Sunday, 29 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 25)

BAB 25

...WHAT did they do, tell us what did they do in there? Do they like killing some animals or like, what did they do. Then he said, no...they’re just standing there like this, then they prayed, then they leave...  Suara Yusof Estes berkumandang di telinga. Zarif yang suruh tengok.  Mata Aki fokus pada skrin di Laptop. Kadang-kadang tersenyum, sebab Yusof Estes ni, boleh tahan kelakarnya. Jam, sudah masuk pukul 10 malam, lepas habis tengok ‘How ex-Preacher came to Islam’ di youtube, dia baliklah rumah. Kerja kat firma pun tak banyak sangat, sekarang ni.

          “...They didn’t come back...all night we’re waiting here, what happen? Day late, they came back...and when they came in, I looked, there’s Mohamed, I recognise him, but who’s the guy with him though?he’s wearing a white...galabian, white dress like this, and he has a white pillbox cap on his head and I look at him and I said, Pete! He’s name is Father Peter Jacob, but we’re not, you know, Catholic so I don’t have to call him Father, i said, Pete! Did you become a muslim? He said, Ashaduallah Ilah Hailallah wa asyhadu ana Muhammadarasulullah...” Aki, menongkat dagu. Tertarik dengan cara Yusof Estes bercerita. Sedang dia khusyuk, menonton,Yusof Estes dalam skrin komputer, pintu pejabat di ketuk. Dia kemudian mengangkat wajah dari laptop, dan melihat Kak Ros yang berada di depan pintu.
              “Encik Aki, saya balik dulu ye?” Ujar Kak Ros, lantas tersenyum. Aki pun tersenyum.
              “Okey Kak. Have a safe journey home...Kirim salam kat Hakim ye?” Ujar Aki,lantas mata dikembalikan pada skrin laptop. Kak Ros, mengangguk dan tersenyum.
              “...So, but I put my head on the ground, and only this word came. No more words, just this...Oh god,  guide me...” Terus, zapp! Masuk ke dalam sanubarinya. Lagi-lagi suasana senyap dan sunyi macam ni. ‘Ya Tuhan,bimbinglah aku’. Hatinya, tersentuh. Air mata, lelakinya mula mengalir.
              “...ALLAH will not ask you, if they made Syahadah, but he will ask you, if you delivered the message...” Aki menyeka air matanya yang kian jatuh. Entah kenapa air matanya sangat murah kebelakangan ni. Setiap kali bercerita pasal agama, Zarif merupakan saksi bertapa banyak tumpahnya air mata dia.
              “...It’s not guidance from me, it’s not guidance from you, It’s guidance from ALLAH. ALLAH guides, who He wills, whom He wills...” Suara Zarif, tiba-tiba terdengar di benaknya. ‘Bukan aku yang bimbing kau, bukan kau yang membimbing diri sendiri. Ini semua, bimbingan dari ALLAH.’ Setelah hampir 1 jam bertelakuk, menangis di depan laptop, dia melihat jam di tangan, pukul 11. Masa untuk balik. Dia ambil briefcase, dan mencapai kot yang tersangkut di tempat penyangkut kot, pakai dan kemudian menutup lampu dan mengunci pejabat.


