Saturday, 7 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 6)

BAB 6

“ANA? KAU KE TU?” Soal Ateya tidak percaya.
               
           “Eh...Teya! Kau apa khabar?” Ana memberi tindak balas, lantas tersenyum. Kemudian mereka berdua berpelukkan di tengah-tengah KLCC tu.
              
            “Laa..Bila kau balik sini?” Soal Ateya lagi, Lantas melepaskan pelukan.
              
            About a week or so...aku ingat nak bagitau kau, nak call kau...tapi banyaknya kerja...Aku rindu kau!”Adu Ana, sambil memeluk Ateya lagi.
              
            “Aku faham Na...aku pun banyak kerja ni hah. Aku pun rindu kat kau.” Ujar Ateya, sambil menunjukkan beg plastik yang penuh di kedua-dua belah tangannya.
              
             What? Tak kan kau bawak beg-beg ni, seorang-seorang? Where’s the guys?”
              
              Well...”
             
              This is the guy...” Tiba-tiba satu suara lelaki menyapa mereka dari belakang. Seorang lelaki yang agak boleh tahan jugaklah muka dia datang dan mengambil beg-beg plastik dari tangan Ateya.
             
           “Teya, kan saya dah kata, tunggu saya...nanti orang ingat saya ni lelaki tak guna pulak biarkan seorang perempuan bawak beg banyak-banyak sampai tak cukup tangan ni.” Lelaki itu bersuara dengan sopan. Ateya, entah kenapa berasa geli-geleman pulak dengan lelaki ni. Bukan sebab lelaki ni, annoying macam belalang (Aki)  tu, tapi dia tak biasa lelaki cakap lembut-lembut dengan dia.
              
            “Kau tu yang lama sangat...Pergi tandas pun lama, mengalahkan perempuan...” Marah Ateya. Nah...oleh itu panggilan mereka berdua ialah awak-aku. Kebanyakkan lelaki di tempat kerjanya, akan melayannya sama ada kasar ataupun dingin. Yelah...dengan perempuan yang ‘plain’ macam dia kan.
              
             “Teya, ni kau punya ehem..ehem ke? Pandai kau cari...” Usik Ana. Lelaki di sebelahnya sudah tersenyum. Ateya baru sahaja hendak membuka mulut, apabila tiba-tiba lelaki itu bersuara...
             
             Well...I hope it’s like that, but unfortunately, we’re just friends...I Naqiudin...panggil I Naqiu je...” Naqiu tersenyum dan menyambut tangan Ana. Ateya memandang Naqiu malas, jangan ingat lelaki yang sopan dan lembut macam Naqiu tu tak suka mengusik. Dialah yang paling suka mengusik, yang selalu menjadi mangsa usikkan Naqiu, Ateya lah.
               
             “Ruginya kau Teya...he’s a catch...” Usik Ana pula. Ana pun satu, dari dulu sampai sekarang, tak sudah-sudah mengusik. Tapi, sebenarnya dulu yang kaki mengusik, ialah Ateya, jadi Ana terikut-ikut perangai Ateya. Ateya...apalah pengaruh buruk kau bagi kat kawan ni.
              
              See...kan saya dah kata. Awak je yang tak nampak.” Naqiu pun tak habis-habis mengusiknya. Namun Ateya tidak memberikan apa-apa reaksi, melainkan reaksi malas nak layan dan reaksi bosan. Tidak ada, muka merona merah, tak marah pun. Ana tergelak, Naqiu pula kecewa.
              
           “Hah...cakap pasal catch...Aku nak kenalkan kau pada seseorang...” Ana berbisik kepada Ateya...
              
           My boyfriend...” Mata Ateya bersinar turut gembira untuk kawan baiknya dari sekolah ini. Ateya tersenyum
              
           “Kejap ye...mana dia...oh...honey! I’m here...” Ana melambai tangan apabila ternampak kelibat teman lelakinya di tengah-tengah orang ramai, memanggil teman lelakinya. Ateya menoleh dan...This is not happening! Kening Ateya terangkat sebelah. Apabila dia nampak lelaki yang sangat-sangat dikenali itu...Bug?
              
             “Kau mesti kenal dia kan?” Soal Ana dengan girang sambil memaut erat tangan Aki, sebaik sahaja Aki sampai.
              
