BAB 23
DIA
TERSENTAK dari lenanya. Dia mencapai
jam loceng di tepi katil. Baru pukul 3 pagi. Kenapa, pula, tiba-tiba mata dia
celik pagi-pagi buta ni? Dia bangun dari baringnya, dan melontarkan
pandangannya, ke sisi. Tak ada orang? Dia bangun dari katil dan mula membuka
pintu bilik...
“Ki...ki, kau kat mana?” Teriak, Ateya, sambil menggosok matanya, dan mencari Aki yang tak ada di tempat tidurnya. Dia puas mencari, dari bilik bacaan ke dapur, dari dapur ke ruang tamu, dah tak tahu nak cari kat mana lagi. Mana pulak pergi si Aki, pagi-pagi buta ni. Dia kemudian teringat, satu bilik yang dia tak tengok lagi...dia memandang titian tangga ke atas. Tak kan dia kat situ?
“Ki...ki, kau kat mana?” Teriak, Ateya, sambil menggosok matanya, dan mencari Aki yang tak ada di tempat tidurnya. Dia puas mencari, dari bilik bacaan ke dapur, dari dapur ke ruang tamu, dah tak tahu nak cari kat mana lagi. Mana pulak pergi si Aki, pagi-pagi buta ni. Dia kemudian teringat, satu bilik yang dia tak tengok lagi...dia memandang titian tangga ke atas. Tak kan dia kat situ?
Perlahan-lahan,
dia naik tangga. Tadi dia tak cari pun kat bilik tu, sebab dia tahu, Aki tak
akan pergi ke bilik tu. Namun, tak salah kan kalau nak tengok. Langkahnya, di
atur ke bilik solat. Dah sampai depan pintu. Lampu terbuka. Dia ada kat sini
ke? Perlahan-lahan Ateya membuka pintu bilik sedikit dan mengintai di dalam.
Alangkah, tersentuhnya hati dia melihat Aki yang sedang duduk bersila di atas
sejadah, sedang cuba membaca surah Yasiin, walaupun, banyak tergagap dan banyak
bacaan yang agak salah, namun dia bersyukur.
Perlahan-lahan
Ateya menutup kembali pintu bilik solat, dan bersandar pada tembok bilik tu,
sambil menengadah ke siling. Air jernih, mulai turun, jatuh ke pipi. Tangisan
gembira, tangisan syukur. Tidak dapat digambarkan bertapa tersentuh, dan
gembiranya hati dia, bila melihat kawan baiknya, sudah mulai sedar. Sudah mulai
nak jauhkan diri dari keduniaan yang alpa...
‘AlhamduliLLAH,
Ya ALLAH...”
“AKI, kenapa kau...” Mata Ateya membuntang tengok apa yang ada di depan
mata, sebaik sahaja dia masuk ke pejabat Aki. Patutlah, tingkap semua bertutup.
Aki sedang berada di atas seorang wanita. Tapi, kenapa? Bukankah, Aki dah nak
berubah? Aki terpandang Ateya. Wanita yang sedang terbaring di sofa dua itu
hanya tersenyum. Muka Aki pulak, cuak tak ingat.
“Yah...I can explain...” Belum sempat Aki
meneruskan kata-kata, Ateya berlari keluar dari pejabat Aki. Apa benda, semua
ni? Tadi, ada orang telefon dia, orang tu kata dia one of the staff dekat AKA Lawfirm. Orang tu, kata, Aki nak jumpa
dia. Jadi, dia pun pergilah pejabat Aki. Lepas tu, masuk-masuk je pejabat Aki
tu, dia nampak benda yang jadi tadi. Dia berlari-berlari dan berlari.
“Yah!”
Teriakkan Aki, tidak dipedulikan.
“Yah!”
Ateya terus berlari. Tak, tak, aku tak dengar suara tu. Dia menutup kedua-dua
belah telinganya, dengan dua belah tangan. Air mata mulai berlinangan. Kaki
tetap berlari.
“Yah!”
Lengannya, akhirnya, tercapai oleh Aki, lantas tangan Aki merangkul kuat
tangannya. Ateya terhenti. Ateya melepas kan rangkulan tangan Aki dengan kasar.
“Yah!
I can explain!” Bila Ateya, hendak
mulakan langkah tinggalkan dia, dia sempat menyambar bahu Ateya, dan menggengam
bahu Ateya dengan kuat., dia membawa Ateya memandangnya.
“Dengarlah.
