Friday, 13 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 15)


BAB 15
“KENAPA NUN tak pergi kuliah?” Soal Datin Anita, ibu Nun. Nun, pula memilih untuk tidak mempedulikan Datin Anita. Dia tetap mengemaskan kedudukan neneknya. Mujurlah nenek dia tidur.
            “Nun! Mummy cakap dengan Nun ni.” Datin Anita mula meninggikan suara, lantas memegang lengan Nun. Nun memandang ibunya tajam dan berdecit. Lalu dia keluar dari wad. Bawak Datin Anita jauh-jauh, supaya tidak mengejutkan neneknya.
            “Nun! Jangan kurang ajar dengan mummy! Mummy yang mengandung dan melahirkan Nun tau!” Datin Anita makin marah.
            “Macam yang mummy buat kat nenek sekarang ni ke?” Soal Nun, sarkastik. Bersambung terus, kening Datin Anita.
            “Apa Nun, cakap ni? Mummy, tak pernah kurang ajar dengan nenek tau!” Balas Datin Anita.

            “Apa? Tak kurang ajar? Mummy, cuba mummy cakap kat Nun, sebagai anak, apa yang mummy dah buat untuk nenek?” Soal Nun, marah. Mata Nun kian berair.
            Lots of things…” Balas, Datin Anita.
            Such as what? Money? Really? You think that’s enough?” Soal Nun, kepada Datin Anita. Datin Anita dah terkebil-kebil dah.
            Okay, won’t you tell me, what is wrong dear?” Soal Datin Anita. Kali ni, lembut pulak.
            Don’t you ‘dear’ me, mummy…hate it! Makes me realise how hard you faking it…” Balas Nun, dengan dingin. Datin Anita dah terdiam.
            “Tu…nenek kat dalam tu. Do you really, don’t give a damn, about her?” Sambung Nun, makin marah.
            “Apa pulak. Mummy ada je menjenguk dia.” Balas Datin Anita.
            Really? Once every few weeks? Is that consider jenguk?” Sambung Nun lagi.
            Is this, because Nun kena jaga nenek? Haa…tulah, mummy dah cakap, biar mummy upah nurse untuk jaga orang tua tu. Tapi, Nun degil. Ni sampai kena ponteng-ponteng kuliah. Salah Nun jugaklah tu.” Ujar Datin Anita dengan selamba…dengan kata-kata itu, dan dengan sikap Datin Anita yang tidak ambik peduli, membuatkannya tersentap dan air matanya yang jernih, jatuh jugak. Terdengar esakkannya.
            “Ya ALLAH mummy! For god sakesedarlah mummy!” Teriak Nun.
            “Nun, kenapa dengan Nun ni?” Soal Datin Anita, dengan darah yang makin naik. Memang Datin Anita, jarang sangat menjenguk Nek Mah. Kalau datang jenguk pun sekejap je. Lepas tu keluar, keluar sambil tutup hidung. Batang hidung suaminya pula, langsung tak kelihatan.
            “Nun bersumpah mummy, Nun tak nak jadi macam daddy dengan mummy, selama Nun hidup ni!” Itulah kata terakhir Nun, sebelum dia berlari meninggalkan Datin Anita terpinga-pinga.


