Monday, 9 December 2013

Idolomantis Dibolica (BAB 13)


BAB 13

Januari 2013

“MATAMU dan senyumanmu,tidak dapat ku rungkaikan maknanya,
Berikanlah aku sebahagian dari deritamu, supaya aku boleh memahamimu
Berikanlah aku deritamu, agar bebanmu dapat ku ringankan

Walaupun sekali, tolonglah berikanku senyuman dari hatimu
Walaupun sekali, pandanglah ku dengan mata hatimu
Percayalah padaku, hanya itu sahaja yang aku minta

Tidak pernah pun sekali dalam doaku, Aku melupakanmu
Berikanku senyuman tulusmu,
Pandangku dengan mata hati mu.
Percaya padaku, berharaplah padaku
Ku kan selalu ada untukmu..

Inginku fahami isi hatimu,
Berikan ku peluang untuk mendekatimu,
Percaya padaku, berharaplah padaku,
Ku kan selalu ada untuk mu,
Ku kan selalu ada...”

              Kereta Myvi Ateya, berkumandang lagu yang pertama kali dia dengar. Ateya sebenarnya tidak berapa minat sangat dengan lagu melayu dan jarang sangat kenal artis-artis melayu. Tetapi, suara dan lagu artis lelaki ni, membuatkannya tertarik.
              “Dayah, lagu apa ni? Siapa yang nyanyi?” Soal Ateya kepada Hidayah yang berada di tempat penumpang sebelahnya. Apabila Ateya tanya je pasal lagu dan penyanyi lagu ni, terus bersinar mata Dayah Nampak sangatlah Dayah minat dengan mamat ni. Ateya tergelak kecil melihat reaksi Dayah, yang seperti budak perempuan sedang dilamun cinta pertama.
              “Amboi...bukan main bersinar lagi kau Dayah. Nampak sangatlah kau minat lelaki ni.” Tutur Ateya, mengusik. Tangannya masih di stereng kereta,
              “Mestilah! Aku suka gila dia! Dia tak macam artis-artis yang lain. Dia boleh nyanyi, boleh berlakon, perangai pun cool!” Balas Hidayah teruja.
              “Amboi teruja betul kau? Mana kau tau dia cool?” Ateya menyindir.
              “Tu lah kau, sibuk sangat dengan K-pop, J-pop. Sampai artis Malaysia yang paling laku sekarang ni pun kau tak kenal siapa. Cubalah sokong sikit artis melayu...” Hidayah membebel.
              “Yelah, yelah Makcik. Aku tau kau peminat setia dia, tapi kau tak bagitau aku lagi siapa mamat ni.” Tutur Ateya dan sekarang memusingkan stereng kereta ke kiri pula.
              “Nama dia Akira Furqan...He’s good in his work and ramai peminat juga, walaupun dia masih baru lagi.” Hidayah menerangkan. Ateya hanya mengangguk-angguk. Akira Furqan? Macam pernah dengar je nama tu? Siapa eh?
              “Apa kata, Habis je work Puteri Gunung Ledang ni, kita minta dia jadi voice actor for Hang Tuah? Cadang Ateya tiba-tiba. Mendengarkan cadangan itu, lagilah bertambah bersinar wajah gadis itu.
