BAB 16
27 Januari 2013
SEBAIK
SAHAJA L masuk ke dalam
wad. Dia ternampak Nun sedang mengemaskan Neneknya, punya katil.
Arwah...neneknya, punya katil sebenarnya. Nek Mah, baru sahaja meninggal dunia
semalam pagi. Jenazahnya, telah pun selamat dikebumikan. Macam mana keadaan
Nun, sekarang ni? Dia nampak lesu, pucat dan lemah. Muka bengkak, sebab menangis
tak henti-henti agaknya. Setelah, selesai mengemaskan barang-barang arwah Nek
Mah, Nun keluar dari bilik hospital. Macam biasa, L menjalankan tugasnya dulu,
kemudian keluar mencari Nun. Harap, di ada lagi kat sini.
Sebaik
sahaja dia keluar dari wad, dia ternampak Nun terduduk di atas lantai hospital,
sambil bersandar di dinding. L, menarik nafas panjang, dan pergi mendapatkan
Nun. Tanpa berkata apa-apa, dia pun duduk bersebelahan dengan Nun. Mereka
berdua, duduk terdiam di situ, tanpa mempedulikan pandangan orang-orang di
situ.
“Tau,
tak. Dulu, Nenek suka buatkan saya kuih gelang ubi. Kuih gelang nenek, tak ada
siapa yang boleh lawan.” Tutur Nun, tiba-tiba. L pula hanya mendengar
“Lepas
tu, kuah asam pedas ikan pari nenek, adalah yang paling sedap saya pernah
rasa.” Ujar Nun, lemah, lantas memeluk lututnya. Begitu juga L yang setia
mendengar.
“Yang
paling saya suka, Rendang Daging nenek. Memang terbaiklah!” Sambung Nun. L
hanya mengangguk-angguk.
“Lepas
nenek, dah pergi ni. Tak adalah saya tempat mengadu lagi.” Wajah Nun, kemudian
mula terasa hangat, dan tak sampai beberapa minit, kolam air matanya pecah.
“Until the last breath, pun mummy tak ada.” Makin galak air matanya
jatuh, mengenangkan Puan Anita. Dia teresak-esak. L diam.
“Mummy, mummy, mummy!” Ujar Nun geram,
lantas menyembamkan mukanya di atas lengannya yang memeluk lutut tadi. Lama
juga Nun menangis, dilindungi oleh lengannya. Mujurlah, waktu ni, adalah waktu
rehat L. Setelah hampir 30 minit, Nun, akhirnya mengangkat muka.
“I’m sorry...I did it again.” Soal Nun,
dengan muka dan hidung yang merah. Matanya, dah membengkak. L tersenyum lembut.
“Feel better?” Soal L pendek.
“I’ve been better” Balas Nun, lemah.
“Well, atleast, awak tak nangis lagi.”
Ujar L, lembut.
“Kadang-kadang,
saya takut jadi macam mummy dan daddy...I am, their daughter after all...” Tutur Nun, tiba-tiba. L
tersenyum.
“Tau
tak, masa mula-mula saya nampak awak kat kahwin Kak Mai. Awak betul-betul,
nampak macam orang-orang kampung kat situ.” L, memulakan bicara. Nun, hanya
terdiam.
“Kalau,
tak kenal mak awak, saya memang tak tahu, awak anak orang kaya.” Sambung L.
“Macam
mana awak tau saya anak orang kaya? Saya tak pernah bagitau awak pun.” Balas
Nun. L tergelak kecil.
“Selalunya,
anak orang kaya tau, yang panggil parents dia, mummy and daddy...Yang
saya tahulah...and have you seen, the way your mother dress? She dress better than
you tau...” Usik L. Memang Datin Anita selalu, sahaja memakai pakaian yang
bergaya, lebih bergaya dari Nun, anaknya. Nun pulak, selalu sahaja, dia nampak
Nun, pakai seluar jeans, baju muslimah dan Tudung bawal, plus glasses...Yelah...she
was raised dalam kampung. Sebab tu lah tak tahu nak pakai pakaian
mahal-mahal kot. Nun, tergelak kecil.