I can explain...”
“EXPLAIN!!” Suara Ateya sudah meninggi.
Air mata masih lagi berlinangan. Aki yang dengar suara Ateya yang macam marah
sangat tu, dumbfounded. Pertama kali,
sejak Ateya kenal dengan Aki, dia meninggikan suara sampai macam tu sekali
“Yah.
Janganlah macam ni...dengar apa yang aku nak cakap dulu.” Pujuk Aki lembut.
“I really, have no ide...”
“You know what?” Ateya memotong, dia
lantas meraup mukanya, esakkannya terdengar.
“
I tried so hard, to believe you. Aku
cuba percayakan kau. Tapi, aku tak ada sebab yang kuat untuk percayakan kau. All these years, bila kita terpisah, I don’t know you anymore. Aku ingat,
kalau aku pakai alasan, ‘kawan’ untuk percayakan, kau alasan tu, adalah alasan
yang paling kukuh, but now...aku tak
tahu kau masih anggap aku kawan kau ke tak. You
have hurt me, so many time...Aki, aku ingat kau dah berubah. Kalau kau nak
sangat bercerai, silakan. Aku rela. Kau jatuhkan je la talak.” Air matanya laju
menurun seperti air terjun. Aki yang mendengar, tersentap.
“Yah.
Jangan cakap macam tu. Aku masih lagi Aki yang dulu. Tak boleh ke percayakan
aku? We’re bestfriends, before we’re
husband and wife...Percayalah aku sebagai kawan kau Yah.” Pujuk Aki, ikhlas
dan lembut.
“I...” Ateya menarik nafas dan hembus.
“I don’t know, what to believe anymore.”
Air matanya jatuh lagi, lantas meninggalkan Aki terpinga-pinga.
“BAIK kau cakap! Kenapa kau buat macam tu?!” Marah Aki, sambil merangkul
kedua-dua belah lengan perempuan tu. Sumpah, dia tak kenal siapa perempuan tu.
Tak pernah tengok pun. Dia masuk je, pejabat lepas rehat tadi, perempuan tu dah
ada. Lepas tu, perempuan tu, yang tiba-tiba ‘serang’ dia. Bukakan butang baju
dia lah, apa lah. Masa dia cuba nak hentikan perempuan tu tadi, Yah pulak
masuk.
“Hey!
You buat apa ni? Sakit.” Ujar
perempuan itu, cuba lari dari Aki. Sekarang ni, Aki sedang genggam lengan dia
kuat, sampai merah-merah lengan perempuan tu dibuatnya.
“Baik,
kau cakap sebelum aku cederakan kau lebih lagi.”
“Lepaslah!”
Marah wanita itu.
“CAKAP!”
Teriak Aki. Nada mengugut. Tiba-tiba pintu pejabat dia dibuka. Muncul Zarif dan
Ros, setiausaha dia.
“Aki!
Lepaskan perempuan tu!” Arah Zarif, lantas cuba nak memisahkan Aki dan wanita
yang dia sedang pegang kuat tu. Susah jugaklah nak buat Aki lepas kan perempuan
tu, tapi Akhirnya Zarif berjaya juga.
“Awak!
Keluar dari sini.” Arah, Ros. Wanita itu, cepat-cepat keluar, sebelum Aki dapat
sambar dia lagi. Ros, kemudian memandang Zarif dan Aki yang bungkam. Zarif beri
isyarat, supaya Ros meninggalkannya dengan Aki. Zarif, kemudian memapah Aki, ke
sofa dua.
“Aki,
istighfar Aki. Jangan ikutkan syaitan Ki.” Nasihat Zarif dengan lembut. Aki dah
melontar pandangan kosong, ke seluruh pejabat.
“Aku,
tak pernah tengok dia marah dan menangis, sampai macam tu sekali, kecuali masa
Pak Cik Abdullah meninggal.” Ujar Aki tiba-tiba. Dia masih lagi memandang kosong,
bilik.
“Sabar
Ki. Kau istighfar banyak-banyak. Jangan nanti, ikutkan hati marah kau, kau yang
susah.”
“Macam
mana nanti, masa aku balik rumah, Yah dah tak ada?” Ujar Aki...dia tak mahu
menceraikan Yah. Dia tak mahu, Yah tinggalkan dia. Dia memegang kepalanya...dan
tiba-tiba air matanya, jatuh...
“KAU dah selesaikan kerja yang aku suruh?” Ujar wanita itu separuh berbisik.
