Saturday, 7 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 2)

BAB 2

“UMI RISAULAH...” Keluh Puan Khatijah, sambil memerhatikan anak perempuannya yang sedang santai menghadap televisyen, sambil meniarap di lantai, melihat cerita kartun. Dia memandang skrin TV, kemudian, memandang anak perempuannya bergilir-gilir. Kemudian, dia menggeleng-geleng kepala.
           
             “Apa yang umi risaukan?” Soal Ateya malas. Sambil matanya terkunci di skrin, kusyuk melihat cerita From up on Poppy Hill, hasil karya Goro Miyazaki anak lelaki kepada kartunis kegemarannya, Hayao Miyazaki.
            
              “Apa yang umi risaukan, Along kata?” Soal, Puan Khatijah kepada Ateya kembali.
             
              “Yelah, apa yang umi risaukan?” Ateya bertanya kembali, malas. Puan Khatijah berasa geram dengan kekurangan respond dari Ateya,lantas dia memukul punggung Ateya, kuat.
             
             “Umi! Sakitlah umi” Rengek Ateya sambil mengusap punggungnya yang di pukul oleh  Puan Khatijah tadi. Terasa lagi bisanya.
             
             “Sakit?  Sakit ye? umi ni lagi sakit...sakit jiwa tau!” Marah Puan Khatijah.
             
            “Kenapa pulak umi nak sakit jiwa? umi, sakit-sakit jiwa ni, jangan main-main umi...”
            
            “Ish!” Puan Khatijah, kemudian ,mencubit pulak lengan Ateya.
           
           “Umi!” Rengek Ateya lagi sambil mengusap-usap lengannya pulak.
            
           “Along! Umur Along tu, dah 25 tahun tau tak. Orang lain, dah bertunang, dah kahwin, dah dapat anak dah pun, Along pulak, tengok cerita kartun, macam budak-budak lagi. Along...umur Along dah masuk pertengahan 20-an tau tak.” Bebel Puan Khatijah.
             
           “Umi, ni bukan cerita kartun umi. Ni ‘Anime’ umi...Lain tau dari cerita kartun.”
            
           “Umi, tak kira, anima ke, kartun ke, sama je, umi tengok...Yang penting, umi tau, ni, untuk budak-budak.”
            “Umi...anime, tak semestinya untuk budak-budak umi...untuk orang besar macam Along ni, ada jugak...tu lah bezanya anime dan kartun...lagi pun, Along ni kan graphic designer, Along kena tengok benda ni,supaya nanti, jadi guide Along masa kerja, cara pergerakkan dia, cara lukisan dia...ni, projek terbaru Along sekarang ni, ha, animasi juga, sebab tu, Along kena tengok..untuk buat research...” Panjang menjela Ateya menjawab.
           
             “Pandailah Along jawab, research lah, guide lah, hah apa lagi...Along, Along dah umur 25 tahun tau...sepanjang mak hidup, sepanjang Along besar ni, mak tak pernah nampak, Along bawak teman lelaki jumpa dengan umi...Umi risau, nanti, Along jadi anak dara tua...” Tutur Puan khatijah tegas.
           
             “Umi! Along baru 25 tahun, belum 30 lagi...” Rengek Ateya lagi
           
             “Memang belum...tapi, tak lama lagi...Umi, tak tau, sampai bila umi boleh hidup, umi takut nanti, umi, tak sempat tengok, anak sulung umi kahwin...” Puan Khatijah membuat muka sedih.
            
             “Umi, apa cakap macam tu? “
             
             “Betul lah...ajal maut di tangan tuhan, kita tak tahu kan? Umi, nak jugak rasa, terima menantu”  Tutur Puan Khatijah lagi. Ateya mengeluh lantas memandang uminya lama.
            
             “Umi, kalau Umi, nak cepat sangat terima menantu, umi je lah yang cari kan untuk Along...Along tak ada masa sekarang. Along sekarang fikir pasal kerja je.” Akhirnya Ateya mengalah. Dia bukan tak nak  jadi isteri orang, dia bukan tak nak komitmen, cuma dia tak jumpa lagi orang yang sesuai, sebab itu dia tidak pernah ada teman lelaki. Lelaki, semua dianggap sebagai kawan je.
           
           “Betul Umi boleh cari kan?” Soal Puan Khatijah.
           
           “Ye, Umi...cari kan lah Umi...”
           
           “Siapa pun, umi pilih, Along tak akan bantah?”
            
            “Tak umi...Along janji.”
           
            “Janji?”
           
            “Janji Umi” Ateya tersenyum lembut.
           
            Puan Khatijah, pun begitu. Tapi, bukan senyum biasa. Senyum yang penuh agenda...


