Saturday, 7 December 2013

Dendam Rashidah (BAB 3)

BAB 3

“TO..TOLONG JANGAN BUNUH AKU...” Rayu lelaki separuh umur yang sedang terlentang di lantai. Alisa yang hanya memerhatikan lelaki itu, tersenyum disebalik topeng dan hud yang menutup muka.
            
         “Kau tak nak aku bunuh kau?” Alisa ketawa sinis, lantas dia mengambil lebihan ubat tidur di dalam poket hadapan ‘sweater’ nya dan kemudian mencengkam leher baju lelaki itu dan mendongakkan kepala lelaki tu ke atas. Alisa lantas menuang lebihan ubat tidur ke dalam mulut lelaki itu yang ternganga, membuatkan ubat itu betul-betul ditelan. Tidak berapa lama selepas itu, lelaki itu longlai dalam cengkamannya, dan Alisa akhirnya melepaskan cengkamannya, kasar. Tidak sampai beberapa saat, cecair buih, keluar dari mulut lelaki itu. Alisa senyum puas. Kemudian dia mencapai telefon bimbit pakai buang dari dalam poket ‘sweater’ nya dan mendail 999...
            
           “Hello, cik..ada apa boleh saya bantu...” Talian sebelah sana  disambut. Alisa tersenyum...
            
          “To..tolong, tuan saya...dia..dia bunuh diri!” Alisa buat-buat cemas dan menyamar jadi bibik. Setelah selesai berurusan dengan pihak 999, bercakap, menangis berlakon, Alisa letakkan telefon dan menyimpan kembali telefon bimbit pakai buang itu ke dalam poketnya.
           
            One down..four more to go...” Alisa kemudian meninggalkan lelaki pertengahan umur itu dan lompat keluar ikut tingkap dan cepat-cepat melarikan diri.


ALISA menyalakan api di bawah jambatan yang terdekat dan membakar sweater, telefon bimbit dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bukti. Tudung yang di pakai, semasa dia membunuh lelaki itu pun dibakar sekali dan digantikan dengan tudung lain. Api yang marak di perhatikan dengan mata kosong...Jari bermain dengan loket di leher, di sebalik lindungan tudung. Sebenarnya dia tahu, apa yang di buat ni, salah. Tetapi, dia tidak boleh lagi berpatah balik. Dia telah pun membunuh seorang. Dia harus menghabiskan misinya. Air mata jatuh, dari kolam air mata yang dingin. Belum, sempat air mata jatuh habis, dia sudah menyekanya dulu. “Shidah, kau kena kuat. Semua ni, untuk Abah dengan Ibu.”  

Setelah api sudah habis menjilat barang-barang itu, Alisa kemudian membersihkan sisa kebakaran itu.



“AHLI KORPORAT BERJAYA,  Tuan Haji Osman, ditemui mati membunuh diri dalam rumahnya sendiri, malam tadi. Punca dia membunuh diri, tidak pula di beritahu oleh keluarganya. Namun, kami mendapat maklumat, nota bunuh diri ada di tinggalkan. Isi kandungannya tidak didedahkan...”  Adi yang terkejut melihat berita bunuh diri Tuan Haji Osman, salah seorang ‘shareholder’ dalam syarikatnya, tangannya yang memegang sudu garpu terlepas, menghasilkan bunyi yang kuat.
             
           “Awak, kenapa ni? Terkejut saya..” Soal Alisa terkejut dengan bunyi kuat sudu garpu. Alisa kemudian mengurut-urut dadanya. Di luar dia memang nampak polos, tidak tahu, apa-apa, tetapi dalam hatinya dia sudah tersenyum.
            
           “Tuan Haji...bu..bunuh diri?” Ujar Adi tergagap-gagap. Alisa memandang Adi.
            
          “ Awak kenal ke dia?” Soal Alisa. Adi menganggukkan kepala.
            
          He’s...was...he was one of the shareholder...shareholder yang terbesar dalam syarikat Ayah. Dengar berita dia bunuh diri, macam tak percaya je...” Tutur Adi perlahan sambil tertunduk. Alisa kemudian mengurut-urut bahu Adi, menenangkan suaminya.
            
          “Nak buat macam mana...awak sabar je lah..Manusia ni, memang susah nak di jangka.” Pujuk Alisa. Adi menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan isterinya. Adi mengambil tangan Alisa dan mengucupnya, berterima kasih. Alisa tersenyum. Sebaik sahaja Adi melepaskan tangannya, Alisa membawa tangannya ke belakang dan mengesat tangannya, tanpa pengetahuan Adi.
            
