Monday, 9 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 12)

BAB 12


“TANDATANGAN NI...” Arah Aki, sambil menunjukkan kertas yang nampaknya seperti surat perjanjian. Memanglah Yah, nampak cantik masa majlis resepsi dan majlis persandingan tu, tapi it doesn’t change the fact that Aki doesn’t love Yah. Sebenarnya. Dia sempat siapkan surat perjanjian ni, sehari sebelum akad nikah. Bukan main beria dia buat surat tu, siap pakai komputer bagai.
              Majlis perkahwinan mereka, sudah pun selesai. Majlis hanya berlangsung 2 hari sahaja. Majlis resepsi lelaki dan perempuan dilangsungkan sekali di Sime Darby Convention Centre. Walaupun hanya dua hari, majlis dilangsungkan, tetapi, majlis resepsi mereka di Sime Darby, sangat besar-besaran. Banyak juga bertukar-tukar baju. Maklumlah anak pertama di jinjang pelamin, bagi kedua-dua buah keluarga. Kemudian, hari ni, mereka baru selesai melangsungkan majlis di Johor Bahru, di Kulai. Rumah nenek dan atuk Ateya. Bagi belah Aki pulak, banyak yang duduk di bandar sekarang, terutama sejak kematian atuk dan nenek Aki. Oleh itu, tidak perlu majlis perkahwinan di kampung belah lelaki...dan sekarang, disinilah mereka. Dalam bilik, di rumah nenek dan atuk. Pada malam pengantin. Duduk berhadapan antara satu sama, bertemankan surat, yang Ateya pun tak tahulah surat apa tu. Siap bertaip dengan komputer, dah macam ‘proposal’ dah. Matanya beralih dari wajah Aki ke kandungan surat itu.
              “Herm...what’s this? Let see...” Ateya sibuk membaca kandungan surat itu.
              “Oh...kontrak perkahwinan?” Soal Ateya malas-malas. Aki sudah mengangguk-angguk, bangga dengan kerja yang dihabiskan satu malam untuk disiapkan. Tersenyum-senyum.
              Rules...Nombor 1, dibenarkan untuk keluar date dengan orang lain, barang aki, barang Aki. Barang Yah, barang Yah. Bukan suami isteri, tapi kawan sebilik...” Yah terus membaca isi kandungan surat itu sampai habis, dan Aki pulak tekun mendengar. Pasal date tu, well, Aki did say ‘During the wedding preparation’. Sekarang, majlis perkahwinan pun dah tamat, bagi kedua-dua tempat. Jadi boleh lah dia keluar bertemu janji semula.
              “Lepas 3 bulan, ber...” Ateya tidak mengahabiskan ayat itu, tetapi disambung oleh Aki.
              “Berce...” Belum sempat Aki menghabiskan ayat, Ateya menyumbat mulut Aki dengan stokinnya yang baru dipakai, semasa majlis tadi. Aki cepat-cepat meludahkan kembali stokin Ateya, lalu memandangnya tajam.
              “Oi! Kau baru je pakai stokin ni, tadi kan?” Aki, meludah-ludah lagi, kalau-kalau rasa stokin itu, masih lagi tinggal dalam mulutnya. Tak puas lagi, dia mengesat pulak lidahnya dengan sapu tangan. Ateya sudah tertahan gelak.
              Not good Yah, not good!” Marah Aki.
              You started it!” Mata Ateya beralih kembali kepada surat perjanjian yang, nampaknya disediakan bersungguh-sungguh oleh Aki. Siap ada ‘table’ warna warni lagi, pada bahagian agihan tugas, yang perlu di buat dirumah.
              Anyway, what is this crap?” Ateya kemudian mengoyakkan surat perjanjian itu dengan selamba, sampai jadi cebisan kecil, lalu membuang kertas itu di luar tingkap, dan cebisan-cebisan kertas itu di terbangkan ke merata tempat oleh angin yang bertiup kencang diluar rumah kampung itu. Sekelip mata je kerja yang dibuat selama satu malam tak tidur, tidur, hilang macam tu je...
              No. No. No! Yah!” Marah Aki lagi, sambil, pandangannya menghantar layaran cebisan-cebisan kertas yang sekarang ni, dah hancur, kena hujan pulak. Boleh pulak time-time ni nak hujan. This is torture! Oh god!. Yah sudah menekup mulut, menahan tawa.
              Sorry...Anyway...Kalau kau bagi lagi benda-benda yang entah-apa-apa macam tu lagi, jangan haraplah aku nak sign...sebab aku dah janji. Jadi, walau apa pun jadi...I’ll stick with you, and i’ll never divorce you...so, good luck lah, hidup terseksa dengan aku...” Ateya tersenyum nakal. Lantas bangun dari kerusi, sebelum meninggalkan Aki, Ateya menghadiahkan satu kucupan di kepala Aki, dan menepuk-nepuk bahunya. Lantas, dia keluar dari bilik.
              “Yah!” Aki terpinga-pinga. Dari luar dia mendengar Aki mendengus geram. Ateya kemudian memejamkan matanya dan menggenggam tangannya, kuat-kuat, mengumpulkan kekuatan. Macam manalah, lepas ni,nak hidup dengan that thing(Aki), yang langsung tak ada rasa cinta padanya walaupun that thing, is her own  husband.
              “Ya ALLAH. Kau dah pun menemukan aku dengan jodohku, lepas ni, Ya ALLAH, aku mohon padaMU, berikan aku kekuatan untuk menjalani hidup bersama dia, dengan tenang.” Doa Ateya, tanpa orang lain sedar, lantas dia ke dapur menolong mengemas apa-apa yang patut.


