BAB 1
JANUARI 2009
“BOLEH TEPI SIKIT TAK? Aku macam tak selera sangat, tengok muka kau” Marah Hana
kepada sang lelaki yang sedang menghalang pintu kelasnya.
“Aik, Na? Kau tak gembira ke tengok
muka aku selepas beberapa bulan kita terpisah ni?” Soal Adam sambil tersengih
seperti kerang busuk.Mengusik. Itulah kerja dia pagi-pagi buta macam ni. Selalu
datang awal, tapi macam tak ada ‘function’ sangat. Hana pun, sebenarnya dah
boleh agak, yang awal-awal pagi macam ni, muka si Adam tu, memang tak kan lari
dari pandangannya.
“Haha..tolong jangan flatter yourself lah, retarded! Tepilah gila.” Marah Hana.
“Haha..tolong jangan flatter yourself lah, retarded! Tepilah gila.” Marah Hana.
“Kalau aku tak nak kau nak buat
apa?” Adam sengih kerang busuk lagi.
“1...2..Betul tak nak tepi?” Hana
mengira sambil memandang Adam tajam. Adam hanya mnggeleng.
“3!” Lantas, kakinya ringan saja
memijak kaki Adam dengan kuat, siap dia penyek-penyekkan lagi.
“ADOI!” Kuat Adam mengaduh. Hana dah
tersenyum puas + sinis. Beralih terus Adam dar i pintu tu. Terus dia melobos
masuk ke dalam kelas.
“Kan aku dah kata.” Ujar Hana,
lantas duduk di tempatnya.
“Kaki gajah! Big foot!” Tutur Adam,
tangan dah membuka lilit tali kasut nak urut kaki kat dalam yang rasa macam
kena lenyek dengan treler. Hana dah tergelak-gelak dah. Padan muka, nak kenakan
aku lagi.
“Ass...pfft!” Intan yang baru sahaja
sampai, tak sempat bagi salam dah tergelak dah tengok Adam yang dah terduduk di
atas lantai, mengurut-urut kaki.
“Oi...apa yang sudah jadi?” Soal
Intan, lantas, berlalu, melangkah ke tempat duduknya, Intan menarik kerusi, lalu mengambil tempatnya.
“’Retarderd tak dengar kata’ jadi.” Sarkastik, dia menuturkan. Intan
dah faham sangat dah tu. Lalu mereka berdua sama-sama tergelak.
“Tak apa Na. Nanti, aku balas
dendam.” Ujar Adam dari depan kelas. Hana memandang Adam dan menjelir lidah.
“Tak takut pun.”
“HANA
ZULAIKHA!!!”
Alamak mati aku! Hana yang tersedar dengan apa yang telah dilakukan tadi terkejut lalu menekup mulutnya. Suara Cikgu Shima yang meninggi itu, bergema di seluruh sekolah. Er...tak adalah seluruh sekolah, saja exagerate sikit.
Alamak mati aku! Hana yang tersedar dengan apa yang telah dilakukan tadi terkejut lalu menekup mulutnya. Suara Cikgu Shima yang meninggi itu, bergema di seluruh sekolah. Er...tak adalah seluruh sekolah, saja exagerate sikit.
Cikgu Shimah menepuk baju kurung modennya
yang penuh dengan habuk kapur. Kesan balingan pemadam papan hitam yang pada
awalnya di tujukan pada Adam.
“Hana,mari sini ikut saya jumpa
pengetua” Cikgu Shimah cuba menghampiri Hana. Perlahan-lahan Hana berundur ke
belakang. Dia menjeling pintu belakang kelas yang terbuka. Cikgu Shimah semakin
menghampiri, Hana semakin berundur, menanti masa yang sesuai. Hana
menghadiahkan senyuman kerang busuknya. 1...2...3...cabut!
Hana berlari lintang pukang melalui
pintu belakang. Sebelum menapak keluar dari kelasnya Hana sempat mengenyit mata
pada Intan. Yang duduk berdekatan dengan pintu belakang itu. Intan membalasnya
“Eh...Hana!” Mai, cuba mengejarnya,
namun dia sempat berpaling ke belakang menunduk sedikit kepada Cikgu Shimah.
Tanda kesal dengan sifat kawan baiknya itu. Cikgu Shimah menggeleng-geleng
kepala.
Mai mencari-cari kelibat Hana.
