Tuesday, 31 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 27)



BAB 27

“KI...” Panggil Yah. Aki memandang Yah yang duduk di kerusi sebelah katilnya.
          “Apa dia?”  Soal Aki. Yah memandang Aki. Aki sekarang ditempatkan di hospital Putrajaya. Yah dah boleh keluar hospital dulu, sebab dia bukannya cedera parah sangat. Aki lagi teruklah, cederanya sebab dia yang teruk bergelut dengan Skull minggu lepas. Lengannya dikenakan beberapa jahitan, sama juga, mulut dan dahinya.
             “Aku tak tau kau ada Martial Art.” Ujar, Yah sambil menongkat dagu dengan kedua-dua buku lima di atas katil. Aki memandang Yah, lama.
              “Aku tak ada sebenarnya.” Yah mengangkat muka dari buku lima, terkejut.
              “Hah? Habis tu, apa benda, semua tu?”
              “Aku pun tak tau.”
              “Kau tak takut?”
              “Takut sangat!” Balas Aki. Memang dia takut masa hendak menyelamatkan Yah dari gudang gelap tu. Takut mati kena bunuh, takut Yah tak ada lagi segala macam takutlah. Tapi, entah apa, merasuk dia entah hari tu, dia main redah je apa yang ada kat depan dia. Apa yang dia fikirkan, hanyalah hendak menyelamatkan Yah. Yah, tergelak kecil.
              “Ada ke ketawa pulak.” Rajuk Aki. Yah menggeleng kepala. Lantas dia menepuk bahu Aki.
              You did great...I’m glad you came...” Ujar Yah, lantas tersenyum. Aki pun tersenyum juga.
            “Nah...makan.” Yah, menyuapkan sup ketam ke mulut Aki. Aki bersyukur sangat yang semua benda teruk tu dah berlalu. Betul lah, apa yang Zarif kata, untuk berubah, ALLAH akan bagi kita ujian, untuk menguji kita...dan AlhamduliLLAH, dia dapat melalui ujian itu, tanpa sedikit pun melupakan ALLAH.


BEBERAPA BULAN dah berlalu, selepas kejadian teruk tu. Kejadian tu, hanyalah mimpi buruk, yang berlaku dalam episod hidupnya. Ana sekarang, sedang menjalani hukuman yang setimpal. Ateya tak pernah berhenti berdoa untuk Ana. Jannah pun, sudah mula memakai tudung. AlhamduliLLAH...dan Aki dan Ateya, masih macam dulu. Tak pernah berubah. Ye, tu lah masalahnya. ‘Tak Pernah Berubah.’ Ateya, mengeluh. Ateya menongkat dagu, sambil tangan melarikan tetikus. Kekadang, dia menekan papan kekunci. Mata fokus pada perisian Adobe Photoshop. Dia sedang mengedit gambar dan poster-poster, untuk mengiklankan cerita Puteri Gunung Ledang, yang bakal di tayangkan di pawagam tidak lama lagi.
              Dayah sebelahnya,memandang sekilas dan tersenyum.
              “88 kali.” Tegur Dayah tiba-tiba. Ateya tersentak, lantas memandang Dayah.
              “Hah?” Soal Ateya pelik.
              “Dah 88 kali kau mengeluh Teya.” Balas Dayah malas.
              “Sejak bila pulak kau jadi pengira keluhan yang tak berbayar ni?” Seloroh Ateya.
              “Aih! Dah aku yang duduk kat sebelah kau dari tadi, kalau aku tak rela pun aku terpaksa juga dengar. So...what happen?” Soal Dayah, lantas menghentikan tangan yang menekan kalkulator, mengira bajet tadi. Ateya kembali, menala matanya ke monitor, dan menongkat dagu.
              “Mana ada apa-apa.” Dalih Ateya. Daya mencerun memandang Ateya.
              “Yelah tu.”
              “Betul lah.”
              “Aku tak percaya.” Ujar Dayah, sambil tersenyum nakal. Ateya menarik nafas panjang, dia menggigit bawah bibir, kemudian, dia kembalikan pandangannya kepada Dayah. Dia memang buntu sekarang ni. Dia dah tahu, yang dia dah jatuh cinta dengan Aki, tapi dia tak tahu, sama ada Aki mempunyai perasaan yang sama. Ingat! Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
              “Macam mana, kita nak tahu, kalau orang tu sayang kita ke tak?” Ateya memandang Dayah, mengharapkan jawapan. Dayah dan Ateya sekarang ni, sedang saling berpandangan. Dayah, agak terkejut dengan soalan yang tiba-tiba tu.
              “pfft!” Dayah ketawa kuat (tapi masih in control ye). Ateya berkerut dahi. Memandang Dayah tajam.
              “Aku serius, kau ketawa pulak. F.Y.I.  kau yang tanya tadi eh. Jadi, aku bagi taulah.” Ateya menjeling. Orang tengah buntu tahap tak nampak apa-apa, dia main-main pulak.
              “Wah! Relax deary...That question, is just out of the blue, jadi aku pun secara refleks, tergelak.” Dayah, mengangkat tangan dan melontarkan pandangan ‘sorry’. Ateya mengukir senyum segaris.
              “Kau tanya, aku soalan luar alam tu, memang aku tak dapatlah jawab. Yang dah kahwinnya kau, Cik Teya oi! Yang tengah hidap penyakit ‘lovesick’ tu, kau. Aku, langsung tak pernah rasa semua tu, jadi aku tak bolehlah nak bagitau kau, macam mana.” Sambung Dayah. Sekali lagi, Ateya mengeluh.
              “Tak baik tau mengeluh banyak-banyak.” Ujar Dayah, lantas tersenyum. Ateya memandang Dayah.
              “Aku...Aku buntu sangat.” Lepas Ateya, lantas, melabuhkan kepala di atas meja.
              Love is hard aey?” Soal Dayah, sambil menebarkan pandangan simpati. Ateya mengangguk, kepala masih lagi terbaring atas meja. Kemudian, Ateya tiba-tiba mengangkat kepala dari meja, dan memandang Dayah.
              “Kau macam mana?” Soal Ateya. Dayah tersentak dengan soalan tu.
              “Sekarang ni, umur kau dah  masuk 26 tau. In a few years, you’ll be at your 30’s...bila kau nak kahwin?” Sambung Ateya, menyambung soalan yang tak ada respons dari Dayah.
              You sound like my Mum lah Teya, you know that? ‘Acik dah umur 26, bilanya mak nak terima menantu’ ” Dayah meniru cara mak nya bercakap. Ateya tergelak.
              “Betul apa, yang mak kau cakap tu.”
              “Ada jodoh, adalah” Ujar Dayah, lantas tersenyum. “Kalau susah sangat, suruh je lah Mak aku cari kan. Bercinta lepas nikah tu kan, lebih indah. Macam kau yang, macam berjalan atas awan ni lah. Hari-hari, senyum seorang-seorang. Makruh tau.” Usik Dayah.
              “Dah aku pulak. Kita sedang berbicara pasal kau tau sekarang.” Bidas Ateya.
              “Nak aku kenalkan? Siapa eh? Adik aku nak?” Seloroh Ateya lantas tergelak.
              “Tak ada makna nya lah. Aku tak nak orang lagi muda dari aku. Lagipun, bukan adik kau dah ada calon ke?” Ujar Dayah. Ateya, mengangguk. Betul jugak eh? Nun tu nak letak mana?
              “Zarif pulak, dah berbini. Sayang je.” Sambung Ateya lagi.
              “Hai, mak cik, siapa pulak Zarif ni? Dah siap berbini pulak tu, baik kau tak payah bagitau aku.” Tegas Dayah, sambil menggeleng-geleng kepala. Ateya mengukir senyum kerang busuk.
              “Zarif? I owe him a lot...Kalau dia tak ada bini, dah lama aku kenalkan dengan kau.” Balas Ateya. Zarif. Memang lelaki itu dah banyak membantu Aki dalam proses untuk menjadi lebih baik. Zarif jugalah butang yang menekan Aki, untuk kembali ingat kat ALLAH. Dia memang sangat-sangat terhutang budi pada Zarif...dan sudah tentulah, ALLAH S.W.T yang make things possible. Ateya tersenyum segaris.
              “Hoi! Tengok tu, berangan, senyum seorang-seorang. Cubit bibir tu kang baru tahu.” Marah Dayah, lantas Dayah dan Ateya sama-sama tergelak.          



