Saturday, 7 December 2013

Dendam Rashidah (Prologue)

PROLOG
“MAK…MAK…” Shidah menggoyang-goyangkan, tubuh badan maknya yang terkujur tidak, bergerak, tidak mendapat apa-apa respond dia beralih pula kepada ayahnya.
            “Ab..abah...” Dia menggoyangkan tubuh abahnya, sama juga, abah dan maknya tidak menujukkan tanda-tanda yang mereka hidup. Shidah kemudian berdiri di tengah-tengah, di antara tubuh abah dan mak yang terkujur, tidak bernyawa. Gaun tidurnya yang putih, bertukar warna merah darah mak dan abah.
            Dia memerhatikan tubuh abah dan mak...badan abah berlumuran darah..pisau masih lagi terbenam tepat di dada abah. Mak pula, di tusuk di perut. Matanya kosong merenung mayat ibu bapanya, tidak mempedulikan lantai yang penuh dengan darah...tidak ada tangisan, tidak menjerit...hanyalah pandangan mata yang kosong dan dingin...Seluruh tubuh Shidah berasa dingin. Hendak menangis, tak guna, bukannya mereka boleh hidup lagi, kalau dia menagis seteruk mana pun. Hendak menjerit, suaranya tidak terkeluar. Dalam hatinya, cuba menafikan bahawa Abah dan mak, dah tak ada...

No comments:

Post a Comment