BAB 8
L
MERAYAP-RAYAP DI DALAM rumah
kampung kepunyaan Nenek dan Atuknya, cari Umi dan Along. Nenek kata tadi, dia
orang kat belakang, tengah masak. Sesampai sahaja dia di dapur, matanya melilau
mencari umi dan Along.Ramai orang yang ke hulur ke hilir ni, tapi batang hidung
umi atau along pun tak nampak. Sibuk benar dia orang ni. Majlisnya besok. Majlis
persandingan Kak Mai, akak sepupunya yang di jaga oleh Nenek dan Atuk, selepas
kematian kedua ibu bapa Kak Mai...Abah pernah menawarkan diri, untuk menjaga
Kak Mai dulu, Tapi, di tolak oleh Atuk dan Nenek, sebab mereka kata, bila ada
Kak Mai, tak adalah sunyi sangat hidup mereka suami isteri. Lama juga Abah
memujuk Atuk dengan nenek, tapi, tak lama selepas itu, Abah setujukan aje
dengan Nenek dengan Atuk...Umi dan Along dah datang seminggu lepas. Dia je yang
datang kemudian, sebab kerjanya di Hospital Putrajaya tu, banyak sangat. Buat
masa ni, dia di tugaskan di wad Pediatrik. Memang sibuk sangat, budak-budak
kan. Lagilah kena jaga betul-betul.
“Hah...nasib
baik. Awak datang, tepat masa kita orang perlukan awak. Tolong saya angkat
baldi isi air ni” Sebaik sahaja L menapak keluar dari pintu dapur, ke halaman
belakang rumah kampung Atuk ni,seorang gadis, datang menyapanya, sudah bersedia
dengan baldi berisi air.
“Hah...tunggu
apa lagi? Tak kan, awak nak biarkan saya, seorang gadis yang lemah lagi rapuh,
angkat baldi berat ni, seorang-seorang?” Marah gadis itu.
“Huh?”
L pelik. Tak tau nak cakap apa. Siapa dia ni ye? Tak pernah nampak pun, saudara
aku ke? Dia ingat aku pekerja ke?
“Apa,
huh? Cepatlah, awak. Saya ada banyak kerja lagi ni. Orang bayar awak untuk
ringankan kerja. Bukan lengahkan kerja.”
“Tapi...”
“Cepat!”
L bergegas ke arah gadis yang telah bersedia untuk mengangkat baldi berisi air
itu. Mereka kemudian, sama-sama mengangkat baldi tu.
“Er...nak
tanya sikit boleh?” Soal L, tiba-tiba sambil cuba mengimbang berat baldi itu.
“Kenapa?”
“Awak
ni, saudara orang rumah ni ke?”
“Tak
lah.”
“Er...tukang
katering?”
“Apa
awak merepek ni? Kami orang kampung tak mainlah orang katering-katering ni.
Kita orang masak sendiri tau. Saya jiran orang rumah ni, Rumah saya kat depan
tu hah.” Jawab gadis itu sambil mengujuk bibirnya ke arah sebuah rumah kampung
yang terletak tidak jauh dari kawasan belakang rumah nenek dan atuknya ni. L
mengalih pandangan ke arah yang di tujukkan oleh gadis itu.
“Oh.”
“Letak
sinilah.” Arah gadis itu. Kemudian mereka berdua meletakkan baldi yang berat
tu, di bahagian membasuh pinggan. Matanya meliar tengok kawasan belakang rumah
kampung ni, besar, luas dan ramai orang kampung bertungkus-lumus menguruskan
majlis persandingan Kak Mai ni. Dari halaman depan, tadi, sampailah ke halaman
belakang ni, orang kampung tak putus-putus buat kerja. Lepas bertukang khemah
kat depan, bawak periuk belanga untuk memasak pulak, lepas tu, uruskan ais yang
baru beli tadi, dan macam-macamlah. Macam serbesalah pulak tak balik lebih
awal, kalau tak boleh jugaklah di tumpang sibuk dengan mereka, ringankan kerja.
Tapi nak buat macam mana, dia kan masih lagi doktor baru, tak bolehlah
senang-senang nak mintak cuti.Matanya, meliar lagi dan akhirnya, dapat
menangkap kelibat Along, yang tengah sibuk mengacau Ayam Goreng di kawah.
“Alo...”
Belum sempat L hendak memanggil along, gadis tadi, sudah terlebih dahulu pergi
ke arah Along, menepuk bahu Along.
“Kak
Teya, akak cakap akak nak cari orang basuh kawah yang tak guna lagi ni kan? Ni,
Nun dah dapat dah.” Ujar gadis itu kepada Along sambil menunjuk ke arah L.
“Oh
ye...mana?” Along kemudian menoleh ke arah L. Sebaik sahaja Along terpandang
wajah L, kembung pipinya nak tergelak.
