BAB 18
MATA L tidak bergerak dari gadis di hadapannya ini. Macam tak percaye je, yang mereka berjumpa balik, selepas sebulan. Gementar, gembira, bersyukur bercampur baur. Hampir sebulan, makan hati, termenung jauh sendiri. Tidur pun tak lena, makan pun tak selera. Macam rasa pathetic sangat hidup dia, sebulan ni. Baru je sebulan, belum lagi bertahun. Jadi penyakit L ni dah memang tahap kritikal...dan sekarang penyebab utama dia jadi tak tentu arah ni, ada di depan.
“L?”
“Nun...”
“Ya ALLAH wak! Tak sangka, dapat jumpa lagi.” Tutur Nun, teruja. L tiba-tiba rasa senang pulak, bila dengar Nun cakap macam tu. L mengulum senyum. Senyum lega, gembira dan bersyukur. Nun, pun dah mula tersenyum.
“Ya ALLAH wak! Tak sangka, dapat jumpa lagi.” Tutur Nun, teruja. L tiba-tiba rasa senang pulak, bila dengar Nun cakap macam tu. L mengulum senyum. Senyum lega, gembira dan bersyukur. Nun, pun dah mula tersenyum.
“Apa awak buat kat sini?” Soal L, ingin tahu.
“Erm...pagi tadi, Kak Teya call
saya, dia cakap, dah lama tak jumpa saya. Jadi dia suruh datang sini. Dia tak
bagitau pulak awak ada.” Balas Nun, mesra. Along? I smell something fishy ni...Sedang otaknya ligat berfikir
tiba-tiba suara Dan Reynolds mendendangkan lagu Round Round berkumandang dari
‘smarphone’ nya. Dia menyentuh punat accept,
lepas tu, terdengar suara Along.
“uhukk...uhukk...Ass..Assalammualaikum” Dahi L berkerut mendengar suara
Along. Apa parah benar suara Along ni?
“Walaikummussalam...Along tak sihat ke?”
“Uhukk..uhuk...tak...sorry la
dik, Along tak boleh temankan adik beli kasut...uhukk...uhuk...Along, tak sihat
sangat”
“Along dah pergi
klinik?”
“Dah. Along, terajak
Nun sekali, sebab dah lama tak jumpa dia. Adik, tolong jumpa Nun, wakil tempat
Along...Okey...Assalammualaikum”...dan tuuuttt... talian dimatikan. Ada something yang berbau hanyir, and believe me, it’s not the fish. Apa
along, nak buat ni? L kemudian, beralih pandangannya ke arah Nun yang membulat
matanya menanti jawapan. Heh...comel. L kemudian memasukkan ‘smarphone’ ke
dalam poketnya.
“Along, cakap dia tak
sihat.” L memberi jawapan.
“Guess you stuck with me...ke you
rather balik?” Soalan itu, membuatkan Nun tergelak kecil.
“Well...alang-alang dah ada kat sini, kita jalan-jalan je la. Saya
belum pernah lagi menjejak kaki ke Alamanda ni. Show me around will you?” Cadang Nun. L hanya mengangguk lantas
tersenyum. Jalan-jalan kat sini? Bukan ada apa-apa pun. Tapi, memang dia lagi
rela jalan-jalan kat sini dari KLCC dan Midvalley yang penuh sesak tu. Sama je
macam Along dia.
“Okey, awak nak pergi
mana?” Soal L.
“You tell me...Saya tak
tau tempat kat sini.”
“First...why don’t we grab a bite to eat?”
“Only, if its on you...” Seloroh Nun, L pun hanya tergelak.
“Kalau nak makan, kat
sini tak banyak choice restoran
sangat, kalau nak banyak, kita kena pergi Cyber. Kat situ, banyak makanan ada. Let’s go there...” Cadang L.
“Dengan kereta awak?”
“Yeah...tak boleh ke?”
“Bukan, tak boleh, it’s just, saya pun bawak kereta tadi.
Macam mana dengan kereta saya nanti?”
“Awak tinggalkan aje
kereta kat sini. Selamat. Lagi pun kita nak pergi makan je kan?”
“Lepas tu, patah sini
balik? Eh...tak apalah, wak, saya tak nak susahkan awak” Nun menolak.
“Apa susahnya, bukannya
jauh sangat Putrajaya dengan Cyberjaya.” L cuba memujuk.