ATEYA DAN HIDAYAH mengekori sahaja wanita dihadapan mereka. Sebaik sahaja, mereka tiba di AKA lawfirm, yang terletak dalam bangunan Axis Eureka, Cyberjaya. Wanita yang dikenali sebagai Ros ini yang menyambut mereka. Mereka memandang sekeliling syarikat itu. Kenapa ya agaknya, mereka rasa sangat out of place di tempat ini. Nasib baiklah Ros ni, peramah dan baik orangnya. Ros, kelihatan sangat elegan dengan ‘office attire’ dan rambut yang disanggul kemas. Ada juga pekerja yang ‘terlebih’ bergaya...
           
            “Kenapa aku rasa sangat out of place?” Bisik Ateya kepada Hidayah.
           
           “Tau tak apa, it’s like we’re in a whole different world.” Jawab Hidayah. Kemudian mereka pun melangkah perlahan-lahan, membontoti Ros. Mana tidaknya, rasanya, mereka sahaja, wanita di dalam pejabat ini, yang nampak...kampung. Yang lain semua nampak professional dan bergaya.
            
            Well...technically, we are in different world” Balas Ateya.
           
           “Kak Ros...ada marhaban ke Kak Ros? Bukan main tutup-tutup lagi...” Soal, salah seorang pekerja perempuan, dengan sarkastiknya, kemudian dia tergelak.
            
            I beg your...” Hampir sahaja Ateya hendak menyerang balas, apabila di potong oleh Ros...
            
           “Amanda! Kenapa cakap macam tu? At least, dia orang datang nak buat kerja, daripada some spoilt child yang datang sini, just nak flirt with our boss...Macam tak ada kerja lain je nak buat.” Marah Ros. Oh, bukan pekerja. just some spoilt brat. Ateya dan Hidayah, semakin mengaggumi wanita itu.

Excuse me, Kak Ros...Listen...kalau saya suruh Ash, pecat Kak Ros...sekejap je dia buat tau...menganggurlah Kak Ros nanti...” Ugut Amanda.

Ohh Yeah? I’d like to see you try then...” Jawab Ros, sambil senyum penuh ancaman. Amanda kemudian mendengus dan terus beredar meninggalkan mereka bertiga.

“Maaflah...” belum sempat Ros menghabiskan ayatnya, dia tergelak, melihat ekspresi Ateya dan Hidayah yang nampak terharu apabila dia menoleh ke arah mereka berdua.

“Kenapa buat muka macam tu? Kelakarlah kau orang ni.” Ros tergelak-gelak, dengan suara yang sangat keibuan.

“Terima Kasih Kak Ros...” Tutur Ateya.

It’s nothing...is just that..akak tak suka orang macam tu. Suka-suka je judge orang.” Ujar Ros.

“Siapa dia tu? Girlfriend bos ke?” Soal Hidayah terus terang.

“Yup..dia, Yati, Nor dan beberapa orang yang akak tak ingat nama dia orang.” Jawab Ros lembut sambil ketawa. Ateya dan Hidayah pun turut ketawa.

“Kak Ros?” Soal Hidayah lagi.

“Oi! Apa menyibuk betul kau ni?” Marah Ateya, kepada Hidayah.

“Bukan menyibuklah, saja, nak tau...” Jawab Hidayah. Kemudian Ros ketawa.

No, dear...not me..see this?” Ros menunjukkan cincin perkahwinannya.

I am happily married, with my husband and...It’s been 5 years now...akak ada seorang anak kecik.” Mereka mengangguk dan tersenyum.

“Kita dah sampai. Seronok berbual dengan kau orang. Harap-harap kita boleh jadi kawan.” Ros tersenyum, kemudian mengetuk pintu bilik bosnya.

Sir, Sweet Atrraction Animation studio, is already here.”

Yeah..come in...” Kedengaran suara dari dalam bilik. Ros kemudian membuka pintu, dan menjemput mereka berdua masuk ke dalam bilik.

Good luck!” bisik Ros kepada mereka berdua. Mereka berdua tersenyum. Kemudian Ros beredar dari bilik, meninggalkan mereka bertiga.

I’ve been waiting for you two” Loghat Australia...Ateya cuba melihat wajah Ash, namun tidak dapat. Mata Ash, masih lagi terkunci pada dokumen di hadapannya.

Wait, for me, to finish this one signature.” Ash masih lagi tunduk dan Ateya, masih lagi cuba melihat wajah Ash.

“Okay...shall we begi...” Sebaik sahaja, Ash memandang ke hadapan, Ateya terkejut. Begitu juga dengan Ash. Masing-masing mulut ternganga...Walaupun, telah lama tidak berjumpa, wajah itu sangat dikenali, tak payah nak ingat banyak-banyak kali. Ash pun, kelihatan sama terkejut sepertinya.

Hidayah pula, hanya memerhatikan mereka berdua, pelik...Dia orang kenal ke?

No comments:

Post a Comment