            “Awak, terima kasih untuk sarapan.” Ucap Adi lantas bangun dari kerusi, mengambil beg ‘briefcase’, bersiap sedia untuk pergi kerja. Sebelum dia melangkah keluar dari rumah, dahi Alisa di kucup, dan tangan Alisa di salam.
           
            “Elok-elok bawak kereta tu Adi.” Teriak Alisa, sambil tersenyum, dari pintu rumah dan menunggu suaminya selamat menggerakkan kereta. Sebaik sahaja kelibat kereta suaminya hilang dari pandangan mata. Senyumannya terus terpadam. Matanya kembali dingin. Dia mengesat dahinya yang di kucup oleh Adi tadi, sampai dia rasa bekas kucupan itu, sudah betul-betul hilang. Kemudian dia terus memulakan membuat kerja rumah. Kemas rumah, basuh pinggan.
             
             Dia memilih, untuk tidak menyambung pelajarannya, buat masa sekarang. Setelah selesai, semuanya, barulah dia rasa dia boleh menyambung pembelajaran tanpa memikirkan apa-apa. Buat masa sekarang, dia hanya mempunyai diploma dan bekerja sebagai guru tadika sementara.


“GUGURKAN...” Pendek sahaja balasan Alisa dan dingin. Setelah di beritahu, bahawa dia mengandung 3 minggu. Jururawat dan doktor yang ada kat situ, terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Alisa dalam tempoh yang sekejap itu.
             
            “Tapi...Puan kan ada suami? Kenapa perlu nak gugurkan?” Soal Doktor muda itu, tegas. Alisa kemudian memandang doktor perempuan itu. Pandangan matanya sahaja, sudah cukup untuk membuatkan orang di sekelilingnya, berasa takut. Doktor muda itu melarikan matanya dari melihat terus ke mata Alisa. Ada sesuatu tentang mata Alisa itu, membuatkannya berasa terancam.
            
           “Gugurkan, kalau awak nak klinik awak ni, bertahan...” Ugut Alisa dengan pandangan yang dingin. Doktor muda itu, sudah mulai takut-takut.
           
           “Suami...puan perlukan kebenaran suami puan...” Doktor muda itu bertutur perlahan-lahan. Alisa menyeringai. Matanya tepat memandang mata doktor muda itu.
            
            “Saya, rasa, awak tak faham ni...Gugurkan, atau klinik...” Alisa menggeleng, sambil tersenyum sinis...
           
           “...atau, awak...tak kan boleh bukak klinik kat mana-mana...Awak tau kan ayah saya siapa? Tan Sri Ahmad Hanafi...orang yang berpengaruh...Saya cuma perlu cakap je kat dia, yang doktor muda baru bukak klinik, banyak sangat tanya soalan dan sekelip mata je...” Alisa melihat keadaan keliling bilik doktor...
             
           “Semua ni, hancur...” Alisa menyambung. Doktor muda itu mengangguk. Badannya sudah terasa seram sejuk dengan Alisa. Dia menarik nafas, cuba menenangkan diri.
            
           “Ba...baiklah, bila?” Soal doktor Alisa tersenyum. Pandangannya masih lagi dingin.
           
          Right now, right here...ada soalan lagi?” Balas Alisa sambil tersenyum sinis. Doktor muda itu menggeleng-geleng kepala.
            
          Proses pengguguran berjalan dengan lancar. Tidak ada siapa pun tahu yang Alisa pernah mengandung, dan dah pun menggugurkan anaknya. Dia tidak akan sekali-kali, melahirkan waris musuhnya. Tidak akan sekali-kali. Alisa kemudian pergi ke arah keretanya dan menghidupkan enjin kereta. Peluh, dari sakitnya proses pengguguran tadi masih lagi banyak di dahi. Perutnya juga masih lagi terasa sakit. Alisa kemudian memegang perutnya yang pernah diduduki oleh anak suaminya. Air matanya kemudian jatuh lagi. Namun, seperti biasa, sebelum jatuh habis, dia cepat-cepat menyeka air matanya.
           
          “Maaf...” Tutur Alisa perlahan. Kemudian dia menekan minyak dan keretanya menyusur di jalan raya...

No comments:

Post a Comment