…DAN SEKALI LAGI L berada berdekatan dan, menyaksikan semua yang berlaku. Dia lantas masuk ke wad, untuk memeriksa pesakit-pesakit. Namun, otaknya, masih tidak berhenti memikirkan Nun. Gadis muda yang berfikiran matang. Setelah selesai, memeriksa, pesakit satu demi satu dia kemudian sampai di katil Nek Mah. Mujurlah, Nek Mah masih tidur lagi. Tak adalah dia dengar pertengkaran tadi. Kalau tidak, mesti Nek Mah sedih. Setelah memeriksa rekod rawatan Nek Mah. Dia lantas keluar dari wad dan mencari-cari kelibat Nun. Tidak lama, mencari, akhirnya dia menemui Nun, sedang duduk, di kerusi panjang di luar hospital. Dari jauh, dia nampak bahu gadis itu terhinjut-hinjut, menangis.
            L, hanya memerhatikan sahaja Nun, yang sedang menangis tak henti tu. Kemudian, dia ternampak vending machine, dan mula membeli dua air tin. Satu, Nescafe dan satu Milo kemudian dia mulakan langkah mendekati gadis itu. Apabila, dia sudah pasti yang Nun, tidak lagi menangis, dia menghulurkan 2 tin air. Nun, yang sedang tersedu, hanya memandangnya tanpa reaksi.
            “Awak nak yang mana satu?” Soal L.
            “Saya tak tahu, awak suka minum air apa. Jadi, pilihan paling selamat, Milo dan Nescafe. Everybody loves them, kan?” sambung L lagi. Nun, tanpa suara mengambil Milo dari huluran L tadi, dan membukanya. Kemudian, L mengambil tempat sebelah Nun. Kali ni, suasana sunyi menyelubungi mereka.
            “Adik, Kak Teya kan?” Soal Nun, memecahkan kesunyian antara mereka,kemudian meneguk tin air milo.
            Guilty. Saya, Al-Hidayat, but everyone calls me L.” Jawab L, sambil mengangguk kepala, dan senyum segaris. Nun, pula hanya mampu mengukir senyum pahit.
            “Saya, Maknunah Bainun. Everyone calls me Nun.” Ujar Nun, perlahan. Sekali lagi, macam dengar tak dengar je suara dia.
            “Saya, dah tau, nama awak dari Along.” Balas L. Nun, sekali tersenyum pahit.
            Sorry, sebab ingat awak pekerja basuh pinggan masa Kahwin Kak Mai dan juga, Kak Teya.” Ujar Nun lemah. Terdengar L ketawa kecil.
            “No…it’s okay…biasalah tu, salah orang…” Tutur L, sambil meneguk Nescafe. Kemudian, sekali lagi suasana sepi menyelubungi mereka berdua. Memanglah rasa janggal, tapi dia rasa, dia belum mahu lagi meninggalkan Nun.
            You saw everything kan?” Soal Nun, lembut. Sekali lagi, L mengangguk, serbasalah.
            Well…meet my happy family” Sambung Nun, sarkastik.
            “Awak rapat ke, dengan Nek Mah?” Soal L. Nun tersenyum lembut.
            I’ve lived with her, since forever…” Terang Nun ringkas.
            “Ohh…” That explain, kenapa dia nampak Nun, jaga Nek Mah, 24 jam tanpa henti.
            That’s why, saya cakap, yang mummy nampak fake. I can see right through her. Kalau betul dia sayang saya, di tak kan nak berpisah dengan saya. Bukannya, saya tak suka duduk dengan nenek. But, She’s my mum. Jadi mestilah saya kadang-kadang rindu kat dia. Saya duduk kat umah mummy pun, sebab kolej dekat dengan rumah. Kalau tak, memang tak lah, mummy nak ambik atau jenguk saya. Macam yang dia buat kat nenek sekarang ni lah. Dia lagi sibuk menguruskan dirinya dari menguruskan orang lain. Daddy, memang tak boleh nak cakaplah. Pandang saya pun tak. Asyik kerja je. Saya tak pernah ada peluang untuk bercakap dengan dia, selama sudah hampir 3 tahun, saya balik ke rumah. Saya marah mummy, bukan sebab saya dah jemu jaga nenek, malah saya berbesar hati dapat jaga nenek. But, the thing is…I’m only her cucu. Dalam masa-masa macam ni, mestilah dia lagi perlukan anak dia. But, mummy tak nampak semua tu. All she sees is herself. Pak cik Murad tu lagilah, tak tau apa cerita. Dahlah, anak nenek cuma dua orang je. Tapi seorang pun tak pedulikan dia.” Muka Nun terasa hangat kembali, bila-bila masa sahaja, air mata boleh jatuh. Dia tak sangka yang Nun, ni, sebenarnya banyak cakap. L hanya diam, mendengar. Kalau perlu mengangguk dia angguk, kalau perlu menggeleng dia geleng.
            “Ya ALLAH. Apalah nak jadi dengan saya ni. You barely know me, but now I’m pouring all my problems to you. Maaf sangat-sangat.” Ujar Nun tiba-tiba, sambil meraup mukanya. L hanya tersenyum.
            Feel better now?” Soal L. Nun, akhirnya memandang muka L dan mengangguk sedikit.
            “Thanks.” Ujar Nun. Tiba-tiba terdengar bunyi deringan telefon bimbit.
            “Hello? Yeah..okay, I’m on my way.” L, lantas bangun dari kerusi panjang dan memandang Nun.
            I have to go…duty call…” tutur L ringkas, lalu berlari meninggalkan Nun. Sebaik sahaja L meninggalkan Nun. Buat pertama kalinya, selepas tahu mengenai nenek, dia tersenyum, senyuman yang ikhlas, bukan pahit.


“KI, AKI…kau Nampak tak tu?” Soal Ateya, Sambil tangannya, menepuk lengan Aki yang sedang bersandar pada dinding. Sebenarnya, dah lama juga menyorok kat belakang tembok ni. Mula-mula tadi niatnya nak tengok Nek Mah. Masing-masing baru lepas balik kerja. Tapi, sebelum masuk hospital, dia ternampak pulak ‘scene’ adik dan Nun tadi. Sebab tulah yang dok mengintai dari tadi. Dari mula Adik datang kat Nun, sampailah Adik kena panggil. Dia tersenyum, penuh makna.
            What a beautiful scene!” Ujar Ateya sambil mengatupkan kedua-dua belah tangannya, lagak orang terharu. Siap berair matanya.
            “Woi...” Ujar Aki, sambil menolak dahi Ateya dengan jari telunjuknya. Ateya kemudian mengurut dahinya yang ditolak oleh Aki tadi.
            “Lupa ke, tujuan kita datang sini Yah?” Soal Aki, macam lagak menyoal anak yang dah buat salah.
            Don’t they look great, together?” Soal Ateya, tanpa mempedulikan soalan Aki tadi. Reaksi terharu masih lagi melekat. Adik dan Nun? Hmm..not a bad idea...not a bad idea at all...Ateya tersenyum nakal.
            Well...kinda...” Jawab Aki teragak-agak.
            See...kau pun dok mengintai kan tadi? Bukan aku seorang je.” Balas Ateya, sambil senyum nakal masih lagi melekat di bibir.
            Whatever lah stalker yang penyibuk...” Aki, mencubit kedua-dua belah pipi Ateya... “Dah jom” Arah Aki, lantas menarik tangan Ateya, untuk masuk ke hospital. Ateya mengurut pipinya yang bisa dicubit oleh Aki tadi. Balik sahaja Ateya dari tempat kerja tadi, dia tiba-tiba rasa nak tengok Nek Mah. Macam mana keadaan Nek Mah. Okey ke tak. Pokonya dia risau, jadi dia pun buatlah keputusan untuk tengok Nek Mah. Masa dia nak mintak izin dari Aki tadi, Aki terus cakap nak ikut. Sebab tu lah mereka berada di hospital sekarang ni.  

No comments:

Post a Comment