             Well...sangat kenal. Aku dah lama dah tak jumpa dia...” Bohong Ateya, Ateya memandang Aki yang kelihatan terkejut. Kau jangan buat muka terkejut macam orang bodoh tu Aki...Aku lagi terkejut. Kenapa mesti Ana? Bukan sebab dia cemburu, tapi, Aki tak boleh...he cannot hurt Ana...sebab masa sekolah-sekolah dulu, Ana dah banyak menderita sebab lelaki...dan dia tahu, Aki ni, jenis lelaki yang spesies macam mana sekarang...Ateya tak nak pisang berbuah dua kali...dan Ana akan menderita lagi sebab lelaki...



“MACAM TAK PERCAYA KAN? Aku jumpa Ash, masa aku belajar kat Sydney dulu...Jodoh kan?” Tutur Ana girang. Yah mengeluarkan ketawa yang nampak sangat dibuat-buat. Mungkin Ana tak perasan, tapi dia perasan.
              
            “Hahaha...good for you.” Yah memandang Aki, memberi isyarat mata yang cakap ‘What the heck are you doing moron?’ dan Aki hanya menggeleng, tak tahu nak cakap apa.                      
              
             “Kau orang kan rapat dulu...mesti banyak, benda kau orang nak cakap kan? Apa kata kita pergi minum kat Old Town dan menjejak kasih.” Pelawa Ana. Yah memandang Ana sambil tersenyum dan menggeleng,menolak...
              
              ‘Tak apa lah Na...aku pun banyak kerja, Naqiu pun dah lama dah tunggu...lain kali kot..” Aki memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di sebelah Yah. Tajam dia pandang lelaki itu. Siapa kau hah? senyum-senyum macam kerang busuk...ada satu perasaan yang menjalar dalam dirinya sekarang ni...is he, her boyfriend or something? Buat apa nak terkejut kan? Dah 9 tahun pun...mestilah dia ada orang yang punya...Tapi, perempuan plain macam dia? Really? Your taste are bad, man...Nanti, kejap...dia cemburu ke ni? Tak..tak mungkin, Yah, bukan perempuan yang dia akan jatuh cinta.
              
               Setelah menuturkan kata-kata itu, Yah terus bergerak meninggalkan dia dan Ana. Sempat Yah memandang dia. Kali ini, pandangan Yah sangat lain, bukan macam pandangan yang Yah bagi kat dia, masa Yah terserempak dengan dia dan teman wanitanya yang lain. Aki perasankan tu. Belum sempat dia hendak melangkah, mengejar Yah, Ana menarik tangan Aki.
               
             “Ash...you nak pergi mana? We have a date...” Tutur Ana, manja dan, dia mngeratkan lagi pautannya di lengan Aki, sangat erat sehingga tangannya terapat di dada Ana. Lantas dia cepat-cepat menarik tangannya, sebelum terkena di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
              
              I..I need to go...” Kemudian Aki, mengejar Yah, dan meninggalkan Ana. Harap, dia sempat. Dia berlari- lari, lari dan lari, akhirnya ternampak kelibat seorang perempuan memakai tudung bawal putih dari bahagian belakang.
              
              “Yah!” dia berteriak memanggil Yah.
             
              “Yah! Tunggu kejap...Yah!” Dia beteriak lagi. Kemudian Yah menoleh memandangnya. Dia berhenti betul-betul di hadapan Yah.
              
               “Kenapa?Kenapa kau pandang aku, macam tadi?” Soal Aki. Hari ni, Yah lain dengannya. Bukan pandangan menyampah yang selalu Yah berikan padanya, tetapi pandangan...tak tau nak cakap pandangan apa..Yang pasti dia nampak risau.
              
             “Kalau kau tak serius dengan Ana...aku mintak tolong sangat-sangat, tinggalkan dia, sebelum dia terluka lebih lagi sebab kau.” Tutur Yah, serius. Aki, memandang Yah? Kenapa? Dia dah sedar, yang dia suka kat aku, lepas tu, tengok aku dengan kawan baik dia, dia frust? Alamak Yah aku tak bersedia...Apa yang aku kena jawab ni.
               
            “Yah, aku tau, daya penarikkan aku ni susah nak tolak, sejak bila Yah, kau simpan perasaan macam ni, kat aku?Aku tak nak kau sedih sebab aku Yah...tapi, aku terpaksa Yah, aku terpaksa melukakan hati kau, sebab, aku tak boleh anggap kau lebih dari kawan, maafkan aku Yah...” Tutur Aki, serbesalah dan kononnya polos. Susahlah jadi orang ramai peminat ni.
              
              “Apalah yang kau merepek ni, gila?” Soal Yah, malas. Eh?
              
