Monday, 9 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 11)



BAB 11
I RASA I NAK tamatkan hubungan kita” Ujar Aki tenang. Ana terperanjat, belum sempat Ana hendak bersuara, waiter datang meletakkan pesanan makanan mereka berdua.
              What?” Soal Ana, selepas waiter tu meninggalkan meja mereka. Suaranya, separuh meninggi.
              Yeah...I’m sorry...” Tutur Aki serbasalah. Dari mula Yah suruh tinggalkan Ana, dia tak buat, sebab, yelah...siapa nak lepaskan perempuan manja dan cantik macam Ana ni. Tapi, bila mengenangkan bertapa marahnya Yah, tempoh hari di One utama tu. Terus dia rasa serbasalah. Baru dia keluar dengan Alice Yah dah marah sampai macam tu sekali, inikan pulak bila dapat tahu yang dia mempermainkan kawan baik Yah ni. Mahunya, lumpuh seluruh badan. Penangan dari beg tangan Yah, tu rasa lagi tau sampai sekarang. Badannya masih sengal-sengal lagi. Masuk yang ni, ni dah kali kedua dia kena pukul dengan beg Yah. Dengan itu, dia membuat kesimpulan yang beg Yah tu, adalah senjata merbahaya, that, and...dia rasa serbasalah untuk teruskan hubungannya dengan perempuan lain. Well, at least during this wedding preparation lah...Memang tidak dinafikan, memang Yah yang banyak bertungkus lumus untuk perkahwinan ni, jadi dia kenalah bertimbang rasa...After all, they’re friends, before future bride and groom.   
              Why? You tau tak I sabar je selama ni tau bila you dengan perempuan lain...sebab I ingat, i hold that special place in your heart. Rupanya, tahap I sama je dengan perempuan-perempuan yang you bawak ke hulur ke hilir tu kan?!” Marah Ana.
              “Yah cakap...”
              What? So, this is all her doing? Dia bagitau you ke, pasal masa silam I? So, bila dah dengar pasal tu,  you rasa I ni, murah...macam tu? Sebab tu senang-senang je you nak buang I ?!” Belum sempat Aki hendak menerangkan hal sebenar, Ana potong. Suara Ana dah makin meninggi.
              “Huh? Masa silam? You cakap pasal apa ni?” Soal Aki keliru.
              You know what? Save it!” Ana semakin marah. Aki pulak keliru. Masa silam? Rasanya Yah tak pernah cakap apa-apa.
              Fine! You want a break up? You got your break up...but, jangan menyesal dengan keputusan you!” Marah Ana, lantas ‘ice lemon tea’ di simbah ke muka Aki. Well...Aki deserve it. Memang padanlah muka dia. Kemudian Ana, meluru keluar dari restoran makanan barat tu dengan muka yang bungkam. Aki pulak yang duduk diam di situ. Walaupun, dia kena simbah dengan air teh lemon, dia berasa agak legalah. Kurang satu perasaan serbasalahnya kepada Yah.


