BAB 21
“BILA
LA, Kita ni nak mendapat cucu, ye
tak?” Ateya yang terdengar kata-kata Umi, tersedak-sedak. Aki yang ada
disebelahnya, menepuk-nepuk belakang Ateya perlahan. Mahu, tersembur air
Milonya tadi. Nasib baik tak sempat nak tersembur. Adik yang memang ada kat
situ dah tergelak. Ateya memandang Adik tajam. Kau gelakkan aku ye budak?
“Ha’ah nya, kan kahwin dah nak masuk 4 bulan. Tak berisi lagi ke perut tu, Teya?” Soal Mama pula.
“Ha’ah nya, kan kahwin dah nak masuk 4 bulan. Tak berisi lagi ke perut tu, Teya?” Soal Mama pula.
“Ma...Aki
baru kahwin 4 bulan tau. Baru lagi.” Ujar Aki, sambil, tangannya, tak berhenti
menepuk-nepuk belakang Ateya.
“Apalah
awak ni, Cik Nisa oi...bebudak tu, baru 4 bulan, nikahnya. Ada rezeki, adalah.”
Ujar Papa, sambil matanya tidak berganjak dari membaca surat khabar Utusan.
Yay! Sayang papa! Hari ni, hari minggu, umi menjemput keluarga Aki dan mereka
berdua sekali, untuk makan di rumah. Kata Umi, dah lama dah tak berkumpul.
Ingatkan betul lah niat umi tu, rupanya nak tanya soalan larangan tu. Umi, umi!
“Umi ni,
ada ke tiba-tiba tanya soalan cepumas macam tu. Dah tak sabar nak menimang cucu
ke?” Soal Ateya, separuh merajuk.
“Iyelah...selalu,
orang nikah, tak payah tunggu lama-lama, tahu-tahu je dah berisi. Ni, kamu ni.”
Umi menggeleng kepala.
“Awak
ni, biarlah saya nak bertanya. Awak tak ingat, dulu masa kita-kita dulu, tak
lama kahwin, tiba-tiba perut ni dah ada si Aki ni. Bunting pelamin, orang
kata.” Ujar Mama pulak, sambil tersenyum. Ateya dah termalu sendiri bila mama
cakap macam tu. Ni, tak boleh jadi ni, Mama dengan Umi, gang up nak kena kan kita orang.
“L, kau
dengan Nun, macam mana?” Soal Aki tiba-tiba. Langsung tersenyap adik yang
tergelak-gelak tadi. Bila dah Aki tanya macam tu, semua mata dah tertumpu pada
Adik. Yay! Nice going husband!
Golongan mak-mak kan memang suka topik jodoh-jodoh ni. Umi dengan Mama dah
pandang adik penuh minat. Adik dah pandang Aki dengan Ateya tajam.
“Kenapa
Adik dengan Nun?” Soal Umi, kepada Adik.
“Er...
“Adik
tak bagitau Umi ye, yang Adik dengan Nun, tengah dalam proses, mengenal hati
budi masing-masing?” Ateya pulak, yang tolong jawabkan. Dah siap
tersenyum-senyum. Dalam hati, dah buat victory
dance sebab dapat ubah topik. Padan muka kau. Tulah, ketawakan Along lagi.
Adik memandang Ateya tajam.
“Nun,
tu budak yang banyak tolong masa kahwin
Aki dengan Ateya tu ke Jah?” Soal Mama, kepada Umi.
“Yelah.
Baik budaknya.” Puji Umi sambil tersenyum. Dah berkenanlah tu.
“Cantik,
pun cantik.” Sambung Mama pula. Papa, pulak dah geleng kepala, sambil
tersenyum. Ateya dah menepuk, bahu adik yang duduk kat lantai.
“Okeylah
tu, Umi dengan Mama sekali dah kasi green
light. Adik tunggu apa lagi?” Usik Ateya,suara di perlahankan, cukup untuk
mereka bertiga dengar.
