BAB 19
“KAU SURE KE
NAK AKU IKUT?” Soal Ateya teragak-agak.
Tangannya, duk melukis-lukis di kertas putih. Disebabkan, kerjanya di SAAS dah
tak banyak, jadi dia mulai melukis semula. Kak Farah penerbit The Youth, dah
bising, cakap, ada orang nak baca komik karya A-Yita. Aki hanya mengangguk.
“Sure lah...lagipun kan syarikat kau tu,
ikat kontrak dengan syarikat aku. Jadi tak salah kot, kalau aku bawak kau.”
Ujar Aki. Masa mula-mula mereka berjumpa kembali dulu, memang syarikat SAAS ada
sign contract dengan AKA Lawfirm.
Kenapa syarikat guaman, memerlukan khidmat, pereka grafik? Untuk, menghasilkan
website, logo, leaflet dan lain-lain yang memerlukan khidmat publisiti dan
grafik, macam montaj yang akan ditayangkan masa annual Dinner AKA Lawfirm,
minggu depan.
“Kau
sure ke?” Ulang Ateya lagi. Matanya,
masih tidak lepas dari kertas yang tadinya putih, dah mulai penuh. Aki berdecit
dan memandang Ateya tajam.
“Who’s fault it is, that i don’t have a date
untuk Annual Dinner tu nanti?”
“Fine...I’ll go...” Ateya mengeluh.
Memang dia bersyukur sangat dengan keadaan Aki sekarang ni. Walaupun, belum
mula bersolat, tapi dia dah tak main perempuan dan pergi ke kelab malam lagi.
Semua sebab janji yang dibuat dengan Ateya tempoh hari. Lepas tu, dia dapat
rasa yang Aki, sedikit demi sedikit akan Revert,
kepada Aki yang dia kenal dulu. InsyALLAH.
“Macam
mana kalau aku pakai selekeh?”
“Beranilah
buat. Tomorrow, kita shopping, cari
baju.” Arah Aki.
“Haa.”
Balas Ateya ringkas,tumpuannya masih tidak bergerak dari kerjanya. Aki yang
agak geram dengan kekurangan perhatian yang dia dapat dari Ateya, mula bergerak
dari sofa ke tempat Ateya melukis. Sekarang ni, mereka ada di dalam sebuah
bilik bacaan. Sebabkan Aki dan Ateya suka membaca, rumah mereka penuh dengan
buku-buku. Lepas tu, ada satu bilik kosong, jadi mereka berdua mengambil
keputusan untuk menggunakan bilik kosong itu, untuk menempatkan buku-buku.
Kalau tengok, dah jadi macam perpustakaan mini dah. Cadangan Aki lah untuk
tempatkan meja dan kerusi di dalam bilik ni, supaya bilik ni, boleh digunakan
untuk kerja lain, selain menempatkan buku-buku je.
Tumpuan
Ateya, tidak langsung berganjak dari kertas itu. Diam tak diam sekarang dah
muka surat 80 dah, sebab dia dah mula dari minggu lepas. Kemudian dia mencapai
pembaris, dan mula melukis, panel-panel di atas kertas. Sedang dia khusyuk
memerah otak, mencari idea untuk buat apa yang jadi seterusnya, dia rasakan,
tubuh manusia mendekatinya dari belakang. Bila terbau wangian Boss tu,
jantungnya hampir tergelincir dari paksinya. Mujurlah, dia masih lagi tengah
‘sketch’, jadi kalau salah boleh padam. Lainlah kalau dah ‘inking’. Mampus oh!
Nak buat balik.
“Apsal
banyak sangat benda atas meja ni?” Soal Aki. Dia dapat rasakan nafas Aki pada
mukanya. Ya ALLAH, hati...sabarlah ye. Memanglah dia cakap dia tak ada rasa
cinta pada Aki. Tapi, kot ye pun tak ada rasa cinta. Dia, hanyalah manusia
biasa, perempuan pulak tu. Kalau dah nama, lelaki, duduk dekat-dekat dengan
dia, dok peluk-peluk dia. Sudah tentulah, jantungnya melompat. Aki pun sekarang
dah pandai, nak buat aku lemah jantung. Aki kemudian, mencapai botol dakwat,
sambil membelek-belek botol tu.