PINTU BILIK diketuk, beberapa kali.
              “Masuk...” Suara Ateya dari dalam mempelawa masuk. Mungkin adik atau umi nak pinjam sesuatu kot.
              “Boleh ke aku masuk?” Berderau darahnya mendengar suara yang macam ‘familiar’ tu. Perkara pertama yang dia periksa adalah kepalanya! Tak ada tudung...Alamak!
              “Aku masuk ye...” Sebaik sahaja dia terdengar tombol pintu di pusing, cepat-cepat dia menutup pintu, sebelum Aki masuk. Sudahnya, kuat bunyi pintu itu dihempas. Bila dah pasti yang pintu itu dah ditutup rapat, terus dia mengunci pintu biliknya. Huu! Nasib baik Aki tak nampak. Belum sah jadi isteri lagi, mana boleh Aki nampak rambut dia.
              “Oi! Mana boleh masuk bilik anak dara macam tu je!” Marah Ateya.
              “Lah...dah kau suruh masuk, aku pun bukalah pintu.” Kedengaran suara Aki dari luar.
              “Kau ni, kadang-kadang macam orang bodoh jugak tau. Kau ingat kita macam dulu-dulu lagi ke, senang-senang je keluar masuk bilik masing-masing.” Marah Ateya. Kedengaran suara Aki tergelak kecil.
              “Kau tau, orang perempuan, beratur tau tak, nak aku masuk bilik dia orang.” Seloroh Aki.
              “Yeah? Well dia orang pun bodoh macam kau. Dia orang ada masalah mata dan mental, sebab tak nampak bertapa buayanya kau ni.” Sekali lagi, Ateya memerli dan sekali lagi Aki tergelak kecil.
              “Kau nak apa, mengacau ketenteraman aku ni?” Soal Ateya.
              I just want to say, I’m sorry for being such a jerk, Kau marah lagi ke?” Ujar Aki dari depan pintu bilik Yah. Penat berdiri dia duduk, bersandar pada pintu bilik Yah.
              Depends...” Pendek je Yah balas dari sebalik pintu. Sebenarnya, dia tahu yang Yah, sebenarnya dah tak marah lagi. Sebab, kalau Yah, betul-betul marah Yah tidak akan bercakap apa-apa. Dia akan diam je. Tu lah, yang dia suka tentang Yah. Yah bila marah tak lama, Yah bukan jenis yang simpan dalam hati. Sejak, dari dulu lagi.
              I’m sorry okay...I’ll do better next time...” Ucap Aki, ikhlas daripada luar. Dari dalam bilik, Ateya yang berasa lenguh kaki, pun duduk bersandar di pintu biliknya. Kalau tak ada pintu bilik ni, Ateya dan Aki akan kelihatan macam duduk membelakangi satu sama lain.
              “Aku bukan marah sebab apa...aku marah sebab kau tipu aku. Lagi satu...Remember...we are friends, way before we’re future Bride and groom...dan seorang kawan tak akan melayan kawannya, macam tu. It makes me feel that I’m nobody to you. Pada aku, you are not nobody, eventhough i don’t see you as a lover...but i do see you as my friend. My bestfriend.” Tutur Ateya lembut. Ateya kemudian memeluk kedua-dua lututnya.
              “Aku tau. Maafkan aku. Aku tak patut buat kau macam tu. We’re friends. And friends got each other back.” Suara Aki kedengaran jauh dari dalam bilik ni. Ateya kemudian tersenyum kecil.
              “Tak apalah asal, kau sedar.” Jawab Ateya.
              Yeah. You know...she’s the reason, kenapa aku jadi macam ni.” Ujar Aki tiba-tiba.
              “Siapa? Minah Aussie tu?” Soal Ateya, berminat.
              “Yeah...Alice.” Dari luar bilik Aki pun sudah mula memeluk lutut. Rasanya, sudah tiba masa dia bercerita, apa yang jadi kat dia masa kat Australia dulu.
              “Masa, mula- mula aku datang Australia, aku rasa out of place sangat, terutama dekat high school. Yelah sekolah kat sini and kat sana kan, lain...and then...she came to me, that beautiful, blond hair girl. I thought I’ve seen a real life Angel...” Aki membuka cerita.
              Real life...? Dude, are you serius? Aku tak tau pulak kau have hots for blond girl. And blond girl yang macam tu pulak tu” Seloroh Yah dari dalam bilik, lantas tergelak kecil.
              Hey, give me a break...I was still a growing boy. Lelaki mana yang tak terpikat kat hot blond hair girl?” Tutur Aki. Terdengar suara Yah tergelak.
              Fine...sambung cerita...” Ujar Ateya.
          “So, one day, i decided to ask her to go out with me...Dia terkejut, but turns out we have a mutual feelings. Dia cakap, dia memang suka tengok aku sebab...She said I was kinda cute?  So we go out for awhile...Lepas tu...”
              “Lepas tu, apa jadi?” Soal Yah, tak sabar.
              “Lepas beberapa bulan kita orang dating...dia tiba-tiba mintak putus...”
              “Kenapa pulak?”
              “Dia kata, i’m too nice, dan membosankan, then she left me...”
             “Ohh...you poor thing...pfft...” Nampak tak, tak ikhlasnya Yah kesian kat Aki, siap boleh nak ketawa lagi tu.
              “Hey! I was really in love tau masa tu. Kau boleh pulak ketawa” Marah Aki.
              Alright. Alright, I’m sorry...Then, what happen?”
              “Jadi, aku buat keputusan to be the bad guy, so that i won’t be hurt again. So here I am, a bad and a stupid guy. Dari situlah titik perubahan aku.”
              Dari dalam bilik, Ateya terangguk-angguk. Oh macam tu rupanya. He must really love her, tu yang sanggup tipu-tipu tu.
              Yeah, you’re really an idiot Aki” Ujar Ateya lantas ketawa. Lama juga mereka berborak. Ateya dan Aki ni, memang pelik. Kalau dah gaduh, gaduh betul, tapi kalau dah baik, baik sangat.