“Jangan
tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambik orang...” Giliran Aki pulak
mengusik, sambil menyanyi lagu lama tu. Lantas, mereka berdua tergelak kecil.
Dahi Adik, sudah berkerut seribu. Along dengan Aki, memang couple from hell!
“Hah, ceritalah...Umi dengan Makcik Anisah nak dengar cerita adik dengan
Nun tu.” Tadi adik yang bukan main, ketawakan orang kan? hah...sekarang padan
muka. Ateya tergelak jahat dalam hati. Adik pulak dah buat muka ‘Oh, crap...’ Adik sudah mula membuka
cerita.
“ASSALAMMUALAIKUM...”
Bunyi
suara Aki memberi salam, macam dengar penat sangat. Memang busy agaknya Aki ni. Sebab dah berapa hari dah dia balik lambat.
Paling awal pun pukul 12. Hari ni, dia balik pukul 2. Lambat sangat. Jarinya,
menekan punat-punat controller PS2.
Tengah main game King of Fighter.
Jarinya, menekan punat, tetapi, otaknya fikir lain. Kenapa, dia selalu balik
lambat, sekarang? Perangai lama datang lagi ke? Tak. Percayakan Aki, Teya. You were friends, long before you’re husband
and wife. Tu aje modal yang kau perlu untuk percayakan dia. Hus nuzon. Dia memandang sekilas Aki
yang baru masuk rumah, lantas, meneruskan permainannya. Sikit lagi Kyo nak K.O.
Muahaha!
“Walaikummussalam.
Lambat kau balik hari ni?” Soal Ateya, sambil matanya tekun, melihat kaca tv
dan tangannya, ligat menekan punat-punat PS2. Haa! Mati kau Kyo! Haha...
“Kau
main PS2?” Soal Aki, pelik. Hailaa...bini aku ni. Dia kemudian merebahkan
badannya, ke sofa. Penat.
“Lambatnya
kau balik.” Soal Ateya, tanpa mengalihkan mata dari kaca TV. Sebenarnya, PS2
ni, L punya, selalu datang sini, main dengan Aki, kalau ada masa. Tu pun dah
lama dah tak berusik. Lepas tu, tadi, tengah dok tunggu Aki balik, lambat
sangat, bosan...lepas tu, tengok PS2 yang tersusun cantik kat dalam cermin meja
TV tu, macam dah dok lambai-lambai, suruh main. Jadi dia pun dah lama tak usik
PS2, jadi tangannya gatal lah nak pasang dan main. Sebab tu lah sekarang ni dah
nak sampai stage second last. Nanti,
nak lawan Boss pulak.
“Banyak,
kerja sangat tadi.” Balas Aki, sambil melonggarkan tali lehernya.
“Kau
sekarang tengah buat kes apa?” Matanya, masih tekun melihat TV dan tangannnya
masih ligat menekan punat-punat dekat PS2 tu.
“Kes
saman, mencederakan orang.” Jawab Aki, sambil mengurut pelipis.
“Kau
bukannya, uruskan harta-harta je ke? Aku dengar private lawyer uruskan tu je.”
“Mana
ada, pandai je kau. tapi kali ni, aku buat pro bono. Kesian aku tengok mak
budak tu, kena tuduh. Padahal mak dia
cuma nak pertahankan diri dan anak je.”
“Pro
bono tu, apa pulak?” Soal Ateya, masih tekun dengan PS2.
“Ish!
Kau bukan selalu tengok Law and Order ke? Tak kan pro bono pun tak tahu?”
“Mana.
Aku tengok, sebab kau tengok je. Tak ada pulak aku nak melayan, sampai tahu
istilah pro,pro,bono, bono ni.”
“Ntahpapetah. Pro Bono tu, senang cerita
buat kes free, tak payah bayar. Sebab
client tak mampu.” Terang Aki. Ateya
dah mengangguk-angguk dah, tapi mata masih tetap kat TV.
“Baik
betul hati kau, ambil kes free...”