              “Eh? kau suka kat aku, lepas tu, bila kau tengok aku dengan kawan kau, kau rasa kecewa?” Aki memberitahu, keadaan yang membelengu Yah, yang telah dia simpulkan sendiri. Tapi, kenapa dia macam tak ada apa-apa je?
              
               “Huh?” Yah memandang Aki pelik.
              
              “Bukan?” Soal Aki kembali.
              
              Moron...” Tutur Yah, menyampah, sambil menjeling Aki.
             
              “Masa sekolah-sekolah dulu, dia dah banyak terluka sebab lelaki. Lelaki yang macam kau ni lah” Sambung Yah tegas.
              
             “Kenapa pulak?” Soal Aki lagi.
              
             “Kalau kau ikhlas, kau boleh terus bersama Ana...Tapi, kalau kau anggap Ana, macam perempuan-perempuan yang kau bawak ke hulur ke hilir tu...kau tinggalkanlah dia, sebelum dia jatuh cinta kat kau lebih lagi...Dia, kawan baik aku. Aku tak nak tengok dia terluka, sebab kau...Jom, Naqiu...” Yah, kemudian masuk ke perut kereta Persona, milik lelaki yang bernama Naqiu tu, dan meninggalkannya terpinga-pinga tanpa menjawab soalan Aki.


OKTOBER 2004

 “ATEYA HASHIMAH,  saya suka awak...saya nak couple dengan awak, sudi tak awak couple dengan saya?” Pengakuan lelaki yang bernama Ikhwan itu, sangat mengejutkanya. Dia memang kenal dengan Ikhwan ni, tetapi, hanya sekadar pada nama, sebab adik-adik junior selalu sangat bercerita pasal lelaki ni. Bukan adik-adik junior sahaja, kawan-kawan semua selalu bercerita pasal Ikhwan. Abang Ikhwan, atheletic, cute, tinggi, hot dan apa entah lagi.
               
          “Saya serius, awak sudi?” Ateya terdiam. Angin yang berhembus di kawasan belakang sekolah ini, menerbangkan rambut panjangnya yang di ikat separuh. Kemudian, dia menyisirkan rambutnya di belakang telinga. Memang dia teringin, nak rasa cinta monyet, macam kawan-kawan perempuannya yang lain. Terutama, lepas Aki, pergi dua minggu lepas. Lagilah dia sunyi. Tetapi, dia belum lagi terdesak, untuk terima je, orang yang meluahkan perasaan kepadanya. Dia, mahu, dia pun suka kat orang tu, oleh itu, nanti, hubungan mereka akan berkekalan lama.
              
            “Er...maafkan saya, saya tak kenal pun awak. Saya tak suka awak. Tapi, terima kasih.” Akhirnya, Ateya menjawab dengan berhati-hati. Dia rasa serbesalah menolak lelaki itu, tetapi, dia pujilah dengan keberanian lelaki tu, bagitahu depan-depan. Kalau budak lelaki lain, mereka akan bagitahu melalui SMS je, tak pun call.
               
             “Nak buat macam mana kan? Tak kan, nak paksa pulak.” Tegur Ikhwan, hampa.
             
             “Maaf.” Ateya serbesalah, Ikhwan tersenyum
              
             “Kawan?” Soal Ikhwan. Ikhwan menghulurkan tangan dan Ateya menyambutnya dan tersenyum.
              
             “Kawan.”


“KAU COUPLE DENGAN IKHWAN?” Soal Ateya terkejut. Cepat betul...Ana dah mengangguk dan tersipu-sipu malu.
              
           “Wah...tahniah.” Ateya menepuk-nepuk bahu Ana. Rasanya, baru semalam lelaki tu, meluahkan perasaan padanya, cepat betul beralih arah.
             
            “Macam mana dia cakap? Dia cakap depan-depan?” Soal Ateya ingin tahu.
              
            “Semalam dia call. Bahagianya aku Teya.” Nampak sangat sinar bahagia di mata Ana. Selain Aki, dia paling rapat dengan Ana. Sebab tu, rasa sunyinya di isi dengan celoteh Ana. Dia sebenarnya sangat, mengagumi Ana. Ana seorang gadis yang jaga batas, dan sedia menutup aurat, walaupun, umurnya baru 16 tahun, tak macam dia, batas tak jaga, aurat apatah lagi...Nasib baiklah, sekolah mereka tidak memaksa, semua pelajar perempuan memakai tudung, kalau tidak, selekehlah dia. Ateya tak suka pakai tudung, sebab, bila dia pakai tudung, dia nampak selekeh. Tak macam Ana, tudung tu, nampak sesuai dengan muka Ana.
               
