Sunday, 15 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 17)



BAB 17
26 Februari 2013
MEMANG PERUT dah menari-nari siap buat break dance dah dalam ni, nak makan. Memang lapar sangat. Kerja untuk animasi Puteri Gunung Ledang tu, lagi sikit je lagi nak selesai. Lama juga, ambil masa nak siapkan. Setahun, lebih jugaklah. Yelah, dengan nak buat, pergerakkan, nak check timing mulut lagi...lepas tu, nak tengok, sama ada, jadi ke tak. Kalau malam ni, buat kerja all nighter dah siap dah tu. SAAS, akan pastikan, cerita animasi Puteri Gunung Ledang kali ni, akan sama taraf dengan animasi-animasi, Studio Ghibli, Disney, Les Copaque dan lain-lain animation studio. Itulah cita-cita Dayah, Ateya dan semua kakitangan yang berkerja kuat untuk projek ni. Walaupun, kebanyakkannya, guna duit dari poket sendiri, tapi mungkin projek kali ni, akan menjadi a stepping stones, untuk SAAS pergi lebih jauh. Ramai yang tak tahu, tapi SAAS, ada jugaklah menyumbang sedikit untuk cerita animasi-animasi, dalam dan luar negara, dan dari situlah, dapat mengumpul duit dan memulakan, projek keluaran SAAS sendiri.

            Hidayah, Ateya dan beberapa orang pekerja SAAS, melangkah masuk ke dalam Restoran Chili’s di Paradigm Mall. Sebaik sahaja dapat tempat duduk, Ateya ternampak kelibat lelaki yang betul- betul dikenali. Hai...Dah nama pun suami, dah sah-sahlah jodoh dia kan. Jadi, memang tak terkejutlah, kalau dia boleh terserempak dengan Aki kat tempat yang sama, restoran yang sama, pada masa yang sama pulak tu. Padahal, Cyberjaya dengan Kelana Jaya, bukan main jauh jaraknya. Ateya mengeluh, bosan.
            “Kenapa wak?” Soal Naqiu, yang perasan kan keluhan Ateya tadi. Ateya kemudian memandang Naqiu dan menggeleng kepala.
            “Haii...belalang dah naik daun...” Ujar Ateya perlahan dengan nada Ajis, bercakap dengan Sudin dalam Pendekar Bujang lapok, tanpa sesiapa mendengar kecuali dia, sambil menongkat dagu, dengan kedua-dua belah tangan. Dia memerhatikan sahaja gelagat Aki dengan gadisnya yang baru. Sumpah tak pernah nampak, perempuan tu. Siap, ketawa-ketawa pegang-pegang tangan. Cubit-cubit pipi. Amboi...bahagianya lah hai! Nampaknya, peluang untuk dia dapat madu macam cerah je. Ni tak boleh jadi ni. Ateya bangun dari kerusi.
            “Kau nak pergi mana?” Soal Dayah. Ateya, memandang Dayah, lantas tersenyum.
“Nak bunuh belalang idolomantis diabolica.” Huh? Yang lain sudah pelik. Belalang? Idolo apa? Ada yang menggaru kepala yang tak gatal. Ateya tersenyum lagi, lantas meninggalkan mereka terpinga-pinga. Dia menarik nafas panjang, dan mula melangkah, melangkah dan melangkah..lantas papp! Bunyi pukulan kuat mengena belakang Aki. Sekarang ni, dah tak payah nak pakai-pakai beg dah. Sebab dah tak berdosa.
“Aduh!” Aki mengaduh, sambil mengurut bahunya yang bisa kena penangan Ateya tadi. Sebaik sahaja Aki menoleh, alangkah terkejutnya dia bila nampak muka Ateya, yang memandangnya, selamba. Orang lain yang berdekatan tempat duduk Aki, yang terdengar memandang ke arah mereka. Begitu jugak dengan rakan sekerja Ateya.
“Hei! Apa ni, sentuh-sentuh boyfriend orang?” Marah ‘Potential madunya’ Urghh...that sound gross. Getik betul Ateya dengar bila gadis tu cakap macam tu. Memang agaknya, taste Si Aki ni memang macam ni agaknya. Memanglah dia perempuan, tapi sumpah, bila dia nampak je gadis tu, lepas tu dengar suara dia pula, dia rasa macam nak tertelan muntah sendiri. Macam tu punya gelinya dia dengan perempuan tu. Boyfriend? Hey kid...this guy, is my husband tau tak Ateya memandang gadis itu..Lantas mengeluh lagi. Kali ni, dengan nada simpati pulak.
