“AKU PERGI
dulu tau, Assalammualaikum…” Dari luar rumah dengar suara Ateya memberi salam.
Beberapa minit kemudian, pintu rumah di buka, dan Ateya keluar dari rumah dan
menuju ke kereta Myvi setelah menekan kunci kereta, Ateya masuk ke perut
kereta. Sebaik sahaja dia duduk di tempat memandu, dia diam dan hanya merenung
stereng kereta. Tiba-tiba sahaja, wajahnya merona merah. Sumpah semalam, dia
tak boleh tidur!
“Goodness
Ateya! What the heck are you doing yesterday?” Teriaknya dalam kereta,
sambil itu jugak dia menyembamkan mukanya ke stereng kereta, dan siap hantukkan
kepala, beberapa kali lagi. Tapi, Aki pun pelik semalam. Sumpah, dia terkejut,
bila Aki tiba-tiba tolak dia atas katil semalam, dan cuba nak serang dia. What the heck is he thinking?! Kau tak
cintakan aku lah bodoh! Kenapa kau serang aku? Semalam tu, Ateya nampak je
tenang padahal dalam hati dah start berlumba-lumba
macam ikan paus berlumba-lumba dengan ikan dolfin dah. Memang macam tu lah heart condition dia semalam, lepas tu,
ada rasa macam gunung berapi meletup, terutama bila tengok, muka serius Aki,
betul-betul kat atas dia. Oh, gosh!
Ateya kemudian menutup mukanya dengan dua belah tangan, nak tahan malu. Padahal
tak ada siapa pun kat situ.. Aki memang bodoh! Tapi, dia pun bodoh juga. Why is she do ‘that’ to him? Alaa, saja
nak bagi motivation supaya Aki, mula
bersolat kan? Jawab, suara hatinya, cuba menenangkan diri. Ateya, kau cuma nak
bagi motivation. Ya, motivation…not that you are turning into some kind of pervert or something…yeah, motivation. Tapi, bila Aki pegang
dia semalam, baru dia tahu, yang Aki ni, is
stronger than he look, dan muka serius dia semalam, betul-betul, bagi elektrik shock kat hati dia. Ya ALLAH Ya
Tuhanku, Ateya…sudah-sudahlah! You are
really turning into some kind of pervert monster! nauzubiLLAH Ya ALLAH,
mintak jauh! Sedang dia bermain dengan perasaan sendiri, tiba-tiba tingkap
keretanya diketuk.
“Haaa!” Memang terkejutlah Ateya
dibuatnya, yelah, tengah dok melayan perasaan dia yang kacau tu, tiba-tiba ada
orang main, ketuk-ketuk tingkap kereta pulak. Ateya pun menolehlah, nak tengok,
siapa yang main ketuk-ketuk ni…dan…ALLAH! The
person, she especially don’t want to see right now…Ateya, menarik nafas
panjang dan menghembus, dan mula membuat muka compose tu, lalu dia pun menekan punat membuka tingkap.
“Apsal, kau main, ketuk-ketuk,
tingkap kereta aku ni?” Soal Ateya, berjaya menenangkan diri.
“Tak adalah, aku cuma pelik. Bukan
kau yang keluar dulu tadi? Asal, tak gerak lagi?” Soal Aki, pelik.
“Er…rantai tangan…rantai tangan aku
terputus tadi, tu yang aku nak cari tu.” Ye! Tipu sunat, tak salah kan? Tak kan
nak cakap, ‘Aki, I was thinking of you’.
Lagilah berganda DNA narsistik dia tu.
“Macam ni lah Yah, biar aku yang
hantar kau pergi kerja. Biar, rasa macam suami isteri sikit.” Cadang Aki, dari
luar.
“Apsal pulak? Nanti, kalau ‘your
girls’ nampak macam mana? Hei, baik tak payahlah biar aku pergi sendiri.” Ateya
menolak.
“Alaa…jangan degil lah, jom.” Dengan
selamba, Aki membuka pintu kereta Ateya. Laa…lupa nak lock tadi! Lantas, Aki menarik tangan Ateya, dan juga kunci kereta,
dan bawa, pergi ke kereta dia pula. Tangan hangat Aki memegang tangan Ateya,
membawa kembali kepada ‘the dreadful
yesterday.’ Tanpa sedar, dia sudah pun masuk ke dalam kereta Aki.
“Aku dah kata tak payah, nak jugak.
Aku tak nak bayar duit minyak kau ye…” Ujar Ateya.
“Aku tak mintak pun.” Jawab Aki
selamba. Selepas menghidupkan ejen, Aki memulakan pemanduannya.
