Saturday, 7 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 3)

BAB 3

MEREKA MASIH LAGI  diam, terkesima. Ateya pula, semua perasaan menyelubungi dirinya sekarang, marah, sedih, kesal, bengang, menyampah semua dah bercampur baur. Hidayah pula, memilih untuk berdiam diri. Seingat Hidayah, Ateya ada bercerita mengenai kawan baiknya, sewaktu dia sekolah-sekolah dahulu.
             
           “Well, what a surprise...you seems...dazzling.” Akhirnya Ateya bersuara.
           
           Well, you too, seems..” Lelaki itu memerhatikan Ateya, dan memandang Ateya atas bawah, kemudian dia mengeluarkan ayat seterusnya...
            
            Covered...”

Excuse me? what’s that supposed to mean and what’s with that look?” Tegas Ateya. Covered? Covered?! Ateya, memandang dirinya, atas bawah. Okey apa ni?

Ateya Hashimah...I should’ve known it from the start...” Ujar lelaki itu. Ateya, dipanggil, berbeza-beza oleh orang-orang di sekelilingnya. Teya, untuk keluarga dan kawan-kawan yang rapat. Selalunya orang yang baru dikenali memanggilnya Shimah...dan hanya seorang yang memanggilnya Yah...lelaki yang dihadapannya ini.

Well...you do remember me? How honoured Ashraff Akimullah...” Perli Ateya. Sambil senyum buat-buat.

You used to be so cute, back then...with that beautiful braided hair...and now...you seem so...how should i say this...er...old fashion? How pity...you are more cuter without that tudung...” Kutuk lelaki itu dengan loghat Australianya. Ateya sudah semakin berang. Sabar Teya, sabar...selawat, selawat...Ateya menyilangkan tangannya dan tergelak sinis

Clearly, Mr. Ashraff Akimullah...one of us, still fears dead and the afterworld, don’t you think?” Jawab Ateya, sarkastik. Lelaki itu tersentap, tidak terkata apa-apa. Hanya ketawa sahaja dia mampu buat.

Well...you have a sharp tongue aren’t you?” Ujar Lelaki itu, teragak-agak.

It’s my specialty, Ash...” Ateya memandang lelaki itu tidak berpuas hati. Namun lelaki itu tetap tersenyum. Senyum yang tak dapat ditafsirkan.

“Ash, konon...Ash my foot la wei! Nama kau tu Akimullah tau tak? Aki, the ugly bug!” Akhirnya, Ateya tak dapat menahan tenang. Siapa lelaki di hadapannya ini? Nine years without any news...and now he became like this? This...this big hideous ugly narcissist stupid bug!

Excuse me?” Akimullah, memandangnya.

“Apa? Dah tak faham bahasa melayu dah? What? Some kanggaroo, catch your malay tongue and throw it in the gold coast ke?...” Marah Ateya lagi.

Well said...I missed that voice, for a long time...” Akimullah, tiba-tiba sahaja mendepakan tangannya. Mujurlah Ateya sempat mengelak, dari dipeluk oleh Akimullah. Kalau tidak, tak guna maruah yang cuba dipelihara dan dijaga selama ini.

What are you try to do, you pervert monkey!” Marah Ateya lagi, lalu meluru keluar dari pejabat Akimullah dan menghempas pintu bilik lelaki itu. Hidayah dan Akimullah, sama-sama terdiam. Kemudian, Hidayah dan Akimullah, saling berpandangan.

Well...shall we continue?” Soal Akimullah, kekok..
           
I...guess so...” Jawab Hidayah pulak.


TU, BUKAN AKI...tu bukan Aki... Aki, tak akan pernah jadi ,macam tu. Aki kawan baik aku...Dia bukan Aki. Air mata Ateya, tiba-tiba mengalir. Dia menyeka air matanya, sambil meluru lari keluar dari pejabat itu...
           
           “Cik Te...” Ros terkejut melihat Ateya yang meluru berlari meninggalkan pejabat mereka. Pekerja yang lain pun turut memandangnya pelik.
            
