lagi, buka lah...” Ujar Lysa tidak sabar. Athirah kemudian
terhenti untuk berfikir sejenak. Tidak lama kemudian Athirah menggeleng lantas
dia tersenyum.
“Aku rasa, aku tak
layak nak buka kotak ni, cuba tengok kotak ni, untuk siapa...” Soal Athirah
sambil menunjukkan label yang ada di kotak besi itu. ‘Hadiah terakhir untuk
Syah’ . Yang lain semua mengangguk faham.
“Aku
akan cari Syah dan serahkan benda ni, pada dia. Tapi, dah lama tak rasa seronok
macam ni kan?” Ujar Athirah sambil tersenyum.
“Ha’ah...It’s been fun..aku harap, lepas 4 tahun, bila aku balik sini
balik. Kita akan ada adventure baru okey?” Ujar Key pulak sambil
tersenyum, menampakkan giginya yang rata. Yang lain pun turut ketawa...dan
selepas hari itu dan adventure yang sangat hebat tu, mereka tidak
lagi dapat berkumpul bersama. Bersatunya mereka, adalah kerana diari Kak Sarah
ni. Athirah bersyukur sangat dapat menerima takdir ALLAH ini...dan kenangan
ini, akan tersemat selalu di hatinya. Tamatlah adventure mereka selepas menemui ‘Hadiah
Terakhir untuk Syah’ ni.
Jun 2013
SUDAH AGAK LAMA juga Athirah berulang alik ke Cafe Strawberry ni, untuk berjumpa dengan
Syah, dari dia balik dari berkhemah bulan lepas. Tetapi, dia tidak pernah
berpeluang. Dia tak ada klu lain nak cari Syah, melainkan di Cafe Strawberry
yang menjadi kafe kegemaran Kak Sarah dan Syah ni. Tu pun. Dia tahu dari baca
diari Kak Sarah. Memang purata dia nak jumpa dengan Syah memang tak banyak,
tetapi tak salah mencuba kan?Setelah hampir satu jam menunggu, alangkah
berdebarnya hatinya apabila dia ternampak lelaki yang dia memang nak
jumpa...Macam tak percaya je.. tu, Syah! Tu Syah...Ya ALLAH AlhamduliLLAH
akhirnya kau temukan juga aku dengan dia. Dengan lafas Bismillah dan hati yang
hampir keluar dari paksinya, Athirah pergi ke tempat Syah duduk.
“Assalammualaikum, saya Athirah Syahirah, saya ada bawak hadiah terakhir
pemberian ka...er isteri awak, dia suruh saya serahkan ni pada awak, dan diari
ni, dan ni kunci untuk kotak tu, maaf sebab tiba-tiba serang awak, tapi ini
amanat yang saya harus sampaikan dari isteri awak, dan lagi satu, saya tahu ini
kali pertama dan terakhir saya akan berjumpa dengan awak, so, saya nak bagitahu
juga, yang saya suka awak, yang saya dah jatuh hati dengan awak maafkan saya
dan Assalammualaikum dan selamat tinggal!” Tutur Athirah laju dan dalam satu
nafas, tak tahulah Syah faham ke tidak. Tersentap Syah dibuatnya, terdiam, tak
tahu nak kata apa...selepas melihat reaksi Syah, Athirah bergegas keluar dari
Cafe Strawberry. Tak apa Ira, kau malu...tapi kau kena juga cakap semua tu.
Lepas ni, kau bukan akan jumpa dengan dia pun lagi kan. Dia nampak lebih kacak
daripada lukisan. Athirah kemudian masuk ke dalam kereta myvi berwarna merah
jambunya dan memandu meninggalkan kawasan Cafe Strawberry. Dia mengeluh lega.
September 2014
“ASSALAMMUALAIKUM...” Kedengaran suara dari luar. Athirah yang baru sahaja selesai mengira stok
buku, membawa buku pendaftaran buku dan pergi ke kaunter pinjaman dan
pemulangan yang ada di dalam ruang perpustakaan.
“Assalammualaikum, Cik Athirah Syahirah...” Panggil suara itu, mata Athirah
masih lagi memandang buku pendaftaran, memeriksa jumlah, sumber dan tarikh
buku-buku di dapati.
“Walaikummussalam...kejap ye
encik, tinggal kena tanda tangan je...” Jawab Athirah, setelah betul-betul
merasakan buku-buku, telah betul-betul di periksa, dia meninggalkan tanda
tangannya di dalam buku pendaftaran dan akhirnya barulah dia berpeluang melayan
pengguna yang datang.
