BAB 26
“KAWAN BAIK?” Ujar Ana, sambil memeluk tubuh, lantas dia tersenyum sinis. Ateya sedang duduk, berlinangan air mata. Tangan masih lagi di ikat.
“Kawan
Baik? Kawan baik tak akan memusnahkan kebahagiaan kawan baik dia. Kau jangan
buat aku ketawa, Teya.” Tutur Ana, sinis.
“Aku
mintak maaf pasal Aki. Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau.” Ujar Ateya
lembut. Tangisannya, tak putus-putus. Sekarang ni, Ateya hanya mampu berdoa,
semoga ALLAH melindungi dia.
“Aki?
Siapa kisah pasal dia? Aku tak ada apa-apa perasaan pun kat dia.” Ateya
memandang Ana, penuh tanda tanya. Kalau bukan sebab Aki, Ana buat macam ni,
jadi kenapa? Ana, mengusap perutnya.
“Anak
aku.” Sekali lagi, Ateya memandang Ana keliru.
“Kenapa,
aku terpaksa menderita, lepas tu terpaksa tengok kau orang bergembira dengan
suami kau orang?” Kau orang? Ana mengisyaratkan sesuatu kepada konco-konconya.
Tidak berapa lama kemudian, salah seorang konco-konco Ana, keluar dari sebuah
bilik, dengan membawa seorang perempuan. Membuntang mata Ateya melihat, siapa
wanita itu.
“Jannah!”
Teriak Ateya. Jannah yang diikat tangannya dan di tutup mulutnya, sudah
berpeluh-peluh, sebab takut. Ateya mengalih pandang kepada Ana.
“Ana!
Kenapa kau buat semua ni?” Soal Ateya, tegas
“Sebab,
aku nak kau orang menderita, macam mana aku selama ni.” Tutur Ana.
“Apa
semua ni, Ana? Apa kau cakap ni?” Soal Ateya lagi, sayu. Ana tersenyum sinis.
“Kau
ingat,aku tak rasa apa ke, lepas dah bunuh anak aku sendiri? Kau ingat, aku tak
sayangkan Ikhwan? Kau ingat, aku tak tahu, yang dia mulanya nak dengan kau,
lepas tu, tak dapat kau, dia ambik aku pulak?” Ateya berkerut, peluh kian
membasahi dahi. Dengan suasana panas di
dalam gudang ni, gelap lagi.
“Tapi,
kenapa kau buat semua ni?!”
“Semua
sebab kau! Segala masalah berpunca dari kau!” Nada Ana makin meninggi.
“Hah?
Kau cakap apa ni. Apa aku dengan Jannah dah buat?” Soal Ateya, nada makin
meninggi.
“Kalau
tak disebabkan kau dengan Jannah, aku dah jadi manusia yang baik.” Ujar Ana.
Ateya terdiam.
“Kalau
tak disebabkan nak jadi macam kau dengan Jannah, aku tak kan buat kesilapan
bodoh tu, dan membunuh anak aku sendiri.” Mata Ana mula berair.
“Kalau
tak disebabkan, aku nak jadi salah satu dari kau orang, aku tak kan jadi macam
ni.” Nada Ana, makin rendah.
“Kenapa,
kau dengan Jannah, boleh bahagia, walaupun kau orang bukannya orang baik.” Nada
Ana naik balik.
“Aku
ni! Aku ni yang baik, aku yang menutup aurat, aku yang menjaga batas dulu, yang
terpaksa menderita dan tengok kau orang bahagia! Aku rasa, kotor sangat. Lepas
tu, aku balik, aku tengok, kau dah siap bertudung litup, nampak macam baik.
Tapi, aku tahu, kau tengah gelakkan aku kan? Kau dengan Jannah, sama je. Kau
rasa taraf kau dah jadi lebih baik dari aku, yang macam ni!” Ana berteriak.
Memang dia rasa terseksa, selepas dia menggugurkan kandungannya, cuma dia tak
tunjukkan dan sebab itu dia melarikan diri, jauh. Masa dia di Australia, memang
tak boleh nak cakaplah, dah sebanyak mana dia rosak.