Wanita yang di tanya tu, mengangguk.
“Lepas
ni, rumah tangga dia orang berkecai...” Balas wanita yang di tanya tu. Wanita
yang bertanya, tersenyum sinis. Tak berapa nampak pun muka dia, sebab dia pakai
cermin mata hitam jenis yang besar, lepas tu, gincu pun, jenis yang merah
menyala.
“Duit
aku?” Soal wanita yang ditanya, sambil menadah tangan. Wanita yang bercermin
mata hitam, dan bergincu merah menyala tu, mengeluarkan sampul yang agak tebal,
dari beg tangan dia. Sampul bertukar tangan.
“Nah...lepas
ni, kau jangan cari aku lagi. Aku tak kenal kau, dan kau tak kenal aku. Habis
sini je. Faham?” Arah wanita bercermin mata hitam dan bergincu ,merah menyala.
Wanita yang berurusan dengan dia, hanya mengangguk dan tersenyum.
“Chow!
Nanti, apa-apa hal, kau panggil aku lagi. Boleh aku kumpul duit poket
banyak-banyak.” Senyum, lantas, dia pun berlalu.
Wanita
yang bercermin mata hitam besar dan bergincu merah menyala, memeluk tubuh dan
tersenyum sinis sekali lagi.
“Lepas
ni, no more happy, Yah.” Wanita itu kemudian melepaskan tawa jahat, lantas, dia
pun meninggalkan tempat perjumpaan tu.
AKI teragak-agak membuka pintu gril rumah. Dia takut, kalau dia masuk
rumah, rumah dia kosong, tak ada lagi Yah, yang tunggu dia sampai tertidur atau
Yah, yang tunggu, dia sambil tengok cerita kartun atau main PS2. Dia buka
pintu. Senyap. Tak ada orang kat depan TV tu. Dia, cuba cari kat dapur, bilik
bacaan, bilik air, tak ada orang. Senyap juga. Dia mengatur langkah naik ke
tingkat atas pulak, tengok bilik solat. Gelap. Senyap. Tak ada sesiapa. Hatinya
luluh. Air mata mula jatuh sekali lagi. Yah, betul dah tinggalkan dia.
Langkahnya,
di atur ke bilik. Sebaik sahaja membuka pintu bilik, hatinya tersentak. Mata
dipejam celik beberapa kali, untuk meyakinkan yang dia tengok tu, bukan ilusi.
Betul, ada orang tengah baring kat atas katil tu, membelakangi dia. Dia meniti
figura manusia yang sedang baring membelakangi dia. Bahu terhinjut-hinjut.
Esakkan terdengar. Tanpa berfikir panjang, dia terus, meluru ke atas katil dan
merangkul pinggang Yah. Memeluk Yah dari belakang.
“Yah,
kau tak tinggalkan aku Yah?” Soal Aki sayu. Air mata lega, basah menuruni pipi.
“I don’t know where else to go. Kalau
balik rumah Umi, she will detect
something wrong, and i don’t know what I should tell her.” Ujar Yah, sambil
teresak-esak. Rangkulan Aki,makin erat di pinggang Yah.
“Kau
boleh je, pergi rumah kawan kau, atau hotel.” Ujar Aki pulak, menguji. Senyap.
Hanya esakkan Yah dan dia sahaja terdengar. Lama juga, suasana jadi senyap,
hanya bising dengan bunyi esakkan sahaja.
“I...I, choose to believe you...”
Perlahan suara Yah dari hadapan. Yah, kemudian, memegang tangan Aki. Aki makin
mengeratkan rangkulannya
“Aku
tak buat Yah.”
“I know...”
“Perempuan
tu, yang tiba-tiba serang aku.”
“I believe you.”
“Jangan
cakap pasal cerai lagi.”
“I’m sorry” Balas Yah, sambil teresak.
“Look at me, Yah.” Ujar Aki. Yah pun
mengalihkan baringnya dan memandang Aki yang sedang menangis. Yah, kemudian
membenamkan muka, ke dada Aki, dan mereka kembali berpelukkan.
“Lepas
ni, walau apa pun yang jadi. You just
have to trust me...Remember, we are
bestfriends.Okey?”
“Okey...”
Dengar tak dengar, suara Yah bertutur, sebab masing-masing tengah tenggelam
dalam emosi. Akhirnya, mereka terlena, bersama dengan air mata.
‘When we’re in love, we just know it...’


No comments:
Post a Comment