BAB 2
You
leave me breathless
You're everything good in my life
You leave me breathless
I still can't believe that you're mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you're leaving me
Breathless
And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I'm thankful for the life we've made
And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don't even know how very special you are
You're everything good in my life
You leave me breathless
I still can't believe that you're mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you're leaving me
Breathless
And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I'm thankful for the life we've made
And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don't even know how very special you are
LAGU BREATHLESS oleh Shayne Ward berkemundang di seluruh Dewan Duches Place. Ramai tetamu
yang datang untuk meraikan perkahwinan Adi dan Alisa. Puan Fatimah, mama Alisa,
merhatikan anaknya yang berada di atas pelamin dengan penuh kasih sayang.
‘handkerchief’ masih terletak di tangan, untuk mengesat air mata yang akan
jatuh nanti. Sebaik sahaja, lagu di matikan, pengerusi majlis mengambil tempat
di belakang mikrofon untuk memberikan sepatah dua kata.
“Assalammualaikum dan Selamat
Sejahtera....Tahniah Adi, tahniah Alisa. Alright,
mari beri tepukan kepada kedua-dua love
bird kita yang telah selamat mendirikan rumah tangga, pagi tadi nikah,
lepas magrib, terus buat reception,
penat pengantin kita hari ni kan?” Tutur Pengerusi majlis, kemudian kedengaran
silang tawa para tetamu yang datang. Adi dan Alisa yang duduk di atas pelamin
pun tergelak kecil.
“Saya Naqiu, kawan kepada Pengantin
lelaki, terkejut jugak saya bila si Adi ni, suruh saya jadi pengerusi majlis. Saya cakap kat dia,
kenapa suruh saya, kan ada Dinie..er...untuk pengetahuan tuan-tuan dan
puan-puan, Dinie tu abang pengantin perempuan...Saja, bagitahu” Naqiu
tersenyum.
“Lepas tu, baru saya teringat, Dinie
kena bagi ucapan kan, Dinie?” Kedengaran bunyi gelak tawa tetamu. Dinie, abang
Alisa, hanya tersenyum dan mengangguk.
“Okey, tanpa membuang masa, saya
panggil ke atas pentas, Datuk Rafiuddin, bapa kepada Pengantin lelaki untuk
memberi ucapan.” Naqiu beralih dari mikrofon untuk memberi ruang kepada Datuk
Rafiuddin.
“Terima kasih Naqiu...” Datuk
Rafiuddin memulakan bicara. Kemudian Datuk Rafiuddin berganti pulak dengan
Encik Ahmad, papa Alisa dan, berganti dengan Dinie. Setelah hampir beberapa jam
berlalu majlis reception Adi dan Alisa berakhir.
ALISA menunggu
Adi dalam bilik dengan sabar. Hatinya berdebar-debar. Apabila mendengar pintu
di ketuk, hatinya terasa ingin keluar dari paksinya. Dia menelan air liur.
Kalau boleh dia nak lari sekarang jugak.
“Ma..masuk...” Tutur Alisa perlahan
dan gugup. Sebaik sahaja pintu bilik terbuka, Kelibat Adi muncul. Lantas Adi
duduk di sisi katil. Semakin lama, Adi makin mendekat, Alisa pulak makin
menjauh. Semakin Adi mendekat, semakin Alisa menjauh, sampailah Alisa tak boleh
nak beralih lagi, kerana ada kepala katil. Adi kemudian tersenyum.
“Awak nak lari ke mana lagi, Alisa?”
Soal Adi. Alisa pulak hanya tunduk. Malu untuk melihat muka Adi. Sangat malu.
Mula-mula Adi memegang bahunya dan membuatkan Alisa menoleh ke arahnya. Apabila
nampak sahaja muka Adi, terus sahaja mukanya merona merah, lantas melarikan
matanya dari memandang tepat ke arah Adi.
Tangan Adi, mula merayap ke pin tudung
Alisa, dan membuka tudungnya. Setelah tudungnya dibuka, Adi membuka pula ikatan
rambut Alisa dan menjatuhkan rambutnya yang lurus dan sihat. Kemudian dia
memerhatikan Alisa. Alisa, masih lagi tak bole nak pandang tepat ke mata Adi,
lantas Adi tersenyum, geli hati melihat perlakuan Alisa.
“Awak cantik...” Ujar Adi lembut.
Dia kemudian mengusap pipi Alisa dan perlahan-lahan membaringkan Alisa di atas
katil. Alisa menggigit bibir dan cuba sedaya upaya untuk memandang wajah Adi.
Adi tersenyum, melihat wajah isterinya yang merona merah.
“Assalammualaikum...”
“Wa...walaikummussalam...”
SHIDAH
terbangun dari tidurnya. Dia mengalih pandangan kepada lelaki yang menjadi
teman tidurnya. Dia memandang lelaki yang sedang lena tidur itu, dengan
pandangan yang sangat dingin dan benci.