Lepas
tu, bila balik sini, dia tengok, Teya kawan dia yang dulunya tidak menjaga
aurat, tidak menjaga batas, tidak tahu perihal agama dah jadi seorang yang dia
dulu pernah jadi. Masa mula-mula dia berjumpa balik dengan Teya, dia berasa
marah yang teramat sangat. Dia rasa marah, sebab dia dah jauh hanyut. Lepas tu,
dia rasa marah sangat tengok Jannah bahagia dengan suami dan anaknya, dia marah
sangat bila tengok Teya, bahagia. Dia rasa, macam Jannah dan Teya, sepatutnya
rasa penderitaan yang dia rasa selama ni.
“Ana!
Sedarlah Ana!” Ujar Ateya suara separuh meninggi.
“Jadilah
Ana yang dulu aku kagumi, yang aku hormat dulu, yang aku nak jadi.” Sayu Ateya
bersuara. Ana memandang Ateya lantas tergelak.
“Kau
jangan buat lawak Teya. Kau jangan nak sejukkan hati aku. Aku tau, kau jijik
tengok aku sekarang kan? Aku nak kau menderita Teya. Aku nak Jannah menderita.”
Ujar Ana. Dalam, hati Ateya dah berdoa sebanyak-banyaknya, agar ALLAH bantu
Ana.
“Ana!
Sedarlah Ana!” Ujar Ateya, merayu. Ana tidak mempedulikan Ateya.
“Skull,
kau nak buat apa kat perempuan ni, buatlah. Aku kasi bonus, selain duit 1 juta
tu. Perempuan yang kat sana tu pun, boleh. Make
sure, kau buat dia orang, sampai dia orang rasa tak nak hidup dah.” Arah
Ana, lantas, menjauhkan diri dari Ateya. Lelaki yang bernama Skull itu,kemudian
tersenyum sinis, dan mendekati Ateya. Jantung Ateya berdebar-debar. Dia takut,
namun dia pasti, ALLAH akan ada, untuk melindungi dia. Dalam hati, dia sudah
memanjatkan doa yang banyak-banyak. Skull, makin mendekati dirinya. Dia tak
mampu nak buat apa-apa, sebab tangan dah terikat, nak lari pun tak mampu.
Skull,
menjalarkan tangan ke pin tudung Ateya. Lantas, membuka pin tudung Ateya.
Sungguh, dia takut sekarang ni. Ya ALLAH, lindungilah aku Ya ALLAH, dia
memejamkan mata. Jannah yang nampak dah bising-bising di sebalik mulut yang
diikat dengan kain, cuba, untuk menyuruh Skull melepaskan Ateya. Skull, dengan
perlahan-lahan, membuka lilitan tudung Ateya, di saat tangan Skull menyentuh kulit
dagu Ateya, dia berasa seram sejuk. Lilitan pertama dah terbuka, lilitan kedua,
ketiga dan, sekarang tinggal nak alihkan selendang dari kepalanya. Air matanya
berlinangan. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, lindungilah aku. Di saat anak tudung, nak di
tanggalkan tiba-tiba bunyi kereta merempuh pintu gudang, kuat kedengaran.
Ateya dan Skull, sama-sama mengalih pandangan
pada bunyi yang kuat tu. Bahagian depan kereta Peugeout berwarna hitam, kemek
kena impak pintu aluminium. Aki keluar dari kereta dengan tergesa-gesa, lantas
cuba untuk menghampiri Ateya, namun, di halang oleh konco-konco Skull yang
lain. Adalah dalam tiga orang. Nasib baik tiga orang. Tumbukkan dan tendangan,
bergilir-gilir mencederakan tiga orang konco Skull. Akhirnya, mereka bertiga,
longlai dan terbaring di lantai. Dengan wajah yang berdarah sana sini, Aki,
mara untuk mendapatkan Ateya. Namun, di halang oleh Skull pulak. Aki mengesat
darah yang kian mengalir di bawah bibir, dengan belakang tangannya.
Skull
tersenyum sinis, lantas mengeluarkan sebilah pisau lipat. Membuntang mata Aki
melihat, pisau di tangan Skull. Bukan Aki, Ateya dan Jannah je terkejut, malah
Ana pun terkejut melihat pisau di tangan Skull. Ana, berlari ke arah Skull dan
menahan tangan Skull yang memegang pisau
“Skull!
Kau buat apa ni? Aku cuma nak takutkan dia orang. Aku tak nak jadi pembunuh!”
Tutur Ana, takut-takut. Skull berkerut dahi, dan memandang Ana dengan pandangan
yang tidak berpuas hati.