“Sure ke, okey?”
“Positive...” Ujar L, dengan yakin.
“Jomlah...tak apa,
jom!” Pujuk L lagi. Lantas, Nun pun tak ada pilihan lain, melainkan bersetuju
dengan L. Selepas membayar ‘parking’, L dan Nun, meninggalkan Alamanda...
“EH! MANA
DIA ORANG nak pergi tu?” Soal Ateya
perlahan, sambil terhendap-hendap di tempat duduk, dari resoran Mcdonald.
Apabila dia rasa dirinya ala-ala nak kena tangkap, dia tutup mukannya dengan
majalah PC yang dibeli di MPH tadi. Hari ni, cukup lengkap Ateya dengan Shade dan purdah. Misinya hari ni,
ialah...Misi ‘Menyatukan Al-Hidayat dengan Maknunah Bainun Yang Saling Suka
Sama Suka Tapi Tak Nak Mengaku’ Er...panjangkan tajuk misi hari ni? Sebenarnya
dia dah sampai awal-awal tadi dah, membuat persiapan untuk misinya. Sebab tu
lah, dia dapat tempat yang strategik untuk stalk
Adik dan Nun yang tadinya berjumpa di hadapan McD. Pandai kan dia berlakon
sakit tadi? Hahaha! Dia mengambil cuti, khusus untuk mengintip L hari ni.
“Kau, boleh tak jangan
nak malukan aku?” Lupa nak cakap,dia paksa Aki cuti sekali dengan dia. Nasib baiklah kat AKA Law firm tak
banyak kerja jadi Aki pun ada dengan dia hari ni. Aki tak nak,
tapi dia yang memaksa. Dia kata, orang dalam misi, mesti ada partner, supaya, misi berjalan dengan
lebih lancar. Bersungguh-sungguh jugaklah Aki menolak, dan bersungguh jugaklah
dia merayu-rayu, supaya ikut. Akhirnya, Aki kalah dengan rayuan dia, dan
disinilah mereka.
“Shhh!!! Nanti dia
orang dengar.” Ujar Ateya tegas, sambil meletakkan jari telunjuk, di bibir yang
dilapik oleh purdah. Aki memandangnya tajam dan menarik purdah yang dipakai
Ateya ke bawah. Kemudian, dia mencubit kuat kedua-dua belah pipi Ateya.
“Dia orang dah
keluarlah dari Alamanda, tu tengok tu!” Marah Aki, sambil menekan kedua-dua
belah pipi Ateya, dengan telapak tangannya dan membawa muka Ateya, memandang ke arah Nun dan Adik yang sedang mengatur langkah keluar dari
pintu masuk. Lantas, cepat-cepat dia menarik tangan Aki, dan mengejar Nun dan
adik agar dia tak terlepas. Mujurlah, dia dan adik ‘parking’ di tingkat yang
sama, bolehlah kejar...Sebenarnya, cerita dia nak jadi matchmaker adik dan Nun, adalah macam ni...
27 Februari,2013,0200
“Aku rasa
tak senanglah...” Ujar Ateya tiba-tiba, sambil matanya, tak lari dari animasi
The Grave of Fireflies di TV. Sekarang ni, tengah babak, dimana Seita sedang
mendukung Setsuko, untuk dibawa ke klinik, sebab Setsuko sakit.
“Apa yang
kau tak senang?” Soal Aki, malas. Sekarang ni, babak Seita tengah mencuri, masa
penghuni rumah-rumah tu tengah lari dari hujanan bom, untuk bagi Setsuko makan
makanan yang sihat. Babak ni lah yang Ateya rasa tersentuh sangat. Dia (Seita,
watak dalam animasi) sanggup bahayakan diri, untuk adik dia. Matanya yang tadi
yang cuma berair, sudah mulai menitiskan air jernih. Sebenarnya, dah banyak
kali dah dia tengok animasi ni, tapi, walau sebanyak kali mana pun dia tengok
cerita ni, cerita ni, tak pernah gagal, membuatkan dia rasa tersentuh. Esakkannya terlepas.
Serentak dengan esakkannya sendiri dia terdengar pulak esakkan orang lain, jadi
dia pun menolehlah. Rupanya Aki pun dah merembeh air mata tengok cerita ni.
“Pfft...”
Ateya melepaskan tawa sambil teresak. Apa ni, tawa dalam tangisan?