“Pfft...”
Along menekup mulut, cuba tahan ketawa.
“Pekerja
ye? Hah..dik, tolong basuh kawah yang kita orang tak guna lagi ni hah.” Dah
agak dah, Along mesti play along. Dia
tahu sahaja cara Along nak mengusik orang. Dia memandang Along tajam. Namun dia
ikutkan juga. Dia sudah bersedia duduk di bangku untuk membasuh pinggan mangkuk
yang tinggal. Sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk, dia merasakan satu tepukan
yang sangat kuat di belakangnya.
“Adoi...Along!”
Along ketawa selepas melihat reaksi L.
“Thoughen up kid! There’re more to come. By
the way...” Along kemudian berbisik di telinga L...
“Her name is Maknunah Bainun” Bisik Along
di telinganya. L memandang Along terkejut.
“Adik
tak tanya pun, dan adik tak berminat pun nak tahu...” Tutur L, berpura-pura
tidak berminat. Ye...berpura-pura. Sebenarnya, gadis itu menarik perhatiannya.
Dia macam rasa gadis itu, macam unik sikit. Sebab, gadis muda macam Nun tu,
selalunya hanya duduk perhatikan orang buat kerja. Huh..budak-budak zaman
sekarang. Okey, dia pun, budak zaman sekarang apa, baru umur 23 tahun
je...Er...Yeah..that’s not the case,
meh, berbalik pada Nun balik. Selalu, gadis muda macam Nun tu, tahu datang,
pakai baju cantik-cantik, makan, balik. Tapi, tengok Nun tu bukan main sibuk
lagi dia, mengalahkan tuan rumah, dok ke hulur-ke hilir, bawak tapislah, pisau
lah, paling mengejutkan, ayam yang baru lepas sembelih...Jadi, kesimpulannya,
dia berminat nak tahu pasal Nun. She’s interesting,
bukan suka, bukan cinta, just intriguing.
Tapi, tak adalah dia nak mengaku depan Along. Kalau Along tahu, mahunya tak
berhenti-henti mengusik.
“Really? Laa...Along ingat, adik
berminat, sebab asyik dok perhatikan je Nun yang sibuk tu. Along salahlah ni?
Okey...” Along kemudian meninggalkannya dengan pinggan-pinggannya. Along sindir
dialah tu. Dia tahu sangat, macam mana cara Along kalau perli orang. Along ni,
kalau benda-benda macam ni, cepat pulak dapat...Cuba kalau pasal dia tu kang...dense tahap gila. L kemudian menyambung
membasuh.
“WHAT
ARE YOU DOING HERE BUG?” Soal
Ateya malas. Balik-balik, muka lelaki
ni, balik-balik, muka dia. Macam yang handsome
sangat nak tunjuk-tunjuk muka kat aku. Okey fine...handsome sikitlah...Aki memandang Ateya
dan dia pun macam keliru.
“Er...mama...”
Aki berteriak memanggil ibunya.
“Ye...mama
kat sini.” Kelihatan kelibat Mak Cik Ani, menuju ke arah mereka berdua bersama
dengan umi.
“Eh...Mak
Cik Ani...dah lama tak jumpa.” Ateya, kemudian terus mendapatkan Mak Cik Ani,
dan memeluk wanita pertengahan umur itu.
“Ateya,
anak mak cik. Bertambah cantik kamu sekarang Ateya.” Ujar Mak Cik Ani, sambil
memeluk Ateya erat.
“Makcik
apa khabar makcik?” Soal Ateya sambil melepaskan pelukkan.
“AlhamduliLLAH Teya, makcik sihat.” Jawab
Makcik Ani lembut.
“Pakcik
Kamal tak datang ke?”
“Ada,
dia kat luar tu, tengah berborak dengan atuk kamu.”
“Oh...eh..mak
cik, jemput makan. Pakcik Kamal sekali.” Pelawa Ateya. Sungguhlah, dia tak agak
langsung yang makcik Ani dengan Pakcik Kamal akan datang sini. Ialah...sanggup
betul dia orang. Sini kan Johor. Dia orang pula tinggal dekat-dekat Putrajaya
tu (Tak tahu kat kawasan mana, sebab dia orang baru pindah Putrajaya tu).
“Eh,
Teya, jemput Si Aki tu, pergi makan.” Tiba-tiba suara nenek yang baru masuk ke
rumah kedengaran. Nenek dengan atuk, kenal dengan Aki. Sebab dulu, masa Ateya
dan Aki masih lagi berkawan rapat, Ateya ada membawa Aki tidur di rumah
neneknya ini. Banyak kali juga. Jadi, Aki pun kira macam rapatlah dengan atuk
dan nenek.
