Saturday, 7 December 2013

Dendam Rashidah (BAB 1)

BAB 1
  
Tahun 2013

ALISA, KAHWIN DENGAN SAYA ? Mata Alisa terbeliak melihat kandungan ‘sticker note’ yang di tampal di papan putih. Kemudian dia menoleh ke belakang. Adi sedang bersandar di dinding kelasnya sambil tersenyum bersilang tangan.
            
           So, how about it?Will you?” Adi tersenyum, penuh makna. Wajah Alisa merona merah, jantungnya berdegup-degup. Mujurlah, ketika ini, semua murid-murid dalam kelasnya sudah pun, balik ke rumah, kalau tidak, tak tahulah macam mana dia nak handle lelaki tak betul ni. Buat seketika, dia tergamam. Dia tidak sedar Adi semakin mendekatinya...
            
           “Assalammualaikum? Helo? sayang?” Panggil Adi. Adi menelengkan kepalanya. Tak ada respond dari Alisa, Adi melambai tangannya di hadapan Alisa.
           
           “Helo? Sayang? Earth to my wife to be...”  Panggil Adi lagi.
           
            Merasakan angin dari lambaian Adi tadi, Alisa tersedar dan menjauhkan sedikit dirinya dari Adi, kemudian memandang Adi sambil memegang nota kecil itu.
             
             “Tak romantik betul, ada ke pakai sticker note je?” Akhirnya, Alisa bersuara.
            
             “Aik? Tak cukup ke?” Soal Adi kembali. Alisa menjeling Adi dan melekatkan ‘post it note’ tu, di hujung lengan kemeja Adi.
           
              “Encik Adi, yang tak handsome...Kalau nak ajak saya kahwin, awak kenalah pergi jumpa Mama dan Papa saya...Mana boleh, main,’post it note’ je..” Alisa memberi amaran.Adi hanya tersenyum.
           
              “Jumpa mama dan papa awak tu, sudah tentu...saya cuma nak bagitau awak dulu..” Balas Adi.
             
              “Jadi, macam mana?” Soal Adi lagi. Alisa memandang Adi lama...kemudian dia pun mencapai ‘post it note’ kosong yang berada di atas mejanya dan menulis sesuatu. Adi hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Alisa.
            
                Datang rumah dulu. Itulah yang terkandung dalam ‘post it note’ yang ditulis Alisa tadi. Alisa kemudian melekatkan ‘post it note’ itu di jam tangan Adi pula, kemudian dia tersenyum malu, dan melangkah keluar dari kelas Matahari, meninggalkan Adi.
            
                Adi tersenyum. Dia memerhatikan kelibat Alisa dari belakang, sehinggalah Alisa hilang dari pandangan. Sudah masuk 3 tahun, dia mengenali Alisa, tapi bercinta baru 2 bulan, dia tak nak tunggu lama-lama, tak elok. Dia pun sudah masuk umur yang sesuai untuk berkahwin, cuma Alisa sahaja. Tak terlalu muda ke untuk Alisa berkahwin? Adi, menggelengkan kepalanya. Adi, kau tak boleh ‘back out’ now. Kau dah pun ajak dia. Adi kemudiannya keluar dari kelas itu, lantas meninggalkan Tadika Seri Dahlia.



Tahun 2011

“HATI-HATI!” Melihat tin-tin susu yang hampir terjatuh, Alisa, tanpa terfikir panjang terus lari melindungi anak kecil yang berada berdekatan dengan tin susu yang di susun tinggi, di dalam pusat membeli belah itu. Lantas, tin-tin susu itu, jatuh tepat mengena belakang Alisa. Sakit kena hempap, tak boleh nak cakaplah, tapi, kalau nak dibiarkan, kasihan pula dengan anak kecil itu. Sekurang-kurangnya dia boleh tahan.
            
