BAB 7
TUDUNG? okey. Baju? Okey lah ni. Kemudian, dia mengatur langkah
meniti anak tangga. Sesampai dia di bawah, umi dan adik sedang bersarapan.
Sebenarnya, dia malas sangat nak bangun dari tidur bila kenangkan hari ni, hari
apa. Boleh tak, kalau nak lari? Kelihatan umi dan adik sedang bersarapan.
Sebelum dia bersiap tadi, dia dah siapkan sarapan dahulu. Mee goreng. Selalunya
memang dia yang siapkan sarapan, kadang-kadang umi yang masak.
“Along nak pakai macam
tu, nak jumpa bakal suami along?” Soal umi terkejut.
“lah...kenapa dengan
baju Along?” Balas Ateya.
“Sekurang-kurangnya,
soleklah sikit. Biar selera sikit dia tengok Along...” nasihat umi.
“Dik...cuba tengok along
tu...macam tu, dia nak jumpa bakal suami dia?” Adu umi kepada adik.
“Okey je adik tengok...”
Adik memandang Ateya.
“Hah...kan dik? Umi,
kalau dia nak jadi suami along, dia kena tengok jugak muka natural along, sepanjang hidup dia, jadi, baik along ready kan dia
dari sekarang.” Ada-ada sahaja Ateya membalas kata-kata uminya.Sampai umi pun,
dah tak tahu nak cakap apa.
“Suka hati
Alonglah...umi doa sangat, dia nak kan along tu.” Tutur umi, geram.
“Umi, doa banyak-banyak...doa
ibu tu, ALLAH makbulkan tau.”
“Hah...pandai Along
jawab umi kan? Dah pergi nanti, lambat pulak.”
“Okey umi...doakan along
ye.” Ateya kemudian, pergi ke arah uminya dan mengucup pipi umi.
“Bye umi, adik! Assalammualaikum.”
Laung Ateya, adik hanya mengangkat tangan melambai,sebab mulut dia dah penuh
dengan mee goreng. Dalam hati umi berdoa sangat bahawa perjumpaan yang dia
aturkan ini menjadi. Ateya kemudian menekan kunci kereta Myvinya...sekarang dah
sedia untuk pergi. Ya ALLAH, harap-harap lelaki yang umi cari ni, tak kisahlah
dia macam ni. Sebab, dia bukan jenis, perempuan yang gemar berfesyen, dan alat
solek pun, tidak digunakan. Padanya, alat solek tu, leceh, terutama bila nak
solat. Nanti nak kena bersihkan, sampai tak tinggal kesan, supaya wuduk tak
terhalang, lepas dah habis solat, kena pakai balik. Sangatlah leceh, lebih baik
tak payah susahkan diri.
MACAM DAH TAK ADA orang lain pulak dia nak jumpa kat Jalan Teknokrat ni, dah
tu parking sebelah-sebelah pulak.Alamak, pagi-pagi dah malang macam ni. Macam
mana pula the rest of the day?
“Well...hello there Miss Lunatic...” Sapa Aki, setelah lama mereka
berpandangan tak percaya tadi.
“Assalammualaikum...bug...” Ateya menekan ‘Assalammualaikum’
dan mengangguk tanda professional lah konon.
“Ehem...Walaikummussalam”
Jawab Aki dengan nada rendah. Hah..tahu pun jawab salam. Aki memandang Ateya
tajam. Kemudian mereka sama-sama menutup pintu kereta. Aki mengatur langkah
untuk ke sesuatu tempat. Begitu juga dia. Mereka melangkah, melangkah dan
melangkah. Nanti, kejap...ada sesuatu yang pelik tengah berlaku ni. Kenapa Aki,
masuk Old Town, tempat yang dia ada janji tu?
“Excuse me, Miss Yah...are you following me?” Soal Aki yang
sekarang ni, tengah berdiri depan dia.