“Apa
ni weh?” Soal Aki, pelik.
“Laa...dakwatlah.
Tu pun tak kenal.” Balas Ateya, cuba berlagak tenang.
“Aku
tau, tapi untuk apa dakwat ni? Siap ada hitam putih lagi.” Soal Aki lagi. Ateya
kemudian mengambil botol dakwat tu, dari tangan Aki.
“Yang
putih, tu nanti, senang nak padam, kalau ada tersilap lukis ke apa. Yang hitam
tu, untuk lukis special effect, macam
ombak ke, darah ke.” Terang Ateya. Aki mengangguk.
“Pen-pen
yang banyak ni, untuk apa pulak?”
“Setiap
pen ni, ketebalannya lain-lain. Jadi semua ni, berguna nak buat tone ke, ‘inking’ ke...”
“Hah?
Apa inking? Apa tone?”
“Er...senang
cerita nak bagi gambar tak nampak kaku. Faham?” Barulah Aki terangguk-angguk
faham.
“Dateline bila?” Soal Aki.
“3
Minggu lagi.” Jawab Ateya ringkas.
ATEYA Menggeliat. Sketching sudah selesai. Inking pun dah buat sikit.
Nampaknya, dia boleh hantar awal sikitlah dari dateline. Sambil dia merengangkan tubuh badannya yang lenguh, sebab
lama sangat duduk. Tangan pun, dah macam nak sakit je. Apabila dia melihat ke
arah sofa dua, di hadapannya. Dia terkejut melihat Aki yang tengah tidur, di
atas sofa tu.
“Eh?
Aku ingat, dia dah masuk bilik tidur.” Ujar Ateya perlahan. Tiba-tiba hatinya
tersentuh. Dia tunggu aku habis ke? Ateya tersenyum lembut. Lantas mengatur
langkahnya ke arah Aki. Sorry la, aku
tak perasan. Ateya memang macam tu. Kalau dia tengah buat kerja, jangan siapa
kacau dia, dia hanya akan buat tak reti, sebab fokusnya hanya tertumpu pada
kerja sahaja. Sebab tu lah, dia tak tahu, Aki tak masuk bilik lagi.
“Ki...Ki...”
Ateya menggerakkan Aki lembut.
“Aki...”
Tidak lama mengejutkan Aki, perlahan-lahan bangun dari lenanya.
“Kau
dah habis ke?” Soal Aki mamai. Ateya tersenyum.
“Kau
tunggu aku habis ke?”
“Kesian
kau, buat kerja seorang-seorang. Aku temankanlah.”
“Yelah
tu teman. Tidur je aku tengok.” Usik Ateya, lalu tergelak kecil.
“Kau
ni, memang. Tak hargai langsung, susah aku.” Rajuk Aki. Ateya hanya tersenyum.
Lantas dia memeluk Aki, kuat! Macam yang dia selalu buat sebelum Aki pindah
Australia dulu. Aki tersentap. Membulat terus matanya.
“Dah
jom, masuk bilik.” Pelawa Ateya, lantas menarik tangan Aki. Kesian dia kena
tidur kat kerusi. Besok dahlah kerja. Aki, memang tak pandai nak tunjukkan,
tapi perbuatan dia, memang menunjukkan, yang dia sayangkan persahabatan Ateya
dan Aki. Walaupun, kadang-kadang, he act
like a total jerk...tapi, sebenarnya, dia bukanlah orang yang teruk. Dia
cuma...lost...
Jun 2002
“Kau
okey ke?” Soal Aki, dengan wajah lembut. Kenduri arwah, di rumah Mak Cik Jah,
sudah hampir sampai ke penghujung. Wajah, seluruh keluarga Yah, nampak pucat
dan sedih sangat. Yelah dulu berempat, sekarang Cuma tinggal bertiga.