“DOKTOR,
macam mana dengan nenek saya doktor?” Soal gadis muda itu bimbang. L yang dari
tadi sedang tekun melihat rekod perubatan nenek gadis itu mengangkat muka dia.
Eh…asal macam pernah nampak ye cik ni?
“Setelah menjalankan pemeriksaan
lanjut, kami dapati nenek awak menghidap penyakit kanser perut.” Sebaik sahaja,
kata-kata L terhenti disitu, air mata gadis itu sudah mula berlinangan.
“Penyakit merbahaya ke doktor?” Soal
gadis itu, sambil menangis.
“Disebabkan kanser terlalu lewat di kesan,
sel-sel kanser telah pun merebak ke organ-organ yang lain, jadi…” L mengangguk,
bagi menjawab soalan gadis itu. Lantas, makin berlinangan air mata gadis itu. Time ni lah yang paling L tak suka
sebagai doktor. Terangkan penyakit-penyakit kritikal pada ahli keluarga. Bila
dengar tentang penyakit yang dihidapi oleh orang tersayang, sudah tentulah
nampak tangisan di muka mereka.
“Ada rawatan yang boleh dibuat,
untuk kembalikan keadaan nenek saya seperti sedia kala?” Soal gadis itu lagi.
Matanya redup. Terdengar esakkannya.
“Saya akan berterus terang. Nenek
awak sudah menghidap kanser perut tahap 4. Jadi, untuk merawat nenek awak,
supaya menjadi seperti sedia kala, memang mustahil. Tapi kami akan cuba
mengawal penyakit ini, melalui beberapa rawatan, termasuklah, pembedahan,
kemoterapi dan lain-lain. Oleh itu kami memerlukan awak dan keluarga awak untuk
memberitahu kami terus, jika nenek awak mengalami mana-mana simptom, supaya
kami boleh cuba mengawal simptom-simptom tu dengan rawatan yang ada. Apa yang
jadi lepas tu, kita serahkan sahaja pada ALLAH.” Panjang L menerangkan. Air
mata gadis itu, nampaknya tak nak berhenti. Memang penyakit nenek gadis tu,
sudah berada di tahap yang merbahaya. Dia pun turut bersimpati dengan gadis
itu.
“Jadi, apa yang boleh saya buat?”
Soal gadis itu lagi.
“Disebabkan sudah berada di tahap
bahaya, nenek awak akan mengalami, pendarahan, muntah darah. Kesukaran membuang
air besar, kawasan perut tersumbat, nenek awak juga, akan mengalami, kebocoran
perut dan lain-lain simptom lagi. Oleh itu, saya mahu awak jaga nenek awak
betul-betul. Sentiasa berada di sisinya, dan berdoa banyak-banyak.” Jawab L
dengan lembut. Gadis itu hanya mengangguk, lantas bangun dari kerusi dengan
wajah yang sembam, dan air mata masih lagi berlinangan di mata.
“Terima kasih doktor…” Ujar gadis
itu perlahan, macam dengar tak dengar je suaranya. Lantas meninggalkan bilik
doktor. L hanya memandang sahaja kelibat gadis itu sehinggalah gadis itu keluar…Memang,
betul macam pernah nampak gadis tu tadi. Siapa eh?
“APA? NEK MAH
masuk hospital?” Soal Ateya terkejut mendengar perkhabaran dari Nun, jirannya
di kampung. Budak yang banyak tolong masa kahwin Mai dan juga masa dia
berkahwin dengan Aki, di Johor tahun lepas, dari situlah dia mulai rapat dengan
gadis itu.
“Ha’ah…dok..doktor cakap, yang
penyakit dia dah kritikal…” Suara Nun, di talian sebelah, terdengar
teresak-esak.
“Ya ALLAH Ya tuhanku...Nun, nun
sabar ye, akak datang dengan abang Aki dan umi. Kat mana?” Soal Ateya, bimbang.
“Dekat hospital Putrajaya…” Jawab
gadis itu. Sampai terbatuk-batuk dia
menangis. Ateya diam, mendengar informasi seterusnya dari Nun.
“Okey, akak akan datang...” Ateya kemudian,
mematikan panggilannya dan terus berlari naik ke bilik. Sesampai sahaja di
bilik dia terlihat Aki tidur. Penat sangat agaknya. Baru dapat cuti hari ni.
Sama jugaklah dengan dia.
“Ki…Ki..Aki…bangun.” Ateya
mengejutkan, kemudian menggoncangkan badan Aki lembut. Takut terkejut. Beberapa
minit mengejutkan, Aki akhirnya bangun.
“Kenapa?” Soal Aki mamai.
“Nek Mah, masuk hospital. Teruk
penyakitnya.” Jawab Ateya, risau.
“Hmm? Nek Mah? Jiran nenek dan atuk?”