Tidak lama berjalan, dia ternampak kepala yang terhendap-hendap dari belakang
tiang tidak jauh dari kelas mereka. Mai menggeleng-geleng kepala.
“Oi minah! Apa stalk-stalk ni?” Mai
menyergah Hana dari belakang.
“Oi mak kau!” Hana terkejut. Dia mengurut
–urut dadanya.
“Terkejut aku, kau ni Mai.” Mai tersenyum.
“Apa mak-mak? Mak aku kat rumahlah. Tak nak
masuk kelas ke?”
“Takutlah...Cikgu Shimah tu menakutkanlah. Dia
nak bawak aku jumpa pengetua. Semua sebab si Adam retarded tu. Kalau dia tak start
cari gaduh dulu, tak adanya aku nak baling benda alah tu. Lepas tu terkena cikgu Shimah.
Alaaahaaii....mati aku.” Hana gelabah.
“Tu lah..salah kau jugak. Nak dibalas-balas tu
kenapa? Lantak dia oranglah. Dia orang tu, saja nak mengacau kau je.” Mai
tersenyum.
“Ehh..mana boleh... Aku tak puas hati...I’m gonna make them pay!” Mai
menggeleng-geleng kepala.
“Hai...lantak
kau orang lah, janji kau orang bahagia. Dah. Jom masuk kelas.” Hana memandang
Mai, dahinya berkerut.Dia menggeleng-geleng kepala.
“Jom! “
“Tak nak!”
“Jom”
“Tak mahu!”
“Jom jugak! Kau kena terimalah hukuman
kau.” Mai menarik tangan Hana dan menyeretnya masuk ke kelas. Hana menggeleng-geleng
kepala dan ingin menarik tangannya kembali, namun tidak berjaya. Akhirnya
mereka sampai di pintu kelas. Mai mengetuk pintu kelas.
“Assalammualaikum cikgu.” Mai tersenyum. Cikgu
Shimah memandang Hana dengan pandangan yang tajam.
“Seronok
main kejar-kejar?” Hana tunduk rasa serbasalah. Dia memandang Adam yang
tersenyum-senyum macam kambing gurun. Dia menjeling Adam tajam. Adam cuba
mengawal tawanya supaya tidak pecah. Mulut Hana terkumat kamit mengutuk Adam.
“Awak ni kan Hana, dah banyak cerita saya
dengar dari cikgu-cikgu lain pasal awak. Tak siap kerja sekolahlah, nakalnya
bukan main. Macam lelaki. Nasib baik keputusan awak cemerlang, kalau tidak kami
dah tak tau nak buat macam mana lagi. Cubalah berubah, awak tu dah form 5 sekarang ni, cuba fikir untuk
masa depan, bukan asyik nak main je...” Cikgu Shimah meneruskan ‘ceramah
percumanya’.
Ini, bukanlah kali pertama Hana terpaksa
menadah telinga mendengar ceramah yang dikhaskan hanya untuknya, malah berkali-kali,
sifatnya yang suka mengenakan orang seringkali mendapat perhatian daripada
cikgu-cikgunya. Selalu juga lah dia berperang dengan budak-budak lelaki
kelasnya, namun setiap kali tercetusnya peperangan antara mereka, mesti dia
yang tertangkap.
Setelah lebih kurang 2 jam lebih waktu
pembelajaran, Cikgu Shimah bersedia untuk keluar dari kelas.
“Hana....if
i don’t see you in detention, your punishment will multipled...understand?”
Hana mengangguk faham.
Setelah lama menahan tawa, akhirnya ketawa Adam tidak dapat di
tahan lagi. Adam ketawa berdekah-dekah.
“Hahaha!
Padan muka kau Na...hah..tulah nak lawan aku...” Adam meneruskan tawanya. Hana,
memandangnya tajam. Kebetulan, dia sedang berdiri di papan hitam, tangannya
perlahan-lahan cuba mengambil ‘duster’ di papan hitam. Sedang asyik Adam mengetawakannya tangannya ringan membaling
‘duster’ itu tepat mengena kepala Adam.
Sekarang giliran Hana pula mengetawakan Adam.
Hana asyik mengetawakan Adam, sehingga dia tidak sedar yang Aiman berada
dibelakangnya.
“Hana...”
Aiman memanggilnya, lalu Hana berpaling, dengan pantas Aiman menghembus habuk
kapur yang ada di tangannya ke muka Hana. Hana terbatuk-batuk.