“Zarif
lah. Dia kan memang rajin bab kebajikan-kebajikan ni. Dialah yang kenalkan aku
dengan client aku ni. Lepas tu, aku
pun macam rasa kesian kat anak-anak client aku tu, jadi, aku pun bersetujulah.”
“Baik
kan, Zarif tu. Untung bini dia.” Ateya tahu, serba sedikit pasal Zarif, sebab Aki
ada menceritakan, mengenai Zarif tu.
“Yelah...Zarif
tu je la, yang baik. Suka sangat puji laki orang. Ni, laki kau ni, bukannya nak
puji-ji” Rajuk Aki.
“Kau
tu, apa baiknya. Suka sangat menyakitkan hati aku.” Seloroh Ateya, tanpa riak.
Yelah, Memang betul apa. Suka sangat buat orang sakit hati.
“Tak
apa, Yah. Tak apa. Aku sabar dengan kau hari ni, sebab kau dah tunggu aku
sampai pukul 2 pagi.”. Rajuk Aki lagi. Ateya dah senyum mengusik. Tiba-tiba,
dia macam dapat rasa bahu dia macam berat je, lepas tu, bau minyak rambut Aki,
menusuk ke hidung. Berderau terus darahnya. Apa pulak, Aki nak main manja-manja
dengan aku, sampai sangkut-sangkut dagu kat bahu aku ni.
“Kau
dah kenapa, Belalang?” Soal Ateya, cuba menstabilkan suaranya yang tergetar.
Harap, Aki tak perasanlah, suaranya yang bergegar tu.
“Aku
penatlah, Yah.” Lantas, controller yang di pegang Ateya di ambil
dan di letak tepi. Kemudian, Aki mengangkat dagu dari bahunya dan
mengalihkan kepala ke riba Ateya pulak. Langsung, melompat jantungnya, debaran
makin laju. Dah macam Husin Bolt tengah semangat lari untuk menang. Rasa panas
di jantung dah sampai ke muka. Hailaa...nak bermanja sakan ni, dah kenapa?
“Pinjamkan
aku paha kau. Biar aku pejam mata sekejap.” Ujar Aki, sambil memejamkan mata.
Jantungnya, dah macam tak cukup tempat untuk melompat. Kalau ada sakit jantung
ni, dah lama dah kena attack.
“Is work, that hard?” Soal Ateya, sambil
memandang Aki lembut.
“Yeah. Kita orang macam dah rasa peratus
nak menang tu, macam cetek je. Sebab orang yang dicederakan tu, orang kaya. Ada
ramai kenalan. Lepas tu, lawyer pun hired yang paling terbaik.” Ujar Aki,
sambil mata masih lagi terpejam. Ateya kemudian, melarikan jemarinya di rambut
Aki, mengusap Aki lembut.
“Kau
mintaklah kat ALLAH. Kalau ikhlas, Insya-ALLAH, kau boleh menang, dan orang
yang tak bersalah tu, boleh dibebaskan.” Jemarinya masih setia mengusap rambut
Aki. Senyap. Suasana senyap. Pandangannya, masih lekat pada muka Aki, yang sedang
memejamkan mata.
“Ki...”
“hmm?”
“Aku
dah lama nak tanya kau.”
“Shoot.”
“Kau
dah ada kelayakan ke, untuk buka lawfirm
sendiri?” Tangan masih, berlari di celah-celah rambut Aki.
“Aku
dah Master tau, and I passed my Bar Exam.
But, duit buka lawfirm tu, duit papa.” Mata, masih terpejam.
“Kira
belajar semua kau buat kat Australia la?”
“Ha’ah.” Ateya mengangguk faham.
“Ki...”
“Hmm?”
“Kepala
kau beratlah. Macam batu.”
“I don’t care...Just shut up already, and let
me rest”
“YAH!” Suara dari hujung talian kedengaran lega dan gembira.
“Oi! Bagilah salam dulu, kot ye
pun.”