“Maaf ye
encik..apa...” Mata Athirah terbeliak melihat lelaki di hadapannya ini. Bertapa
terkejutnya dia. Secara refleks, terus sahaja dia bersembunyi di bawah kaunter
peminjaman dan pemulangan buku. Hatinya berdebar-debar dan berlumba-lumba.
Bila-bila masa sahaja jantungnya boleh terkeluar dari badan. Dia dengar suara
lelaki itu ketawa. Apa Syah buat kat sini? Lagilah terkejut apabila Syah dengan
beraninya pergi ke belakang kaunter dan membongkok betul-betul di hadapannya.
Penat membongkok, dia mencengkong pulak, untuk menyamakan aras matanya dan
Athirah.
“Apa...apa awak buat kat sini? Awak memang tau, saya memang kat sini, atau
kebetulan je?” Soal Athirah bertubi-tubi, masih lagi di bawah kaunter. Syah kemudian
menayangkan sepucuk surat yang berlipat.
“Dari
surat ni. Surat yang Sarah tinggalkan untuk saya, dalam kotak besi tu.” Jawab
Syah. Athirah terkejut. Kenapa tempat ni, ada dalam surat Kak Sarah, sedangkan
Kak Sarah tak kenal pun dia.
“Hah..apa..macam mana...hah?” Tergagap Athirah hendak bertanya, tidak terkeluar
pulak soalan penuh, sebab terkejut sangat. Syah pulak mengangkat kedua-dua
belah bahunya tanda tak tahu.
“Tau
tak...budak perempuan, yang tiba-tiba bagi kotak dan diari ni kat saya, dan
budak perempuan yang tiba-tiba cakap dia suka kat saya, dia jatuh hati kat
saya, lepas tu, tiba-tiba pergi macam tu je...buatkan saya terkejut. Lepas dia
tiba-tiba pergi, saya gelak macam orang gila tau...gelak yang paling kuat
sekali saya pernah gelak. Saya rasakan yang dia tu pelik...Tapi, saya rasa,
saya lagi pelik...” Syah terhenti dan tersenyum. Athirah terdiam, menanti
sambungan ayat Syah.
“Sebab, saya tak
dapat buangkan budak tu dari fikiran saya. Saya jadi berminat nak tau pasal
dia...Lepas saya baca surat Sarah ni, lagilah saya pasti mengenai perasaan
saya...iaitu..” Sambung Syah. Athirah masih lagi pelik.
“Iaitu...?” Tanpa sedar Athirah menyoal kembali.
“Iaitu, saya nak kenal dengan budak tu lebih lagi...saya nak berterima kasih
kat dia pasal kotak dan diari ni...dan saya dah bersedia untuk move on...” Ujar Syah lembut
dan akhirnya dia tersenyum, menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan yang
dalam...
“Ja...jadi?” Soal Athirah takut-takut.
“Sudi tak awak jadi a reason for me to move on?”
Soal Syah. Athirah terkejut, tetapi gembira. Tanpa sedar, air mata jatuh ke
pipi. Athirah kemudian teragak-agak dan mengangguk-angguk. Syah, kemudian
tersenyum dan tidak lama selepas itu, Athirah pulak tersenyum. Tersenyum dalam
tangisan. Untuk pengetahuan umum...Athirah masih lagi belum beralih dari bawah
kaunter ye...
“Terima
kasih...Maaf sebab tunggu sampai sekarang, baru saya sedia nak berjumpa dengan
awak.” Tutur Syah ikhlas. Athirah, menggeleng kepala, menandakan ‘tak apa’.
25 Mac 2011
TERATAK BUKU KECIL.
“Assalammualaikum..."
Panggil Sarah. Semasa dia berjalan-jalan di Alamanda Putrajaya tadi, dia berasa
sangat lemah, lantas suaminya membawanya keluar dari Alamanda. Namun,
disebabkan ada urusan dengan majikan, Syah terpaksa pergi ke Shaftsbury Square
untuk meeting ringkas. Mulanya, Syah nak membawanya sekali, tetapi sedang
mereka berjalan menuju ke Restoran Serai, Sarah ternampak pulak Perpustakaan
kecil di hujung bersebelahan dengan restoran-restoran yang ada di Shatfsbury
Square, ini jadi dia mencadangkan lebih baik dia duduk di perpustakaan dari
mengikut Syah. Nanti, dia bukan faham pun. Syah bersetuju, jadi di sinilah dia,
di perpustakaan yang kecil dan comel.