“I’ve been better.” Esakkannya, masih
terdengar lagi. Tetamu-tetamu, sudah pun beransur pulang, yang tinggal sekarang
ni, cumalah Aki sekeluarga. Mereka balik lagi lambat dari yang lain, sebab
nanti, nak tolong kemas, semua. Aki duduk menemankan Yah sedang duduk termenung
di buaian di halaman rumahnya. Mak Cik Jah dan L, ada kat dalam, mungkin tengah
berborak dengan mama dan papa.
“Kau
nampak teruk.” Ujar Aki, sambil memandang Yah dengan pandangan lembut. Macam
abang pandang adik yang tengah sedih. Yah teresak, sambil mengesat air mata.
“Kan
aku dah cakap tadi. I’ve been better.”
Suasana diam. Aki sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Sebab, dia tahu, walau apa
pun yang dia cakap, tak kan mampu menceriakan Yah. Macam orang lain, she needs time...
“I miss him...” Ujar Yah tiba-tiba,
memecahkan kesunyian. Pandangan matanya kosong.
“Macam
tak percaya je, yang Abah dah tak ada. Tak ada lagi dengar suara Abah, bagi
salam, tak terbau lagi bau peluh Abah. Dalam, banyak-banyak kerja, kenapa dia
pilih bomba? Kan dah jadi macam ni...” Yah tegas berkata-kata. Air matanya
jatuh lagi. Dia marah, tapi tak tahu nak marah kat siapa. Kat Arwah Pakcik
Abdullah atau dirinya yang masih lagi tak boleh terima kenyataan. Badannya
terhinjut-hinjut menangis. Aki lantas memeluk bahu Yah, dan cuba menenangkan.
Apa yang dia boleh buat sekarang hanyalah,
be there for her...
“Kau sabar je lah...we can get through
this together...kita kan kawan...” Pujuk Aki lembut. Yah dah menyandarkan
kepalanya ke bahu Aki.
“Ki...kau
pun jangan tinggalkan aku tau...” Esakkan Yah, masih terdengar. Yah,
menggenggam kuat baju t-shirt Aki.
“Tak...aku
tak kan pergi mana-mana...”
“Janji?”
“Janji.”
Malam
tu, memang Aki tak pergi mana-mana. Dia tidur rumah Yah. Tapi, satu bilik
dengan L la...Lepas tu, minggu, atau mungkin, bulan yang Yah down, dia ada untuk mendengar, dia ada
untuk memujuk, dia ada untuk membuatkan Yah tersenyum semula.
Mac 2013
“...I’M GLAD everyone make time to come here. Thank you so
much...This dinner is to celebrate our firm that are slowly stabilize, although
this firm was just a new faces in the world of law firm, but we make it through
together. Thank you again, for always being with me, stick with me and make all
of these, possible...Together we stand, together we break, together we work to
make a better law...” Habis
sahaja Aki mengucapkan slogan AKA Lawfirm, tepukkan gemuruh dari seluruh dewan
bergema. Aki yang tadinya berdiri berada di atas pentas, menundukan kepala
sedikit dan memulakan langkahnya turun dari pentas dan menuju ke meja tempat
Ateya sedang menunggu. Ateya tersenyum.
“Wow...you look good up
there..congratulations buddy...” Bisik Ateya, lantas menepuk bahu Aki,
memberi sokongan.
“Hebat
kan kawan kau?” Bisik Aki, ke telinga Ateya pula.
“Cuba
kau pergi masuk bakul sampah yang ada kat luar tu, lepas tu angkat sendiri,
tengok, boleh tak?” Ujar Ateya, berbisik tapi sarkastik.
“Ey..apadaa bakul sampah...” Rajuk Aki. Ateya
lantas tergelak kecil, kemudian diikuti oleh Aki.