Soal Aki, masih lagi mamai.
“Ha’ah…Bangun,
kita pergi jemput Umi.” Terang Ateya lagi. Lantas, Aki bangun perlahan.
“Okey…” Kemudian mereka berdua
bersiap untuk pergi ke hospital.
“TAK USAH LE kau orang datang menjenguk
aku. Aku ni, dah tak lama lagi dah.” Ujar Nek Mah lemah. Nek Mah, nampak sakit
sangat. Dengan wayar dicucuk sana sini. Busung di perutnya lagi. Makan pun, tak
boleh sembarangan lagi. Nak nangis rasanya tengok Nek Mah macam tu.
“Apa Mak Mah cakap macam tu. Tak
baik tau. Mak dengan Abah, kirim salam kat Mak Mah..” Pujuk Umi. Nun, Ateya dan
Aki hanya jadi pemerhati. Umi sebenarnya memang rapat dengan Nek Mah. Yelah.
Umi kenal Nek Mah dari kecik kan. Lagi pun, dulu, masa keluarga umi susah, Nek
Mah banyak menolong. Nak ajak Nenek dengan Atuk datang sini, jauh ke Johor sana.
Jadi, umi je lah, sebagai wakil.
“Walaikummussalam…buat apanya nak
dijenguk aku ni. Anak pun dah tak suka tengok muka aku. Daripada menyusahkan
orang, lebih baiklah aku mati.” Ujar Nek Mah.
“Mak Mah! Jangan cakap macam tu.
Kita berserah je lah pada ALLAH. Mak Mah.” Nasihat umi. Tidak dapat menahan
tangis, Ateya terlihat Nun, keluar dari bilik wad. Lantas dia pun mengejar Nun.
Sebaik sahaja, keluar dari wad. Ateya dapat tangkap, Nun sedang menangis
teresak-esak…dan duduk di kerusi menunggu. Ateya lantas mendapatkan Nun, dan
mengambil tempat di sebelahnya.
“Nun, okey ke? Hmm?” Soal Ateya
lembut.
“Ni, semua salah Nun!” Marah Nun,
dengan diri sendiri.
“Kenapa
pulak, salah Nun?” Soal Ateya, agak terkejut.
“Nun, tak sepatutnya bawak nenek
datang sini. Kalau Nun, tak bawak nenek datang sini, Mesti, nenek lagi gembira.
Tak payah, nak sedih-sedih dengan perangai mummy.”
Ujar Nun, sambil teresak-esak. Ateya, hanya mampu mendengar.
“Bukan salah siapa-siapa, Nun. Ni takdir
ALLAH.” Nasihat Ateya.
“Tak! Nun puncanya. Nun bawak nenek
datang sini, sebab nenek cakap rindu dengan mummy, jadi, Nun bawaklah datang
sini. Tapi, bila datang sini, bibik cakap, mummy
layan nenek, macam orang gaji. Dahlah, mummy
tak peduli langsung dengan nenek. Lepas tu, nenek terpaksa menderita sakit
seorang-seorang. Nak cakap sakit, kat mummy
pun tak sampai hati, sampai dah tahap bahaya, baru Nun tahu. Nun, tak ada
dengan nenek, untuk jadi tempat mengadu. Apsal, Nun, pergi belajar! Kenapa!!??”
Marah Nun. Lalu memegang kepalanya. Ateya yang risau dengan keadaan Nun, cuba
menenangkan Nun, dengan memeluk Nun
erat.
“Shhh…dah…dah…Kita berserah je la
pada ALLAH, Nun. Percayalah pada ALLAH. Semua yang berlaku, pasti ada
hikmahnya.” Nasihat Ateya. Ateya dapat merasakan bertapa menggigilnya badan
Nun, menahan marah, yang tak tahu untuk siapa, dirinya atau ibunya. Menangis.
Ateya menenangkan Nun, seperti seorang ibu yang sedang menenangkan anaknya.
DISEBALIK TEMBOK,
yang berdekatan dengan tempat Along dan Nun, L sedang bersandar di dinding,
sambil tangannya, di dalam poket kot putihnya. Bila mendengar semua yang
dikatakan oleh Nun tadi. Dia rasa bersimpati sangat. Sebenarnya masa mula Nun
masuk bilik doktor semalam. Memang dia pelik sangat. Kenapa cucu, yang masuk
bilik, bukan anak. Masa tu, yang dia boleh simpulkan adalah mungkin, gadis itu
tak ada ibu dan bapa. Tapi…inilah sebenarnya yang berlaku. Lagilah dia
bersimpati dengan gadis itu. Bila dengar apa yang gadis itu katakan kepada
Along tadi, hatinya rasa tersentuh…


No comments:
Post a Comment