               “Adoi!” Alisa mengaduh dan mengurut belakang badannya yang sakit di hempap tin susu. Tempat ni pun, satu, dah tahu budak-budak selalu main, yang di susun tin-tin ni macam ni, kenapa? Seorang lelaki yang ada berdekatan dengan tempat itu, terkejut.
          
             “Awak, okey ke?” Itulah perkataan terakhir yang dia dengar sebelum pengsan. Perkataan itu, dan tangisan anak kecil yang dia selamatkan tadi. Sedar sahaja, dia berada di hospital, dan lelaki yang bertanya tadi, ada dalam bilik hospital, menunggunya sedar.
           
             “Saya kat mana ni? Awak siapa?” Soal Alisa. Matanya masih lagi berpinar dan badannya masih terasa sakit. Perkara pertama yang dia periksa apabila betul-betul sedar adalah kepalanya, leganya dia rasa, bila tudung masih lagi tersarung di kepalanya. Dia merasakan, kepalanya berbalut. Teruk sangat ke aku kena tadi? Kalau lelaki ni yang bawa dia ke hospital, lelaki ni, nampak ke rambut dia? Alisa mengalih pandangannya kepada lelaki itu...
           
              “Er...awak nampak...” Belum sempat Alisa menghabiskan perkataannya, lelaki itu menggeleng-geleng dan tersenyum.
           
             “Saya datang melawat awak, bila nurse cakap awak dah sedia untuk di lawat. Er..ni, barang awak. Saya terpaksa tengok IC awak, sebab nak daftar awak...Cik Alisa Husna kan?” Alisa mengangguk, dan mengambil barang-barangnya dari lelaki itu.
             
              “Terima kasih..er...” Alisa memandang lelaki itu.
             
             “Adi..Uhm..Adi Zahrawi...” Balas Adi dan tersenyum. Alisa pun tersenyum dan menunduk sedikit.
           
             “Awak..you’re..you’re amazing  you know that? Tanpa fikir panjang, awak terus je peluk budak lelaki tu...you could’ve died, nasib baik, tak teruk sangat, cuma belakang awak tu je la, doktor cakap, awak kena banyak berehat..”  tutur Adi lalu memberikan senyuman besar kepada Alisa.
          
            Well, better me, than that poor boy...kan?” Soal Alisa, belum sempat Adi memberikan respon pintu bilik wad Alisa di ketuk apabila pintu di buka, kelibat budak kecil yang Alisa selamatkan tadi, muncul, bersama ibu bapanya.Kemudian, budak lelaki itu mendekatinya
           
              “Akak, terima kasih, sebab selamatkan A’an tadi...” Tutur budak kecil itu, polos. Alisa tersenyum, dan mengusap rambut budak lelaki tu.
          
              “Er...Alisa, saya terpaksa pergi dulu...ada kerja...” Celah Adi, tiba-tiba. Alisa dan budak lelaki tu memandang Adi. Alisa kemudian mengangguk. Lantas Adi meninggalkan Alisa dan keluarga itu.
           
              Alisa kembali memandang budak lelaki tu.
             
             “Awak okey tak?” Soal Alisa kepada budak lelaki itu, Budak lelaki itu mengangguk dan tersenyum.
             
             “Nama siapa?” Soal Alisa
             
            “Ahmad Farhan Daniel, panggil A’an, umur 6 tahun. Panggil A’an” A’an meletakkan jari telunjuknya di telapak tangan, menandakan nombor enam, apabila dia memberitahu umurnya. Alisa tergelak kecil.
            
            “Hah, A’an, lupa ke nak bagi apa kat kakak?” Soal ibunya kepada A’an.
           
            “Haah! Lupa pulak A’an...er...ni...” A’an menghulurkan getah rambut berwarna merah jambu kepada Alisa. Alisa memegang dada, terharu. Lalu Alisa tersenyum lembut.
           