“Well, I believe, this is a free country dude...so I can go anywhere i
like...” Balas Ateya selamba. Aki memandang Ateya tidak berpuas hati, dan
terus berjalan ke Old Town. Wait a
minute...something is definately wrong. Umi, tak bagi gambar lelaki tu,
sebab umi kata ‘Bila Along dah sampai, Along mesti tahu.’ Lepas tu...’Kawan
lama umi, ada seorang anak bujang’ ‘Lawyer,
baru buka law firm sendiri’ when we put two, two together...jawapannya...Ateya
memandang Aki, kebetulan Aki pun memandang Ateya. Mereka berdua terfikir
sesuatu. Dalam otak sibuk nak memproses apa yang sebenarnya terjadi, kedua-dua
‘smartphone’ berbunyi, lain-lain nada dering, seorang lagu Chain-Back on,
seorang, lagu Payphone-Maroon 5. Mereka menjawab panggilan pada masa yang sama.
“Umi!”
“Mama!”
Kedua-duanya saling
berpandangan apabila tersebut dengan kuat orang yang menelefon. Kemudian, mereka
sambung bercakap di talian. Masing-masing memilih tempat yang jauh, supaya
masing-masing, tak dengar apa yang mereka borakkan.
“Terkejut tak? Dah jumpa
dah dengan Aki?” Soal umi di talian sebelah.
“Umi...umi mesti dah tau
awal-awal kan umi? Tulah yang umi cakap kejutan lah, surprise lah kan?”
“Yelah...tak seronok
jumpa kawan lama?” Not even a bit
umi.
“Umi...tapi...umi...umi..tu..tu
Aki, Umi.”
“Hah...yelah Aki lah.
Along dengan Aki kan rapat?”
“Tu dululah umi...Sekarang,
kita orang macam dua orang yang baru kenal”
“Dah tu...boraklah,
sampai rapat jadi macam dulu.”
“Apa umi ni...Teya tak
nak...dia tu narsistik, lepas tu dah macam orang gila Teya tengok dia.”
“Apa cakap macam tu?
Dulu Teya yang duk ikut dia ke hulur-hilir. Okeylah umi sibuk ni. Nanti,
bagitau umi, apa yang jadi tau.”...dan tupp...talian dimatikan.
“Umi...Umi!” Teriak Ateya.
Dan orang di sana tu...Ateya memandang Aki yang sedang bercakap di talian.
“Mama!”...pun sama.
Kemudian mereka berdua
menghampiri satu sama lain. Masing-masing menyimpan telefon mereka.
“Jadi macam mana
sekarang?” Soal Ateya kepada Aki.
“Nak buat macam mana?”
Soal Aki kembali. Eh...orang tanya dia, dia tanya orang balik. Nak buat macam
eh? Herm...Ateya berfikir. Nak fikir apa lagi? Baliklah...yay! tapi...Ateya
memandang Aki. Aki memandang dia mahukan jawapan. Aku tahu, Aki yang lama,
mesti ada kat dalam tu. Walaupun, dia tak nak percaya, tapi Aki, masih lagi
kawan baik dia yang dia sangat sayang. Walaupun Ateya dan Aki sama umur, tapi,
dari mereka kecil, Ateya menganggap Aki sebagai abang. Dia mahu, kembali
mengenali Ashraff Akimullah...Jadi, teruskan?
“Memandangkan, kita dah
ada kat sini, kita teruskanlah...sekadar nak memuaskan hati umi dan Mak Cik Ani.”
Cadang Ateya sambil memandang Aki, tapi Aki tiba-tiba membuat muka terharu. Dah
kenapa dia ni?
“You want to be with me, that bad? I’m honoured Yah. Tapi tak perlu
guna alasan my mum and your mum. I know,
how much you feel for me. Tak apa, toksah malu-malu. Kau tau kan, walaupun
aku tak dapat balas cinta kau, aku tetap anggap kau macam adik, jadi kita still lagi boleh hang out macam dulu-dulu, tapi kesian kat kaulah, boleh ke, kau
tatap muka aku, tanpa terluka?” Tutur
Aki, sambil membuat muka bersimpati.
“Huh?” Tutur Ateya
bosan. Ya ALLAH Ya Tuhanku! kau kuatkanlah diriku untuk bersama dengan lelaki
‘self loving’ ni, sepanjang satu hari ni. Hati panas Ateya sudah membuak-buak
dah. Telinganya seolah-olah berasap. Time-time
macam ni, bukan main lancar pulak BM dia. Membuatkan Ateya lagi sakit hati.
