BAB
10
“AKU
nak warna pink, putih!” Tegas Ateya.
“Apsal pulak? aku nak warna gold and silver lah” Bangkang Aki pulak.
“This is a wedding reception...bukan wild party! Kenapa nak guna warna gold dan kelabu? Pelik betul kau ni.” Marah Ateya.
“Ehh! Ada tau, orang kahwin, pakai
warna gold and silver, okey..bukan
kelabu.” Tutur Aki pulak, sambil menkan perkataan ‘silver’.
“Kelabu, silver, whatever, there’re the same thing. Aku rasa lagi cantik
guna warna lembut. Lagi, sejuk mata memandang...” Tutur Ateya, tegas.
“Eish! Gold and Silver lah, moron...kenapa
degil sangat ni?” Aki hilang sabar.
“Aku kata, pink, putih, pink putih
lah ngok!” Giliran Ateya pulak hilang sabar. Yang ‘wedding planner’ tu, dah
ternganga dah tengok hubungan ‘unik’ bakal suami isteri ni. Macam, pelik je,
orang dah nak kahwin kan selalu mesra, lepas tu, kasih sayang sentiasa hangat
membara, ni tak. Macam gaduh adik beradik dah dia tengok dua orang customer nya ni. Ateya kemudian
tiba-tiba mengalih pandangan kepada Nia, wedding
planner mereka.
“Nia? Awak rasa macam mana?” Soal
Ateya, sambil memandang Nia tajam, meminta jawapan.
“Err...” Gadis itu sudah
serbesalah nak jawab. Kang kalau salah jawab, naya dia kena ‘komplen’
bertubi-tubi.
“Ehh..dah, dah! Pening Umi dengar awak
berdua bergaduh. Pasal warna tu, nanti dulu, Along pergi cari baju dulu, kita
tengok, baju pengantin tu, nanti warna apa, then
kita just ikut warna baju tu je.” Cadang umi, yang dari tadi dok memerhatikan
mereka berdua bertelagah. Aki dan Ateya saling bertukar pandangan tajam, dan
akhirnya mereka akur juga. Ateya dan Aki, kemudian bergerak ke arah
tempat-tempat rekaan baju pengantin contoh dipamerkan. Sebenarnya, dah seminggu
dah, mereka mula membuat persiapan perkahwinan, tetapi, Aki dan Ateya tidak pernah
sependapat. Asyik bercanggah je. Kalau Teya nak macam ni, Aki pulak kata
begitu. Sudahnya, jadi gaduh, macam tadilah. Memang pening jadi Umi dan Mama
yang tersepit antara mereka berdua. Umi Ateya, ditugaskan, untuk bersama-sama
mereka dalam merancang bentuk majlis resepsi tu nanti, manakala mama Aki pula,
ditugaskan di bahagian menjemput tetamu. Memang sibuk keluarga Aki dan Ateya
sepanjang bulan ni.
“Hah, Yah! cuba tengok ni, cantik
kan?” Soal Aki, sambil membelek sepasang gaun putih lace, lengan separuh. Dan
dadanya pula agak luaslah. Pada pendapat Aki, baju tu tak adalah seksi sangat,
sesuailah dengan Ateya yang pakai tudung ni.
“Kau! Jangan nak jadi orang gila
boleh? Don’t you see, the design? If it’s
for your ‘girls’, bolehlah.” Ateya menekankan perkataan ‘girls’.
“Urghh...fine. Banyak pulak songeh kau!” Keluh Aki, lantas menyangkut balik
gaun putih itu di tempatnya.
“It’s not that aku banyak songeh, it’s just YOU, being stupid...” Tegas Ateya. Ateya kemudian
meneruskan pencarian baju pengantinnya. Kalau boleh, Ateya tak nak baju yang
ketat, macam baju kebaya. Puas Ateya membelek-belek baju yang ada kat situ,
sampailah dia terjumpa satu baju ni. Memang cantik sangat. Sehelai jubah
berwarna unggu lembut yang dihiasi dengan motif tenunan bunga kecil berwarna di
bahagian hujung lengan. Bahagian depan jubah itu pulak dihiasi dengan butang
berwarna putih dan juga tenunan bunga kecil. Di hujung kainnya pulak, ada bunga
timbul putih,di jahit di atas kain lace tebal...dan potongannya pun tak ketat.
Yelah, jubah lah katakan...Ateya tersenyum melihat baju itu, lantas memanggil
Aki.
“Aki, cuba kau tengok ni...” Aki,
tiba-tiba muncul dari bahagian sebelah sana, dan juga membawa sehelai gaun.