“Are you guys, going out?” Soalan yang
entah dari mana datangnya, menerjah gegedang telinga. Aki dan Ateya kemudian
mengangkat kepala, untuk lihat siapa
yang bertanya. Oh...client Aki yang
duduk satu meja dengan mereka. Pembetulan, bukan client tapi pasangan client
Aki. Seorang wanita yang cantik dan mesra.
“Well...do you guys?” Soalan itu
dibalikkan oleh Aki kepada wanita di hadapan mereka ini.
“Er...”
“No...we’re not...” Tiba-tiba lelaki
disebelah wanita itu bersuara. Hah...yang ni lah baru client Aki. Tak silap tadi, Aki cakap lelaki ni, er...Dato’ tengku,
pekenamanye? Er...panjang sangat,
lupa dah. Tapi Aki cakap client yang
ni, memang client yang paling
penting. Bak kata Mat Salleh, VVIP...tapi, dia masih muda lagi. Umur lebih
kurang Aki dan dia je. Tapi, hebatkan, dah dapat pangkat yang banyak-banyak
macam tu? Human, sure can make us amaze,
of what they can do aite?
“Susah, nak curi hati dia ni...” Ujar Dato’ tu, sambil tersenyum. Amboi.
Ateya pulak yang termalu sendiri bila dengar Dato’ tu cakap macam tu.
“Awak...janganlah...macam
tak payah cakap pun tak apa kan?” Ujar wanita tu, memalu, sambil memukul lembut
bahu Dato’ tu.
“Ohh...”Ucap
Ateya dan Aki, serentak dan panjang. Dato’ tu dah tergelak dah. Wah...good looking betul Dato’ muda ni. Hoho.
“Rasanya,
Dato’ Danish pernah cakap kat saya kan, pasal cik ni..Er...Qistina kan, nama
dia?” Soal Aki pulak. Hah! Dato’ Tengku Danish Hamzah. Bapa dato’ ni, Aki
cerita tadi, seorang ahli usahawan yang berjaya. Keluarga Dato’ Danish ni, buat
bussiness Architecture. Lepas tu,
menurut Aki lagi, bangunan baru yang nak buat kat K.L tu nanti adalah projek
keluarga dia orang. Laa...kaya sebab family
je, tak adalah hebat sangat pun. Hati Ateya terdetik nakal. Eh! Tak baik tau
Cik Ateya oi! Kau bukannya tau apa susah orang tu, sampai dapat pangkat datuk
nenek moyang ni. Memang dah macam orang gila bergaduh dengan diri sendiri.
Nasib baik dalam hati je. Betul apa Aki cakap tu. Ateya, perempuan gila.
Ateya
terlepas gelak kecil. Mata orang-orang yang ada kat meja tu memandang dia.
Er...Alamak. Nampak tak, kenapa dia macam ni? Dia macam ni, sebab dia macam
bosan dengan event yang macam ni.
Mana pernah dia pergi event event bow tie macam ni. Kalau ada pun event
yang grand, kenduri kahwin je. Macam
kenduri kahwin Aki dan dia, tak lama dulu lah. Aki dah pandang dia pelik.
Tiba-tiba ada tangan yang dia rasa melindungi penglihatan dia. Dahlah kena
tutup muka, lepas tu kena tolak lagi. Aki bodoh!
“Er...jangan
pedulikan dia. Dia tengah dalam fasa orang gila.” Ujar Aki. Ateya dengan kasar
menarik, tangan Aki yang menutup muka dia tu. Tak guna punya Idolomantis
Diabolica. Nasib baik, dia pakai selendang hari ni, bukan tudung bawal macam
biasa, jadi walau macam mana pun Aki buat kat dia nanti, dia akan tetap nampak
comel dan cantik, tak adalah nak herot-herot, lepas tu senget benget bentuk
tudungnya macam biasa. Dia memandang Aki tajam. Dato’ Danish dan Cik Qistina
dah tergelak dah tengok perangai dia orang yang memang macam luar alam ni.
“Sebenarnya,
you guys nampak fun. Tu yang I rasa nak
tanya, you guys ni, dating ke kawan?”
Soal Cik Qistina, sambil tergelak kecil.