Ishh...dia ni!
“Tiba-tiba, aku macam
tukar fikiran pulak. Okeylah...have fun...i’m out dude.” Ujar Ateya bengang.
Lantas dia memulakan langkahnya untuk beredar.
“Wait...wait. I’m joking okay...” Hampir sahaja, Aki menarik tangan
Ateya, tapi, dia tahan, apabila teringat apa yang Ateya cakap sebelum ni. ‘Aku
tak sentuh lelaki yang tak mahram’. Ateya memandang Aki malas.
“Jomlah masuk, minum.
Kita tak nak kecewakan mak kau dengan mak aku kan?” Sambung Aki lagi. Ateya
mengangguk. Lantas mereka masuk ke kafe
Old Town. Aku ikut kau ni, sebab mak cik Ani je tau!
Tidak lama menunggu,
pesanan yang di minta tadi, sampai. Satu Cold Enriched Chocolate, satu Hot Hazelnut
Coffee.
“Lepas ni, nak pergi
mana?” Soal Aki sambil mengacau kopinya.
“Ehm...Alamanda? Kat
sana ada banyak tempat makan.”
“Alamanda? Tak ada
tempat lain ke? KLCC? Mid Valley?”
“Tak nak, dua-dua selalu
penuh...crowded...Aku nak cari buku
kat MPH.”
“Lepas tu, kita tengok
wayang?”
“Cerita apa ada?”
“Now...The Avengers. Jomlah, aku nak tengok cerita tu. Dia orang
kata review bagus.”
“What are you? Five?”
“Ala...you are one to talk? at least I’m not the
one who watch cartoons in my mid- twenties.”
“Well excuse me...the cartoons happens to have many moral value that clearly
you lacking. Kau patut tengok cerita The Grave of Fireflies, biar kau
tu, insaf sikit.”
“Apa-apa je lah Lunatic
head.”
DIA MEMERHATIKAN gadis yang sedang berjalan di sebelahnya ini, 180
degree, berubah habis. Dulu Yah, tak macam ni. Pergi keluar dating, pakai baju kurung? Biar betul
mak cik ni. How old fashion can you be?
Muka pulak, haih...tak tau nak cakap apalahkan. Natural habis, tak ada tercalit pun lipstick ke, apa ke. Senang
cakap, Yah ni, ‘plain’ habis. Padahal dulu, dialah yang paling menjaga muka,
pakaian. Sekarang, apa jadi, Yah oi? Dulu, nak keluar sekejap pun, bukan main touch up lagi. Sekarang ni...Aki memandang
Yah dengan pandangan yang menyedihkan...kebetulan, pada waktu tu jugalah Yah
nak pandang dia. Berkerut terus kening Yah.
“Apsal kau buat muka
bodoh tu?” Soal Yah, sambil memandangnya jengkel. Aki menggeleng.
“Best jugak cerita
Avengers tadi.” Sambung Yah lagi.
“Kan aku dah cakap. Tu
lah...tak nak dengar lagi.” Ujar Aki.
“Yelah, aku salah.” Yah
memandang depan kembali. Mereka terus berjalan-jalan dalam Alamanda ini.
“Aku nak tau...” Tutur
Aki tiba-tiba. Yah memandangnya.
“Apa?” Soal Yah.
“After I was gone...What happen? To you, to Ana?” Sebenarnya, dah
lama dah, dia nak tanya soalan ni. Masa dia terserempak dengan Ana kat Gold
Coast 4 tahun lepas. Dia terkejut. Ana, memang berubah habis. Dia bukannya tak
kenal dengan Ana dan Jannah. Dia kenal, dan dia tahu, Ana macam mana, sebab
masa dulu, siapa yang jadi kawan Yah, jadi kawan dia juga.. Tetapi, Ana, bukan
Ana yang dia kenal. Kalau tak Ana yang tegur dia, memang dia tak kan kenal
langsung dengan Ana...dan bila balik Malaysia pulak, Yah jadi macam ni.
Seolah-olah, Ana jadi Yah. Yah jadi Ana.