“Yang ni, okey tak Yah?” Soal Aki,
sambil menunjukkan gaun pengantin yang dia jumpa tadi. Ateya pun memandang gaun
tu.
“Dude! Seriously?” Tutur Ateya berbaur sarkastik. Aki ni, kenapalah
tak faham-faham. Memanglah, gaun ni, lagi tutup dari yang tadi, berlengan
panjang, dan kolar mencengkam leher. Rekaannya, lebih kurang macam baju
permaisuri jahat dalam cerita Snow White tu. Memanglah cantik. Tapi...sekali
lagi, ketat!
“Lah...apa yang tak kena?” Soal Aki
malas. Ateya memandang Aki pelik.
“Just, put it away, honey...put
it away...nah cuba kau tengok ni.” Tutur Ateya lantas menunjukkan jubah
berwarana unggu lembut, yang dia jumpa tadi. Aki pun membelek jubah itu sambil
mengurut dagunya...
“Cantik...”
Komen Aki, ringkas. Aki mengaku, perempuan yang memakai jubah, bukanlah
pilihannya. Dia lebih suka tengok perempuan yang memakai pakaian elegan (nightgown,
dress)... Tapi, sumpah, baju pengantin ni, memang cantik.
“Kan? Jadi...tema warna kita unggu
putih?” Cadang Ateya girang.
“Unggu putih, it is!” Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Selama seminggu ni,
dia rasa, macam nak tumbuk-tumbuk, si Aki ni. Dahlah unmotivated, dah tu semua yang Ateya cakap, dibangkang. Jadi bila
dah capai kata sepakat tu, Ateya berasa legalah sikit. Perkahwinan mereka,
memanglah boleh dikatakan kahwin paksa juga, tapi, walaupun begitu, untuk umi
dan mama, dia akan cuba kelihatan bahagia, dan merancang perkahwinan yang
dikenang untuk kedua-dua ibu yang di sayangi tu, walaupun dia tidak ada rasa
cinta pada Aki.
“YAH,
aku tak boleh ikut kau tempah dewanlah hari ni.” Ujar suara di talian sebelah.
“Hah? Kenapa pulak?” Soal Ateya kembali.
“Something come up at work. Aku kena pergi kerja jugak.” Balas Aki di talian sebelah.
“Tapi, kita kan dah janji, kau tak
boleh suruh orang lain ke, buat kerja tu?”
“Tak bolehlah. This is a big deal, i can’t let a mere
worker do it for me...sorry ye..”’
Ateya mengeluh.
“Nak buat macam mana...dah benda
tak boleh elak.”
“Kau ajaklah umi, ke mama temankan...” Cadang Aki.
“I can’t...Dia orang busy dengan
benda lain.”
“L?”
“Lagilah...he’s a newbie...tak bolehlah nak cuti sesuka hati je, dahlah
hospital tu, sibuk...”
“Can’t you ask, anyone else?”
“Herm...tengoklah macam mana.
Okeylah, dah lambat ni. Nanti, apa-apa hal, aku bagitau kau. Assalammualaikum”
“Walaikummussalam..I’m so sorry....” dan talian di matikan.
“JADI,
dewan ni free on 23rd Disember? Ngam-ngam
lah tu. Jadi, saya akan tempah tarikh tu lah.
“Baik. Congrats on getting married, cik...” Ucap pengurus Sime Darby
Convention Centre tu. Ateya tergelak kecil
“ Thanks.” Balas Ateya pendek.
“Where’s the groom?” Soal lelaki muda tu.
“Sadly, he’s working...” Jawab Ateya
“Ohh...apa nak buat, dalam
banyak-banyak benda kita boleh elak, working,
is not one of them...” Seloroh Daniel, pengurus tempat itu.
“Tell me about it...” Tutur Ateya lantas tergelak kecil. Handsome juga si Daniel, ni...nasiblah
aku dah nak kahwin.
“Ada apa-apa lagi yang
saya perlu buat?” Soal Ateya.
“Tak ada lah kot, kalau
ada apa-apa perubahan, saya contact Cik Shimah nanti.” Balas lelaki tu.
“Kalau dah tak ada apa-apa,
saya balik dulu ye?
“Baiklah, send my regard to the groom ye...” Ujar
Daniel mesra.
“Okay, I will...Terima
kasih Encik Daniel.” Selepas saling bertukar hormat, Ateya melangkah keluar
dari pejabat Encik Daniel.
PERUT ATEYA bergendang mintak makanan, jadi dia singgahlah sekejap
di 1Utama, cari makanan. Sambil, memilih-milih tempat makan, dia ternampak
kelibat yang sangat dikenali. Dia pun mengekor kelibat itu, dan memang betul
sangkaannya. Aki! Dengan minah saleh mana pun, dia tak tahulah. Tak Guna punya
Aki! Aku susah-susah, pergi tempah dewan, for
OUR wedding, dan dia sedap-sedap pergi dating.