             “Aku turut gembira, untuk kau.” Nasib baiklah, dia tak bagitahu Ana, yang Ikhwan meluahkan perasaan padanya semalam, kalau tidak, mesti dia sedih. Lepas ni, dia tak boleh nak terlalu rapat dengan Ikhwan, nanti, Ana sedih. Nampaknya, dia lagilah yang ‘single’. Ateya ada lagi seorang kawan baik perempuan, Jannah, namanya. Jannah pulak sepertinya, dan dia sudah berpunya. Tetapi hari ni, dia tak datang sebab tak sihat. Ana, adalah yang paling baik, antara mereka bertiga. Hai...Jannah, rugi kau tak datang, kalau tak, kau dah dengar dah cerita ‘hot’ ni. Ateya tersenyum girang.
              
               “Terima kasih Teya.” Ana kemudian memeluk Ateya erat.
               
               “Aih...lepas ni, senyum sampai ke telingalah kawan aku yang seorang ni. Sampai tak ingat kat Aku dengan Jannah” Usik Ateya.
               
               “Mana ada. Pakwe, pakwe jugak, kawan tetap nombor satu.” Ana mengeratkan lagi, pelukkannya.

MAC 2005

“TEYA...to...to...tolong aku Teya.” Suara Ana di talian sebelah, terasa sangat lain, esakkannya juga terdengar. Ateya mengerling jam di dinding. Pukul 4.30 pagi.
              
            “Kau okey ke, Ana?” Soal Ateya bimbang. Daripada mamai tadi, terus terbuka luas matanya.
              
           “Teya, aku...Teya...be..be..nda tu, po...Teya...” Ateya dengar samar-samar je, apa yang ingin dikatakan oleh Ana., sebab, kata-katanya disilang dengan tangisan. Apa yang po? Benda apa? Huh? Ateya keliru.
              
              “Teya...aku...takut...” Ateya mulai bimbang, apa kena dengan kawan aku seorang ni?
              
              “Kau kat mana?” Soal Ateya.
              
              “Aku, de...kat stesen KTM...aku nak lari...” Terbeliak mata Ateya mendengar perkataan ‘lari’ itu. Terbangun dia.
              
              “Kau jangan buat gilalah Ana. Kau tunggu kat situ, duduk, diam-diam...aku dengan Jannah akan pergi situ. Duduk diam-diam.” Ateya kemudian, menutup, flip telefon bimbitnya dan menyarung sweater dan terus, pergi ke rumah Jannah.


SESAMPAI sahaja, Ateya dan Jannah di stesen KTM, kelihatan Ana, sedang duduk di atas kerusi kayu, dengan beg besarnya. Nasib baiklah stesen kereta api tu, tak jauh dari rumah mereka, bolehlah, mereka berbasikal untuk ke situ.
               
               “Ka..kau kenapa buat gila ni? Kalau ada masalah, cuba cerita kat kita orang.” Soal Jannah termengah-mengah. Ateya pun sama juga. Masing-masing cuba bernafas. Ana, memandang mereka berdua, kemudian dia mengeluarkan satu alat dari poket beg galasnya dan memberikannya pada Jannah. Ateya terkejut melihat alat tu. Dia kenal alat tu. Selalu ada dalam drama. First time tengok secara dekat...dan dia tahu tanda garis tu. Ateya mengurut dada, dan beristighfar dalam hati. AstaghfiruLLAHALAZIM...
               
               “Kau mengandung Ana?” Soal Ateya ingin kepastian. Jannah turut terkejut. Makin galak air mata Ana keluar.
               
               “Apa aku nak buat? Aku tak nak hidup lagi.” Tangis Ana, teresak-esak.
               
               “Kau jangan buat benda bodohlah Ana.” Tegas Ateya.
              
               “Kau kena hidup. Walaupun, aku tak lah arif sangat bab-bab agama ni, tapi aku tahu, bunuh diri tu, berdosa.” Ateya menasihatkan Ana.
              
               “Siapa? Ikhwan?” Soal Jannah, menahan marah. Ana mengangguk.
             
               “Kau dah cakap dengan lelaki tu?” Ateya pulak menyoal, kali ni, Ana menggeleng.
              
              “Cuba kau cakap dengan dia, telefon dia.” Ujar Jannah pula. Ana, kemudian mencapai telefon bimbit dari poket baju kurungnya dan mendail nombor Ikhwan.
              
              “Assalammualaikum...Wan...” Lama juga Ana terdiam, mendengar omelan Ikhwan agaknya. Lama selepas itu...Ana mula bersuara.
             