              Ha’ah lah! That’s a great idea...Kenapa aku tak terfikir? You are the best friend ever! Nanti dapat jumpa dia depan-depan...seronoknya!” Hidayah mula teruja. Ateya memandang Dayah sekilas dan tersenyum, dia meneruskan pemanduannya. Sebenarnya, animasi Puteri Gunung Ledang tu, dah hampir selesai, watak-watak sudah siap di cipta, kemudian, kerja-kerja visual dan peng-’animasi’-an, sedang dilakukan sekarang. Eloklah dia  mula mencari suara-suara yang kena dengan watak ciptaannya...dan untuk ‘The biggest Project ever’ for SAAS, dia sangat cerewet. Sebelum dia mendengar suara Akira ni, sudah puas dia mencari-cari artis-artis lelaki yang sesuai dengan watak Hang Tuah tu, tapi tak jumpa...Dan sekarang, walaupun hanya baru sekali mendengar suara Akira, dia terus tak mahu lepaskan suara artis muda itu, sebab, Ateya dapat gambarkan, macam mana sukses nya, cerita animasi Puteri Gunung Ledang ni, kalau Akira merupakan watak utamanya. Dengan suara yang lantang dan gemersik tu.
              “Lagu ni, dia cipta sendiri ke?” Soal Ateya. Dayah, sekali lagi mengangguk teruja.
              “Ohh...” Ateya mengangguk faham. Macam dia buat lagu ni, untuk seseorang pulak. Suasana senyap dalam kereta di pecahkan oleh lagu ‘Go with you’ Dendangan kumpulan jepun Monkey Majik. Nada dering ‘smart phone’ Ateya. Dayah, yang baru hendak melelapkan mata, terkejut.
              “Assalammualaikum, Long...” Orang talian sebelah sana bersuara.
              “Walaikummussalam, kenapa dik, telefon Along tiba-tiba ni?” Soal Ateya.
              “Aik? Adik telefon pun mesti ada sebab ke?” Soal L di talian sebelah.
              “Adik tu, bukan umi. Kalau Umi telefon, memang tak ada sebab, Cuma dia rindukan Along je. Baik straight to the point dik...” Balas Ateya.
              “Yelah..yelah...Along, masak long, hari ni. Adik nak datang rumah, dengan kawan.”
              “Kenapa pulak, Along? Kenapa bukan umi? Umi, masak lagi sedap dari Along tau.”
              “Memanglah, tapi, adik tak nak menyusahkan Umi. Dia dengan Mak Cik Ani, tengah lepak-lepak kat rumah tu.”
              “Hesh...Adik nak makan apa?”
              “Asam pedas kepala ikan Long? Tolong ye Along...” L memujuk-mujuk Alongnya.
              Fine, nak datang pukul berapa?”
              “Lepas Maghrib. Okeylah Along, Adik ada patient lah Long, tak boleh sembang lama. Nanti, Adik bawak hadiah, for the newly weds okay?”
              “Along nak yang mahal.”
              “Yelah...yelah, lagi pun, siapalah adik nak belanja gaji adik ni, kalau bukan pada Along atau Umi.
              “Hah! Tu lah...orang suruh cari makwe tak nak.”
             “O..okeylah Along, ada patient, can’t talk..jumpa nanti..Assalammualaikum..” Lepas Ateya menjawab salam, talian di mati kan.
              “Siapa?” Soal Hidayah.
              “Adik aku, dia nak datang makan.” Balas Ateya ringkas.
              “ Ohh...” Hidayah mengangguk-angguk. Ateya, meneruskan pemanduannya.


