BAB 22
“YA ALLAH YA
TUHANKU...aku mohon pada-Mu, Kau
telah dekatkan dan ingatkanku, pada-MU, ketika aku sesat dan lupa, aku
bersyukur YA ALLAH. Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau dekatkanlah pula, suamiku
dengan-MU. Kau berikanlah petunjuk, untuk suamiku, agar dia kembali,
menyembah-MU yang satu. Aku mohon, Ya ALLAH. Ingatkanlah dia, macam Kau
ingatkan aku dahulu. Temukanlah dia dengan orang-orang yang baik, macam Kau
temukan aku dengan Dayah dulu. Sesungguhnya, hanya pada-MU, aku mengadu, hanya
pada-MU tempatku meminta Ya ALLAH. Amin ya Rabaal Alamin.” Ateya mengaminkan
doanya, kemudian mengambil tasbih pula. Tangannya, ligat, meniti tasbih dan
membaca selawat.
Macam
tu lah, rutin dia, setiap kali habis bersolat. Terutama selepas solat Isyak.
Kadang-kadang, membaca Al-quran, bertasbih, tengoklah. Dia tidak pernah jemu,
berdoa untuk Aki. Dia, menanti satu hari, yang Aki akan berubah dan boleh
menjadi imam, untuk solatnya. Insya-ALLAH.
“MENTALITI orang di sekeliling kita, selalu kita dengar ‘aku buat, sebab orang lain
buat.’ Dan... ‘Bukan aku je yang tak buat, ramai lagi yang tak buat.’ Masalah,
Islam dalam negara kita ni, Islam tu dianggap seperti budaya, bukan cara hidup.
Sebab tu lah terjadinya, ‘aku buat, sebab orang lain buat’ dan ‘bukan aku je
yang tak buat’. Contoh paling senang, Solat. Kenapa muallaf yang baru masuk
islam lebih memahami dan menghargai solat, daripada kita yang dah memang Islam?
Sebab, kita anggap, solat tu cuma satu benda yang kita kena buat. Bukan, sebab
kita nak buat. Muallaf, dapat rasa bertapa indahnya dunia, bila bersolat, tapi
kita rasa macam tak ada apa-apa...” Panjang lebar Zarif menerangkan. Aki pula
hanya tekun mendengar. Zarif, kemudian meneguk Coffee Hazelnut, yang di pesan
tadi.
“Untuk,
sentiasa mendapat Redha ALLAH. Kita perlu sentiasa, ingat pada DIA, bukannya
masa kita susah je...dan bila ALLAH, masih sayang lagi pada kita, walaupun kita
dah banyak berdosa, walaupun kita lupa pada DIA, DIA akan bagi sedikit push, untuk buat kita ingat kembali pada
DIA dan kembali ke jalan Islam. Macam kau lah. Aku bawak kau pergi masjid hari
tu, kau rasa, macam apa yang ustaz tu kata, masuk kat telinga kau, dan kau
terus rasa nak belajar tentang Islam balik. Tak semua orang rasa macam tu,
melainkan dengan izin ALLAH je. Tengoklah, bertapa luasnya Kasih Sayang ALLAH.”
Sambung Zarif. Aki mengangguk faham. Sungguh, dia kagum dengan lelaki yang
menjadi kawan dia ni. Zarif seperti seorang abang, yang dia tak pernah ada.
Banyak, bagi nasihat. Banyak mengajar dia, tentang Islam. Banyak, menunjukkan
pada dia, benda-benda yang dia tak pernah nampak, atau dia tak pernah ambil
tahu. Betullah Zarif kata, ALLAH tak jadikan sesuatu, tanpa sebab. ALLAH tak
temukan dia dengan Zarif tanpa sebab.
“Kau, bagus Zarif. Kalau dulu aku macam kau kan, bagus.” Ujar Aki,
lantas tersenyum. Zarif tersenyum dan menggeleng.
“Aku,
bukannya original macam ni.”
“Maksud
kau?”
“Dulu,
aku duduk kat UK Ki. Tau la kan, macam mana, kalau kita dah duduk kat sana.
Semua, lupa habis. Nak sebut nama ALLAH pun, tergagap-gagap.”
“Berapa
lama kau duduk sana?”