“ADIK NAK KAHWIN DENGAN NUN.”  Ubi goreng di tangan tergantung, rahang kedua-dua orang yang sedang memegang Ubi Goreng, jatuh. Kalau boleh jatuh, sampai ke lantai, dah lama jatuh dah. Ateya dan Aki terkebil-kebil. Betullah Adik ni, sedang enak menikmati Ubi Goreng, dengan Milo panas ni, tiba-tiba tembak peluru berpandu.
              “Along, Aki. Kau orang dengar tak?” Soal Adik lagi, bila tengok tak ada respon dari dua orang yang sedang bersila di meja jepun, yang sedang memandangnya. Adik mengawangkan tangan di hadapan Ateya dan Aki, yang nampaknya dah macam beku. Barulah Ateya dan Aki tersedar. Lantas, mereka letakkan Ubi Goreng kembali ke dalam pinggan, dan sama-sama bergerak ke arah Adik yang sedang duduk di sofa. Masing-masing, mengambil tempat di kiri kanan Adik.
              Aki tersenyum, lantas menepuk-nepuk bahu Adik. Ateya pulak dah pandang Adik, dengan pandangan terharu. Dah mula la tu.
              “Aku bangga dengan kau, L. Macam ni lah adik ipar aku.” Tangan Aki masih tidak berhenti, menepuk bahu Adik. Aki tersenyum, bangga. Siap mengangguk-angguk kepala lagi.
              “Bila langsungnya? dah cakap dengan Nun belum? Dah jumpa mak dengan ayah dia belum? Tapi, kenapa cakap dengan Along dan Aki dulu. Tak cakap dengan Umi?” Sudah. Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ateya.
              That’s the problem.” Ujar Adik ringkas. Aki dan Ateya memandang Adik, penuh tanda tanya. What problem? Adik, memandang Aki dan Ateya bergilir, lantas mengeluh.
              Her family, have pretty big issue. Sebab tu, Adik tak cakap kat Umi, sebab takut Umi risau semedang. Sebelum Adik nak ajak Nun, kahwin, i have to deal with her family dulu...dan dia tak tahu pun, Adik nak kahwin dengan dia.”  Adik meraup muka, dan menjatuhkan pandangannya ke tangan, yang sedang elok berehat di atas paha. Ateya dan Aki mengangguk.
              “Along, Aki...I need your help.” Adik mengangkat muka dan memandang Ateya dan Aki bergilir-gilir sekali lagi. Kemudian Aki dan Ateya saling berpandangan dan mengangguk.
              “Bagitau kita orang, apa yang perlu kita orang buat.” Ujar Ateya.

2 comments:

  1. nice story...sambungla cepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you...tgh memerah otakla nie..hehe...thnx, sbb singgah..:)

      Delete