“Dik...umur adik ni, berapa?” Soal Ateya. Ada unsur-unsur sarkastik dalam nadanya. Yelah, rasanya, adik ni yang paling muda, di antara semua girlfriend Aki. Nampak kat muka dia. Walaupun, dia lindung dengan solekkan tebal. Sesedap rasa je dia panggil orang tu adik. Aki pula, sudah tak tahu, nak buat apa.
“Huh?” Soal gadis tu pelik.
Come on, tell me, it doesn’t hurt right?” Pujuk Ateya.
“lapan belas.” Balas gadis itu pendek. Ateya yang agak terkejut dengan balasan gadis itu, tergelak kecil. Lantas memandang Aki.
Really? A little girl Aki?” Soal Ateya sarkastik,
 “Er...” Aki. Teragak-agak. Nak jawab ke tak ni?
“Urghh...whatever...I’m out! Malam ni, tidur luar okey?” Ujar Ateya selamba, lantas meninggalkan Aki. Aki dah terpinga-pinga dan tak betah duduk. Kemudian, Ateya kembali ke tempat kawan-kawannya. Marah, marah jugak, makan tak boleh lupa.
“Kau orang dah order?” Soal Ateya, buat selamba dia. Yang lain sudah berasa pelik. Setahu mereka, Ateya kalau, dengan lelaki, bercakap pun susah, ni dah pandai main bertepuk tampar pulak. Memang mereka tahu, yang Ateya sudah pun berkahwin, tetapi mereka ingat-ingat lupa muka suami Ateya. Lepas tu, kalau lelaki tadi, suami dia, tak kanlah, kahwin tak sampai setahun dah ada mistress?
Excuse me!” Ujar Ateya sedikit tinggi, untuk bagi pelayan lelaki tu dengar. Tidak lama menunggu, pelayan lelaki tu datang mengambil pesanan. Mula-mula Ateya membuat pesanan, dikuti oleh Hidayah, dan rakan-rakannya yang lain. Selepas selesai membuat pesanan, pandangan tertumpu kepada Ateya kembali.
“Er...Aki?” Soal Dayah teragak-agak.
“Entah, nampak macam dia.” Jawab Ateya selamba. Sebenarnya, dia tak tahu, apa nak rasa sekarang ni. Rasa nak nangis pun ada jugak, sebab, dia ingat Aki dah berubah, sikit tapi ternyata, sangkaannya meleset. Tapi, dia cuba berlagak tenang. Sebab, dia dan Aki dah sedia maklum, yang perkahwinan mereka memang tak ada rasa cinta. Cuma atas nama keluarga je. Tapi yang dia terkilan sangat tu, kalau dah tau, tak boleh nak pupuk rasa cinta pada dia, kenapa ada insiden malam tu? Dah nama pun lelaki kan, bukannya dia kisah ada rasa cinta ke tak, kalau Ateya tak halang dia malam tu, tentu dah jadi perkara yang tidak diingini. Walaupun, sudah lama insiden tu berlaku, dan selepas itu Aki tidak berani lagi buat apa-apa kat dia, tapi ingatannya, pada malam tu, sangat segar di otak dia. Macam yang dia cakap, we’re friends, before wife and husband. Sepatutnya, Aki hormatkan hakikat tu, kalau tak nak hormat dia sebagai isteri pun, hormatkan dia sebagai kawan baik. Kawan baik ke, mereka sekarang ni? Ateya mengeluh perlahan.
“Er...siapa Aki?” Soal Naqiu keliru. Oh...lupa nak cakap, Naqiu tak tau, Ateya dah kahwin, sebab masa perkahwinan Aki dan Ateya, Naqiu terpaksa berkerja outstation, sebab kena uruskan perihal publicity promote cerita Puteri Gunung Ledang di merata tempat. Lama jugaklah, dia kena berkerja di luar. Balik je, Ateya dah kahwin, dan tak ada siapa pun bagitau Naqiu pasal perkahwinan Ateya. Mungkin, lupa nak bagitau, sebab banyak kerja sangat. Ateya, pun lepas kahwin, cuma cuti 3 hari je, lepas tu terus kerja macam biasa.
“Suami Ateya.” Bisik Dayah, kepada Naqiu,
What?!” Terkejut punya pasal, Naqiu terus terbangun dari kerusi, menghasilkan bunyi yang kuat. Ramai jugaklah pelanggan yang mengalih pandangan pada Naqiu, Termasuklah Si Belalang miang tu.