“Lawaklah.
Sejak bila kau jadi Mat air mata ni?” Usik Ateya. Aki yang dah memerah, mata
hidung dan muka memandangnya tajam.
“Shut up,
perempuan gila.” Ujar Aki, tegas. Lalu membuka kaca matanya, untuk mengesat air
mata dan juga kaca mata yang basah kena air mata tu. Ateya pula hanya ketawa.
Kemudian, tumpuannya kembali kepada The Grave of Fireflies. Oh no! Penyakit
Setsuko dah bertambah teruk. Sekali lagi air matanya jatuh.
“Kau tak
habis cakap lagi tadi.” Soal Aki tiba-tiba dengan suara sengau, tengah
menangis. Cerita ni, mesti meresap sangat kat jiwa Aki, sebab Aki kan memang
teringin nak ada adik. Jadi, mesti dia sedihkan bila tengok nasib Seita dan
Setsuko, dua beradik yang dari mula sampailah dah nak habis cerita susah
memanjang, bak kata matsaleh ill fated. Lagi pulak, mereka berdua kena survive
dalam perang.
“Oh...ha..Aku
tak senang, sebab aku tengok adik, dua menjak, tiga menjak ni, macam kepompong
kosong. Termenung kosong. Makan pun tak banyak. Lepas tu, mata dah macam panda.
Bukan main tebal lingkaran hitam dia.” Ujar Ateya bersungguh. Aki mengeluh.
Matanya tetap tertumpu pada The Grave of Fireflies.
“Hai...tu
pun tak tahu ke, my dearest isteri? That’s call L.O.V.E S.I.C.K” Aki menutur
huruf satu, satu...Baru terbeliak mata Ateya...haa, that’s what that
is...Matanya bersinar.
“Apa yang
jadi? L dengan budak tu, tak jadi ke?” Soal Aki, tiba-tiba.
“Aku tak
taulah. Should we figure it out?”
“No, I don...”
“Yes! We
need to plan something to get them together...!”
“Er...what’s
with the ‘WE’?”
“Hah..yes!”
Ateya yang teruja dah berdiri dan ke hulur-ke hilir, mengurut dagu yang licin.
Tenggelam dalam dunia sendiri tanpa sedar dia menghalang Tv dari pandangan Aki.
Bila Aki ke kiri, Ateya ke kiri, bila Aki ke kanan, Ateya ke kanan.
“Er...excuse
me?” Ujar Aki. Tapi, tidak dipedulikan oleh Ateya. Sibuk, merangka rancangan
untuk adik dan Nun. Lantas dia geram, dia menarik tangan Ateya dan Ateya
terduduk betul-betul di antara kedua-dua belah paha Aki, dan Aki kemudian
mengunci pergerakkan Ateya dengan tangan yang melingkari badannya,
terdiam terus Ateya dibuatnya.
“Really? Aku
nak tengoklah, penghabisannya. Cubalah duduk diam-diam.” Ujar Aki, sedikit geram,
dari belakangnya, tangan masih lagi merangkul tubuh Ateya. Badan Aki,
betul-betul rapat dengan dia sekarang ni. Dia dapat menghidu bau perfume Boss
yang dia tak tahu, namanya, dengan jelas sekali. Sebelah tangan mencapai remote
control, dan sebelah lagi, duduk elok merangkulnya. Tangan Aki sekarang ni,
betul-betul melingkar kedua-dua bahunya. Dahlah lengan tu, letak betul-betul
atas dada dia. Dia berharap sangat, yang Aki tak rasa jantungnya, yang tengah
berdegup setengah mati ni. Aki, kemudian menekan punat rewind di remote control. Dia cuba untuk melepaskan
diri. Tapi, rangkulan Aki dari belakangnya amat kuat. Tak mungkin dia tak rasa
jantung aku yang tengah berlumba-lumba. Mesti dia rasa. Banyak kali juga dia
cuba untuk lepaskan diri. Tapi, apa nak buat, Tangan lelaki lebih kuat dari
kudrat perempuannya yang tak berapa nak kuat ni. Dahlah, jantung ni, berdegup
laju.
“Eei! Aku
kata duduk diam. Boleh tak?” Marah Aki, apabila dia rasa yang Ateya banyak kali
nak lepaskan diri dari rangkulannya. Ohh...tidak! Hembusan nafas Aki pun dia
dapat rasa, menaikkan seluruh bulu romanya...