“AKIRA tu, cuma nama stage je...’Commercial Name’, orang kata...” Ateya khusyuk memerhatikan wajah artis muda itu di kaca tv. Sumpah, dia macam pernah nampak. Siapa eh? Boleh tahan ‘cute’ juga. Ateya tersenyum sendiri. Muka dia ada akan-akan bebudak K-pop sikit. Putih, macam korea-korea sikit. Good looking lah...Baik! Ateya dah buat keputusan, untuk meminati Akira Furqan, mulai hari ni. Ateya tesenyum sendiri.
              “Kau masak apa hari ni? Macam meriah je aku tengok...” Alangkah terkejutnya Ateya apabila, tadi rumah hanya bising dengan bunyi tv dan kipas, tiba-tiba ada suara orang pulak.
              “Oi! Bagilah salam, terperanjat aku.” Marah Ateya kepada Aki yang baru sahaja melangkah masuk ke rumah. Baru lepas balik dari tempat kerja.
              “Ass...Assalammualaikum...” Ujar Aki, lantas melonggarkan tali lehernya. Dan terus rebah di sofa panjang. Penat. Client hari ni, banyak cerita pulak. Dah memang dia yang buat mengaku salah ajelah, sekurang-kurangnya, bolehlah hukuman di ringankan. Ni tak...nak juga pertahankan diri. Dan orang yang kena pertahankan tu, Aki lah, sebagai peguam bela defendan. Haih! Memang menyusahkan betul. Lepas tu, banyak bukti menghala pada dia je pulak tu. Macam manalah, Aki nak menang kes, kalau macam ni? Aki kemudian memandang Ateya pelik.
              “Walaikummussalam...Apsal kau pandang aku macam tu?” Soal Ateya, melihatkan pandangan Aki.
              “Kau kenapa pakai tudung dalam rumah? Tak panas ke?” Soalan berbalas soalan. Ateya dah memandang Aki tajam.
              “Kejap lagi, L nak datang. Bawak kawan.” Jawab Ateya, tenang.
              “Ohh...eloklah...Aku pun dah lama tak tengok si L tu.” Balas Aki, sambil matanya terpejam.
              “Dah, kau pergi mandi dulu, sementara L tak datang ni. Nanti lega sikit badan tu. Nanti, bila L datang ni, tak sempat kau nak bergerak.” Nasihat Ateya, kepada Aki yang kini suaminya. Dia kemudian mengambil kot dan beg briefcase Aki untuk di simpan di tempat yang sepatutnya
              “Nantilah, aku pejam mata kejap je...” Balas Aki.
              “Suka hati kau lah....” Ujar Ateya.
              “Assalammualaikum, Along!” Kedengaran, suara bagi salam dari luar, berselang dengan bunyi loceng.
              “Hah, kan aku dah kata tadi...Tengok, L dah sampai.” Marah Ateya. Aki pula sudah bersedia untuk menyambut L.  
              “Walaikummussalam...masuklah.” Teriak Ateya. L dan kawannya pun, melangkah masuk ke dalam rumah.
             “Hah..dah...” Alangkah terkejutnya, bila dia terlihat, kawan L, yang berdiri di sebelahnya, tersenyum simpul.
              “Adik...tu...” Alangkah terperanjatnya apabila dia melihat kawan L. Dia terkesima. Sungguh, dia tidak percaya.
              “Hah...Along ni, dah kenapa?” Soal adiknya. Kenapa Along terperanjat sangat?
              “Adik...tu...Aki..tu!!!” Ateya menepuk-nepuk kuat bahu Aki. Nampak sangat yang dia macam happy semacam je tengok kawan L tu. Berkerut dahi Aki melihat Ateya begitu. Setahu dia, muka Ateya, excited macam ni, bila tengok cerita kartun, baca komik, atau dengar suara penyanyi yang dia suka. Aki mengurut-urut bahunya yang bisa kena penangan Ateya tadi. Dia pun tengoklah kawan L yang L bawak tu...Macam pernah tengok je budak ni. Jambu, jenis yang Ateya suka. Suka? Aki memandang muka Ateya balik, tadi excited, tapi sekarang terharu pulak.