“Yelah
nek. Makcik, Aki..Jom..” Ateya mempelawa. Aki dan keluarga membontoti Ateya ke
khemah. Setelah mendapat tempat kosong, Ateya mempelawa mereka duduk di situ.
“Mak
cik, Pak cik...Aki...makanlah...lauk-lauk banyak tu. Makan banyak-banyak tau.
Dari jauh datang, jangan nak makan sikit-sikit.” Makcik Ani dan Pakcik Kamal
tergelak kecil dan mengangguk.
“Teya
tak makan ke?” Soal Pakcik Kamal.
“Eh...tak
apa, jangan risau. Teya, tuan rumah..kejap-kejap lagi boleh makan. Pakcik tu
yang tetamu, penting.” Ateya menggeleng dan tersenyum.
“Teya
mintak diri kejap, nak tengok lauk pauk tu...Makan tau...” Ujar Teya, lantas
meninggalkan mereka sekeluarga, pergi ke arah bufet, menambah lauk yang dah
kurang. Majlis persandingan berjalan dengan lancar. Banyak tetamu yang datang.
Orang kampung pun, baik hati sangat, banyak menolong. Sekali sekala tolong-
menolong di majlis persandingan tradisional macam ni, seronok jugak. Penat
memang tak boleh nak cakaplah. Seluruh badan sakit-sakit. Bila tengok orang
kahwin ni, tiba-tiba terfkir, bila lah agaknya gilirannya pula? Ateya tersenyum
apabila terfikir.
“APA
KAU buat ni Mai? Kau
kan pengantin, pergilah layan suami kau tu. Kemas-kemas ni, biar kita orang
buat.” Tutur Ateya, apabila terlihat Mai sibuk menyapu, membersihkan itu, ini
setelah selesainya majlis persandingan petang tadi.
“Eh...tak
apalah...tak sedaplah aku. Dah lah majlis kahwin aku..tak kan lah aku nak biar
kan nenek dengan Mak Lang yang kemas. Kau pun satu...Kau penat kan? pergilah
berehat ke apa. Dari semalam aku tengok kau busy
je...” Balas Mai sambil tangannya masih
lagi ligat mengemas.
“Apa
pulak, kau kan ratu sehari hari ni, biar jela aku yang buat...Tu hah, Aki tu
ada...boleh tolong...” Ateya menekan kan perkataan ‘Aki’. Aki yang sedang
tenang minum kopi kampung, buatan Nenek Ateya. Tersedak, apabila terdengar ayat
Ateya. Pakcik Kamal dan Makcik Ani hanya tersenyum. Nenek, Atuk, Aiman suami
Mai, Pakcik Kamal, Makcik Ani dan Aki sedang berehat minum kopi di beranda
rumah.
“Eh...apa
pulak, dia tu kan tetamu...Mengarut je kau...” Marah Mai. L sedang menanggalkan
khemah, Umi sedang menyapu dapur dan tugas Ateya mengemaskan ruang tamu rumah
dan kejap lagi membasuh pinggan mangkuk yang tertangguh, semasa majlis tadi.
“Hah...Aki,
dengar apa yang Teya cakap tu? Pergi tolong L kat luar...” Arah Pakcik Kamal.
Aki hanya mengangguk, lantas mengatur langkahnya ke halaman. Mai dan Ateya
saling berpandangan dan tersenyum.
“Hah...abang
tu pun apa tunggu lagi? Orang lain sibuk-sibuk, dia pergi minum kopi...kang ada
yang tidur luar malam ni...” Marah Mai kepada suaminya, lantas, suaminya pun
bergegas meninggalkan beranda, membantu yang lain. Mai dan Ateya tegelak kecil,
kemudian menyambung misi mengemas.
“AKI! Wah..dah lama tak jumpa kau ni!” Tegur L, kemudian
menepuk bahu Aki lantas tersenyum.
“Dah
banyak kali aku suruh kau panggil aku Abang kan? dari kecik tak ubah-ubah...”
Marah Aki, dalam gurauan. L hanya mengangkat bahu dan tersenyum kerang busuk.
“Abang
Man, ni Aki...masa kecik-kecik selalu datang sini...Umi dan arwah abah selalu
bawak dia datang. Kira, dia macam keluarga kita orang jugaklah...” L
mengenalkan Aki kepada Aiman.
“Oi,
bongek kau! Si Man ni, boleh pulak kau panggil Abang?” Marah Aki, lantas
memukul belakang L. L mengaduh sakit.
“Aduh!
Sakitlah gila...” Marah L pulak sambil mengurut belakangnya yang masih berbisa.
Aiman hanya ketawa.
“Abang
dah kenal dengan dia kat dalam tadi. Tapi, abang ingat dia saudara mara ke
apa...bukan main mesra lagi dengan Atuk dan Nenek.” Ujar Aiman sambil
tersenyum.