“Assalammualaikum,
isteriku yang paling ku sayang!”
“Eew...don’t ‘sayang, sayang’ me. Buat
geli je.”
“Laa...tadi
kau yang suruh. Kau tak jawab lagilah salam aku Yah.”
“Aku
suruh, kau bagi salam, aku tak suruh kau panggil aku sayang. Walaikummussalam.”
“Whatever, anyway...Aku nak bagitau kau
ni.”
“Hah,
apa yang penting sangat, sampai tak boleh tunggu balik rumah?”
“So,
cold la kau Yah.”
“Cold ke, cocola ke, bagila tau apa
bendanya?”
“Fine...and by the way, it’s cocacola not
cocola.”
“Whatever.” Ateya membuat muka.
“Yah!
we won the case!”
“Ya
ALLAH! Ye ke? Congrats Aki.
AlhamduliLLAH.”
“Nanti,
balik rumah, aku cerita kat kau. Dress
your most beautiful outfit this evening. Kita keluar makan. Aku belanja.”
“Aku
nak makan kat tempat mahal.”
“Ask away, ask away dear. Mood aku baik
hari ni, jadi aku layan je kau.”
“Janji
ye?”
“With all my heart.”
“Okey,
jumpa kat rumah. Assalammualaikum.” Talian di matikan, ‘smarphone’ di letak kan
kembali di atas meja. Hidayah yang memang ada sebelah dia tadi, tersenyum.
“Aki
ke?” Soal Dayah. Ateya mengangguk.
“Dia
menang kes. Nak belanja aku makan.” Tangan Ateya ligat membuat draf untuk
grafik di Channel TV8. Baru dapat
projek, tu yang baru draf je tu. Konsep grafik kali ni ialah...street...or maybe, cute atau elegan?
“Wah...cakap kat dia, aku cakap tahniah okey?”
“Okey.”
“So...” Ujar Dayah tiba-tiba, cuba untuk
cari perkataan untuk buka pertanyaan. Ateya menagangkat muka dari draf.
“Has it change?” Soal Dayah.
“What?”
“Your feeling of friendship to the feeling
of...love?” Dayah meneruskan pertanyaan. Soalan itu, membuatkan Ateya
tersentap. Terhenti terus, kerja yang dibuat tadi. Dah bertukar ke?
“I don’t know...” Jawab Ateya, ringkas.
Memang dia tak tahu. Sebab, dia tak tahu, macam mana nak ‘detect’ perasaan
‘love’ tu.
“Kau
dah kahwin dengan dia, setengah tahun tau. Macam mana boleh tak tahu?” Ateya
mengeluh.
“Aku
memang tak tau. I don’t know, how being
in love, looks like.”
“Ah, sudah...”
“Kau
tau, macam mana rupanya kalau kita in
love?” Soal Ateya, jujur. Dayah, menongkat dagu, berfikir.
“Hmmm....Honestly, aku pun tak tau.” Jawab Dayah,
“See? It’s not that easy.”
“Tapi,
aku pernah dengar, orang kata. When we’re
in love...we just know it.” Sambung Dayah lagi. Ateya dah menopang dagu
dengan kedua-dua belah tapak tangan. Berfikir. Am I in love?
“Really?”
“Aku
tak tau. Aku pernah dengar orang cakap je. Mengalaminya, belum lagi.”
“You know what, deary?” Soal Ateya, tiba-tiba.
“What?”
“We’re both hopeless, in this kinda thing.”
Ujar Ateya, lantas tergelak kecil, Dayah pun turut tergelak. Memang hopeless pun. Yelah, dua-dua belum pernah
ada pengalaman ‘head over heels in love’ lagi. Rasa jatuh cinta tu pun, tak tahu
macam mana rasanya.
"Tell me about it..." Mereka berdua sambung gelak.
"Tell me about it..." Mereka berdua sambung gelak.
‘When
we’re in love, we just know it.’ Ye ke tu?


No comments:
Post a Comment