              “Terima kasih Akira Furqan...” Pengacara dalam tv, menamatkan rancangannya, dengan ucapan terima kasih kepada artis jemputan.
              “Akira Furqan!” Dalam masa yang sama pengacara dalam tv sebut nama Akira Furqan, Ateya pun menyebut juga nama artis tu, dengan terujanya. Sebaik sahaja mendengar nama Akira Furqan, Aki dan L sama-sama berpaling ke kaca tv. Ateya sudah tersenyum simpul dah.
              “Eh! Kau dah jadi artis ke, sekarang Akira?” Soal L terperanjat. Sumpah dia tidak tahu. Memanglah, dia dah lama balik Malaysia tapi selepas dia balik Malaysia, dia banyak terperuk dalam hospital. Tak ada masa nak tengok tv. Pesakit pun, makin banyak dan dia semakin sibuk. Jadi, memang dia tidak ikut perkembangan terkini. Dia dengan Akira memang kawan baik dari sekolah, tapi, lepas L kena belajar kat Mesir. Mereka berdua terputus hubungan dan baru sahaja terjumpa semasa Akira tengah tunggu kawannya yang accident di hospital semalam, lepas tu, mereka kembali berhubung. Bila ditanya apa yang Akira buat sekarang ni, dia cuma cakap ‘adalah, something-something’. Rupanya, artis dah kawan aku ni.
             “Kau ni, buat aku terkejut je. Sumpah wei, aku tak tahu kau dah famous sekarang. Kenapa tak bagitau aku?” Soal L terkejut. Akira hanya tersenyum.
              “Entah...sebab aku rasa macam tak perlu je.” Jawab Akira lantas tergelak kecil.
              “Banyak lah kau tak perlu...Bertuah punya budak, betul lah kau ni.” Marah L. Boleh benda macam tu, di diamkan aje. Patutlah masa kat hospital semalam, nurse-nurse perempuan, pesakit-pesakit perempuan dok pandang-pandang je. Ingatkan, dia orang pandang sebab si Akira ni good looking je. Rupanya memang orang kenal.
              “Ooh..patutlah macam pernah dengar nama Akira Furqan tu. Rupanya the little Akira, yang selalu datang rumah dulu?” Ateya bersuara. Akira pula sudah tersenyum tersipu-sipu, dan mengangguk-angguk.
              Ateya yang matanya tidak beralih dari memandang Akira tersenyum dan tiba-tiba menghulurkan tangan hendak bersalaman. Akira baru sahaja hendak menyambut salam apabila Aki telebih dahulu menyambut salam Ateya. Memanglah, perempuan kalau dah nampak budak muka jambu, bukannya dia kisah, budak tu mahram ke tak, terus nak terjah je. Ateya cuba melepaskan tangannya dari genggaman Aki. Namun, Aki mengetatkan lagi pegangan tangannya.
              “Kau nak buat apa ni, Yah oi? Bukan kau juga ke yang cakap ‘aku tak sentuh lelaki tak mahram’?” Aki mengajuk percakapan Ateya pada hari mula-mula mereka berjumpa dulu.
              “Ohh...lupa...” Dengan gediknya, dia berkata-kata dan dengan gediknya dia bertingkah laku. Aki dah memandang Ateya tajam. Pegangan tangannya tidak dilepaskan. Perempuan, perempuan. Bila jumpa lelaki jambu sikit terus lupa diri. Yah ni lah salah satu. Tak berubah dari dulu. Bukannya ‘handsome’ sangat pun mamat ni.
              “Ish! Along! Get a hold of yourself! Buat malu je.” Marah L. Lalu menjeling Alongnya yang sedang senyum simpul. Dia tak tahu pulak Along minat artis Malaysia. Ingat dia dengan lelaki 2D (animasi), or orang jepun je.