“Eh! Kau tak
boleh lepaskan aku ke?” Marah Ateya.
“Tak nak,
nanti kau kacau aku tengok TV lagi. Kau duduk je diam.” Arah Aki. Ya ALLAH, Ya
Tuhanku, Tenangkanlah hati aku ni...Lepas cerita the Grave of fireflies tu
habis, barulah Aki melepaskan dia. Leganya dia masa tu. Sumpah, dia tak dapat
tumpukan perhatian pada cerita The Grave of Firflies tu. Selalunya, bila dah
nak habis, time tu lah dia menangis paling teruk sekali. Sebab ending cerita
Grave of The Fireflies tu, sangatlah menyentuh hati dan sedih. Mahunya tak
sedih, Aki yang narsistik lagi berlagak macho ni pun boleh nangis, inikan pulak
dia yang cepat tersentuh....
...DAN macam tu lah, disebalik takbir ‘Misi Menyatukan Al-Hidayat dengan
Maknunah Bainun Yang Saling Suka Sama Suka Tapi Tak Nak Mengaku’ ni. Dia dan
Aki sekarang berada di Restoran The Fish yang ada di Shaftsbury Square, tetap
setia memerhatikan adik dan Nun. Sekali lagi, siap lengkap dengan Shade dan purdah. Kali ni, untuk
menghalang penyamarannya terbongkar dia tutup muka dengan menu pulak.
Sedang sibuk
memerhatikan Adik dan Nun, tiba-tiba waiter
datang nak ambil pesan.
“Er...one char kuey teow, and Ice
lemon Tea please...” Ateya yang mendengar pesanan, makanan Aki, terbeliak
terus matanya. Langsung hilang penyamarannya.
“Really? Dalam banyak-banyak menu kat sini, kau pilih Char kuey teow?
Banyak lagi pilihan ada.” Tegas Ateya.
“Eh...suka hati akulah, duit aku.”
“Rugi tau tak. Aku boleh masak lagi sedap.” Aki memandang Ateya pelik.
Dia lantas tidak mempedulikan Ateya dan terus dengan pesanan dia. Ateya
geram...
“No! Scratch Char Kuey Teow
give him...”
“Ehh! Wait..wait...Apalah yang
kau cuba buat ni Yah?” Marah Aki. Bukannya apa, Ateya cukup pantang kalau
makanan yang senang nak dapat, tapi jual harga mahal. Baik pesan yang lain
daripada yang lain, lepas tu, harga pun dah nak sama mahal sikit je.
“Tak Payah beli Char Kuey Teow lah...” Marah Ateya, suaranya tinggi
sedikit.
“Why are you so against kuey teow hah
woman?” Balas Aki. Macam tu lah
mereka. Selalu gaduh pasal benda yang kecik-kecik. Dari dulu sampai sekarang
tak berubah. Tapi, kalau gaduh, mesti dia orang baik semula. Masa dulu, ada ke
gaduh pasal kayu ais-krim? masa dia orang sekolah-sekolah menengah dulu lah. Waiter yang melayan mereka dah duk kalut
dah... keliru, dahlah dia tak faham bahasa melayu.
“Kenapa kau degil sangat hah belalang?”
“Hah? Aku pulak? Ada skru hilang ke, kat kepala kau tu hah, orang gila?”
“Cakap, baik sikit eh...”...dan macam tu lah seterusnya. Entah bila kan
berhentinya tak tahulah...
KECOH betul orang meja sana tu. Hey...wait the minute...Dahi L berkerut. Macam kenal je orang meja sana tu. Aki? Siapa perempuan yang pakai Shade dan purdah tu? Don’t tell me...L bangun dari tempat duduknya..
“Eh...awak nak pergi
mana?” Soal Nun, yang agak terkejut bila L tiba-tiba terbangun.
“Just to confirm something...” Lantas dia bergerak dari tempatnya
dan pergi ke arah meja yang ‘kecoh’ tadi. Nun memandangnya pelik. L, kemudian
makin hampir dengan meja tu, tapi orang di meja tu, makin galak bertikam lidah.
“Aki?” Aki yang dari
tadi, dok gaduh dengan perempuan berpurdah itu terdiam, dan pada mukanya
nampaklah riak terkejut tu.
“Apa kau buat kat
sini?”