            Tetapi, dia tidak mempedulikan semua itu, dia terus berlari, berlari dan berlari, sehinggalah sampai di tempat keretanya diparkir. Dia bersandar pada kereta Myvinya dan termenung panjang. You were my bestfriend, you stupid bug!
            
            Setelah hampir 1 jam dia menunggu, akhirnya Hidayah datang, mendapatkannya. Kemudian, mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.
            
            I’m sorry sweety...so, macam mana tadi?” Soal Ateya kepada Hidayah.
           
           Well..we sealed the deal...for our first project, dia suruh kita buat montaj untuk first annual dinner syarikat dia yang akan datang nanti...” Jawab Hidayah pula.
            
          Well...congratulation to us...sorry lah tadi, tiba-tiba tinggalkan kau...” Tutur Ateya lemah, sambil matanya, tidak lari dari pemandangan di hadapan.
            
           It’s okay...yang penting, kita dapat projek syarikat dia...Kau okey ke?” Soal Hidayah, risau.
            
          I’m Okay...i’m just surprise...That’s all...” Jawab Ateya, sambil tersenyum pahit.
            
          He’s your long lost bestfriend, Aki kan?” Soal Hidayah lagi.
                      
          “On the surface, he sure looks like him...” Memang, wajah Aki tidak berubah dari dulu, sehingga sekarang, yang berubah, cuma Aki nampak lebih matang dan ‘western-ish’ obviously...yelah, dah 9 tahun kan hidup kat barat..
            
           Do you love him,?” Ateya menggeleng-geleng kepala dengan pertanyaan Hidayah.
            
          I do love him, but,  it’s more like brother-sister relationship...not like the love you meant...Aki tu,berharga pada aku, macam juga kau...” Memang dia tidak pernah menganggap, Aki as a potential love interest...Sebab, dia kawan baik Ateya tetapi, sebab apa dia sedih bila tengok Aki jadi macam tu, ialah sebab Aki tu macam keluarga, bila tengok keluarga kita seolah-olah hilang panduan dan berubah secara drastik, mesti kita rasa sedih dan kesal kan? Sebab, keluarga adalah harta yang sangat berharga, begitu juga dia anggap Aki.
             
           “But I’ve got to say though...he’s really annoying...” Adu Hidayah kepada Ateya.
            
          Yeah..tell me about it...’You’re more cute without your tudung’” Ajuk Ateya, sambil mencebik, dengan accent aussie yang dibuat-buat.
            
          “Tu baru sikit, kau tengok...tau tak, masa aku dengan dia tadi , hundred percent narsisstic tau tak...” Kutuk, Hidayah.
            
           “Ye ke? he used to be so cute...Now he become some kinda narcissistic bug monster or something...I can’t believe i cried because of him.” Mereka berdua akhirnya tergelak besar di dalam kereta Myvi yang sedang cermat meluncur di jalan.


YOU’VE GOT TO BE KIDDING ME...” Of all places, kenapa kat kedai buku ni juga aku jumpa dia?  Oh...lupa...dia suka baca buku...Alamak, dia datang. Tengok tu, tersenyum-senyum...dah macam kambing gurun dah aku tengok...Ateya kemudian meneruskan langkahnya, tanpa mempedulikan orang yang dia nampak tadi, tapi terhenti, apabila Aki, betul-betul berada di depannya...Mulanya dia hendak mengabaikan sahaja, lelaki itu, tapi elok je, lelaki tu block jalan dia..
            
             Hey...Yah! Watcha doing here?” Sapa Aki, Ateya menghadiahkan pandangan bosan. Bukan nak bagi salam ke apa...hey,hey...Apa? dia ingat ni Australia?
            
             Scram...” Halau Ateya dingin. Lantas dia mengubah langkah, dan meninggalkan Aki...Namun, Aki tetap tidak berputus asa, kali ni, dia menghalang dengan tangan...hampir sahaja, lengannya tersentuh dada Ateya...oi! oi! Ateya memandang Aki tajam, setajam pisau yang boleh menghiris-hiris daging serangga besar di hadapannya ini.
            
              You’re so mean...you used to be cute...” Rajuk Aki, sambil membuat muka sedih.
             