              “Wan...dengar apa yang Ana nak cakap dekat Wan ni...” Ana menarik nafas panjang dan mengeluarkan perkataan seteusnya...
              
               “Wan...Ana mengandung anak Wan...” Diam, talian sebelah pun terdiam agaknya. Selepas beberapa minit, talian dimatikan. Bertapa luruhnya hati Ana. Ana memandang dua sahabatnya yang menanti dan mengalihkan telefon bimbit itu dari telinganya.
              
                “Dia letak terus.” Tutur Ana sedih, dan air matanya, gugur lagi.
               
               “Apa?  Tak guna punya jantan. Dia dah buat kau macam ni, dia tak nak bertanggungjawab pulak.” Marah Ateya. Dia sangat berang ketika ini, sangat-sangatlah berang. Tak guna punya lelaki. Sepatutnya, dia dah boleh agak benda macam ni, bila, Ana dan Ikhwan mula bercinta dulu. Dia patut halang Ana, bercinta dengan Ikhwan dulu. Ateya dan Jannah sama-sama memeluk Ana.
               
               “Apalah yang kau fikir, masa kau mula-mula buat benda macam ni dulu, Ana...” Keluh Jannah.
               
               “Wan, kata tak apa...se..se...bab, dia cakap, benda tu normal...dan dia juga cakap, mungkin kau orang berdua dah terlebih dahulu, buat benda macam ni, tapi malu nak cerita kat aku...jadi, aku pun...Lagi pun, masa Aki ada tu, kau rapat gila dengan dia...jadi...” Jawab, Ana tulus dan teresak-esak. Ateya dah bertambah bengang bila dengar benda macam ni. Ana ni, sebenarnya lurus, dia sayang sangat kat Ikhwan tu, jadi dia rela buat apa yang Ikhwan mahukan, walaupun dia tahu, benda tu salah, dan akan memudaratkannya macam ni...
              
             “Ana, bodohnya kau ni...memang kita orang ni, tak jaga batas, tak jaga aurat, tapi, kita orang bukan orang putih, yang rasa benda tu normal. Aku takut, Jannah pun takut.” Tutur Ateya lembut. Jannah pulak mengangguk-angguk.
               
             “Aku rasa, aku nak gugurkan anak ni.” Tutur Ana tiba-tiba.
               
             “Ana! Jangan buat macam tu...kau dah berdosa, kalau kau bunuh lagi anak yang tak bersalah ni, lagilah berdosa...” Tutur Jannah, tanpa lapis.
               
              “Tapi...”
               
              “Dah..jangan fikir benda bodoh ni lagi...kau kena berterus terang dengan mak dengan ayah kau. Mana tau, dia orang boleh tolong.” Ana memberi cadangan kepada Ana.
               
              “Teya, aku tak nak...aku tak nak Teya. Nanti, mesti dia orang sedih sangat.” Ana menggeleng kepala dan menegaskan perkataan Tak Nak.
               
               “Kau kena juga Ana. Dia orang je, yang boleh tolong kau.” Jannah menyokong. Mereka bertiga, kemudian terdiam di situ. Memikirkan cara, macam mana, dia hendak membantu, sahabat mereka. Ana baru berumur 17 tahun, nak SPM pulak tahun ni.



SUDAH MASUK SEMINGGU Ana tidak menghadirkan diri ke sekolah. Sudah selesai ke, masalah dia? Apalah yang mak dengan ayah dia cakap...Sedang otaknya, berfikir-fikir, tiba tiba muncul kelibat orang yang dia paling nak jumpa...
              
             “Ana...macam mana?” Ateya berlari-lari anak mendapatkan Ana yang terjengul di pintu kelas. Jannah pun ikut sekali.
             
            “Aku...” Kata-katanya terhenti. Ana memandang Ateya dan Jannah. Ateya dan Jannah, sabar menanti jawapan.
              
            “Aku gugurkan anak tu...” Jannah dan Ateya sama-sama terkejut dengan jawapan Ana. Mereka seolah-olah berhenti nafas sekejap. Apa kau dah buat ni Ana?
              
             “AstaghfiruLLAHALAZIM, Ana! Kenapa kau buat macam tu?” Soal Jannah terkejut.
              
             “Aku terpaksa...Wan, merayu-rayu, suruh gugurkan...aku pun...” Ana, ingin menangis lagi.
            
             “Mak dengan ayah kau?” Soal Ateya.
               
             “Dia orang tak tahu langsung.” Jawab Ana.
             