“Woi! Apsal bising sangat kau ni?” Ujar Ateya, terkejut. Suara Ateya itu, membuatkan Naqiu mengalih pandangan dari Dayah ke Ateya.
 “Teya, Awak dah kahwin?” Soal Naqiu, meminta jawapan.
“Er...aku tak bagitau kau lagi eh?” Soalan, berbalas soalan. Naqiu memandang Ateya dengan pandangan yang mengharap.
“Kau orang tak bagitau Naqiu ke?” Soal Ateya kepada rakan sekerja yang lain pulak. Respons yang dia dapat, hanyalah gelengan kepala.
“Aku, macam terlupa pulak nak bagitau mamat ni.” Jawab Idris, salah seorang rakan sekerja Ateya, lantas tersenyum kerang busuk. Ateya kemudian mengalih pandangannya pada Naqiu.
“Aku dah kahwin. Aku ingat orang lain dah bagi tau kau, jadi aku diam je la.” Jawab, Ateya. Naqiu tersentak. Bila dah nampak Naqiu macam tu, Ateya terasa serbasalah pulak. Naqiu, memandang Ateya, lantas...


“SAYA DAH LAMA SUKA kat awak Teya!” Kata-kata itu membuatkan air Mocha ais yang disedut tadi tersembur keluar, terus mengena kat muka pasangannya, untuk hari ni. Basah kuyup kena mandi dengan Mocha.
            “Hey, you ni kenapa?!Oh goshh! Habis basah Katty ni! So gross!” Marah Katty, kepadanya, namun tidak dipedulikan oleh Aki. Hampir menangis gadis itu dibuatnya.
            “Aki! Tengoklah apa yang you dah buat ni.” Rengek Katty. Namun, tidak dipedulikan oleh Aki, tetap tekun, tengok apa yang akan jadi lepas ni.
            “Aki!!!” Rengek Katty lagi, sambil memegang, tangan Aki. Tanpa sedar, Aki menepis tangan gadis itu. Matanya, dah terkunci pada tempat sebelah sana, Apa yang jadi kat dia, atau orang sekeliling dia, dah tak di ambil peduli.
            “Aki!!! Tengoklah I!!!” Katty bengang. Aki berdecit, rasa terganggu.
            “Grrrrr!!!!” Dengus Katty, lantas berlari meninggalkan Aki. Aki tak sedar pun yang Katty dah tinggalkan dia. Kot ye pun bukannya dia suka sangat kat Katty tu, bak kata Yah tadi, budak kecik. Saje nak isi masa lapang. Aki, memandang sekeliling, pelanggan sudah tertumpu pada meja Yah. Ada yang beriak terharu, ada yang beriak terganggu. Ribut restoran ni, tengah hari ni. Awal tadi, dah kecoh dengan bunyi pukulan Yah, pada bahu dia yang agak bergema seluruh restoran, dia mengurut bahunya yang masih terasa lagi bisanya. Lepas tu dengan insiden dia ‘tersimbah’ Mocha ais kat muka Katty, insiden tu pun membuatkan pelanggan lain berpaling padanya, siap ketawa lagi...and now, insiden romantik, macam dalam drama pulak.. Too many things happen at one time...
            “Saya tahu, awak tak pandang pun saya. Tapi walaupun macam tu. I’ve tried so hard, to make you see me...” Bersambung kening Aki, dan berdesing telinganya mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang tidak dikenali tu. Ni lah yang orang kata hopeless romantic. Cheesy betul. Dari lelaki itu, Aki mengalih pandangannya ke Yah, yang nampaknya, bukan terharu, tapi ‘troubled’. Dia dah mengenal Yah, terlalu lama untuk membolehkannya, mempunyai kebolehan membaca air muka seorang Ateya Hashimah.
            “Kenapa awak tak nampak saya?” Ujar lelaki itu sayu. Dia nampak Yah, dah tak tau nak cakap apa. Mesti dia tak nak jatuhkan air muka lelaki tu, di depan orang ramai, sebab tu lah Yah nampak troubled sangat. Macam tu lah Yah. Mengutamakan orang lain sebelum diri sendiri.
            “Kalaulah, lelaki tu...” Ujar lelaki itu, sedikit tegas, sambil menundingkan jarinya ke arah Aki. Aki tersentak. Kenapa pulak, tiba-tiba aku ni? Lelaki itu memandang Aki tajam.