              “Er...?” Akira, sekarang ni, sedang keliru. Dia kenal dengan Kak Teya, sebab dia pun adalah beberapa kali bertandang ke rumah L dulu. Tetapi lelaki sebelah Kak Teya? Abang sulung ke? Tapi, L panggil Kak Teya, Along. L yang faham dengan isyarat kekeliruan Akira, mula memperkenalkan mereka berdua.
              “Akira, ni kau dah kenal, kakak Aku, Kak Teya. Yang lelaki ni pulak suami dia, Aki.” L memperkenalkan Akira dengan mereka berdua? Suami Isteri? Macam tak percaya je. Jarang nak dengar pasangan suami isteri ber-kau aku, kecuali pasangan suami isteri yang tua-tua. Akira mengangguk faham.
              Sekali lagi Ateya buat perangai gatal, hendak bersalaman dengan Akira, tetapi di halang oleh suaminya, sekali lagi. This woman is unstoppable...
              “Tak Mahram sayang. Ni, suami kau ni, yang kau patut belai, patut sentuh-sentuh.” Ujar Aki geram. Akira hanya tersenyum, melayang dalam dunia sendiri.
             “Along! Janganlah nak buat perangai buruk Along. Tu, Aki ada kat sebelah tu, Along peluk cium je lah dia.” Marah L pulak. Akira dah tergelak dengan telatah Kak Teya dan suaminya.
              “Woi, L...dah berapa kali aku suruh kau panggil aku Abang? Degil eh...” Sekarang giliran L pula di marahi oleh Aki. L hanya tersenyum kerang busuk.
              “Kekoklah...” Ringkas sahaja dia balas. Memang kekok pun, sebab dari kecil L sudah biasa membahasakan diri kau aku dengan Aki. Tiba-tiba nak tukar rasa pelik je.
              “Eh...kau orang meh duduk kat meja makan, akak tinggal nak panaskan je lauk-lauk yang akak masak tadi. Tunggulah kejap ye.” Pelawa Ateya, Akira dah mengangguk, tanda hormat dan mereka berempat pun membuka langkah untuk ke meja makan.
              “Terima kasih kak, menyusah kan akak je.” Ujar Akira lembut. Ateya dah cair dah dengan panggilan akak tu. Terharu pun ada juga. Dia menekup mulut sambil tersipu-sipu. Aki dan L yang tengok dah macam menyampah dah. Sebelum dia berlalu ke dapur dia menepuk bahu Aki dan berbisik,
              “Dia panggil aku kakak...” Ateya tersenyum dan mula memulakan langkah ke dapur. Aki sudah mulai bengang. Kenapa pulak dia nak bengang? Bukannya masalah dia pun, kalau Yah nak minat lelaki lain. Bukannya dia cinta ke, sayang kat Yah tu, melainkan sayang dan cinta sebagai sahabat je. Walaupun, dia cakap semua ni, dia tetap rasa bengang. Jealous? Aki berkerut dahi.
              “Maaflah, menganggu abang suami isteri. Menyusahkan je. Saya dah cakap kat L yang, tak perlu bawak saya makan kat rumah tapi dia degil jugak.” Ujar Akira dengan sopan. Aki yang tadinya agak marah dengan Akira terus sejuk hatinya, bila mendengar Akira memanggilnya abang. Nak harap L. Memang tak lah. Sebab apa dia beria sangat nak orang panggil dia abang, sebab, yelah dia kan anak tunggal, belum pernah merasa ada adik. Jadi dia naklah merasa orang panggil dia abang. Sebenarnya dia dah lama dah, cemburu bila tengok Yah ada adik. Dia pun nak adik jugak...dan sekarang si Akira yang baik dan sopan ni, dah panggil dia Abang. Terus sahaja, dia suka dengan budak tu. Dia lantas tersenyum mesra.
              “Eh! Tak apalah...nak datang hari-hari pun tak apa.” Ujar Aki ikhlas, dan mesra. L sudah memandang Aki lain macam dah. Aih! Tadi bukan main garang. Sebenarnyakan, Along dengan Aki ni, sama-sama je pelik nya. Eloklah tu, laki bini. L menggeleng-geleng kepala.