DIA RASA macam tak sedap duduk pulak, bila kena tenung macam tu. Jantungnya dah berlumba-lumba, melompat, dan semualah pembayang yang boleh gambarkan bertapa berdebarnya jantung dia. Namun, dia hanya maintain kan wajah tenangnya, tak mahu  dia tunjuk bertapa, berubah rentak betul jantung di dalam. Aki memandang sekilas pada Yah yang sedang merenungnya, betul-betul intense.
              “Kau kenapa Yah? Kacak sangat ke aku ni, nak dok renung-renung, macam nak terkeluar biji mata?” Soal Aki, matanya fokus pada pembacaan novel The Hobbit, yang dia masih lagi belum ada kesempatan untuk habiskan.
              “Ha’ah. Macam makin handsome pulak aku tengok kau. Kenapa eh?” Ujar Yah, tak ada perasaan. Sekali lagi, Aki memandang Yah sekilas, lantas tergelak kecil. Namun, hatinya dah macam nak terkeluar dari paksinya.
              “Really? You call yourself a woman? Boleh pulak kau cakap aku handsome, tapi muka boleh stay compose? Kalau perempuan lain, dah tersipu-sipu dah.” Seloroh Aki. Yah ni, kadang-kadang, boleh jadi terlalu polos.
              “I’m a woman all right, inside and out.” Yah, duduk memeluk lutut, di atas katil. Aki meneruskan pembacaan. Sunyi menyelubungi mereka berdua.
              “Ki...” Panggil Yah.
              “Hmm?” Mata Aki tidak lepas dari Novel The Hobbit.
              “Aku nak tanya ni.”
              “Tanyalah.” Aki menjawab malas.
              “Apa yang buatkan kau berubah, macam ni? Bukan, aku tak suka, aku suka, aku bersyukur lagi. Aku cuma nak tahu, kenapa.” Soal Yah, teragak-agak. Dah sampai dah soalan, yang aku agak Yah, akan tanya. Aki tersenyum segaris dan menutup novel The Hobbit, dan mengalihkan pandangannya ke Yah.
              “Ermm...Sebab, ALLAH sayangkan aku, ALLAH temukan aku dengan Zarif.” Ujar Aki, ikhlas. Yah. Aki Tersenyum segaris. Yah, kemudian, menggenggam tangan Aki, yang terletak di atas katil, dan memandang Aki, dengan mata yang berair.
              “AlhamduliLLAH, Ki...Selamat kembali ke jalan ALLAH.” Ucap Yah. Aki dan Yah, sekarang ni, saling berpandangan. Tiba-tiba air mata yang cuba ditahan Yah, jatuh juga.
              “Hei..hei..” Ujar Aki lembut, lantas menyeka air mata di kedua-dua belah pipi Yah, yang kian berlinangan. Di saat, jarinya, menyentuh, air mata Yah yang hangat, jantungnya makin berdebar, dia seolah-olah rasa nak menangis sekali dengan Yah.
              “Kenapa nangis ni? Hmm? I have a long way to go...Aku baru belajar sikit je.” Tutur Aki, lembut, dia kemudian menggosok-gosok, kedua belah pipi Yah dengan jarinya, lantas tersenyum lembut. Matanya memandang Yah, sayu.
              “I’m just...I’m just so glad for you...Aku rasa syukur sangat kat ALLAH.” Tutur Yah, teresak. Aki menggosok-gosok bahu Yah yang terhinjut-binjut dengan lembut, lantas, membawa Yah, ke dalam pelukan.
              “Kau doakanlah, supaya aku tak berpaling dengan cepat, atas peluang yang ALLAH dah bagi kat aku.” Ujar Aki, sambil menggosok-gosok, belakang Yah pulak. Basah, T-Shirt Aki dengan air mata..
              “Will do Aki, will do....” Balas Yah. Aki kemudian, melepaskan pelukkan dan membawa Yah, memandangnya, dia memegang kedua bahu Yah. Dia tersenyum lembut. Begitu juga Yah. Di waktu sekarang ni, debaran jantung dah rasa dah nak sampai tahap maksima. Mereka hanya memerhatikan satu sama lain, tanpa suara. Sedang hanyut dalam fikiran masing-masing, tiba-tiba...
              “Hah! Apa kecoh-kecoh, apa kecoh-kecoh!” Suara Johan Raja lawak, masa persembahan masa Maharaja Lawak tahun lepas, memeranjatkan kedua–dua mereka. Terus mereka berdua tersedar.
              “Er...mesej, mesej...” Yah, kemudian mendapatkan ‘Smartphone’ Sony Erricson di meja kecil sebelah katil. Aki dah tergelak kuat. Memang sangat lawak, dalam banyak-banyak muzik, lagu yang boleh di buat message tone, suara Johan Raja Lawak yang dipilihnya...dan dia tahu, macam mana Yah mendapatkan ringing tone tu, sebab Yah buat benda tu, depan dia. Yah merakam suara Johan Raja Lawak di TV dan kemudian, mengedit suara tu, mengguna software yang entah apa entah, dan kemudian jadilah suara Johan Raja Lawak. Pelik-pelik je bini aku ni.
              “Kenapa tak tukar tone tu Yah?” Soal Aki, sambil tergelak-gelak. Sebenarnya dia kurang kenal dengan artis-artis Malaysia, terutama pelawak-pelawak, maklumlah dia baru balik Malaysia, tahun lepas. Tahu pasal Maharaja Lawak Mega pun, sebab Yah tengok, jadi, macam biasalah, dia pun tersangkut dengan MLM tu. Yah, selalu macam tu. Teringat, masa Yah, suruh tengok cerita Digimon dulu, dia tak nak, tapi dengan dia, dia sendiri boleh jadi peminat animasi Jepun tu.
              “Eh! Biarlah. Comel apa suara Johan.” Yah, menyentuh keypad di ‘smartphone’ membalas mesej. Aki menggeleng-geleng. Nasib baiklah jugak, suara tu mengganggu. Kalau tak, sumpah dia tak boleh jamin apa yang dia akan buat kat Yah tadi. Yah dah menguap. Selepas selesai, urusan Yah, dengan ‘smartphone’ tu, Yah membetul-betulkan bantal dan tempat tidur lantas melabuhkan kepala ke bantal. Aki, melihat dan memerhatikan sahaja, gerak geri Yah dari tadi.
              Aki mengesot sedikit supaya dekat dengan Yah yang sedang baring, dan dia, lantas  menghadiahkan kucupan di ubun-ubun Yah, mendekatkan mulut dengan telinga Yah, dan berbisik...
              “Good Night, my crazy, lovely Ateya Hashimah...” Dengan suara yang lembut dan romantik, dan lantas dia pun melabuhkan kepala ke atas bantal, dan memejamkan mata.