“Aku, tak rasa aku ada
hak nak cakap apa yang jadi kat Ana. Sooner
or later...kau tau jugak. Pasal aku pulak. Herm...” Yah terdiam sejenak.
Aki, sabar menunggu jawapan.
“Tau tak Aki? ALLAH akan
buat macam-macam jadi, untuk bagi pengajaran dan panduan kat kita?” Sambung
Yah, selepas beberapa minit mendiamkan diri. Kalau soal, Tuhan atau agama, Aki
cuma boleh berdiam diri. Sudah lama, dia tinggalkan semua tu. Dia lupa...Yah
memandang Aki yang terdiam.
“Tak kiralah...benda tu
jadi kat orang lain, ataupun diri kita sendiri. Dalam kes aku, apa yang jadi
kat Ana dulu, banyak bagi aku pengajaran dan aku cuba sungguh-sungguh, untuk
mematangkan diri dan reflect, Lepas
tu, apa yang aku tengok kat sekeliling aku, apa yang aku belajar dari orang
sekeliling aku, buatkan aku, sampai ke tahap yang macam ni. Aku terima kasih
sangat kat Dayah, sebab dia yang banyak ajar aku, dan aku bersyukur sangat pada
ALLAH, sebab DIA pilih aku untuk terima Hidayah-Nya...dan aku doa sangat, pada
ALLAH, supaya kawan-kawan yang aku sayang...lambat-laun, akan kembali meniti
jalan yang aku sedang cuba untuk lalui ni...” Terang Yah, panjang dan serius. Aki
tetap mendiamkan diri. Aki sedar, dia dah banyak lupa. Dia dah banyak pilih
jalan yang salah. Jauh di sudut hatinya dia merasa, masih adakah lagi peluang
untuk dia berubah. Masih layak lagikah dia? Buat seketika, mereka terdiam.
“Er...tu...MPH...” Dalih
Aki. Buat masa sekarang ni, dia tak nak fikir semua tu terlebih dahulu. Dia
masih muda. Masih banyak benda lagi yang dia kena fikir selain isu itu. Yah
melihat ke arah kedai MPH yang ditunjuk Aki tadi. Mereka kemudian masuk kedai
MPH itu. Waktu sekarang ni, kalau ada persamaan antara dia dan Yah cumalah
buku. Mereka berdua memang suka baca buku. Tetapi, Aki lebih suka cerita
fantasi dan misteri. Yah pula...Love
story dan Misteri.
MEREKA berpisah di hadapan pintu masuk MPH. Masing-masing
mencari buku yang di kehendaki. Ateya dan Aki kemudian, sama-sama terserempak
di depan rak novel-novel Inggeris.
“Kau nak cari buku apa?”
Soal Aki, sambil memegang novel A Wrinkle in Time. Novel lama. Ateya tak tahu
pun yang novel tu, masih di jual lagi. Dia terpaksa pinjam di perpustakaan masa
nak baca buku tu dulu...dan untuk mencari buku tu kat perpustakaan masa tu,
punyalah payah!
“Something from
Tiffany’s.” Jawab Ateya, sambil melihat-lihat di rak kalau-kalau ada buku yang
di cari. Sudah lama dah sebenarnya dia nak cari novel tu. Matanya, meliar
mencari novel karya Melissa Hill tu...mana eh? Hah...tu dia...amboi, apsal
tinggi benar? Ateya, cuba mencapai novel yang di cari. Tak sedar yang dia tu
taklah tinggi sangat. Terjengket-jengket dia, cuba untuk mencapai novel tu.
“You know...you can ask me for help...aku jauh lagi tinggi dari
kau.” Tutur Aki. Ateya, memandangnya jengkel.
“Habis tu, kenapa tak
tolong? Seronok tengok aku terlompat-lompat?” Marah Ateya. Aki hanya ketawa,
menampakkan dua lesung pipit kecil, betul-betul terletak di kedua-dua belah
hujung bibirnya. Alamak! Lesung pipit tu! Lesung pipit tu yang aku lemah tu.
Okey...sebenarnya, dia tak nak mengaku, tapi dari mereka kecil, Ateya memang
suka tengok lesung pipit Aki tu. Sebab, lesung pipit tu, comel sangat! Lesung
pipit tu sahaja lah ye, bukan tuan punya lesung pipit..