“Erm..aku
dulu, boarding school, kat UK tu...means, dari aku sekolah rendah,
sampailah umur aku 23 tahun. Berbelas tahun jugaklah aku kat sana.” Balas
Zarif. Lama. Aki yang duduk Australia, tak sampai 10 tahun pun dah dok lupa
diri, inikan pula, Zarif yang dah duduk sana berbelas tahun.
“I was lost, lagi teruk dari kau. You know, rebellious, ciggarete, even boozes.
Kau tak pernahkan sentuh arak tu?” Soal Zarif. Aki menggeleng. Memang dia tak
pernah sentuh pun air kotor tu. Sebab, dia rasa, macam tak suka bau air tu,
walaupun dia banyak masuk kelab-kelab. Lepas tu ikut kepala sendiri je masa kat
Australia tu. Cakap Papa dengan Mama pun, liat nak dengar. Aki memandang Zarif
tak percaya.
“Kau
biar betul.”
“Betul.
jangan tak percaya. Aku manusia Aki, fragile...
I was really lost, sampailah aku
jumpa dengan Aisyah.”
“Siapa?”
“Isteri
aku...”
“Yang
19 tahun tu?” Soal Aki, Zarif ketawa dan menggeleng.
“Aisyah
Raudhah, arwah isteri aku...mak kepada A’an.”
“Oh.”
“She was my push...Dia yang banyak, bawak
aku kenal dengan ALLAH, dan dia butang yang push
aku untuk menyayangi Islam.” Sambung Zarif lagi. Aki mengangguk.
“Sekurang-kurangnya,
kau tersedar sendiri, tak macam aku yang perlukan perempuan untuk menyedarkan
aku, sedangkan aku yang patut membimbing dia.” Zarif terhenti, termenung jauh.
Mungkin teringat arwah isteri dia.
“Kita,
mencintai seseorang, kerana ALLAH. Bukan mencintai, kerana kita berhak untuk
mencintai dan dicintai. Hati dan perasaan itu, milik ALLAH. Dia boleh tarik
rasa cinta tu, bila-bila masa je. Tu yang Arwah Aisyah ajar aku.” Sambung Zarif
tiba-tiba.
“Tapi,
kita lupa semua tu. Kita mencintai bukan sebab ALLAH. Sedangkan ALLAH yang bagi
perasaan dan cinta tu, kepada diri kita. Tak ada yang mengingatkan kita tentang
tu.” Sambung Zarif lagi. Aki pun dok termenung jauh berfikir. Tersedar.
Tersentap dengan kata-kata Zarif.
“I learn it in a hard way Aki.” Ujar
Zarif, sayu.
“Lepas
aku dah tersungkur teruk sampai aku dah rasa putus asa, baru ALLAH temukan aku
dengan Aisyah.” Zarif menanggalkan cermin mata dan meraup muka. Aki memandang
Zarif.
“You must have been through a lot...”
Ujar Aki.
“You have no idea...even after aku dah
kahwin dengan isteri aku yang sekarang ni. Banyak ujian yang ALLAH bagi kat aku.”
Zarif tersenyum sungging.
“Tapi
Aki. Kau kena ingat ni. ALLAH tak kan bagi ujian yang kita tak mampu nak lalui.
ALLAH tak kejam. Dan ujian yang ALLAH bagi tu menandakan bahawa DIA masih sayangkan
kita.” Cermin mata yang di letakkan di atas meja tadi, di pakai balik. Aki
mendengar dengan tekun.
“...and when ALLAH do, give us a hard trial,
don’t forget, that you can turn to HIM anytime you want. ALLAH akan dengar,
kalau kau betul-betul ikhlas berdoa. Dengan berfikiran macam tu lah, I stand strong until today, even, when I can
easily break.” Sambung Zarif lagi. Kata-kata Zarif, memang betul menyentuh
hati dia...dan dia macam nampak, bertapa sukarnya ujian yang Zarif kena lalui,
dengan hanya mendengar kata-kata lelaki itu. Dia mungkin tak tahu, apa yang
Zarif kena lalui, tetapi dia berasa bersyukur sangat, sebab Pak Ngah, kenalkan
dia dengan Zarif.
‘Kita,
mencintai seseorang, kerana ALLAH. Bukan mencintai, kerana kita berhak untuk
mencintai dan dicintai.’


No comments:
Post a Comment