“Oh...Anyway...Selamat datang ke dalam
keluarga kami, Abang Man.” Ujar L sambil tersenyum dan tangannya masih lagi
ligat berkerja.
“Ada
benda yang boleh aku buat tak L? Akak kau tu, bising suruh aku tolong.” Soal
Aki. L yang mendengar hanya tergelak kecil.
“Belum
kahwin dah suruh buat macam-macam...macam manalah kalau kau orang dah kahwin
nanti...Tu ha, kau tolong simpulkan wayar-wayar tu...” Ujar L. Aki yang
mendengar terbeliak mata. Lantas dia memandang Aiman, tengok, kalau-kalau Aiman
ada fikir apa-apa pasal dia/Yah.
“Laa...kau
tunang Teya ke?” Soal Aiman terkejut. Patutlah bukan main mesra dua keluarga ni
tadi.
“Eh...apa
pulak...L...cuba kau bagi tahu aku..kenapa kau ada angan-anagan yang aku akan
kahwin dengan kakak kau?” Sindir Aki. Aiman pula sudah keliru.
“Entah...kau
rasa?” L menyoal Aki balik.
“Oi!
Tak mainlah reverse psychology...I’m smarter okey...” Sekali lagi bahu L di
hinggap tangan Aki. Aiman yang melihat hanya tergelak.
“Whatever la Aki...” Balas L. Dan petang
berlalu dengan masing-masing sibuk mengemas rumah dan mengemas itu ini, tolong
membasuh pinggan dan banyak lagilah.
ANGIN
MALAM menyentuh lembut
wajah Ateya. Jauh dia termenung di tepi pantai itu. Walaupun tak nampak
apa-apa...Tetapi, di situ lah tempat dia melepak, kalau dia balik kampung. Di
atas batu di tepi pantai, menghirup udara segar. Menenangkan fikiran dan
melepaskan penat.
“Aku
dah agak dah, kau mesti kat sini.” Suara yang sangat di kenali itu
mengejutkannya dari lamunan dia memandang tuan punya suara dengan pandangan
yang menyampah.
“...and I thought, i can relax...” Sindir
Ateya, lantas mengalihkan pandanganya ke hadapan semula..
“Oi..janganlah
kejam sangat. Ni dah kira untung kau, aku sudi cari kau tau...” Balas Aki,
kemudian mengambil tempat betul-betul di sebelah Ateya. Ateya kemudian
mengengsot sedikit, menjarakkan kedudukannya dan Aki. Mujurlah batu hidup ni
besar...Tak adalah dia terpaksa beralih ke batu lain. Ateya, kemudian memeluk
lututnya kembali.
“Aku
tak suruh pun...” Sekali lagi nada menyindir.
“Whatever loonatic...” Aki lantas,
merenung jauh ke hadapan, sambil membetulkan kaca matanya dan memeluk sebelah
lutut. Buat seketika suasana sunyi. Hanya kedengaran bunyi angin berhembus dan
bunyi ombak beralun.
“Macam
nostalgia pulak.” Ujar Aki tiba-tiba, memecahkan kesunyian. Ateya yang
mendengar tersenyum lembut, namun pandangannya tidak lepas dari gelap malam dan
bintang-bintang yang menerangi kawasan pantai itu.
“Hai...aku
ingat, kau dah lupa pasal aku...” Ujar Ateya lembut. Hatinya tersenyum dan
kadang-kadang hatinya tergelak, apabila dia teringat kenangan banyak yang
mereka berdua ada di sini, semasa kecil-kecil dulu.
“Mana
boleh aku lupa...banyak dah kita lalui sama-sama kan?” Tutur Aki. Buat pertama
kalinya, Ateya berasa yang Aki yang dulu kembali. Dia tersenyum dan mula berasa
hatinya tersentuh, menunjukkan bahawa bertapa rindunya dia kepada Aki.
“I’m impress bug...” Ateya tergelak
kecil.
“Funny sangat...” Aki menjeling dan
menyindir.
“Orang
ikhlas ni...” Aki merajuk. Ateya kemudian tergelak kecil.
“Woi,
belalang...buruklah orang tua merajuk.” Sindir Ateya lagi. Aki memandang Ateya
tajam. Kemudian Aki pun tergelak sekali. Malam itulah, malam buat pertama kali
nya selepas Aki balik, Ateya berasa tenang dan tembok yang ada antara mereka
berdua baru-baru ini, macam tiba-tiba pecah. Aki yang bersama dia kali ni,
ialah Aki yang dulu...bukan Aki yang bodoh tu...dan sebab itulah dia rasa
selamat dan rapat dengan Aki ni. Dah lama dia tidak bergelak ketawa dengan Aki
macam ni.


No comments:
Post a Comment