MATANYA TIDAK beralih dari monitor komputer. Memang mata pandang komputer, tapi fikiran dah ke lain. Ateya, menyentuh, ubun-ubunnya yang di kucup Aki semalam. Terasa lagi bulu roma yang meremang, bila dengar Aki bisik ‘Good night, my crazy, lovely Ateya Hashimah...’ Lepas tu, bila teringat nada suara Aki semalam, lagilah rasa macam, sesak nafas. Tanpa sedar wajahnya merona merah.
              “Hoi! Berangan!" Ateya terkejut dengan sergahan Dayah. Kus semangat. Ateya mengurut dadanya yang melompat sebab terkejut tadi. Dayah ni pun, taulah, syarikat ni dia punya, tapi takkanlah sampai tak bagi salam, kot ye pun nak menyergah.
              “Kau ni Dayah...Bagilah salam ke apa, ni main sergah je.” Marah Ateya. Dayah mencerun memandang Ateya. Dayah tersenyum dan mengambil tempat di meja sebelah Ateya.
              “There’s something odd about you...” Ujar Dayah, masih lagi memandang Ateya dengan pandangan ‘syak wasangka’. Ateya melarikan matanya, dari dipandang oleh Dayah.
              “Nothing, is odd about me...” Ateya menafikan.
              “No...really, something is really odd! Kalau tak, kenapa muka kau merah? dah macam tomato aku tengok.” Ujar Dayah, secara refleks, Ateya memegang kedua-dua belah pipinya. Ha’ah..aku pun rasa macam pelik je sekarang ni. Kenapa eh? Pandangan, dah tak tau nak letak mana, tak boleh pandang tepat kat muka Dayah. Segan. Dayah, tersenyum dengan gerak geri Ateya.
              “Kau tau, kau ada simptom-simptom, penyakit kronik.” Ujar Dayah. Ateya lantas, memandang Dayah dengan dahi berkerut seribu. Penyakit kronik? Dayah tergelak kecil, lantas mengalihkan pandangannya dari Ateya.
              “Aku dengar dan tengok, dari orang yang mengalaminya,iaitu adik aku...orang yang ada penyakit ni, selalu senyum seorang-seorang, macam kau, termenung jauh tiba-tiba, macam kau, muka merah tiba-tiba, macam kau dan orang yang ada penyakit ni, yang selalu aku baca kat Shojo manga tu, mangaka dia selalu tulis yang orang ada penyakit ni, akan bertambah berseri macam kau...” Panjang lebar Dayah bercakap, sambil berkira-kira dengan jari.
              “...and where is this leads to?” Soal Ateya, memandang Dayah tajam. Daya memandang Ateya sekilas.
              “Penyakit kronik tu, namanya...L-O-V-E-S-I-C-K” Balas Dayah mengusik. Tiba-tiba Ateya tersedar. ‘when we’re in love, we just know it.’ Is that it? Am I...Am I in love with my bestfriend? Sekali lagi, dia termenung.
              “Hoi!” Sergah Dayah lagi. Ateya tersentak.
              “Is that it? Are you in love, my dear friend?” Usik Dayah, sambil tersenyum nakal. Ateya, sekali lagi berkerut dan mengalih pandangannya, ke arah monitor komputer, dan membuka perisian 3D, di dalam komputer. Mengelak.
              “Kerja, kerja!” Dalih Ateya.
              “Penafian! That’s one of the lovesick simptom...” Dayah tergelak lagi.
              “Aki kan? Kan? Aki kan?” Usik Dayah lagi. Ateya pula, memilih untuk tidak mempedulikan Dayah. Yes. I’m maybe in love with Aki.
              “Sibuklah! Aku tengah nak buat kerja ni.” Marah Ateya. Dayah dah tergelak-gelak, sambil menepuk-nepuk bahu Ateya. Lantas, Ateya mengukir senyum segaris.
              Muzik Moja Moja no Mori, dari animasi Nodame Cantabille, berkumandang dari ‘Smartphone’ Sony Erricsson Ateya, nombor tak kenal. Ateya kemudian, menyentuh butang telefon hijau, di skrin ‘Smartphone’. Lantas, melekapkan telefon di telinga yang berlapis dengan selendang belang-belang merah jambu. Dayah, memberi isyarat ‘Aku keluar dulu’ dengan tangan. Ateya mengangguk, dan lantas Dayah keluar dari pejabat.
              “Assalammualaikum...helo?” Suara talian sebelah sana menyahut. Sumpah, dia tak kenal suara siapa ni. Suara lelaki yang dia tak kenal.
              “Sekarang ke?” Soal Ateya.
              “Ok...Saya datang sekarang...” Ateya mematikan panggilan dan bangun dari kerusi, lantas keluar dari pejabat dengan tergesa-gesa.