            “yang awak pilih, untuk jadi suami awak...dia tak layak. I can be a better husband...” Sambung lelaki itu lagi. Walaupun, dia agak menyampah dengan lelaki yang berperanan ala-ala hero drama korea (dia tak minat cerita korea,Yah yang selalu bukak), tapi dia mengaku. Kata-kata lelaki itu, memang meresap terus ke dalam jiwanya. He really don’t deserve Yah. Kemudian dia memandang Yah, dia nampak Yah macam nak nangis. Sudahlah tu, Yah nak nangis tu. Kot ye pun nak jadi hopeless romantic, cubalah faham yang Yah tak suka. Kata kau suka sangat kat Yah, tak kan tak perasan muka Yah yang dah memerah, nak tahan nangis tu. Aki mula rasa tak betah.
            Please, Ateya, consider me...and consider leaving that jerk.” Apa? Amboi, sesedap rasa je nak suruh isteri aku tinggalkan aku. Aki, cukup memerhatikan gelagat lelaki tu. Kemudian dia macam nampak yang tangan lelaki tu dah naik, dia nak buat apa tu? Belum sempat, tangan lelaki itu nak mencapai tangan Yah, Aki meluru ke arah Yah dan, sebelum tangan lelaki tu, sampai ke Yah, Aki dah halang dulu dah dengan mencengkam tangan lelaki tu, kuat. Lelaki tu terkejut.
            She’s still my wife dude...isteri yang SAH...my wife...” Ujar Aki, menegaskan perkataan ‘sah’ lantas melepaskan cengkamannya dari tangan lelaki tu. Kemudian dia memaut kedua-dua belah lengan Yah, dan membangunkan Yah dari tempatnya, Yah, pun merelakan. Sebelah tangannya, memaut bahu Yah, dan sebelah lagi mengambil beg sandang Yah. Mereka kemudian keluar dari restoran, disaksikan oleh berpuluh pelanggan di Chili’s tu.


“TEYA!” 
“Naqiu!” Naqiu baru sahaja nak keluar kejar Ateya, namun di halang oleh Idris, Hidayah pun memandang Naqiu dingin.
“Cukuplah Naqiu!” Marah Dayah.
“Selagi, Teya dan suaminya ada ikatan, selagi tu kau tak layak masuk campur.” Tegas Dayah, memandang Naqiu tajam.

AIR MATA yang di tahan tadi, mengalir jugak. Sumpah dia terkejut bila Naqiu tiba-tiba cakap macam tu. Dia cuba, sekuatnya untuk tak malukan Naqiu tadi. Tapi Naqiu tak pernah nak fikirkan perasaan dia, bila Naqiu buat macam tu. Malu, sedih serbasalah, semua bercampur baur. Lepas tu, mereka akan bekerja bersama, lama lagi. Perlu ke, nak buat macam tu? Ingat, Ateya suka ke? Memanglah dia suka tengok, dramatik scene, dalam drama korea. Tapi, dia tak pernah terfikir nak merasa semua tu. Dia cuma manusia biasa, bukan heroin dalam drama. Dahlah dia sebal sebab Aki. Aki? Baru dia sedar, Aki sedang memaut pinggangnya.
            Okey, dia mengaku, dia bersyukur sangat Aki datang selamatkan dia tadi, tapi tak bermakna, dia tak marah kat Aki. Semua lelaki sama je! Yang ni, macam ni, yang tu, macam tu. Geram sangat! Tak pernah nak fikir perasaan kita yang perempuan ni.
            “Kau okey ke?” Soal Aki lembut. Ateya memandang Aki tajam. Dia lantas, menolak Aki kasar, sehingga, pautan Aki terlepas. Kemudian dia merampas, beg sandangnya dari tangan Aki, Dia menjeling marah, lantas meninggalkan Aki, di tengah-tengah Paradigm Mall tu. Hesy! Geram sangat! Guys are jerk! Terasa nak menjerit hati ni.


26 Februari 2013
11.50 pm
            Kunci gril rumah di masukkan ke dalam lubangnya, tidak lama lepas tu, pintu gril berbunyi. Penat sangat hari ni. Lepas kejadian tengah hari tadi. Suasana di dalam pejabat tadi, kekok sangat. Mulanya, marah juga kat Naqiu, tapi bila Naqiu dah mintak maaf, dan dia pun dah bagitau kat Naqiu, yang dia tak boleh terima Naqiu, dan Naqiu dah boleh terima kenyataan, mereka kembali berkerja secara professional. AlhamduliLLAH sangat. Ateya kemudian cuba membuka pintu utama dengan kunci, namun pintu tu tak berkunci. Ish! Aki ni. Orang dah kata dah, kalau nak tidur kunci pintu. Buat bahaya je. Dia kemudian membuka pintu rumah dan bersedia untuk melangkah masuk ke rumah.            