Qusyairi
dan Farid, dua orang lagi kawan karib Adam hanya mampu ketawa berdekah-dekah.
Mereka malas mahu masuk campur, kerana, mereka tahu, kalau Hana dan
kawan-kawannya dah mulakan serangan, mereka akan menyerang teruk-teruk. Hanya,
Aiman dan Adam sahaja yang berani berhadapan dengan Hana dan Intan.
“Apa ni! Main tipulah..Kau ni Aiman
tak gentleman betul.” Kulit cerah
Hana bertambah cerah apabila di hiasi dengan habuk kapur. Aiman dan Adam,
ketawa tidak henti-henti. Disaat Hana di ambang kekalahan, tiba pula Intan,
penyelamat keadaan. Bakul sampah diangkutnya dan dia memandikan Aiman dan Adam
dengan sampah.
“Yes!
Give me ten girl ” Hana dan Intan sudah slap High-Ten di tengah-tengah kelas itu, dan mereka sama-sama ketawa
dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada Hana dan Intan. Mereka menunujukkan
tanda ‘victory’ dengan jari mereka. Mai hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia
memang tidak gemar masuk campur, nanti dia yang susah. Namun, dia terhibur
dengan mereka. Mai menarik senyum geli hati. Hei..kau orang ni, nasib baiklah
sekarang masa rehat. Hatinya berdetik.
“Pergh! Ini boleh mendatangkan marah!” Keadaan
Adam yang, sangat ‘bersih’ ketika ini, dicampur dengan pasir-pasir, yang sedang
elok, menjadi syampu rambutnya, mujur sahaja isi bakul sampah tu, baru ditukar
pagi tadi, jadi, hanya, pasir dan sampah kertas-kertas sahaja yang menjadi ‘sabun’
mandinya. Adam segera mencapai beg galas Hana. Hana tidak sempat untuk
menyelamatkan begnya. Hana berang.
“Tan, kau ambik beg si retarded tu.” Untung sahaja, meja Adam berdekatan tempat dimana
Intan sedang berdiri, dia mendahului Aiman yang gelabah untuk mendapatkan beg
Adam. Intan senyum sinis. Dia memberikan beg Adam kepada Hana.
Ketika ini, mereka memandang satu sama lain...
Tajam. Keadaan mereka sekarang, seperti adengan didalam filem lama barat. Filem
koboi. Adengan dua orang musuh yang saling berbalas pandangan tajam sebelum saling
berbalas das tembakkan. Yang bezanya, mereka tidak memegang pistol,tetapi
memegang beg sekolah.
Adam
berlari keluar kelas. Hana mengikutinya.
“Baik kau bagi balik beg aku Na, kalau tak beg
kau ni akan terjun tingkat 3 ni” Adam menyuakan beg Hana keluar beranda.
“Kalau aku tak nak juga?” Hana mencabar.
“Kalau
tak nak, beg kau ni aku lepaskan” Adam mencuba lagi.
“Ohh...no, you wouldn’t...” Pandangan Hana
tetap pada Adam.
“Yes....i would..kau ingat aku tak berani?” Adam membalas pandangan tajam
Hana.
“You..wouldn’t!”
“I would..”
“Wouldn’t”
“Would..in the count of...one..two...”
Adam mula mengira. Hana tetap tidak mengalah.
“Three...”
Dan..beg itu dilepaskan. Adam senyum sinis.
“Haahh...” Hana memandang begnya yang
kian jatuh. Hana senyum sinis, dan tanpa berfikir panjang, beg Adam pun turut
di lepaskan. Adam dan Hana sama- sama berang. Sebelum mereka melakukan tindakan
seterusnya kedengaran suara seorang budak perempuan menjerit kesakitan.
“Sakit!” Mereka terkejut, mereka saling
berpandangan dan seterusnya, mereka memandang ke bawah dari tingkat 3.
Kelihatan seorang budak perempuan
terduduk dek penangan dua beg yang tiba-tiba jatuh dari langit. Nasib baik yang
lain sempat mengelak. Kebetulan, kelihatan Cikgu Hakim, guru disiplin,
memandang ke atas. Sekarang, mereka hanya mampu menghadiahkan senyuman kerang
busuk kepada cikgu yang terbeliak matanya memandang mereka berdua.
“We’re deadmeat....” Hana mengeluh.


best!!!
ReplyDeleteTerime kasih! :)
Delete