             “Lelaki tu, ada kat dalam kelas tak?” Ateya tanya lagi.
             
             “Kenapa?” Soal Ana.
              
             “Ana, dia ada ke tak?” Tanya Ateya sekali lagi, kali ni, lebih tegas. Ana mengangguk. Ateya kemudian meluru keluar dari kelas dan pergi ke kelas Ikhwan. Sesampai sahaja dia di kelas Ikhwan, dia mengajak Ikhwan berjumpa di belakang sekolah. Ikhwan hanya menurut.


PANGG!!

TANGANNYA RINGAN HINGGAP di pipi Ikhwan. Kuat dia menampar Ikhwan. Ikhwan mengurut pipinya berbisa, kena tamparan Ateya tadi. Namun, dia tidak kelihatan marah, malahan, dia lebih kelihatan serbesalah.
              
              “Kenapa kau sanggup buang anak kau sendiri?!” Ateya melenting.
             
              “Kau dah buat, kau kenalah bertanggungjawab. Sanggup kau bunuh anak kau? Dia tak sempat nak lihat dunia pun Ikhwan!” Ateya makin marah.
             
              “Berdosa tau tak Ikhwan!” Ana dan Jannah, cepat-cepat mendapatkan Ateya. Ana berdiam diri dan menangis. Itu sahaja yang dia mampu. Jannah pulak sudah menyabarkan Ateya.
              
              “Sabar, Teya...sabar.” Jannah mengurut-urut belakang Ateya.
             
              “Kau tak rasa serbesalah ke? Pada Ana, pada anak kau tu?” Sambung Ateya lagi.
             
              “Kau kejam Ikhwan! Kejam...” Ateya mencengkam baju uniform sekolah Ikhwan, dan menggoncangkan badan Ikhwan. Cengkamannya, makin kuat.
               
               “Aku, serbasalah Teya! Aku ada rasa serbasalah....aku bukan manusia yang tak ada perasaan!” Jerit Ikhwan tiba-tiba. Kemudian dia terlonglai dan akhirnya, badannya, makin melurut ke rumput. Ana terkejut. Dia tidak menyangka yang Ikhwan rasa serbesalah.
              
              “Tapi, aku muda lagi. Aku budak lagi...umur aku baru 17 tahun...masa depan aku cerah. Jadi, aku terpaksa...” Ateya kemudian melepaskan kasar baju Ikhwan yang di cengkam tadi.
              
              “Oh...jadi kau korbankan darah daging kau, untuk kepentingan kau sendiri? Sangat rasional Ikhwan. Kenapa kau tak fikir sebelum buat benda bodoh tu?” Sindir Ateya. Dia marah. Tapi yang dia marah sangat, kenapa Ana boleh berlembut lagi dengan Ikhwan? Kenapa Ana dengar sangat cakap dia. Memanglah kehidupan dia, akan jadi lain, kalau dia simpan bayi tu...tapi, kalau dia berfikiran positif...dia akan gembira satu hari nanti. Walaupun Ateya tidak arif sangat bab agama, tetapi...dia tahu, setiap apa yang ALLAH bagi pada kita, yang ALLAH uji kita....satu hari nanti, akan menjadi hikmah yang sangat berharga. Tapi, Ana tak sempat nak lalui semua tu.
             
                “Aku mintak maaf, aku mintak maaf...” Tutur Ikhwan berkali-kali.
               
                “Kau nak mintak maaf kat siapa, Ikhwan aku? Ana? Yang kau paling kena mintak maaf, ialah pada ALLAH Ikhwan. Bertaubatlah.” Selepas menuturkan ayat itu, Ateya menarik Ana pergi, Jannah, turut mengikutnya, namun Ana sempat memandang Ikhwan, yang bertelakuk di atas rumput itu...

(APRIL 2012)
              
              Lamunannya terhenti. Seingat dia, itulah kali terakhir dia berasa marah sangat dekat seseorang, dan kali terakhir dia menyentuh lelaki yang bukan mahram...Selepas kejadian tu, semua kembali kepada kehidupan masing-masing. Selepas kejadian itu, dia cuba sedikit demi sedikit untuk berubah. Dia cuba untuk had kan batasnya dengan budak lelaki. Sebab, dia dah nampak, perangai budak lelaki, dan macam mana Ana terpaksa menderita, sebab Ikhwan. Dia tidak lagi menginginkan cinta monyet. Sebab, dia tak nak benda yang sama menimpa Ana, menimpa dirinya. Selepas berjaya menghadkan batas dia dan lelaki, dia cuba memakai tudung pulak...AlhamduliLLAH dia berjaya, sehinggalah terhasilnya dirinya sekarang. Dirinya yang telah dilahirkan semula, selepas bertaubat. Apa yang terjadi, antara Ana dan Ikhwan, banyak memberi pedoman pada dirinya untuk berubah.
               