“Sibuk,
nak tau pasal orang. Ni, kita ni macam mana?” Soal Dato’ Danish, sarkastik,
yang ditujukan untuk Cik Qistina. Cik Qistina dah memandang Dato’ Danish tajam.
“Fun...or madness...” Ujar Ateya
tiba-tiba. Aki yang terdengar kata-kata, tu terus pusing pandang Ateya, lepas
tu buat muka sarkastik ‘Really?Tak
payahlah nak bagitau, bertapa gilanya, hubungan kita ni’...dan Ateya pun
mengangkat kedua-dua bahu dan buat muka ‘fine...’
Dato’ Danish dan Cik Qistina dah tergelak.
“So...nak
bagitau tak my lovely lady ni, apa
hubungan Encik Ash dan cik kat sebelah ni?” Soal Dato’ sambil tersenyum. Cik
Qistina dah merah muka asyik, kena usik dengan Dato’ Danish tu je. Ateya dan
Aki berpandangan dan membuat muka ‘Oh
well’
“We’re married...” Serentak Aki dan Ateya
mengucapkan kata, langsung jatuh rahang Cik Qistina dan Dato’ Danish.
“Wah!
Tak sangka...” Ujar Dato’ selepas dapat menutup balik mulut yang ternganga.
“Ha’ah...I betul-betul tak sangka.” Diikuti oleh
Cik Qistina.
“Iyep...stuck with a crazy woman...my whole pathetic life” Tutur Aki
selamba. Kali ni, Ateya pulak berpusing memandang Aki tajam.
“Really? Tak fikir Ak..ehem...I pulak
yang stuck dengan ugly Idolomantis Diabolica macam y...you” Tergagap nak menukar panggilan
‘manja’. Yelah...depan client besar,
kenalah bagi good impression, tadi
kata we’re married, tapi panggil ‘kau
aku’ Apa tu? So, it’s not hurt to be too
careful. Lagi satu, walaupun Aki tu, menyakitkan hati, tapi dia tetap
suami, jadi, sebagai isteri yang solehah, kita kenalah jaga air muka suami
kita. Kan? Kan?
“Excuse me?” Aki memandang Ateya tajam.
Aki, baru sahaja nak buka mulut nak balas, apabila tiba-tiba...
“Qistina!
Apa you buat kat sini dengan dia?”
Entah datang dari mana entah lelaki tu. Muka macam nak cari gaduh je. Cik
Qistina dan Dato’ Danish dah terteleng muka tengok, gerangan siapa yang datang.
Seorang lelaki yang agak kacak dan tinggi. Wahh...beruntung betul Cik Qistina
kita ni. Orang keliling dia, semua good
looking. Terbangun terus Cik Qistina. Semua mata yang ada di dewan tu dah
tertumpu pada meja mereka.
“Ikhram,
I should ask you the same thing...
Apa yang you buat kat sini?” Soal Cik
Qistina, risau.
“Qistina,
you patut dah tahu, i would do anything for you...Tapi,
kenapa you ada kat sini, dengan dia?”
Ujar lelaki yang bernama Ikhram tu dengan nada yang sudah meninggi. Cik Qistina
dah rasa serbasalah
“Apa
kau buat kat sini? Ni, majlis orang kan Ikhram?” Giliran Dato’ Danish pulak
hendak marah. Ateya dan Aki yang menjadi saksi kejadian dah duk ternganga
tengok drama depan mata.
“Kau
diam!” Teriak lelaki yang bernama Ikhram tu dan lantas menumbuk muka Dato’
Danish. AstaghfiruLLAHALAZIM! Ateya dah memegang dada, lagak terkejut. Terjatuh
orang tu dibuatnya. Yang Aki pula, masih lagi dok ternganga, tak tahu nak buat
apa.
Kemudian,
lelaki yang bernama Ikhram tu, menarik tangan Cik Qistina keluar dari dewan. Mata
Ateya dan Aki kemudian jatuh pada lelaki yang tengah dok mengelap darah kat
bibir dengan belakang tangan. Muka dia, nampak kesian sangat. Heartbreak + marah.