             “Scram, bug...” Ulang Ateya dengan tambahan, kemudian cuba untuk meninggalkan Idolomantis Diabolica yang telah mematikan moodnya kini.
             
              “This is your work, correct?” Soal Aki tiba-tiba sambil menunjukkan komik yang di belek tadi. Ateya terkejut besar terlihat komik yang berada di tangan Aki.
           
              I recognise this art right away, the first time i saw it...” Mahu sahaja dia merampas komik itu dari tangan lelaki tu.
            
               “...and one more thing, A-Yita, is a backward spell for Atiya..you change e to i...so...it’s actually Ateya right?” Sambung Aki lagi, sambil tersenyum seperti kerang busuk.
             
            “Tahniahlah...you broke the code...good for you...now, scram ugly bug...” Sindir Ateya. Aki masih lagi tersenyum. Aku tak fahamlah, kenapa dia senyum..aku buat lawak ke? Kemudian, tiba-tiba sahaja, seorang gadis, kelihatan awal 20-an. Datang memaut tangan  Aki.
             
           “Ash...I want to buy some shoes...is there anything else you need here?” Tutur gadis itu manja. Ateya hanya mampu rolls her eyes, tanda jengkel.
             
           “Nothing Hani, I almost finish here darling...Wait for me outside...” Gadis yang bernama Hani itu menurut sahaja. Setelah beredarnya gadis itu dari tempat kejadian, Aki memandang Ateya, dan mengukir senyum nakal. Ateya kemudian menjeling Aki dan mengatur langkahnya, cuba untuk meninggalkan lelaki itu...
             
            “Wait! Wait.. Yah” Aki lantas memegang lengan Ateya. Ateya, apa lagi...menderulah darahnya...dia kemudian menarik tangannya dengan kasar.
             
            “Sorry, aku tak sentuh lelaki yang tak mahram.?” Sindir Ateya lagi, keras.
             
           “Okay...okay.. I’m sorry...rilex, sheesh... you are so timid...Kau tak rindu ke kawan lama kau ni? Apa kata, kita keluar, grab some food or something?” Pelawa Aki, dengan nada yang konon romantik dan memikat. Meremang bulu roma dengar nada yang menjengkelkan tu. Tau pun cakap bahasa melayu...aku ingat dah lupa langsung dah...Ateya memandang Aki.

Sorry, not interested” Ateya menolak dengan dingin. Matanya menjeling dingin juga.
             
           “It’s your lost then...bukan calang-calang perempuan aku ajak keluar...you should consider yourself lucky sebab, aku perasan perempuan yang tua sebelum waktu macam kau ni...Kalau, kita bukan kawan lama, aku tak pedulikan kau tau... ” Tutur Aki dengan bangga. Apa lagi, makin berbulu lah Ateya dibuatnya. Dia dapat bayangkan darahnya naik, dah makin tinggi ni. Pergh...annoying gila lu beb..
             
          “I beg your pardon? Kau ingat aku hadap sangat nak keluar dengan kau? So what, if i’m not Yati, Nor, Amanda and..Hani dan perempuan yang lain yang Kak Ros lupa nama dia orang...Aku tak suruh pun kau pedulikan aku...Kau tak layak pun nak pedulikan aku...” Ateya menyerang balas. Eei! Apsal menjengkelkan sangat dia ni? Mahu sahaja dia cilikan mulut lelaki narsistik yang tak sedar diri ni. He’s really a bug!
            
            Excuse me? Perempuan beratur tau nak keluar dengan aku...kau patut berterima kasih, sebab aku bagi kau special treatment tau...” Balas Aki lagi.
            
           You forgot something bug...I’m not those kinda woman...I set my guy standard, higher than you..” Ateya membalas dan terus meninggalkan Aki dan keluar dari kedai buku itu. Potong betul. Baru nak survey jualan komik aku. Langsung hilang mood. Ashraff Akimullah...you’re so a pain...


JANUARI 2002

“YAH, AKU TAK NAK TENGOKLAH...” Rungut Aki.
            
           “Tengok jugak...Aku tak kira...” Ateya memaksa.
            
