Saturday, 7 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 1)

BAB 1

27 Februari 2012

“SELAMAT HARI JADI yang ke-25 tahun, Teya... dari sahabatmu yang kiut miut, Jannah” SMS yang baru dibaca tadi, membuatnya tersenyum. Hilang jugaklah stress, walaupun tak banyak. Dia melihat jam di dinding. Jam menunjukkan tepat pukul 12...heh...Jannah orang pertama yang wish, macam biasa, lepas tu, SMS dari Dayah pulak datang,pun wish happy birthday juga. Teringat, semasa Aki, ada dulu, dia selalunya orang pertama yang wish...

Bunyi batu, kecil-kecil dibaling ke tingkap biliknya membuatkan dia terbangun. Dia menggosok-gosok matanya. Dia melihat jam, tepat pukul 12...dengan, mamainya dia membuka tingkap...telefon cawan yang di hubungkan dengan benang, di campak ke tingkap biliknya, dia menyambut, lalu, menekap telefon cawan itu, ke telinganya. Ateyah memerhatikan kelibat manusia yang sedang tersenyum-senyum seperti kambing gurun, di tingkap bilik, yang bertentangan dengan biliknya.
             
      “Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday, my dear Yah, si arnab bodoh...Happy birthday to you..wooo!!” Nyanyian sumbang lagu Selamat Hari Jadi bergema di telinganya.
             
           “Woi! Kau nak sakitkan hati aku ke, apa ni?” Marah Ateya.
            
          “Dah kira okeylah, aku ingat hari jadi kau...Kau patut bersyukur tau, dapat kawan macam aku ni, dahlah handsome, sweet pulak...”
           
         Ateya tersenyum apabila terkenang kembali, apa yang berlaku setiap kali, hari jadinya menjelang. Akimullah, memang  tak pernah lupa hari jadi dia. Setiap kali, hari jadi Ateya, Akimullah, pasti akan menyediakan hadiah untuknya.
            
         Jarak rumah mereka tidak jauh, oleh itu, mereka boleh berhubung dengan cara yang agak tradisional. Mereka akan berborak melalui cawan kertas itu sampai larut malam...tapi itu dulu... Sudah 9 tahun Akimullah pergi, tetap tak ada khabar berita darinya...Mungkin, Akimullah, sudah lupakan dia...tapi, sungguh, dia tak pernah sekali pun melupakan Akimullah, kerana Akimullah, adalah sahabat baiknya. Biarlah dia sahaja yang mengingati Akimullah...kenangan sewaktu dia kecil dahulu, tidak akan dilupakan, kerana kenangan-kenangan itu sangat berharga buatnya.
            
          Dah..dah cukup berangan tu Teya...banyak benda lagi nak buat ni, mampus aku...Tangannya kembali kepada lakaran yang di lukis tadi. Ateya ialah seorang pereka grafik, di syarikat Sweet Attraction Animation Studio, syarikat animasi yang baru sahaja menapak di Malaysia. Walaupun, masih baru lagi, tetapi, mereka banyak menerima projek-projek besar, untuk pengiklanan. Projek yang paling besar adalah projek, yang sedang di uruskan sekarang ini, iaitu, filem animasi yang akan ditayangkan di panggung wayang, nanti...dan, Ateya, ditugaskan dalam kerja penghasilan karakter. Besarkan tanggunggjawab yang di terima? Ateya akan menguruskan hal-hal, kesemua penghasilan karakter animasi itu.
            
          Sudah banyak kali jugak, dia memerah otak...tetapi, mesti ada yang tidak kena dengan penghasilan karakter-karakter tu. Filem animasi ini ialah mengenai, cerita rakyat Puteri Gunung Ledang. Seperti juga, orang barat ada Cinderella, Sleeping beauty, Snow White, kita orang Malaysia, ada Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong, Mahsuri dan lain-lain. Tetapi, buat masa ini, cuma Puteri Gunung Ledang dahulu, untuk permulaan. Jalan cerita akan diolah, supaya sesuai dengan cita rasa kanak-kanak. Projek ini, memang lain dari projek-projek di kerjakan sebelum ini. Kata bosnya Hidayah, dia ingin buat perubahan sedikit, kerana selepas animasi Putih yang di tayangkan beberapa tahun lalu, tidak ada projek penghasilan animasi seperti itu lagi, jadi dia ingin mencuba nasib, mana tahu, boleh jadi box office...Insya-ALLAH...
             
         Ateya akan lakarkan beberapa pilihan karakter, dan dia akan memilih, karakter yang paling terbaik, dari rambut, sehinggalah kostumnya. Kalau dah karakter Puterinya pun, dah pening kepala, inikan pulak karakter Hang Tuah dan lain-lain yang masih belum lagi dihasilkan lagi.


“ALLAH!” Ateya serta- merta, terkejut dengan bunyi jam loceng yang berteriak. Dia mencapai jam loceng, di sebelahnya, dan melihat jam...
            
            “AstahgfiruLLAHALAZIM! Subuh, subuh!” Kelam kabut, Ateya bangun dari mejanya, lakaran yang telah disiapkan semalam terlekat di pipi oleh gam semulajadi yang dihasilkan semasa tidur...
            
           “haaa!!!” Ateya cepat-cepat mencabut kertas itu, dari pipinya.
          
          “Ohh noo!!! My Hang Tuah!!!” Ateya menjeling jam lagi.
            
          “Alamak! Tak apalah, buat yang baru. Mandi,mandi” Ateya berlari-lari anak masuk ke bilik air.
  

 DIA MEMANDANG BUKU KOMIK yang tersusun di rak kedai buku MPH itu...dia tak pernah, suka baca komik, tetapi entah kenapa, illustrasi di muka komik itu, menarik perhatiannya, itu dan nama pena kartunis itu...A-Yita, dia mencapai buku komik itu dan membeleknya.
            