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, hatinya tersentuh dengan apa yang ada di hadapannya. Rumahnya gelap hanya di terangi cahaya lilin. Apa yang paling membuatkan hatinya tersentuh apabila terlihat satu cawan plastik yang di balut dengan pembalut hadiah, belang-belang pink, comel sangat, sedang terletak elok di atas lantai. Kemudian di bawah cawan plastik itu, benang panjang di sambungkan, membawa ke bilik atas. Kemudian pada cawan plastik terlekatnya sticker note yang di tulis ‘use me ;)’.
Ateya tersenyum, lantas mengambil cawan plastik itu dari lantai dan menggoyangkan cawan itu, agar orang yang sedang menunggu di talian sebelah tahu dia dah berada dalam talian. Dia kemudian duduk di atas lantai dan bersandar pada kerusi panjang. Ateya mendekatkan cawan itu ke mulutnya.
“Assalammualaikum...” Ucap Ateya, pembuka kata, kemudian, dia mengalihkan cawan itu dari mulut ke telinga pulak, untuk mendengar suara dari talian sebelah.
“Walaikummussalam...” Walaupun agak sengau, tapi suara dari talian sebelah amat jelas. Memanglah, kalau guna cara tradisional lagi, berkesan dari guna telefon bimbit atau ‘smart phone’. Sekurang-kurangnya, tak perlu ada kredit atau putus-putus sebab tak ada line.
What are you doing bug?” Soal Ateya, sambil tergelak kecil. Aki di talian sebelah pun tergelak kecil.
Birthday present for you!Birthday present? Oh ye! Besoknya, hari jadi Ateya. Ateya sendiri pun lupa dengan hari jadi sendiri. Tak sangka Aki ingat lagi.
“Miskinnya, bagi cup phone je. Kedekut betul!” Seloroh Ateya.
“Ehh..cukuplah ni. Kau nak apa lagi?”
“Kau kedekut Aki. Ni apa kes bagi birthday present sebelum pukul 12?”
“Ha. Ha. Demand betul. Aku ingat ni dah kira okey la ni.” Ateya tersenyum, nostalgianya! Teringat, masa kecik-kecik dulu. Aki selalu guna cup phone, nak ucap Selamat Hari jadi kat dia.
“Kau ingat lagi, apa yang selalu, kita buat bila tiba hari jadi salah seorang dari kita...Macam tak percaya je.”
I remember it like it was yesterday honey.” Ujar Aki lembut. Ateya tersenyum lembut.
Thanks...”
I’m sorry for, being a jerk...again...”
“Tau pun.” Jam loceng berbunyi menandakan masuknya pukul 12.00 am. Ateya mengalih pandangan pada jam besar, yang sedang berbunyi tu.
Hey! What do you know? You’re 26, now!” Ujar Aki dalam talian.
“Tak payahlah nak state the obvious lah kan. Aku tau, aku dah tua.”
“Kau yang cakap, aku tak cakap.”
“Ha. Ha. Ha. Funny sangat belalang!” Ateya ketawa buat-buat.
“Cuba kau kira, ada berapa lilin kat situ.” Ujar Aki. Ateya pun menurut dan mengira berpa jumlah lilin yang ada.
“Ada 25 je Ki...”
“Ehh..ye ke? Cuba kau kira betul-betul.” Sedang Ateya sibuk mengira tiba-tiba Aki keluar dari dapur, dengan membawa satu lagi lilin yang di cucuk di atas...ais krim Baskin- Robbins? Ateya tergelak kecil, lalu, mendapatkan Aki yang sedang memegang bekas ais krim Baskin-Robbins.
“Tiuplah, kang cair jugak ais krim ni.” Arah Aki.
“Apa style, letak lilin atas ais krim?” Walaupun, begitu Ateya tiup jugak lilin tu.
Well...we both like ice-cream...” Balas Aki.
Moron.”
“Dah! Kang cair pulak ais-krim, ni tak sedap. Aku nak masukkan ais-krim ni dalam peti ais dulu, kau pergi padamkan semua lilin dan bukak lampu.” Ujar Aki, lalu tergesa-gesa masuk dapur. Ateya tergelak, sambil menggeleng kepala namun menurut sahaja.