          “Yah...aku tak minat...aku nak baca buku, yang aku baru beli ni lah...”
            
           “Minat kan jugak...Kau boleh baca lain hari...”
             
           “Tapi, Yah...Digimon?”
           
            “Aku nak kau tengok jugak...”
           
            “Kenapa kau nak paksa aku?”
           
            “Sebab, tak ada orang lain yang aku nak cakap pasal cerita ni”
           
             “Tak ada orang lain ke, selain aku?”
            
             “Aku nak kau jugak...”
           
              “Yah...”
             
              “Kau kawan aku, dunia akhirat...”
             
              Akhirnya, Aki ikutkan jugak. Kemudian, sampaikan dengan dia sekali tersangkut dengan cerita Digimon tu. Selepas, itu, tiap-tiap hari ahad Aki akan bertandang ke rumah Ateya untuk, sama-sama melihat cerita Digimon. Lepas tu, makin banyak cerita kartun yang Ateya kenalkan pada Aki, sampai dia pun sekali turut sama ketagih cerita kartun ,macam Ateya jugak...dan rutin, tengok cerita kartun sama-sama, dan membuat kesimpulan selepas setiap episod sudah menjadi kebiasaan Aki dan Ateya.
             
             “Yah...aku baru suruh, mak aku belikan CD cerita Dragon Ball...kau nak pinjam tak?” Pandangan Aki, kemudian beralih kepada susunan kertas-kertas A4 yang di stapler, menjadi sebuah buku, yang di campak ke arahnya tadi.
             
             “Apa ni?” Soal Aki.
             
             “My first attempt...malulah..tapi, aku nak kau tengok...” Jawab Ateya tersipu-sipu. Sebaik sahaja, Aki membelek komik yang baru sahaja disiapkan, Ateya berasa gemuruh...Bak kata orang putih...butterfly in stomach...
             
            “Yah...boleh tahan..kau ada bakat Yah...” Puji Aki, sambil matanya tertumpu kepada lukisan komik yang di lukis kemas pada panel-panelnya.
             
           “Kau nak jadi kartunis ke, dah besar nanti?” Soal Aki kepada Ateya.                            
           
           “Itulah, yang aku impikan...tapikan, jadi kartunis, gaji tak banyak...” Jawab Ateya hampa.
           
           “Apalah...gaji tu, tak penting...yang penting minat...tapi, kalau kau nak gaji besar...kau tak payah, jadikan kartunis career kau...kau buat sambilan je...sepenuh masa tu, kau buatlah kerja yang gaji banyak...” Cadang Aki.
            
            “Betul jugak eh? Kau memang pandai Aki!”
            
            “Kau tu je yang bodoh...” Usik Aki. Kemudian, dia merasakan kepalanya disekeh.
           
            “Sakitlah Yah!” Marah Aki.
           
            “Padan muka...” Ateya menjelirkan lidahnya, kemudian menjeling Aki.


FEBRUARI 2012

ATEYA MEMBELEK komik hasil karyanya sendiri. Sebenarnya, sudah lama dah, dia menjadi kartunis ‘freelance’ Syarikat The Youth Sdn. Bhd syarikat penerbitan buku-buku termasuklah komik-komik. Apabila kerjanya di S.A.AS tidak banyak, dia akan membuat dan menulis komik. Termasuk yang ini, sudah hampir 15 naskah komik, sudah dihasilkan oleh Ateya.
            
                 Ingatannya, semasa petang tadi, di kedai buku...masih bermain-main lagi di benaknya. Tak sangka, Aki ingat lagi lukisan dia. Should I feel honored? Okay..maybe not...he’s an idiot...Tapi, aku lega...Aki yang dulu, masih ada lagi dalam diri Aki yang sekarang...mungkin, tak banyak, tapi sedikit...Aki, masih lagi suka baca novel fantasi. Tadi, Ateya ternampak tangan Aki memegang novel The Hobbit. The Aki I know, must still be in there somewhere...Nak cari ke Aki yang dulu? Mungkin nanti...when he’s not being such a pain and when there’s hope...

No comments:

Post a Comment