BAB 5
RAMBUT DEPANNYA di sepit dengan klip rambut bunga-bunga, rambutnya yang
panjangnya di tocang. Kemudian dia merenggangkan tulang jari dan lehernya.
Selepas itu, dia menyumbat earphone ke telinga, tidak lama selepas itu,
nyanyian lagu Urban Mermaid oleh Yuna Ito memenuhi ruang telinganya.
“Time to work...” Ateya kemudian mencapai pensel dan buku lakaran
untuk, sambung melakar karakter-karakter Puteri Gunung Ledang. Teringat pulak
kerjanya yang lain. Sudah lama dia tidak mengeluarkan komik baru. Editor pun
cakap, ramai dah mintak komik karya A-Yita. Tapi nak buat macam mana, memang
dia sangat sibuk sekarang ni. Dengan Puteri Gunung Ledang, dengan projek Si Idolomantis
Diabolica tu lagi, projek pengiklanan lain lagi. Maaflah ye penggemar komik
A-Yita. But don’t worry...I’ll be back
after semua ni dah siap...Pintu
biliknya tiba-tiba diketuk...
“Boleh Umi masuk Along?” Soal suara di sebalik
pintu itu.
“Masuklah Umi...” Pelawa Ateya
tidak lama selepas itu, pintu bilik di buka, dan umi duduk di atas katil Ateya.
“Along...umi nak cakap sikit...” Umi memulakan
bicara
“Apa dia umi?” Jawab
Ateya. Mata dan tangannya masih tertumpu kepada lakaran dayang-dayang Puteri
Gunung Ledang.
“Kan Along
cakap, Along nak umi carikan suami kan?” Soal umi. Tangan Ateya yang dari tadi
ligat menulis, terhenti. Dah jumpa dah ke? Cepat betul...Janganlah cakap dah
jumpa, tolonglah jangan cakap dah jumpa..jangan cakap dah jumpa tolonglah
umi...
“Umi dah jumpa...”
Ah..sudah..ayat yang paling dia tak nak dengar keluar dari mulut uminya.
“Cepatnya umi...” Ujar
Ateya hampa.
“Hai...Along yang suruh
umi cari kan...bila dah dapat cakap cepat sangat pulak.” Marah umi.
“Yelah..Along tau...tapi
Along tak tahu secepat ni.”
“Ala...bukannya umi nak
suruh Along terus kahwin dengan dia. Cuma kenal dulu dengan dia...Umi dah
tetapkan tarikh dan tempat. Umi pun dah jumpa keluarga dia.”
“Hah? Dah siap jumpa
keluarga pulak....” Keluh Ateya. Lengan Ateya dicubit.
“Along...Dia orang tu,
kawan lama umi...ada anak bujang seorang...” Marah umi. Umi ni, kalau marah
cepat betul tangan naik.
“Tapi..Umi...” Rengek
Ateya teragak-agak.
“Tolonglah
Along....untuk umi?” Umi membuat muka sedih. Dalam banyak-banyak benda, muka tu
lah yang paling mencairkan Ateya.
“Yelah
umi...Along pergi...” Akhirnya Ateya akurkan jugak.
“ALONG, UMI ! ADIK DAH BALIK...
” Ateya memerhatikan adiknya
Al-Hidayat atau juga di kenali sebagai L, yang baru keluar dari gate. Sudah 6 Tahun adik
lelakinya merantau ke Mesir untuk belajar, jadi hari ni, ialah hari adiknya
balik dan memulakan tugasnya sebagai doktor tidak lama lagi.
“Adik,
Along rindu kat adik.” Tutur Ateya dan lantas memeluk L.
“Adik pun sama...Umi,
adik rindu umi.” Umi pun turut memeluk kedua-dua anak kesayangannya.
Nah...sekarang, barulah rasa lengkap keluarga ni...
“Umi...adik nak makan
Nasi Lemak umi...dah lama tak makan...” Ujar L.
“Ye...Umi dah buatkan
dah...tinggal nak tunggu adik je...” Jawab umi. L pula sudah tersenyum sampai
ke langit.
“Umi...sayang umi...”
Tutur L lagi, lantas memeluk Ateya dan umi erat lagi.
“Dah...jom balik...”
Mereka bertiga kemudian mengatur langkah dan keluar dari KLIA.
“ALONG...DAH ADA PAKWE?” Soal L tiba-tiba. Ateya yang sedang berselera menikmati
Nasi Lemak, terperanjat dengan serangan soalan cepumas yang tiba-tiba ni.
“Adik, Along ni...Kalau
tak Keanu Reaves, Leonardo Dicaprio ke...tak pandang lelaki-lelaki ni...”
Seloroh Ateya. Lantas menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Kalau nak tunggu dia
orang alamat jadi anak dara tua lah Along...Lagi pun, dia orang dah tua. Apalah
taste Along ni...” Usik L. Ateya
mencebik.
“Adik jangan risau...umi
dah cari lelaki yang sesuai untuk Along...Along tak akan jadi anak dara tua...”
Umi tiba-tiba menyampuk.
“Apa? Umi cari kan?” L
ketawa bila dengar kata-kata umi tadi. Mana tidaknya, zaman sekarang masih ada
lagi mak cari kan jodoh untuk anak, macam kelakar...Ateya dah memuncung dah
bibirnya. Alamak, umi cakap pulak kat adik...entah berapa lamalah jadi bahan
gelak nanti...