"Bapak kau dah jadi Datuk pula ye?" Bisik Shidah kepada diri sendiri, sambil memandang lelaki yang sedang lena tidur itu.
"Tak lama kedudukan Datuk kau tu Rafiuddin..." Sambung Shidah, masih lagi berbisik, tetapi kali ni, kata-katanya di tujukan kepada orang lain. Tiba-tiba, dia berasa jijik pula dengan dirinya dan juga lelaki itu. Shidah lantas bangun dari katil dan menghala ke bilik air.
"Bapak kau dah jadi Datuk pula ye?" Bisik Shidah kepada diri sendiri, sambil memandang lelaki yang sedang lena tidur itu.
"Tak lama kedudukan Datuk kau tu Rafiuddin..." Sambung Shidah, masih lagi berbisik, tetapi kali ni, kata-katanya di tujukan kepada orang lain. Tiba-tiba, dia berasa jijik pula dengan dirinya dan juga lelaki itu. Shidah lantas bangun dari katil dan menghala ke bilik air.
Dia membuka paip ‘shower’ dan
membiarkan dirinya lama di bawah air hujan itu. Tidak puas lagi, dia masih lagi
merasa jijik, dia mengambil span dan menyental badannya, kuak-kuat, sehingga
meninggalkan kesan supaya rasa kotor yang dia rasa itu, hilang. Seberapa kuat
dia sental, seberapa lama dia berendam, rasa kotor itu masih lagi terasa dalam
dirinya. Dia benci lelaki itu, dia benci keluarga lelaki itu dan yang paling
dia benci, adalah dirinya. Namun, rasa benci dirinya itu, sudah lama dia
kuburkan. Dia perlu katakan kepada dirinya, yang apa dia buat sekarang, adalah
betul. Dia telah buat keputusan lama dulu, untuk membalas dendam, dia akan
membuat apa sahaja.
Tuk..tuk...
Bunyi, pintu bilik air di ketuk
mengejutkan Shidah. Tangannya masih lagi menyental kulitnya.
“Awak dah bangun?” Soal Shidah dari
dalam bilik air.
“Lamanya awak kat dalam bilik air
tu...saya pun nak guna juga” Tutur lelaki itu, lembut dari luar.
“Ye, saya nak keluar ni, awak
tunggulah kejap.” Balas Shidah lalu menyelesaikan mandiannya.
SEBAIK SAHAJA ALISA keluar dari bilik air, Adi memeluknya dari belakang.
Alisa terkejut. Badannya, masih lagi basah dengan air mandian, dan hanya
memakai jubah mandi. Adi menemukan bibirnya ke leher Alisa.
“Adi, apa awak buat ni?” Soal Alisa terkejut.
“Saya nak awak.” Bisik Adi ke
telinga Alisa. Alisa tergelak kecil, apabila terasa hembusan nafas Adi di
telinganya..
“Saya baru lepas mandilah...” Tolak
Alisa
“Ala, nanti mandilah balik...” Pujuk
Adi, lalu membawa Alisa menghadapnya. Dia agak pelik apabila ternampak badan
Alisa yang merah-merah. Semalam tak ada pun, Adi menyentuh, bahagian yang memerah
tu...
“Awak, kenapa merah, semalam tak ada
pun?” Soal Adi. Alisa mengalihkan tangan Adi dari bahunya
“Er...Nyamuk kot.” Balas Alisa,
teragak-agak.
“Mana nyamuk, kalau nyamuk merahnya
tak macam ni, ni macam kena sental ni...Ba...” Belum sempat Adi hendak
menghabiskan ayatnya, Alisa mentautkan bibirnya ke bibir Adi. Terbeliak mata
Adi melihat tindakan berani Alisa itu.
“What
was that for?” Soal Adi pelik, tapi bibirnya mengukir senyum. Alisa sudah
tersipu-sipu.
“Er...saja.” Alisa senyum
teragak-agak.
“Well...I
better cari baju untuk pakai. I’m not
gonna wear this robe all day...” Ujar Alisa lalu tersenyum dan pergi ke
arah almari pakaian, belum sempat dia hendak memilih baju, Adi, memeluknya dari
belakang lagi...
“Ya ALLAH, Adi...” Tutur Alisa sedikit
tinggi nadanya.
“Not
so fast honey..you started it..” Balas Adi, lalu mengangkat Alisa dan
membawanya ke katil.
“Adi!”
Tahun 2006
“ABANG!!” Jerit
Puan Fatimah apabila ternampak seorang anak kecil betul-betul melintas di
hadapan kereta mereka.
“Abang, abang langgar budak ke?”
Tutur Puan Fatimah cemas. Kemudian, mereka berdua bergegas keluar dari kereta
dan melihat keadaan budak yang hampir dilanggar tadi. Alangkah terkejutnya Puan
Fatimah apabila melihat sekujur tubuh badan budak perempuan terbaring dengan
baju yang penuh darah.
“Ya ALLAH bang..budak
bang..perempuan pulak tu.” Puan Fatimah cemas. Encik Ahmad melutut di sisi
budak perempuan itu.