“Walaikummussalam...terima kasih
sebab sudi singgah kat sini. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal gadis
muda yang menjaga perpustakaan itu. Sarah mengambil tempat kosong di hadapan
kaunter pemulangan dan peminjaman buku.
“Saje, je singgah...Perpustakaan ni,
comel lah...” Puji Sarah. Yang gadis di hadapannya hanya tersenyum.
“Terima
kasih...” Jawab gadis itu. Sarah hanya tersenyum
“Awak
jaga seorang ke perpustakaan ni?” Soal Sarah.
“Tak ada lah...Ibu tertinggal something kat rumah, tu yang kena balik ambik
tu...kejap lagi dia datanglah tu.
“Awak
suka buku?” Soal Sarah lagi.
“Suka! Ni
semua pasal ibu lah ni. Dia yang buatkan saya suka buku...” Seloroh gadis itu.
Sarah hanya tergelak sekali.
“Suka
buku yang macam mana?” Soal Sarah.
“Saya suka adventure and misteri...Kalau something yang macam ada teka teki, atau
peleraian misteri lagi best. Hah, macam misteri yang based on abandoned diari.
Macam, orang tu tulis something yang important...dan based on diari tu, kita kena selesaikan misteri, you know, like who killed who..what
actually happen... ” Jawab gadis itu dengan penuh semangat. Sarah hanya
tergelak.
“You
know...I have one..Diary i mean...dalam tu ada semua benda yang penting saya
tulis. And...if in case my ajal dah dekat, i’ll leave something important in
that diary so that...my loves one know, how much I love them...”
Terang Sarah panjang. Gadis muda itu dengar dengan tekun dan mengangguk-angguk.
“Bestnya
ada diari...saya tak boleh..sebab saya malas nak tulis.” ujar gadis itu lalu
tersenyum seperti kerang busuk. Sarah tergelak kecil. Setelah lama mereka
berborak dan bertukar pendapat, Syah datang menjemputnya di perpustakaan itu.
“Honey...jom
balik...awak tak boleh duduk luar lama-lama...” Ajak Syah, sebaik sahaja Syah
masuk ke perpustakaan kecil itu. Gadis itu memerhatikan mereka berdua.
“Suami saya. Saya balik dulu ye...”
Sarah mengenalkan Syah kepada kawan barunya ni, lantas bersedia meninggalkan
gadis itu.
“Eh...kejap..kejap...” Ujar gadis itu. Dia hilang sebentar di dalam bilik rehat
pekerja dan keluar dengan sebuah buku di tangan, gadis itu kemudian menyerahkan
buku itu kepada Sarah.
“Apa
ni?” Soal Sarah.
“My favourite book, Narnia..ala...cerita
yang kat wayang tu...tapi sebelum keluar wayang, saya dah baca dulu dah...dari
dulu, sampai sekarang, cerita favourite saya...full of adventure...Saya nak bagi kat
awak...Kalau minat, awak datanglah lagi, pinjam yang nombor 2 pulak..” Ujar
gadis itu, ikhlas.
“Eh...tak sampai
hati nak ambik, kan awak punya...” Tutur Sarah lembut, sambil menolak kembali
buku kepada gadis itu, namun di tolak kembali kepadanya. Gadis itu lantas
senyum dan menggeleng.
“Tak
apa, ambiklah...ambiklah okey?” Pujuk Gadis itu. Sarah akhirnya beralah juga,
sudahnya Sarah keluar dari perpustakaan dengan sebuah buku di tangan. Sebelum
meninggalkan pintu perpustakaan Sarah menoleh ke arah perpustakaan itu, mana
tau itu kali terakhir dia tengok perpustakaan yang comel itu.
“Siapa
tadi tu?” Soal Syah, sambil memaut pinggang Sarah.
“Kawan..” Jawab Sarah ringkas.
“Nama
dia?” Soal Syah lagi.
"Athirah Syahirah.”
Balas Sarah, Syah hanya mengangguk-angguk. Tidak lama berjalan, mereka masuk ke
dalam kereta Syah.
Dari dalam kereta, Sarah masih lagi memandang
perpustakaan kecil itu. Dalam hatinya nekad, walau macam mana sekali pun, dia
akan cuba menemukan takdir Athirah dan Syah. Supaya bila dia dah tak ada nanti,
ada orang yang boleh menggembirakan Syah, lebih dari dia...dari situlah,
timbulnya ‘rancangan Hadiah Terakhir’...
***TAMAT***


No comments:
Post a Comment