              Jannah dan Ana dapat sambung belajar di luar negara, lepas SPM. Dia dapat, tapi dia tak pergi, sebab, tawaran bidang yang di dapat, bidang yang dia tak minat. Lagi satu, dia belum bersedia nak tinggalkan umi. Jadi, baginya lebih baik kalau adik yang dapat peluang belajar di luar negara. Sudahnya, dia belajar dalam negara sahaja di UiTM, dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis dan sambung sarjana muda dalam bidang Teknologi Kreatif Animasi dan Teknologi skrin. Masa tu lah, dia berkenalan dengan Hidayah, dan dapat tahu, keluarga Hidayah ada uruskan syarikat pengiklanan. Dari situlah, dia dapat bekerja dengan Hidayah dan sampai sekarang berkawan baik. Jannah balik, selepas 5 tahun berada di Jepun. Tapi, Ana, tak balik lagi...sampailah dia terjumpa dengan Ana tadi. Dia banyak berubah. Banyak sangat. Kelibat Ana yang banyak sangat berubah tu, sebenarnya sangat mengejutkan dia. Dia tak pakai tudung dah. Baju dia pun, banyak terdedah. Tadi dia pakai sleeveless shirt dangan mini skirt warna putih. Sungguhlah, dia kecewa dengan perubahan Ana. Lantas, dia teringat seseorang, lalu, dia mencapai sony xperianya dan mencari nombor seseorang tu. Apabila dah dapat, taliannya bersambung, tapi belum ada orang angkat. Hampir 10 minit menunggu, panggilan bersambut.
              
              “Assalammualaikum, hello?” Kedengaran suara di talian sebelah.
             
             “Walaikummussalam...Jannah, aku ni, Teya.”
            
             “Aku tau...hah kenapa kau call aku ni?”
              
             “Amboi! Tak suka ke, aku call? Tak apa, merajuklah!”
              
              “Dah...kau jangan nak mengada-ngada...kenapa Cik Ateya oi?”
             
              “Er...baby kau okey? Dah tau, lelaki ke perempuan?” Soal Ateya ingin tahu. Jannah mengandung selepas setahun lebih dia berkahwin dengan Omar. Masa Jannah, kahwin pun, Ana tak balik. Sepatutnya, Jannah, mahu dia dan Ana menjadi pengapit. Tapi Ana tak ada, nak buat macam mana kan? Sekarang, kandungan Jannah dah masuk 5 bulan. Comel je, dia tengok perut Jannah yang makin membesar. Dia baru sahaja, berjumpa dengan Jannah, minggu lepas...Tengok-tengok, dah besar dah perut kawannya tu.
              
              “Tak...aku dengan Omar, tak nak tau gender lagi...biarlah jadi kejutan masa aku nak bersalin nanti...” Dengar sangat, yang Jannah tengah bahagia sekarang ni, Tak payah tengok muka dah tahu. Ateya tersenyum. Dia pun, turut tumpang bahagia. Tak lama lagi, dia akan jadi Mak Cik...kalau nak tunggu Adik...tak taulah bilanya nak berbini. Kerjaya dah elok dah, tinggal nak cari perempuan yang elok je.
              
               “Wah! Comelnya kau orang...aku tak sabar nak jadi mak cik oi!”
              
               “Kau tak sabar nak jadi makcik...Aku tak sabar nak jadi mak. Takutlah...”
             
              “Mana satu ni, tak sabar ke, takut?”
               
             “Tak sabar dan takut. Perasaan yang campur baurlah sayang.” Mereka sama-sama tergelak. Tiba-tiba Ateya terdiam.
             
              “Kenapa kau tiba-tiba terdiam ni?” Soal Jannah dari talian sebelah, pelik.
             
             “Tadi, aku terserempak dengan Ana.”
           
             “Ya ALLAH! Ye ke Teya? Apa khabar dia? Rindu aku kat dia.”
              
             “Dia nampak sihat...”
            
            “AlhamduliLLAH...Dah tu, kenapa aku dengar suara kau macam jauh hati je ni?” Soal Jannah, apabila dapat menangkap suara Ateya yang kedengaran murung.
             
            She’s change...”
              
           What do you expect? It’s been years now kan? Semua mesti berubah, macam kau, macam aku...”
           