Siap, peluk-peluk, cium-cium kat public...Ikut
perasaan geramnya, dia membaling beg tangannya, tepat mengena kepala Aki.
“Auw! What the!?” Aki mengurut-urut kepalanya, yang terasa bisa,
lantas dengan marahnya dia menoleh kebelakang.Sebaik sahaja Aki menoleh,
alangkah terperanjatnya, dia melihat wajah Ateya.
“So this your ‘work’ huh?” Soal Ateya sarkastik. ALLAH sahaja yang
tahu, bertapa geramnya dia sekarang. Tahu tak, dia penat sangat uruskan majlis
perkahwinan ni, dengan kerja lagi, yang lelaki tak guna ni, sesedap rasa je,
rileks, playing around, lepas tu
tipu, ada kerjalah, apalah. Memang, dia yang banyak mengeluarkan peluh untuk
majlis ni,even kad kahwin pun dia
reka sendiri tau. Aki, pulak buat endah tak endah je. Taulah, dia taknak kahwin
dengan aku, tapi bertimbang rasalah sikit. Ateya yang beria untuk majlis ni,
sedangkan dia pun tak nak perkahwinan ni.
“Eh, Yah...apa kau buat
kat sini?” Soal Aki. Soalan Aki tu, lagi menaikkan kemarahan Ateya.
“Apsal, aku tak boleh
ada kat sini? Ni tempat orang ramai okey, So aku ada hak nak datang sini.
Kenapa kau tipu aku?” Soal Ateya marah.
“Yah, a...aku...aku...”
Aki, tergagap, gagap...Ateya mendengus kasar, sambil mengurut dahinya, yang
macam terasa sakit pulak, sekarang. Lantas beg tangan yang dah jatuh ke lantai
dek di baling kepada Aki tadi, di ambik.
“Ash? Who’s this?” Aih, dengar pulak suara minah aussie ni, lagilah
geram Ateya dibuatnya. Dia mencengkam, beg tangannya kuat, dan sekali lagi, mengikut
hati geramnya, dia memukul-mukul, kuat badan Aki dengan beg tangannya. Aki pula
hanya merelakan dirinya dipukul.
“Kau memang bodoh tau
tak, bug!” Marah Ateya, tangannya, masih lagi tidak
henti-henti memukul Aki.
“Aku penat tau tak!”
Sambung Ateya dan masih lagi tak berhenti memukul Aki, dah mengaduh sakit dah.
“Hey, hey take it easy...Are you crazy?” Marah minah saleh tu,
lantas menolak Ateya ke tepi dan mendapatkan Aki.
“Honey, are you alright?” Honey?
Honey? Huu..Ya ALLAH. Sabarkanlah hati
aku ni Ya ALLAH! Kang dengan minah-minah aussie tu, aku cepuk kang.
“No...It’s alright Alice. I’m okay.” Ujar Aki. Apabila sudah pasti
yang Aki okey, dia pergi ke arah Ateya dan menolak bahu Ateya.
“Hey! What is your problem?!” Marah minah Aussie tu.
“Problem? What is my problem?” Ateya tergelak sinis.
“Didn’t your ‘Honey’ tell you, that Me and him, are going to get married?”
Soal Ateya sarkastik.
“What? Ash, what is she talking about?” Soal Minah Aussie itu kepada
Aki. Aki hanya mendiamkan diri.
“You know what...I’m done here...Aki, kau buatlah perangai macam
mana pun, i will not called off this
marriage. Live with that fact! This is important, for both Umi and Mama.
Aku anak sulung, kau anak tunggal, jadi i
don’t think i want to upset them. Sebab aku sayang dia orang.” Selepas
menuturkan ayat tu, Ateya menjeling tajam dan meninggalkan Aki dengan kekasih
baru dia. Setelah pasti, dia dah tinggalkan mereka jauh, secara automatik, air
matanya jatuh perlahan-lahan. Lama dia nak tahan air mata ni dari turun tadi.
Ateya kemudian cepat-cepat menyeka air matanya.
“Aku pun tak nak tau tak,
kahwin dengan kau...tapi, aku rela juga, sebab aku sayang keluarga aku...”
Perlahan dia menuturkan kata-kata, setelah sampai tempat parking, dia masuk ke
dalam keretanya dan memandu tinggalkan One Utama. Macam manalah agaknya, majlis
perkahwinan mereka nanti.


No comments:
Post a Comment