           You like comics? How childish...” Ejek, gadis yang di kenali sebagai, Amanda. Termasuk Amanda, entah dah berapa orang gadis-gadis cantik dan berkedudukan, yang di bawanya ke hulur ke hilir...minggu ni, saja...yang bagusnya, dia tak perlu nak mengeluarkan kata-kata manis, atau memikat gadis-gadis ini, gadis-gadis ini yang datang kepadanya. Bak kata perpatah lama-lama orang melayu petik jari sahaja, gadis-gadis itu akan datang mencericit kepadanya..dan dia pula, bunga dah datang dengan rela, siapalah dia untuk menolak kan? Lagi satu, dengan menerima gadis-gadis yang datang kepadanya, dia juga membantu mereka dengan menggembirakan mereka, jadi, dia sebenarnya baik dan pemurah, bukan miang.
            
            No, It’s for my niece...beside, the illustration is not so bad...So i just intrigued” Dia menjawab, sambil matanya tertumpu pada komik itu. Dia ingat lagi, ada seseorang yang suka sangat baca komik. Sampai sekarang agaknya, dia suka lagi, benda-benda macam ni...lelaki itu tersenyum.
            
           “Ash...I don’t like it here...too many books..haven’t you found what you looking for?” Rengek, Amanda.
            
           I told you, it will be boring...you are the one who wants to come with me...” Tutur Ash lembut.
          
      “But you always busy...I missed you boo, we don’t get the chance to spend more time together...and then...and then, I heard, some nasty rumours about you changing girls. I don’t like it...I want to be with you Ash” Rengek Amanda lagi, manja sambil memaut kuat lagi lengan Ash.
            
        Can’t help it...you got a hunk for your boyfriend...” Ash tersenyum nakal. Muncung Amanda sudah panjang sedepa.
           
           Aww...what’s with that lips? Want me to kiss you?”
            
          “Not here boo...later, when we’re alone...” Ash teresnyum nakal, dengan respond Amanda.  

"Alright boo..as you wish...” Ash dan Amanda bergerak ke arah kaunter kashier MPH itu, untuk membayar, buku-buku yang di ambil tadi. 

Happy Birthday, lunatic head...


“APA BENDA NI, TEYA OI!? Tak senonoh betul lah kau ni.” Marah Hidayah, apabila terlihat, peta yang di lukis di atas badan Hang Tuah, sewaktu dia tertidur atas kertas itu semalam. Ateya hanya tersenyum kerang busuk.
             
         “Sorry lah sweety...aku tertidur atas kertas ni semalam” Ujar Ateya, kesal.
             
        “Tidur satu hal...lena betul kau tidur...tengoklah, bertapa besarnya peta ni...” Hidayah memegang hujung kertas itu, dengan hujung jari.
             
         “Alaa...tak payah risau pasal peta tu, nanti aku buat baru, aku just nak tunjuk kat kau, macam mana karakter ni. Kau nak dia rambut pendek ke panjang? Okey tak kostum dia?” Soal Ateya.
            
        “Karakter ni, okey...aku rasa, lebih handsome, kalau Hang Tuah ni, rambut pendek, kostum tu dah okey dah...Puteri ni pun okey...cantik, cantik...” Puji Hidayah.
            
             “Okey! Thank you!”
            
             Now, get this disgusting paper out of my face...”
            
            Alright mam!”


DIA MENGANGKAT, telefon yang berdering di mejanya. Matanya masih tumpu pada lakaran Hang Tuah yang telah diperbaharukan tadi.

            “Yes, Sweet Attraction Animation  studio, boleh saya bantu?” Ayat yang selalu keluar dari mulutnya, setiap kali mengangkat telefon.
             
     “Hello, is this Miss Hidayah?” Sambut talian sebelah dengan ‘accent Ausie’ yang jarang didengar...alamak, Mat Salleh lah..Walaupun lelaki itu, menggunakan ‘accent Ausie’, tetapi accent lelaki itu, tidak setebal accent orang Australia yang lain.
            
        Oh...I’m sorry sir..in the mean time, she’s not here... She have to take care of an outside bussiness, but if there’s anything, you can talk to me...I’m her bussiness partner, Hashimah...May I know, who’s on the line?” Soal Ateya, dengan formal.
           
          Okay, Miss Hashimah...I’m Ash, from AKA lawfirm...a few days ago, i come across one of your commercial, and i instantly fall in love with your work...so, as our company are new in Malaysia, we need a proffessional web designer and a good publicity. I’ve been thinking, could we arrange some meeting, so that we can seal a deal?” Soal lelaki di talian sebelah. Lawfirm?Wow...It looks like,we catch a big fish...Ateya tersenyum.
           
             Of course Sir...tell me the time and place i’ll go there with Miss Hidayah...”
             
            “Just, Ash...if you may?” Potong lelaki di talian sebelah.
            
           Oh..Okay Ash...please tell me the time and place, and we’ll meet you there...” Sambung Ateya. Ateya mencatat waktu dan tempat di atas notepad berwarna kuning dan melekatkannya di monitor komputer.
            
         Okay, got it...thank you Ash...I’ll make sure to tell Miss Hidayah, as soon as possible.” Sambung Ateya, dan kemudian meletakkan telefon. Wow...a guy, with Ausie accent huh? Tak pernah jumpa pun lelaki macam tu, sepanjang 25 tahun dia hidup kat dunia ni. Macam rasa curios pulak nak tengok muka dia. Ada tak ala-ala muka Hugh Jackman tu? Ateya tersenyum sendiri mengingatkan loghat mat salleh tadi.

No comments:

Post a Comment