           No...I mean, she change, a whole lot....”
             
            Change macam mana?”
               
            “Well...for starter....she wears sleeveless shirt and a miniskirt...Kau dah boleh agak kan, macam mana dia berubah?”
             
            “AstagfiruLLAHALAZIM...What is she thinking?” Jannah pun kedengaran kecewa dengan perubahan Ana. Kawan yang paling baik, antara mereka bertiga.
              
            It’s not even the worst...”
             
            What could possibly worst than it’s already is?
              
            She’s with Aki..”
              
            Wow...thats really the worst.” Jannah, dapat tau, sedikit sebanyak mengenai Aki, dari mulut Ateya sendiri.
              
            “Kan? Aku tak nak pisang berbuah dua kali Jannah. Aku tak nak Ana terlanjur macam dulu lagi. What, with the stupid bug tu lagi...”
               
            “Apa yang kita boleh buat Teya? Kita boleh perhatikan dan jaga dia dari jauh je. Yang kena buat keputusan dia sendiri. Dia dah besar. Dia patut dah boleh fikir, baik buruk sesuatu benda.” Ateya mengangguk-angguk mendengar nasihat Jannah. Setelah berkahwin, Jannah telah menjadi lebih matang dari dulu. Selalu bagi nasihat. Samalah juga dia. Mereka saling nasihat, menasihati antara mereka berdua. Walaupun, Jannah, belum lagi bersedia untuk bertudung, tapi semenjak Jannah mengandung ni, Jannah, banyak tanya perihal agama kepada Ateya, dan Ateya terbuka untuk mengajar apa yang dia pernah pelajari dulu... Let’s hope, satu hari nanti, hati Jannah terbuka nak tutup aurat, macam terbukanya hati dia, lama dulu.
              
              “Aku risaukan dialah Jannah.”
              
            “Aku pun, sama. Tapi it’s her life. Kita ni, siapalah nak campur. Kalau kita je yang terhegeh-hegeh risau pasal dia, dia tak ambil kisah langsung...tak guna juga. Macam yang kau selalu cakap kat aku, kita doa je yang terbaik untuk dia.” Jannah menasihati Ateya panjang lebar.
               
            “Betul cakap kau tu, kita doakan yang terbaik untuk dia.”
              
            “Okeylah wei...anak aku ni dah tendang-tendang perut dah nak cakap dia penat. Aku pun penat. Membawa budak ni, susah Teya oi...” Keluh Jannah. Ateya sudah tergelak.
              
           “Jannah, aku nak cakap dengan anak buah aku kejap.” Pinta Ateya, Jannah di talian sebelah, ketawa.
              
            “Kejap ye...apple, ni mak cik nak cakap...” Belum sempat Jannah hendak melekapkan telefon di perutnya Ateya bersuara.
              
             “Eh...kejap! Apple? Kau panggil anak kau apple?” Soal Ateya pelik.
              
            “Nama yang Omar bagi, dia cakap perut aku ni, bulat dah macam epal, tu yang kena panggil epal tu.”
              
            “Kelakarlah kau orang ni.”
              
            “Kau nak cakap dengan Apple ke tak ni?
              
            “Eh...nak, nak...” Jannah mengaktifkan butang ‘loudspeaker’ dan kemudian melekapkan telefon di perutnya yang membulat
             
             “Apple...membesarlah jadi anak yang baik dan taat okey? Nanti boleh jaga ibu dengan ayah.” Ateya tersenyum. Harap Apple dalam perut tu dengar, nasihat dia. Kemudian, Jannah melekapkan telefon bimbitnya di telinganya kembali.
              
              “Aku nak anak aku, panggil aku, umi, macam kau panggil mak kau.”
             
              “Sedapkan, panggil ibu umi?”
             
              “Ha’ah...aku suka sangat dengar.”
               
              “Kau nak dia panggil Omar apa?”
               
              “I'll just stick with ayah.” Ateya di talian sebelah, ketawa lagi.
              
      “Okeylah wey...kau cakap baby dengan uminya ni, dah penat...aku tak nak kacau kau lagi...Assalammualaikum, bye...”
              
             “Yelah...bye...Assalammualaikum...sleep tight...” Ateya, mematikan talian, kemudian, berbaring di atas katil. Aki...Ana....semoga kau orang kembali balik ke jalan yang benar. Aku sayang kau orang berdua. Ya ALLAH Ya Tuhanku...bantulah, sahabat-sahabatku...Dalam tidur, air matanya mengalir. Manusia, boleh berubah dalam sekelip mata je kan?

No comments:

Post a Comment