SEBAIK SAHAJA, Ateya turun dari bilik, dah siap mandi segarkan badan semua, Aki mendapatkan Ateya, di tangannya, dia tunjukkan, ais-krim Baskin-Robbins yang telah di masukkan ke dalam cawan dan kali ni dengan beberapa DVD cerita animasi dari Studio Ghibli.
            Ice Cream, and Movies, like the old times?” Soal Aki.
Love to!” Balas Ateya, lantas, mengambil tempat di sebelah Aki yang telah pun duduk, bersila, di atas lantai, depan TV. ‘Old times’ merujuk, di mana, semasa dulu-dulu, kebiasaan Aki dan Ateya bila ada masa lapang, mereka akan duduk di hadapan TV, bukak cerita animasi (sebab Ateya suka), dan makan ais krim sambil enjoy the movie. Walaupun Aki tak suka cerita kartun, tapi bila Ateya buka je cerita kartun yang Ateya suka, dia pun akan sekali melekat. Macam tu lah, keadaannya jugak, masa Ateya tengok cerita korea, sekarang. Ateya dan Aki, kemudian, duduk berhadapan satu sama-lain, memilih cerita apa yang mereka nak tengok sekarang.
By the way, you impress me dengan benang yang panjang tu. Aku ingat benang tu, sampai ke bilik je, rupanya dari bawah, sampai ke bilik, dari bilik, sampai ke bawah balik, sampailah bersambung dengan dapur...Well done, bug!” Puji Ateya. Sambil tangannya, kini membuka casing cerita The Grave of Firefiles, kemudian memasangnya di pemain DVD.
“Suami kau hebat kan?”
“Tolonglah, pergi masuk bakul baju kotor yang besar tu, dan angkat sendiri tengok, boleh ke tak?” Ujar Ateya. Dia dan Aki kini dah duduk menghadap TV. Tangan masing-masing, memegang secawan ais krim.
“So, Yah... sebab tadi, kau dah tiup lilin terakhir, aku nak bagi kau satu permintaan. Mintak je apa-apa. Aku akan buat.” Ujar Aki, sambil matanya melekat di TV, kemudian ais krim di suap ke dalam mulut.
Really? Anything?” Mata Ateya pun tidak beralih dari TV.
Yup...anything...”
Then...I want my old Aki.” Balas Ateya. Permintaan Ateya tu, membuatkannya tersentak. Aki memandang skrin TV, kosong. Ateya mengalih pandangannya, kepada Aki.
“Aki yang baik, tak main perempuan. Aki yang sayangkan persahabatan kita.” Sambung Ateya. Aki kemudian mengalih pandangannya dari TV ke Ateya.
Can you do that for me?” Soal Ateya serius. Aki memandang Ateya, lantas memeluk bahu Ateya dan mencium dahinya, namun, itu tidaklah membuatkan Ateya rasa berdebar-debar, sebab itu hanyalah affection yang di tunjuk oleh seorang kawan, kepada kawannya yang lain. Sebelum Aki berpindah ke Australia dulu, mereka selalu je buat macam ni. Cuma masa tu, tak adalah sampai cium dahi bagai. Tapi, sebenarnya, part cium dahi tulah yang buatkan hati Ateya berdegup kuat! Namun, dia cuba tenangkan jugak, diri dia yang dah macam tak tentu ni. Mungkin, bagi Aki, cium dahi tu, gesture biasa yang diberi kepada kawan-kawan perempuan...tapi tak pada dia...pada dia, gesture itulah, yang lembut menyentuh hatinya.
Will do Yah..will do...”
“Ohh! Dan kau tak boleh ke hulur-ke hilir dengan perempuan lain lagi.”
Hey! That’s two things.” Ujar Aki, sambil tangannya melingkar kemas di bahu Ateya.
Cut me some slack...It’s my birthday...”
“Herm...Yelah...yelah.” Ujar Aki, sambil menepuk lembut rambut Ateya.
“Janji, okey?”
“Ye, aku janji!”
Thanks.”
Malam tu, berakhir dengan Aki dan Ateya tertidur betul-betul kat atas lantai, dengan hanya berlapikkan satu kusyen. Ateya, yang lena memeluk Aki dan Aki, yang tidur dengan tenang di sebelah Ateya. Macam mereka masa kecik-kecik dulu...Mungkin, pada malam itu, persahabatan mereka, sudah mulai terjalin semula...

No comments:

Post a Comment