“MACAM MANA? Okey tak?” Soal Ateya bimbang. Dia rasa berdebar sangat, ni lah kali pertama dalam hidup dia rasa debaran yang tak nak berhenti.                                                  
              “Ateya! Kau cantik sangat!” Ujar Jannah yang tengah sarat mengandung tu. Ye, hari ni lah hari yang akan menjadi catatan kenangan sepanjang kehidupannya. Kejap lagi dia akan melangkah ke dunia baru bersama Aki. Majlis akad nikah akan dibuat di masjid Putrajaya. Untuk majlis nikah, Ateya hanya memakai baju kurung putih dan selendang putih. Adalah, manik-manik sikit kat baju tu, tapi Ateya, mama dan umi sudah sepakat, untuk majlis akad, tak payah pakai beria sangat. Simple macam ni pun nampak sweet je.
              “Ateya, cantiknya kau!” Puji Dayah pulak. Ateya kemudian tiba-tiba menggenggam tangan kedua-dua orang sahabatnya. Time macam ni  lah dia bersyukur ada kawan yang macam dia orang ni. Sayangnya, Ana tak ada. Yelah, who in a sane mind, sanggup pergi majlis kahwin bekas teman lelaki bersama kawan baik. Sebenarnya, Ateya ada rasa serbasalah juga pasal tu. Tapi, semua ni dah tak boleh di ‘undo’ balik. Dia rasa macam dia ni, perampas pulak.
              “Aku takutlah...” Ujar Ateya, perlahan.
              “Apa nak takut, bukannya kau kena terjun gaung pun...” Nasihat Dayah.
              With Aki, i do feel like aku macam terjun gaung.” Seloroh Ateya dengan muka gementar.
              Well, you were right on that...tapi semua akan okey, trust me honey! Dah jom gerak.” Pelawa Jannah.
              “Along, jom...bahagian lelaki dah sampai dah masjid tu.” Tiba-tiba umi masuk bilik, mengajak Ateya untuk gerak ke masjid putrajaya.
              Sesampai sahaja, Ateya di masjid, Aki sudah bersedia dengan baju melayu putih. Tidak lama kemudian, majlis akad dimulakan. Banyak kali jugalah, Aki kena melafazkan akad. Kesian pun ada juga dia tengok, Aki yang tengah gementar tu. Akhirnya dengan 3 kali lafaz, Ateya sudah sah menjadi isteri Aki.
              Kemudian, lepas Maghrib, majlis resepsi mereka di Sime Darby Convention Centre berlangsung. Memang tidak dinafikan Yah, nampak cantik sangat hari ni. Sepanjang majlis resepsi, Mata Aki, tidak lepas dari merenung wajah Yah yang di calit solekan yang ringan. Kemudian, baju jubah unggu tu, sesuai sangat dengan Yah. Lepas tu, masa akad nikah tadi, sumpah memang Yah nampak sweet sangat. Masa tu lah first time ever dia rasa yang gadis pakai tudung, boleh jadi cantik. Yah memakai jubah unggu, dengan tudung bawal berwarna unggu juga, di hiasi dengan mahkota bermotifkan lingkaran bunga dan ditambah dengan selendang jarang warna putih.
              “Apsal kau pandang aku. Panas tau tak muka aku ni dengan pandangan kau tu.” Ujar Yah perlahan, cukup hanya dia dan Aki sahaja yang dengar. Then again, cuma rupa dia je makin cantik, perangai still sama lagi.
              “Aku ada mata, suka hati akulah nak pandang mana.” Balas Aki, pun perlahan juga. Mereka sekarang ni, sedang makan adap-adap, dah nama pun makan adap-adap, jadi kena control betul makan ni. Tak boleh makan macam selalu. Nak kena makan perlahan-lahan, biar nanti tak malu. Ateya rasa macam akward gila kena makan depan semua orang ni. Tak feel. Jangan nanti, dok nak kontrol, nanti tiba-tiba ayam terbang pulak. Aih! Mintak jauhlah. Majlis mereka tamat pada pukul 10 malam tu. Door gift yang disediakan, merupakan sekotak coklat dan bunga telur. Dah lama dah, orang kahwin tak buat bunga telur. Majlis berlangsung dengan jaya. Lepas ni, majlis sanding kat rumah atuk dan nenek pulak. Penat tau, jadi Raja Sehari ni, nak kena ambik gambar, lepas tu, tadi je dah berapa kali tukar-tukar baju, Penat. Penat, tapi somehow rather, Ateya rasa it’s worth it...
             

No comments:

Post a Comment