             “Terima kasih. Akak suka, cantik sangat...” Tutur Alisa ikhlas. A’an pulak tersenyum bangga. Ibu A’an memandang Alisa dan tergelak kecil.
           
             “ Dia beli dengan duit raya baru dapat tu.” Ibu A’an memberitahu. Alisa pulak, tidak putus-putus senyum. Tiba-tiba ibu A’an mendekati Alisa, lantas duduk di tepi katil, dan memegang tangan Alisa.
           
             “Terima kasih, selamatkan anak kami, kalau dia kena tadi, kami tak taulah macam mana kami nak teruskan hidup.” Tutur ibu A’an ikhlas, matanya seolah-olah mahu menangis.
          
               “Saya, Hana suami saya Zarif.” Ujar ibu A’an lembut memperkenalkan diri dan suaminya.
           
              “Saya Alisa, semua orang, akan buat benda yang sama, bukan saya je...” Alisa membalas dan tersenyum.
           
              “Tapi still, you’re our saviour...umur awak berapa?” Soal ibu A’an kepada Alisa.
           
              “Er...19..” Jawab Alisa.
            
             “Eh...sama, umur saya pun 19 tahun...” Alangkah terkejutnya Alisa apabila mengetahui umur ibu A’an tu. Memang ibu A’an ni, nampak muda, tapi tak sangka pula, sama umur dengan dia.
           
             “Eh...A’an 6 tahun, awak...?” Soal Alisa, masih lagi tergamam. Ibu A’an tersenyum...
           
            “Dia, anak tiri saya..masa saya kahwin dengan Zarif, budak kecik ni, dah ada dah....” Terang Hana, sambil mencubit pipi A’an dan tersenyum lembut.
           
            “Oh...” balas Alisa, lalu tersenyum...
           
            “Er...awak, saya kena masuk kerja balik...ada masalah...” Tiba-tiba suami Hana mencelah.
           
          “Kerja je orang tua, ni...nasib baik A’an tak apa-apa tau...cuba kalau dia yang kena masuk hospital, awak nak pergi kerja juga?” Bebel Hana. Alisa yang melihat hanya tersenyum. Suami Hana pula, memandang Hana serbesalah.
           
            Honey...i really have to...” Ujar lelaki itu lembut. Hana menjeling dan mengalih pandangannya kepada Alisa.
           
            “Alisa, kita kena balik dulu...Nanti, kita dengan A’an, datang lawat Alisa lagi.” Daripada formal tadi, Hana menukar cara bercakap menjadi lebih tak formal. Alisa hanya mengangguk dan tersenyum. Lepas bertukar-tukar salam, Hana dan keluarganya meninggalkan Alisa.
           
             Hana dan keluarga, ada datang melawatnya, lepas hari tu. Tak putus-putus Hana datang melawat Alisa bersama A’an, jadi Alisa tahulah serba sedikit cerita mengenai Hana. Dia berasa senang berbual dengan Hana, sebab Hana tu memang sangat peramah. Adi pula, itulah kali pertama dan terakhir Adi melawatnya. Lepas 3 hari berada di wad, Alisa pun dibenarkan balik rumah. Jadi, memang dia tidak nampak Adi langsung. Mungkin Adi sibuk, dia pun tak tahu, Adi tu, kerjanya apa.
             
              2 tahun kemudian, Adi dan Alisa berjumpa kembali di rumah Alisa semasa perkahwinan abangnya...dan selepas itulah, mereka berhubung dan akhirnya menjalinkan ikatan cinta.


Tahun 2013

SHIDAH tersenyum puas, apabila merasakan semua rancangannya semakin menjadi, sedikit masa lagi, untuk dia mencapai apa yang dia inginkan. Tangannya memusingkan stereng, masuk ke lorong jalan Taman Tun. Kereta Mercedes Smart, meluncur di jalan taman perumahan itu.  
            “Sedikit masa lagi...semuanya akan hancur.”

No comments:

Post a Comment