“Ya ALLAH bang, baju dia penuh darah
tu bang, darah kena langgar ke bang?” Tanya Puan Fatimah takut-takut apabila
melihat gaun tidur putih budak perempuan itu, penuh dengan darah.
“Ni, darah ni dah kering ni...Hah,
moh bawak dia pergi hospital” Cadang Encik Ahmad lantas mengangkat tubuh budak
perempuan yang longlai itu. Encik Ahmad meletakkan budak perempuan itu di ‘seat’
belakang keretanya kemudian pasangan suami isteri itu masuk ke perut kereta dan
meluncur laju menuju ke hospital Universiti.
SEBAIK SAHAJA Shidah membuka mata perkara pertama yang dia nampak adalah siling dan
kipas yang berpusing-pusing. Kemudian dia bangun dari baringannya
perlahan-lahan dan seorang wanita pertengahan umur sedang tertidur di sisi
katilnya. Apabila merasa ada pergerakkan, wanita itu terbangun.
“Ahh...anak dah bangun? AlhamduliLLAH...”
Tutur wanita itu lembut, lantas memeluk Shidah. Shidah hanya memandang wanita
itu tanpa reaksi.
“Anak ni siapa? Kenapa tiba-tiba je
ada kat depan kereta kami?” Soal wanita itu. Shidah pula tidak bersuara hanya
diam membisu. Dia nak menjawab, tapi suaranya seperti tersekat di kerongkongnya.
Nak bersuara, tetapi seperti ada satu batu besar yang menghalang suaranya dari
keluar. Seolah-olah bila dia bersuara, dia akan berkecai.
“Anak ni dari mana? IC tak ada,
barang-barang pun tak ada.” Wanita itu, sedaya upaya ingin membantu Shidah,
tetapi dia tidak mampu untuk bersuara. Akhirnya dia Cuma mampu menggeleng.
Wanita itu mengeluh dan meninggalkannya apabila doktor memanggil
“SETELAH DIPERIKSA, kami mendapati, kanak-kanak itu mempunyai trauma yang sangat
teruk sehinggakan menghalang keupayaannya untuk bercakap.”
“Jadi, maksudnya dia bisu?” soal
Encik Ahmad. Doktor itu menggeleng.
“Dia tak bisu, dia akan boleh
bercakap semula, asalkan, taruama yang dia hadapi tu, boleh di terima. Ia,
merupakan satu keadaan Psikologi yang khususnya berlaku dalam kalangan
kanak-kanak...” Panjang doktor tu memberi penerangan, setelah hampir setengah
jam berlalu, barulah Puan Fatimah dan Encik Ahmad keluar dari bilik doktor.
Sambil berjalan meninggalkan bilik
doktor, Puan Fatimah tiba-tiba mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal...
“Abang, kita jaga budak tu?” Cadang
Puan Fatimah.
“Apa yang awak cakap ni Mah? Budak
tu, entah-entah ada lagi mak bapaknya mencari...” Bangkah Encik Ahmad.
“Abang, bolehlah bang, kesian budak
tu...macam mana kalau dia mangsa kena culik ke, ke mak bapak dia dah tak ada.
Budak tu, trauma sampai tak boleh cakap bang...mestilah ada benda yang teruk
jadi kat dia, sama ada pasal ibu bapa dia, atau diri dia sendiri...” Pujuk Puan
Fatimah.
“Tapi Mah...kita tak kenal dia...”
Encik Ahmad mempersoalkan.
“Abang..dia budak lagi bang, tak ada
apa yang boleh dia buat selain bergantung pada kita yang dewasa ni...Sekejap
je, sampai dia dah boleh bercakap balik, kita hantarlah dia balik...lagi pun
lepas Dini, saya tak ada rezeki mengandung lagi, saya nak sangat anak
perempuan...bolehla bang...” Pujuk Puan Fatimah lagi. Encik Ahmad hanya
mendiamkan diri memikirkan kesan yang mungkin akan berlaku, kalau dia mengambil
budak itu macam tu sahaja...
“NAMA anak sekarang, Alisa Husna...kami,
akan jaga awak, sampai awak boleh bersuara semula...” Tutur wanita itu
tiba-tiba. Alangkah bersyukurnya dia dengan dua pasangan suami isteri tu.
Memang selepas ibu bapanya mati dan rumahnya dibakar, dia tidak tahu lagi mahu
ke mana. Yelah, apalah kudrat seorang budak perempuan yang baru berumur 14
tahun, untuk cuba hidup sendiri.
“Anak tak kisah?” Soal wanita itu
lembut, suaminya pula hanya tersenyum. Shidah mengangguk kepalanya, tanda dia
setuju. Setelah mendapat respon yang dingini dari Shidah, kedua suami isteri
yang baik hati itu tersenyum gembira...dan sejak hari itulah Rashidah Alia,
menjadi Alisa Husna.


No comments:
Post a Comment