LAGU DEMON, oleh Imagine Dragon, melalak dari Iphone-nya. Dia lantas menyentuh butang ‘accept call’ dan melekapkan Iphone ke telinga. Mata masih lagi meneliti rekod-rekod kes terdahulu, tentang harta pusaka dan harta warisan. Kadang-kadang, pen di tangan, berlari-lari di ‘notepad’ mencatat sesuatu.
              “Assalammualaikum...helo?” Ujar Aki, mata masih lagi tak lepas dari fail.
              “Kau nak dengar sesuatu tak?” Amboi! Tak jawab salam. Dahlah tak kenal, siapa ni. Suara lelaki asing yang Aki tak kenal. Dahi Aki berkerut.
              “Nah...cakap!” Ujar lelaki di talian sebelah. Aki menanti dengan sabar.
              “Aku cakap, cakap sekarang!” Kenapa macam pelik je ni? Aki menggigit bibir bawah. Hatinya, mula berasa resah. Apa benda ni?
              “Cakap!” Ujar lelaki di talian sebelah dengan kasar.
              “...Tak nak!” Apabila terdengar suara tu, matanya membuntang. Terlepas pen dari tangan. Jantungnya dah rasa macam nak tercabut. Memang dengar samar-samar suara tu, tapi suara tu dia sangat kenal.
              “Kau dengar kan suara siapa tu? Suara isteri kau yang tersayang.” Tutur lelaki di talian sebelah, lantas tergelak jahat. Otaknya, dah tak boleh nak mencerna apa yang jadi. Resah, bimbang, takut semua dah bercampur baur. Aki berdiri dan menumbuk meja.
              “Siapa kau, dan apa yang kau nak dari kami?!” Marah Aki. Suara dah meninggi. Lelaki di talian sebelah, ketawa lagi.
              “Bawak duit tebusan RM 1 juta, sebelum hari esok...dan kami akan lepaskan isteri kau.” Hah?! Talian dimatikan. Dia lantas, mencapai kot dari tempat penyangkut dan keluar dari pejabat, tergesa-gesa.
              “Kak Ros. Ada emergency, saya kena balik awal. Nanti Kak Ros, tengokkan pejabat dan batalkan semua temujanji saya.” Kak Ros, hanya mengangguk. Lantas Aki keluar dari pejabat. Ya ALLAH, janganlah apa-apa jadi kat Yah, Ya ALLAH. Aku merayu pada-MU, lindungilah dia dari segala malapetaka..


“KENAPA KAU buat semua ni?” Soal Ateya, yang sedang terikat di kerusi kayu. Dia memandang tepat ke arah wanita yang sedang memeluk tubuh, dan tersenyum puas ke arahnya.
              “Senang je, jawapannya...” Wanita itu mendekati Ateya, dan berbisik...
           “Sebab, aku tak suka tengok kau bahagia.” Wanita itu kemudian beralih dan kembali memeluk tubuh, lantas tersenyum sinis.
              “Tapi, kita...kita kawan baik, Ana.” Ujar Ateya sayu...

No comments:

Post a Comment