“Gelak dik, gelak..sat
lagi tercekik baru tau..padan muka.” Ugut Ateya, namun L tetap ketawa dan
ketawa sehingga tersedak-sedak. L kemudian dengan kabut mencari air.
“Hah..kan dah..padan
muka...” Giliran Ateya pulak yang tergelak.
“Along...kenapa gelakkan
adik tu...tak baik...sepatutnya Along kena hulur air kat dia.” Bebel Umi.
Haa...dah mula dah...
“Adik, tanya-tanya
Along...Adik dah ada calon ke?Minah-minah Arab kat sana?” Ateya balikkan soalan
itu kepada L. Umi pulak nampak berminat hendak tahu jawapan.
“Mana ada Long...Adik,
kalau tak Scarlett Johansson, Rachel Weisz...adik tak ada nya nak ada makwe...”
“Cheh! Bosanlah adik
ni...Along ingat adik ada sangkut dengan mana-mana minah arab kat sana...Hidup
Adik tu, memang belajar je eh?” Ateya mengusik. L hanya ketawa. Akhirnya rumah
yang sunyi semasa L tak ada, jadi ceria balik dengan gelak ketawa tiga anak
beranak. Ya...Cuma 3 orang...Alangkah rindunya mereka kepada Abah di saat-saat
yang macam ni. Apa yang boleh mereka buat cuma sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa
banyak-banyak, semoga abah tenang disana.
“Kak...apa khabar Aki?”
Soal L tiba-tiba. Ateya terkedu dengan soalan itu. Nasi lemak yang hendak
ditelan tiba-tiba rasa macam pasir. Asal sebut je nama lelaki tu...terus mati
seleranya dan meter darahnya makin naik...Ateya tersenyum...Oh..little brother...you’ll be surprised,
how such a jerk he turns to...
JUN 2002
SEGALA-GALANYA berlaku dengan pantas. Ateya masih tidak dapat mencerna
apa yang baru sahaja berlaku. Ateya dan L duduk bertakuk di hadapan bilik
pengecaman mayat di Hospital Univesiti.. Mereka berdua tidak dibenarkan untuk
masuk ke dalam. Ateya berumur 15 dan L berumur 13 tahun. Masih muda untuk
menerima apa yang berlaku. Puas Ateya berdoa di dalam hati semoga mayat yang
harus di cam itu, bukan abah...tolonglah
jangan abah...tolonglah Ya ALLAH...air matanya dan L berlinangan...
“Yah...kau okey Yah?”
Suara yang paling hendak di dengarinya, tiba-tiba muncul. Aki, berlari
mendapatkan Ateya dan L. Di belakang Aki, muncul Pak Cik Kamal dan Mak Cik
Anisah bimbang. Sudah lama mereka berjiran. Walaupun begitu Pak Cik Kamal dan
Mak Cik Anisah bukan sekadar jiran, tetapi juga kawan keluarga mereka dalam
susah senang.
“Yah...kau okey?” Aki
bersuara lembut, mengulangi soalannya. Lagilah berlinangan air mata Ateya. L
yang juga berada dalam pelukkan Ateya, menangis tak henti-henti. Aki
menghampiri mereka berdua dan memeluk
Ateya dan L, untuk menenangkan mereka. Akhirnya mereka berdua menangis
sepuas-puasnya dalam pelukkan Aki. Walaupun bukan Aki yang mengalami apa yang
mereka berdua alami, tapi dia tetap merasa peritnya kesedihan mereka, walaupun
tak banyak. Yelah...sudah berbelas tahun dia hidup dan membesar bersama Ateya
dan L, sedikit sebanyak dia dapat memahami apa yang dua insan penting dalam
hidupnya ini alami, lagi pulak Pak Cik Abdullah dah macam bapa dia sendiri..
Hampir setengah jam
menunggu, umi keluar. Wajah umi sangat pucat, seolah-olah tiada darah yang
mengalir. Pucat sepucat-pucatnya. Tiba-tiba umi terduduk. Umi, seolah-olah tak
ada kudarat nak berdiri. Menampakkan keadaan itu, Puan Anisah segera
mendapatkan umi dan memimpin umi untuk duduk di kerusi.
“Jah...dia ke?”
Mendengarkan soalan itu, air mata umi jatuh berlinangan seperti sungai yang
mengalir. Melihatkan keadaan itu, tahulah Mak Cik Anisah, bahawa Abdullah sudah
tidak ada di dunia ni... Puan Anisah mengusap-usap belakang umi, untuk
menenangkan umi...Ateya dan L pula sudah terlena dikiri kanan bahu Aki...
Pada 23 Jun 2002,
terjadinya tanah runtuh yang teruk di jalan menuju ke Cameron Highland dan abah
adalah salah seorang bomba yang meninggal di timpa tanah semasa dia sibuk
menyelamatkan mangsa-mangsa tanah runtuh. He
died as a hero, they said...Ya ALLAH Ya Tuhanku...KAU letakkanlah bapa aku
di samping orang-orang yang bertaqwa Ya ALLAH...


No comments:
Post a Comment