“That...and dalam family rekod Nek Mah, Datin Anita bt Osman.” Tutur L,
perlahan-lahan.
“You almost fooled me...saya ingat awak a great observer...” Ujar Nun, sambil
tergelak kecil.
“Pasal, mummy dan daddy tu, saya telah di ajar dari kecik, untuk panggil dia orang
macam tu. Kalau tak, menggeliat rasanya lidah, nak panggil macam tu. Maklumlah,
orang kampung.” Balas Nun.
“Sebab,
awak macam tu lah. InsyaALLAH...awak tak kan jadi macam parents awak. I’ve watched
you jaga Nek Mah, dengan seluruh jiwa raga awak, eventhough, anak dia tak ada, dengan dia, hingga nafas yang terakhir,
but I’m sure, she glad that you’re there.
So trust me, and trust
ALLAH.” L mengalih pandangannya, dan memandang Nun lembut, dalam masa yang
sama, Nun pun memandang L.
“Thanks.” Nun tersenyum. Mereka
berpandangan seketika...Masa tu lah, jantung L rasa dup dap dup dap sikit...Nun
pula tanpa sedar, air mata Nun jatuh lagi, dia melarikan pandangan, dan menyeka
air mata.
“Anyway...what’s the deal with Kak Teya,
dan Abang Aki? Kadang-kadang, saya rasa macam hubungan dia orang tu, unik dan,
macam comic duo sikit. Dah lama, dah
saya curious...” Soal Nun, tiba-tiba.
“Well...they’re both crazy people and weird...sama
je laki bini.” Balas L. Nun, tergelak kecil.
“Tapi,
saya rasa dia orang tu comel...You lucky
to have them. A loving mother, a
crazy big sister and her husband. Ada macam keluarga dalam cerita ‘Meet the
Robinson’ tu sikit.” Tutur Nun lembut, sambil tersenyum. L pun tersenyum.
“You can have all that, kalau awak kahwin
dengan saya. Pakej sekali, a loving
mother, the crazy couple...and a husband, plus atuk dan nenek.” Seloroh L, sambil tersenyum. Nun pun hanya
tersenyum segaris.
“Saya boleh ada kan, semua tu, tanpa berkahwin dengan
awak pun. Saya, akan cuba mengubah, mummy
dan daddy...itu tanggungjawab saya
sebagai anak kan? Saya dah tak ada orang lain lagi selain mereka berdua, so it’s my responsibility, to bawak mereka ke jalan yang betul. I will try, and if I can’t make it...saya
akan cari awak, and marry you. Tadi,
awak mungkin bergurau, tapi I’m not...so kalau awak tak nak kahwin dengan saya,
you better doa, banyak-banyak, supaya
saya berjaya, okey?” Ujar Nun, sambil menyeka titisan air matanya yang
terakhir. Lantas dia bangun dari duduknya...
“Thanks L...You are
a great listener...It means a lot to me...” Ujar Nun, sambil tersenyum
lembut. Kemudian L pun bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Nun.
“So...I guess i see you around?” Ujar Nun.
“See you around.”
Balas L, ringkas.
“Assalammualaikum...” Ucap Nun, lantas membuka langkah
untuk pergi dari situ. L hanya , memandang kelibat Nun dari belakang, sambil
memsukkan tangannya ke dalam poket kot putihnya, sampailah gadis itu hilang
dari pandangan.
“Walaikummussalam.”...dan itu, adalah kali terakhir L
dengan Nun, bersemuka, lepas hari tu, Nun sibuk dengan hal dia dan L, pula
sibuk dengan kerja dia, L, tak ada sebarang bentuk cara pun untuk berhubung
dengan Nun, oleh itu hubungan mereka hanya terhenti di situ.
Tapi, selama Nun, menangis mengadu, selama dia memerhatikan
Nun, menjaga Nek Mah, selama dia nampak, macam mana kuatnya sifat penyayangnya,
pada keluarga yang tak layak pun menerima kasih sayang gadis itu, timbul satu
perasaan baru dalam dirinya...
‘I wanna wipe her
tears.’


No comments:
Post a Comment