“Ok.ok.” Aki mencapai
buku yang Ateya mahu. Dia terperanjat, apabila Aki tiba-tiba berada,
betul-betul dekat belakang dia, kedua-dua belah bahunya, hampir bersentuh
dengan dada Aki. Ateya, kemudian, cepat-cepat beralih. Sengalnya! Bukan nak
bagi warning dulu ke apa. Macam
biasa, susah nak bagi Aki bodoh ni, faham! Boleh main selamba je, dia
rapat-rapat dengan aku.
“Melissa Hill?” Soal Aki
tiba-tiba.
“Pernah dengar ke?”
Ateya menyoal Aki kembali.
“Pernahlah juga,
dengar-dengar. Tapi, aku tak ambil port sangat, sebab aku bukannya suka sangat
love story ni.”
“Aku pun baru baca satu
je buku yang dia tulis. Mula-mula, aku tengok cover page dia macam cantik je,
jadi aku belilah.”
“Pernah dengar tak, phrase ‘don’t judge a book, by its
cover’?” Sindir Aki. Ateya mencebik,
“So, best tak cerita dia?” Sambung Aki lagi.
“Best gila wey!”
“Tajuk buku tu, apa?”
“The Charm Bracelet. Aku
baca buku dia satu tu je, lepas tu, aku terus jatuh cinta dengan cerita dia.
Sangat worth it. Nanti, aku bagi kau
pinjam.”
“Aku tak nak lah. Aku
tak minat love story.”
“Aku
nak bagi jugak. Kau baca.”
“Tak nak lah Yah.”
“Jangan degillah, aku
bagi nanti. Kau baca.”
“Kenapa nak paksa aku?”
“Sebab nanti, aku nak
bercerita pasal buku tu.”
“Tak ada orang lain ke,
selain aku?”
“Aku nak kau jugak.”
“Aku tak nak. Novel
cinta selalu lembablah.”
“Aku nak bagi juga.”
“Paksa lah Cik Hidayah,
atau Ana. Jannah ke. Kenapa mesti aku?”
“Tak nak. Aku nak kau
jugak.”
“Yah...”
“Kau kawan baik...”
Kata-katanya terhenti, apabila tersedar sesuatu. Dia dan Aki saling berpandangan.
Rasanya, mereka pernah ada perbualan yang macam ni masa dulu-dulu. Ateya
memaksa Aki, membuat perkara yang Aki tak suka. Selalu jadi...dan Ateya akan
melemahkan Aki, apabila Ateya cakap... ‘Kau kawan baik aku dunia, Akhirat’
Masih lagi ke, Aki menganggapnya kawan baik? Setelah, agak lama terdiam, mereka
berdua sama-sama tergelak kecil. Lagi sekali, nampak lesung pipit tu! Tak guna.
Jangan cair depan Idolomantis Diabolica ni Teya! Alamak! Dah pukul berapa ni?
Ateya cepat-cepat melihat Jam. ALLAH! Dah pukul 2.30.
“Eh! Kau dah jumpa ke,
buku yang kau nak?” Soal Ateya kelam kabut.
“Dah rasanya...” Aki
melihat buku yang dia bercadang nak beli tadi di tangannya, ‘A Wirnkle in Time’
dan ‘The People of The Mist’.
“Aku pun.” Kemudian,
Ateya bergegas ke tempat cashier untuk membayar, buku yang dia beli, ‘Something
from Tiffany’s’ dan dua buah komik karya Midorikawa Yuki. Selepas selesai
urusan pembayaran, mereka berdua keluar dari kedai buku MPH.
“Dah, jom!”
“Pergi mana?”
“Cari surau Encik ‘Ash’.
Dah pukul 2.30. Kita tak Zuhur lagi ni.”
“Surau? Zuhur?” Soal
Aki, berat hati.
“Buat-buat, tak tau
pulak kau. Dah, jom!”
“Eh...kau pergilah. Aku
cari tempat makan tengah hari.”
“Kenapa? Datang bulan ke
sayang?” Sindir Ateya.
“Er...”
“Fine, tak nak ikut tak apa. Tapi, lepas solat aku balik teruslah,
aku boleh call L datang pick up aku.”