MEMANG TAK SELESA tidur kat sebelah orang ni. Nak-nak lagi Katilnya macam kecik, dan disebelahnya adalah seorang perempuan. Walaupun, perempuan tu dia dah kenal lama. Tapi situasi macam ni, memang sangat peliklah!
              Aki mengalihkan badannya, dan secara kebetulan, Yah pun mengalihkan badannya, dan sekarang ini, Yah, memang betul-betul rapat dengan dia. Berdepan pulak tu. Matanya terbeliak. Bau syampu rambut Yah pun dia dapat hidu. Aki hendak mengelak ke arah lain, tetapi wajah Yah, semasa Akad Nikah tempoh hari, tiba-tiba menyinggah di benaknya. Cantiknya Yah, masa tu. Wajah tidur Yah. Dah lama dia tak nampak. Masih lagi, nampak macam budak-budak bila tidur. Lama dia memerhatikan Yah. Tiba-tiba Yah macam bergerak dan dalam sekelip mata, tangan Yah, memaut erat tubuh Aki. Masa tu lah, dia rasa macam patung sangat. Tak tahu nak buat apa. Nak di alihkan tangan Yah tu, kesian pulak. Nanti terjaga dia. Nak terus macam ni, sampai besok ke? Lama jugaklah Aki terpaku, dan mengeras semacam je. Tabiat tidur Yah, masih lagi macam dulu. Yah, bila tidur, mesti kena peluk sesuatu, tak kiralah, bantal peluk ke, patung ke. Benda-benda yang boleh dipeluklah, kalau tak, dia tak lena. Rambut Yah, masih lagi cantik, macam dulu walaupun kebanyakkan masa dia bertudung. Apabila terfikirkan semua tu, Aki tersenyum, lantas tangannya, ringan sahaja mengusap-usap rambut Yah. Masa tu jugak lah, Yah nak bergerak. Terkejut, Aki berhenti mengusap rambut Yah dan cuba memjamkan matanya, dan lama-lama tidur jugak dia.


“TAK GUNA PUNYA PEREMPUAN!” Teriak gadis itu kemudian gambar perkahwinan yang dihantar oleh kawannya tadi, cucuk-cucuk dengan gunting, sampai berbekas meja soleknya. Kenapa, perempuan tak guna tu, boleh nampak bahagia, selepas apa yang dia dah buat?  
              “Aku tak kan maafkan kau! Kau dah merampas kebahagiaan aku. Aku akan balas dendam. Kau tunggu dan lihat je lah...” Suasana sunyi, malam di bilik kondominium itu di pecahkan dengan tawa jahat gadis itu...

No comments:

Post a Comment