“Err...” Aki memandang,
perempuan berpurdah itu. L mengecilkan matanya.
“Along?” Perempuan
berpurdah itu menggeleng-geleng kepala.
“No, no...Along tak ada...”
Tiba-tiba pulak bahasa Along bertukar menjadi orang bangladesh Cakap melayu. Eh!
Along ni. Ingat orang tak boleh cam?
“Jangan tipu, Along...Adik
tau, tu along...” Ujar L, tegas. Akhirnya along mengalah, lantas membuka
purdahnya.
“Fine...”
“Apa kau orang buat kat
sini?” Soal L pelik.
“Err...er...”
Tergagap-gagap Ateya nak terangkan.
“Kita orang tengah date. Ye, date...salah ke?” Datang Aki menyelamatkan keadaan. L memandang Aki
curiga. Something, smells fishy, and
believe me, it’s not the fish.
“Tak salah, tapi
Along...aren’t you suppose to be sick?”
Tang-tang tu juga, Along tiba-tiba terbatuk. L memandang Along curiga lagi.
“Are you stalking me?” L membuat kening ‘double jerk’
“Eh! Kak Teya. Kata tak
sihat, keluar juga?” Tiba-tiba sahaja datang Nun ke tempat mereka. Aki
memandang Along, bagi cue, ‘explain
to them...’ sarkastik, tanpa suara. L pula dah membuat muka ‘Explain to me, now!’
“Fine...I plan for both of you
to meet up...sebab lepas adik dah lost contact dengan Nun, adik...”Cepat-cepat L menekup mulut kakaknya dari pecah rahsia. Malulah kalau Nun tahu! Dia kemudian tersenyum kerang busuk, memandang Nun.
“Hah? Kenapa?” Soal
Nun, ingin tau. L memberi isyarat mata kat Along supaya ‘Jangan Bagitau’. Along
menjeling dan mengeluh.
“Tak ada apa-apa Nun.” Ujar L takut,takut.
“Ah! Memandangkan kita
dah berkumpul ni. Marilah join Nun
dengan L makan. It’s lonely with just the
two of us” Pelawa Nun. Aki, sudah hendak bersetuju, apabila giliran Along
pulak menekup mulut Aki, dan menggeleng sedikit.
“Tak apa...Kita orang
makan berdua kat sini je. Saje nak spent
time dengan suami akak ni hah.” Dalih Along. L yang tahu perihal rancangan
Along, tak marah pun, malah berterima kasih sebab menemukan dia dengan Nun. Aki
pulak hanya tersenyum seperti kerang busuk.
“Oh...ye ke? Kalau macam
tu Nun tak nak kacaulah. L...jomlah duduk kat tempat kita” Ajak Nun, sebelum dia meninggalkan Aki dan Along, sempat lagi Nun tersenyum...
"Assalammualaikum Kak, Abang Aki. Have a good date okey?" Ujar Nun, lalu tersenyum. Aki dan Along hanya mengangguk dan tersenyum.
"Walaikummussalam..." Jawab mereka berdua serentak. Sebaik sahaja sampai di tempat mereka, L bersuara,
"Assalammualaikum Kak, Abang Aki. Have a good date okey?" Ujar Nun, lalu tersenyum. Aki dan Along hanya mengangguk dan tersenyum.
"Walaikummussalam..." Jawab mereka berdua serentak. Sebaik sahaja sampai di tempat mereka, L bersuara,
“Told you, they’re crazy people...” Ujar L. Namun Nun hanya ketawa.
“Tapi, comel...” Balas Nun
pendek. Sepanjang hari tu, L rasa bersyukur sangat dapat luangkan masa yang lama
dengan Nun. Senyuman Nun yang sebenarnya, dapat dilihat. Bukan sekadar senyuman
pudar yang sering Nun tunjukkan di hospital sebelum ni. Tapi senyuman ikhlas. Sepanjang
masa tu, perasaan baru yang dia ada rasakan sebelum ni mula menular dan makin mengembang
dalam hati...
“Jangan kuey teow la belalang!”
“Apsal pulak?!”
L mengalih perhatiannya
kepada Aki dan Alongnya. Nampaknya, tak habis gaduh lagi rupanya. Dia menggeleng kepala dan tergelak kecil, begitu
juga Nun. Hai...comelnya lah, Nun gelak...


No comments:
Post a Comment