“Kau
diam,perempuan!” Skull, menghayunkan pisau, lantas perut Ana terhiris, oleh
pisau bilah tu. Nasib baik, lukanya tak
dalam. Ana terjatuh, dan memegang perutnya yang terluka.
“Ana!”
Teriak Ateya. Lantas, Ateya mengalih pandang
ke arah Aki yang sedang bergelut dengan pisau. Aki, nampaknya
bersungguh-sungguh, mengelak dari tercucuk pisau. Sedang bergelut, Skull dapat
menghiris lengan Aki.
“Mana
duit?!” Soal Skull kasar.
“Argh!”
Teriak Aki, lantas memegang lengan yang berdarah agak banyak, Skull menendang
Aki, dan Aki, ahirnya jatuh ke tanah. Sekarang ni, Skull berada di atas Aki,
sedang cuba, untuk menikam perut Aki. Aki berjaya menghalang. Namun, tidak lama,
lengannya pun makin terbuka lukanya, akhirnya Aki terpaksa mengalah. Skull
Tersenyum. Lantas Skull mengangkat pisau tinggi, untuk menikam Aki. Belum
sempat pisau menusuk ke perut Aki, bunyi siren polis terdengar. Membuatkan
Skull terperanjat dan hilang konsentrasi, Aki nampak peluang, lantas, dengan
segala kudrat yang dia ada, dia menjatuhkan Skull pulak. Dia rampas,pisau dari
tangan Skull dan campak jauh-jauh. Skull nak bangun, tapi berjaya di tahan oleh
Aki. Tidak lama kemudian, polis berpusu masuk ke gudang. Polis mengambil Skull
dari tempat Aki dan menggarinya.
Semua
dalang-dalang di tangkap. Termasuk Ana sekali. Semasa di gari. Ekspresi Ana
kosong. Sedang Ana di bawa pergi, Ateya memandangnya.
“Ana...dengar
sini.” Ujar Ateya, Ana mengalih pandangan ke arah Ateya...
“ALLAH,
akan terima sesiapa sahaja yang nak bertaubat, asalkan orang tu ikhlas. Tak
kiralah, sejahat mana, atau sekotor mana pun orang tu, pintu taubat ALLAH
sentiasa terbuka. Kembalilah ke jalan DIA Ana. DIA lebih mengetahui, DIA lebih
berkuasa. Hanya pada DIA, tempat kita mengadu, dan berdoa. Aku mintak maaf,
sebab buat hidup kau menderita.” Nasihat Ateya. Air mata Ana, kemudian jatuh
berlinangan. Ana kemudian di bawa pergi oleh polis.
Dengan
tangan, dan muka yang masih mengalir darah, Aki berlari mendapatkan Ateya.
Dengan sebelah tangan, dia mengambil selendang Ateya yang jatuh, di campak
Skull tadi, dan membalutkan ke kepala Ateya. Kemudian, dia membuka ikatan
tangan Ateya. Ateya mengurut tangannya yang kebas, kena ikat, lantas menarik
nafas lega. AlhamduliLLAH Ya ALLAH. Air mata kembali berlinang.
“Kau
okey Aki?” Soal Ateya bimbang. Dengan muka yang luka-luka, darah-darah Aki cuba
menarik senyum.
“I’ve been better.” Balas Aki. Ateya
tersenyum. Ateya mengalih pandang ke arah Jannah yang dah pengsan, dia
cepat-cepat mendapatkan Jannah. Aki menurut langkahnya. Dia membuka ikatan tangan Jannah, dan juga
mulut yang di tutup kain, di buka. Dia kemudian memegang Jannah.
“Jannah.
Kau okey?” Soal Ateya sayu. Jannah yang lemah, membuka mata sedikit, lantas air
mata Jannah mengalir. Kemudian matanya terpejam balik.
“It’s okay, you can sleep now..and when you
wake up, all of this will be nothing, but a terrible nightmare...” Ujar
Ateya lembut air mata masih lagi mengalir. Dia mengusap rambut Jannah lembut,
lantas membawa Jannah ke dalam pelukkannya. Aki hanya memerhatikan sahaja
mereka berdua. Sedang Ateya sibuk menenangkan Jannah, Aki tiba-tiba jatuh,
lantas pengsan.
“Aki!!!”


No comments:
Post a Comment