“Er...”
Ateya baru nak cakap sesuatu bila tiba-tiba Dato’ Danish, akhirnya bangun dari
duduknya. Muka dia memang frustrated
gila. Tiba-tiba dia menumbuk meja dengan kuat, membuatkan Aki dan Ateya
terkejut, lantas, dia pun keluar meninggalkan dewan.
Sebaik
sahaja Dato’ Danish, keluar dari dewan, seisi dewan senyap. Aki bangun dari
duduknya.
“Well...let’s continue our party...makan-makan,
jangan malu-malu.” Aki lantas tersenyum. Mujurlah, Aki ada menyelamatkan
keadaan yang janggal. Lepas dah dengar suara Aki, dewan kembali hingar bingar,
dengan bunyi sudu garpu berlaga dengan pinggan. Orang-orang berborak(sure pasal, apa yang jadi tadi). Aki
duduk balik kat sebelah Ateya. Mereka berdua terdiam. Wow! Drama jadi depan
mata wo! Kalau jadi drama, mesti Dato’ Danish tadi hero kedua kan? Hahaha! Pandai betul Ateya buat speculation kan? Apa yang Naqiu buat kat
dia masa kat Chili’s hari tu, is nothing
compared to this...This is pure drama
out of novel, or drama. Mungkin, Cik Qistina tadi gaduh dengan lelaki yang
bernama Ikhram tu, lepas tu Dato’ tadi jatuh cinta dengan Cik Qistina, lepas tu
mungkin sebab something has happen,
Cik Qistina, lagi rela keluar dengan Dato Danish, daripada menyusahkan lelaki
yang bernama Ikhram tu...hah! Lagi best kalau Dato' Danish dan lelaki yang bernama Ikhram tu adik-beradik Haha...spekulasi lagi Ateya oi! Otak memang ligat
berfikir benda yang rasanya tak patut nak fikir, tapi mulut masih lagi terbuka.
“That was awkward.” Ujar Aki tiba-tiba,
lepas agak lama terdiam, Ateya mengangguk.
“Tutup
mulut kau tu Yah...masuk lalat nanti.” Dengan arahan Aki, Yah cepat-cepat
menutup mulut. Tiba-tiba mata Ateya tertancap pada set bufet yang ada tak jauh
dari meja mereka.
“Aku
lapar lah Ki...”
“Jom
ambik makanan.” Pelawa Aki. Lantas, mereka berdua bangun dari meja dan mengatur
langkah untuk ke meja bufet. Aki mematikan langkahnya tiba-tiba. Ateya kemudian dengan jayanya terlanggar belakang
Aki. Mahu patah hidungnya.
“Oi...”
Marah Ateya, sambil menggosok hidung yang terlanggar Aki tadi. Kalau nak brek pun
bagilah tau, ni tak, tiba-tiba je. Kesian hidung aku yang comel ni, jadi mangsa
“Aku
tak cakap lagi kan?” Soal Aki tiba-tiba, tanpa memandang Ateya di belakang.
“Apanya?”
Berkerut dahi Ateya dibuatnya.
“You look really nice today...sumpah
wei...” Ujar Aki, lantas meneruskan langkahnya, ke meja bufet. Dub!
Ha...tiba-tiba jantungnya melompat. Ateya kemudian memandang cermin yang kebetulan dah memang terpampang disisi. Mukanya di calit solekkan yang tidak berapa tebal, natural. Baju kurung moden yang berwarna pink lembut, melindungi susuk tubuhnya dengan jaya, tak ketat
sangat. Selendang belang-belang, terletak elok lagi di kepala. ‘You look really nice today’. Ateya
tersenyum lembut.
“Oi...Kau
nak makan apa? Aku ambik kan.” Ujar Aki dari jauh.
“Aku
nak Bolo...” Sambut Ateya lalu melangkah ke tempat Aki berdiri memilih makanan.
‘You look really nice today.’


No comments:
Post a Comment