Awal tadi, sebelum mereka pergi ke Alamanda, Ateya menghantar keretanya balik
ke rumah dan datang ke Alamanda naik kereta Aki. Buat apa naik kereta
banyak-banyak, buat susah je.
“Hah?” Aki
terpinga-pinga.
“Unless...kalau masa aku keluar surau nanti, kau pun baru lepas
solat, then...baru kita boleh
teruskan makan tengah hari pulak. But then again, aku just seorang perempuan
yang tua sebelum umur kan, macam kau nak teruskan pulak kan perjumpaan kita
hari ni. So it’s up to you...Dude...I’m
out first.” Tutur Ateya, dalam satu nafas. Aku tak boleh, nak biarkan Aki
terus hidup macam ni. Dia kawan aku, aku akan cuba apa-apa cara sekali pun,
untuk bawak dia ke jalan yang betul. Paksaan membawa kebaikkan kan? kan? Ateya
kemudian tersenyum nakal dan meninggalkan Aki.
“Yah! Kejap. Aku ikut.”
Ateya kemudian tersenyum puas, mendengar penyataan Aki. Aki, belajar solat.
Ingat balik apa yang kau lupa. Ya ALLAH, bantulah kawan aku ni Ya ALLAH...
“DUDE...YOU ARE CRAZY MAN...” Omel Aki sendirian, sambil berbaring di atas katil.
Memang dia sudah gila. Apalah, yang dia fikir, sampai buat benda yang luar alam
tadi? Itu kan cuma Yah je? Boleh pulak, dia jadi orang yang beriman kat
Alamanda tadi, sebab tak nak Yah balik cepat. Kenapa, bodoh sangatlah Aki oi...
Memang, malu tahap tak ingatlah masa kat surau tengah hari tadi. Dahlah dia
lupa turutan nak ambil wuduk, duk mengintai-intai orang sebelah, macam mana nak
ambil wuduk dengan betul. Lepas tu, masa solat tadi, lagilah malu tahap
gaban...dan-dan, ada pulaklah, seorang orang baik ni kata nak buat solat
jemaah, sebab dah alang-alang, yang ada tinggal berlima tengah hari tadi, belum
mula bersolat. Memang tak tahu, nak buat macam mana. Bila orang bersujud, dia
masih lagi sangkut kat takbiratul ihram, lupa nak baca apa. Orang baru takhiyat
awal, dia dah takhiyat akhir. Lepas habis membaca tahiyat akhir, terus dia
cabut, sebab takut- takut orang tegur atau tanya ‘dah berapa lama tinggal solat?’.
Sungguhlah...kenapa, dia yang tampan lagi bergaya ni, terpaksa akur kehendak
Mak Cik gila tu? Dan...Aki mencapai novel yang di letakkan di meja kecil
sebelah katilnya.
“Degil betul. Dah kata
tak nak baca, dia bagi juga.” Dia membelek, novel ‘The Charm Bracelet’ yang di
beri oleh Yah tadi. Semasa menghantar Yah balik rumah tadi, Yah suruh dia
tunggu kejap, ingat nak buat apa, rupanya nak bagi novel ni. Bukan main
‘perempuan’ cover novel ni. Patutlah
Yah beli. Yah tu, pantang kalau tengok benda cantik sikit, sanggup beli,
walaupun benda yang dia beli tu, tak guna pun. Okey, benda-benda cantik,
bukanlah barang kemas ke apa, and obviously
not clothes. Benda cantik tu, macam, lukisan atau ilustrasi yang dia rasa
comel. Macam cover novel ‘The Charm Bracelet’ ni la. Teringat, masa masih
budak-budak dulu, asal nampak je buku nota yang ilustrasi kulitnya cantik.
Beli. Kotak yang kulitnya cantik, beli. Terutama, corak petak-petak,
belang-belang. Bonus, kalau warnanya merah jambu. Yah, memang pelik, dari dulu
sampai sekarang. Tapi, yang paling pelik, ialah dirinya sendiri. Macam mana,
dia boleh ingat benda-benda kecil macam ni, terutama, benda-benda kecil yang
berkaitan dengan Yah?


No comments:
Post a Comment