SEMENTARA TU, di dapur, sebenarnya, dia bukannya nak salam betul dengan si Akira tadi. Saje je nak tengok reaksi Aki, macam mana. Ateya tersenyum. Kelakar sangat tengok reaksi Aki. Memanglah, dia teruja ada artis datang rumah, tapi tak adalah sampai dia nak lupa diri. Tangan Ateya sibuk, memegang sudip, memanaskan lauk pauk, setelah siap, dia menghidangkan  di meja makan, dan mula makan. Dalam pukul 9 macam tu, Akira dan L, beransur pulang. Kalau Dayah tau ni, mesti dia exited...

SETELAH SELESAI mandi menyegarkan diri, Yah keluar dari bilik air. Aki yang sedang santai membaca buku di atas katil, terhenti bacaannya. Hanya memerhatikan sahaja Yah, yang rambutnya masih lagi separuh basah. Sumpah, time tu tiba-tiba jantung dia berdegup. Walaupun Yah dah siap pakai baju tidur, entah kenapa wajah Yah yang segar baru lepas mandi tu, dirasakan menggoda. Selama mereka jadi suami isteri, inilah kali pertama dia tengok Yah dalam keadaan yang begitu. Sebab, dia terlalu sibuk di tempat kerja, dan begitu juga Yah yang sedang dalam proses untuk menyiapkan projek Puteri Gunung Ledangnya itu. Jadi, kebanyakkan masa, sama ada Yah yang dah tidur, masa dia balik atau dia yang dah tidur masa Yah balik.
              “Apsal kau pandang aku macam tu?” Soal Yah, yang baru sahaja selesai mengeringkan rambutnya dengan tuala. Kemudian, dia menyisir rambut panjangnya ke tepi hingga menampakkan lehernya. Aki hanya menggeleng dan teruskan membaca. Kemudian Yah mengambil tempat di sebelahnya, time tu juga hatinya berdegup kencang, dengan bau syampu dan sabun, yang agak menarik naluri lelakinya. Tapi, dia bertahan.
              “Kau baca apa tu?” Tiba-tiba Yah mendekatkan jaraknya dengan Aki, untuk melihat buku apa yang dibaca oleh Aki. Lagilah tak menentu, Aki dibuatnya. Yah! Kau jangan buat aku macam ni, Yah!
              “Ohh..kau tak habis lagi...” Masa tu juga Yah memandang Aki dan pada masa yang sama Aki pun turut memandang Yah. Pada waktu ini, wajah mereka memang dekat sangat. Aki pun memerhatikan wajah Yah, yang sudah mula merona merah. Bila tengok muka Yah merah macam tu, lagilah dia rasa goyah. Lantas dia melepaskan novel The Hobbit, dan mula menolak Yah, hingga terbaring kat atas katil tu. Sekarang ini, Aki berada di atas Yah. Dia kemudian mengunci pergerakkan Yah, dan...baru sahaja dia nak bermula tiba-tiba Yah bersuara...
              “Cuba baca Al-Fatihah?” Soal Yah, yang masih lagi nampak tenang, walaupun dia tahu, apa yang akan Aki lakukan pada dia, nanti...Tapi, Al-Fatihah?”
              “Er...Al..al...” Terkebil-kebil Aki hendak memula membaca Al-fatihah. Namun, dia masih lagi berada dia atas Yah, dan masih lagi mengunci pergerakkan Yah. Namun genggamannya, mulai longgar.
              “Aku lupalah Yah...” Ujar Aki. Keliru. Sumpah, memang dia lupa dah lama dah dia tak baca Al-Fatihah.
              “Kau ni kan...what a loser...tau tak, anak makcik sebelah rumah umur 3 tahun tu pun tahu tau, baca Al-fatihah.” Ujar Yah tegas. Kemudian, dia melepaskan diri dari Aki dan mulai bangun dari baringannya.
              So, selagi kau tak boleh jadi imam kepada solat aku. You and me will never happen...got that?” Yah tersenyum nakal, dan menghadiahkan kucupan sekejap di bibir Aki, lantas tarik selimut dan mula memejamkan mata untuk tidur. Aki ditinggalkan terpinga-pinga, dan kucupan yang sekejap tu, berjaya membuat jantungnya makin berdegup kencang. Dia kemudian meraba bibirnya yang dikucup oleh Yah tadi. Yah, you are so cunning, you know that? Kemudian Aki pun menarik selimut dan tidur. Tapi, macam mana dia nak tidur? Yah ada dekat dengan dia. Sepanjang malam, jantungnya tidak berhenti-henti berdegup, nak tidur pun tak selesa.

No comments:

Post a Comment